Jurnal 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tajuk Jurnal: Keperluan Pendidikan Inklusif Dalam Program Pendidikan Arus

Perdana Malaysia

Berdasarkan jurnal yang telah ditulis oleh Azad Athahiri Anuar, dan
Norsayyidatina Che Rozubi. Jurnal tersebut membincangkan mengenai keperluan
pendidikan Inklusif dalam arus perdana di Malaysia. Melalui hasil pembacaan, jurnal
ini sebenarnya bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pendidikan Inklusif didalam
pendidikan di Malaysia. Jurnal ini juga bertujuan untuk memastikan keperluan dan
hak asasi kanak-kanak berkepeluan khas terbela dan terjaga kebajikannya.
Memang kita sudah sedia maklum, Pendidikan Inklusif ini harus dilaksanakan untuk
memastikan keperluan kesaksamaan, pendidikan berkualiti dan juga keperluan
sosial. Sememangnya, jika kita memperkatakan tentang pendidikan khas ianya juga
sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang
berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris
Inclusive yang memberikan maksud merangumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku
Psikologi Pendidikan, maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan
murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka
berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti
murid-murid lain tanpa mengira status.
Pendekatan Pendidikan Inklusif ini dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh
negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia
ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan
formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh
dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas
perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Didalam
jurnal tersebut juga membincangkan kepentingan keperluan pendidikan inklusif ini
dilaksanakan. Keperluan pertama sekali adalah untuk memastikan kesamarataan
hak asasi. Kanak-kanak bekeperluan khas juga seharusnya diberikan peluang untuk
sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan
yang lebih berkualiti. Mereka juga berhak untuk mendapat pendidikan yang
sempurna serta berkualiti untuk diri mereka. Oleh hal yang demikian, keperluan
pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap
kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan mereke dalam
segenap aspek pendidikan dan juga aspek kehidupan yang lain.
Keperluan yang kedua pula adalah hak untuk mendapatkan pendidikan yang
berkualiti. Pendidikan inklusif ini memberi peluang kepada individu untuk berada
dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini
membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta
melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian jurnal ini juga
menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang
lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu
pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk
meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana
pendidikan seharusnya menjadi aset kepada setiap individu termasuklah golongan
bekeperluan khas. Apabila mereka turut mendapatkan hak pendidikan yang
berkualiti, pemikiran dan minda mereka juga turut berfikir secara analatikal dan logik.
Keperluan yang ketiga pula hak untuk mendapatkan keperluan sosial yang
saksama dan sihat. Seperti golongan yang normal, mereka yang bekeperluan khas
juga mempunyai hak untuk bersosial dalam kalangan mereka ataupun dengan
golongan yang lain. Kepentingan mereka bersosialisasi adalah untuk mewujudkan
hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat dan diri mereka. Ini kerana
realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak didedahkan dengan golongan
kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli
terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam
sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan
bekeperluan khas secara lebih semulajadi, mengurangkan rasa takut dan membina
hubungan persahabatan serta rasa hormat terhadap golongan ini.
Kesimpulannya, pembacaan jurnal ini telah memberi suatu gambaran bahawa
pendidikan inklusif itu sama pentingnya dengan dasar-dasar pendidikan lain untuk
dilaksanakan bagi memastikan aspek pendidikan dinegara kita mantap dan
berkesan. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk
menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu
belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali
daripada yang dirancangkan. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif yang mantap dan
berkesan dalam sistem Pendidikan arus perdana merupakan matlamat yang ingin
dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia dan dapat melahirkan
modal insan kelas pertama.

You might also like