Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling sekolah rendah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk merancang
program yang sesuai.
3. Mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.
4. Mengelola dan melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling bagi
merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
5. Menjalankan tindakan susulan untuk memastikan keberkesanan aktiviti bimbingan yang
telah dilaksanakan.
6. Memainkan peranan sebagai sumber rujukan / konsultasi kepada guru dan ibu bapa
berkaitan dengan perkembangan murid-murid.
7. Menjalankan perhubungan kerjasama dengan agensi-agensi luar untuk membantu pelajar
dalam aspek-aspek berkaitan.
8. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diarahkan dari semasa ke semasa di peringkat sekolah,
daerah/bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.














AHLI JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN MENINIPIR, KENINGAU

PENGERUSI
En. Mabirin @ Ramlee bin Jainin
Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Normah Haji Hitam
Pen. Kanan 1

NAIB PENGERUSI
Hajah Wan Rossminal Wan Abdullah
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid

SETIAUSAHA
Pn. Prisca Sheila Paul Jaua

AHLI JAWATANKUASA
Pn. Rosani binti Salih ( Pen Kanan KoKurikulum )
En. Jupirin Anakung ( Guru Disiplin )
Ketua Panitia Matapelajaran
Penyelaras Guru Kelas
Penyelaras Kokurikulum
Wakil PIBG
Wakil Murid
















VISI , MISI DAN FALSAFAH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Visi
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan
suasana yang teraputik, kondusif dan efektif dari aspek fikiran, perhubungan dan
pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
menjelang tahun 2010. Untuk merealisasikan visi ini, pihak sekolah akan memastikan misi
berikut dilaksanakan dengan jayanya:
- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan
berakhlak mulia.
- Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program
bimbingan dan kaunseling.
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Misi
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan
menolong dan membantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan
pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif
yang perlu dalam menghasilkan masyarakat MADANI melalui perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling yang berkesan, beramanah yang berteraskan Falsafah Pelajaran Kebangsaan.

Falsafah
Bahawasannya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara
optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
cekap, berkesan dan beramah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan
pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan
beramal soleh.

You might also like