Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana

Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini
idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak
mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara
evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia
menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara
menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang
diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun
Abdullah Ahmad Badawi.
[1]

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama
lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum
dipereratkan bagi jangka masa panjang.
[2]
Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan
kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan
berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang
terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil
tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip
utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.
[3]


Sesebuah negara adalah merujuk kepada suatu wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya sama
ada politik,ketenteraan, ekonomi,sosial ataupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di
wilayah/negara tersebut. Kerajaan tersebut adalah bebas dan tidak terletak di bawah pemerintahan
kerajaan lain. Negara juga boleh dilihat daripada tiga aspek, iaitu aspek budaya, aspek geografi dan
aspek politik.Wujudnya sesebuah negara dengan berlandaskan kedaulatan.Seperti negara Malaysia iaitu
berpaksikan Kedaulatan Raja Berpelembagaan.Gabungan politik ,budaya dan etnik akan menandakan
bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai .

You might also like