Laporan Setiausaha Karnival Pertandingan Sukan Tradisional PJM 3112 Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN SETIAUSAHA KARNIVAL PERTANDINGAN SUKAN TRADISIONAL

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI


DAN SUKAN
Sebelum
Saya, Khirul Amir Bin Abu Hasan telah dilantik sebagai setiausaha Karnival
Pertandingan Sukan Tradisional PJM3112. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja ini
telah diadakan pada 6 Mac 2014 bertempat di Dewan Kuliah B pukul 9 malam.
Selaku setiausaha, saya telah diarahkan untuk menyiapkan kertas kerja carnival
permainan tradisional ini secepat yang mungkin kerana tarikh karnival ini semakin
dekat iaitu pada 19 mac 2014.
Pada 7 Mac 2014, saya telah berjumpa dengan pensyarah pembimbing iaitu
En Abdul Halim Bin Abdul Wahab untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai
kertas kerja yang telah saya siapkan. Terdapat beberapa permasalahan yang timbul
dimana terdapat sedikit sebanyak kesilapan dalam kertas kerja tersebut. antara
aspek yang disentuh beliau ialah menegnai peruntukan perbelanjaan dan
permohonan perbelanjaan daripada pihak IPG. Seterusnya meneganai perjalanan
program ini. Setelah mendapat bimbingan daripada beliau saya telah membetulkan
perkara tersebut sebelum berjumpa dengan Pengarah IPGKTAA untuk mendapatkan
kelulusan daripada pengarah.
Pada hari Selasa iaitu 11 Mac 2014 saya bersama pengerusi dan ditemani
pensyarah pembimbing telah berjumpa dengan pengarah untuk mendapatkan
kelulusan daripada pihak IPG. Akhirnya kami telah mendapatkan kelulusan daripada
pihak IPG serta diberikan peruntukan makanan kepada setiap peserta yang terlibat
dengan pindaan sedikit (rujuk kertas kerja).

Semasa
Sepanjang Karnival Pertandingan Sukan Tradisional PJM3112 dijalankan
saya hanya mencatat beberapa perkara penting untuk dijadikan panduan.
Alhamdulilah perjalanan karnival ini telah berjalan dengan lancar seperti mana yang
telah dirancang. Pelbagai jenis permainan tradisional yang dirancang Berjaya
dilaksanakan dengan baik. Pelbagai pengetahuan dan ilmu baru dikongsi bersama.

Selepas
Selepas mengadakan Karnival Pertandingan Sukan Tradisional PJM3112 ini,
saya dikehendaki menyediakan laporan mengenai bidang tugas saya sebagai
setiausaha. Saya juga telah diarahkan untuk mengumpul semua laporan AJK yang
dilantik kemudian mengahntar portfolio laporan Karnival Pertandingan Sukan
Tradisional PJM3112 ini kepada pensyarah pembimbing sebagai penanda aras.
Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan kerana telah memberi
kepercayaan kepada saya menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha. Semua
pengalaman yang diperoleh amat berguna pada saya kelak. Tidak lupa juga ribuan
terima kasih kepada pensyarah yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar
sepanjang saya memegang jawatan sebagai setiausaha.

Disediakan oleh
KHIRUL AMIR BIN ABU HASAN
SETIUSAHA KARNIVAL PERTANDINGAN SUKAN TRADISIONAL PJM3112

You might also like