Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bab 2 Elektrik

Mengira Kos Tenaga Elektrik


Meter kilowatt jam (Meter kWj)
- Alat yang digunakan untuk menyukat dan merekod jumlah tenaga elektrik
yang digunakan di rumah atau premis perniagaan.
- Jenis analog dan jenis digital
Membaca meter kwj jenis analog

- Bacaan dimulakan dengan membaca meter dengan unit terbesar di barisan
bawah. Bacaan meter yang bernilai

dan

tidak diambil kira.


Membaca Meter Kilowat Jam
Cara membaca:
0 2 5 6 6 7


- Baca terus nombor pada meter dari kiri ke kanan
- Digit terakhir ditanda merah tidak diambil kira.
- Bacaan hanya diambil 4/5 unit pertama.
- Bacaan yang ditunjukkan di atas ialah 2566
Mengira kos penggunaan tenaga elektrik
- Kos penggunaan tenaga elektrik dikira dengan mendarabkan jumlah tenaga
elektrik yang digunakan dalam satu bulan dengan kadar seunit.
- Kadar seunit tenaga adalah berdasarkan Jadual Kadar Tarif yang
ditetapkan oleh Tenaga Nasional Berhad.
Tarif A Tarif Kediaman Unit Kadar
Bagi 200 unit pertama sebulan
Bagi 800 unit berikut sebulan
Bagi setiap unit tambahan
Bayaran minimum bulanan ialah RM2.50
RM/kWj
RM/kWj
RM/kWj
0.218
0.258
0.278
- Cara mengira jumlah tenaga elektrik yang telah digunakan:
A. Bacaan meter kWj bulan sebelumnya
B. Bacaan meter kWj bulan semasa
- Pengiraan dilakukan dengan menolak bacaan bulan semasa (sekarang)
dengan bacaan bulan dahulu.
- Perbezaan antara kedua-dua bacaan menunjukkan jumlah unit elektrik
yang digunakan.
Motor Arus Terus (DC- Direct Current)
- Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga pergerakan ataupun mekanikal.
- Aci motor berputar apabila motor dibekalkan dengan sumber bekalan
elektrik.
Motor arus terus (DC) Motor arus ulang alik (AC)
1. Motor DC berungsi dengan
penggunaan arus terus daripada
bateri atau kadaran voltan yang
rendah.
2. Radio kaset, alat permainan
bermotor seperti motor
penghidup kenderaan, kipas
radiator kereta dan skuter
elektrik .

1. Menggunakan arus ulang alik
berkadaran 240V untuk
berfungsi
2. Kipas angina, peti sejuk,
pengering rambut dan alat hawa
dingin.


Plat Perincian Motor DC
- Mengandungi maklumat:
- Jenis : arus terus
- Kadaran volt
- Kadaran ampere
- Putaran per minit (rpm)
- Kuasa watt
Butir-butir Maksud
MOD NO Nombor model
SPEC Spesifikasi motor
SER Nombor siri
HP Kadaran kuasa kuda, unit menyukat motor (1 kuasa kuda = 746 watt)
VOLTS Kadaran volt
-AMPS Kadaran ampere
-HZ Hertz (pusingan per saat) untuk arus AC
RPM Putaran per minit kelajuan motor
Bahagian utama motor DC
- Peralatan yang menggunakan bateri/ sel kering untuk menukar tenaga
elektrik kepaa tenaga gerakan
- Radio kaset, jam, motor penghidup dalam kereta dan alat permainan
kanak-kanak bermotor yang menggunakan kuasa bate- Rangka utama
Bahagian Motor DC Fungsi
Rangka utama yoke Penyokong/ perumah kepada komponen-komponen lain.
Magnet kekal Dipasang pada rangka utama dan terdiri daripada teras
besi berlaminat dan gegelung medan
Berus karbon Menyambungkan bekalan arus dari litar luar kepada
gegelung angker.
Penukartertib
(Commutator)
Membolehkan arus dalam angker bertukar arah supaya
putaran angker hanya berlaku dalam satu arah sahaja.
Gegelung angker Menjadi electromagnet apabila arus mengalir melaluinya.




-Arah pusingan motor
= Petau Tangan Kiri Fleming

Mekanisme Penghantaran kuasa motor DC
- Arah pusingan motor DC
1. Arah pusingan motor DC boleh diterbalikkan pergerakannya dengan
menyongsangkan sambungan motor ke tamatan bekalan elektrik.
- Mengenal pasti mekanisme penghantaran kuasa motor DC
1. Penghantaran kuasa hasil motor yang telah dipasang ke bekalan bateri
akan menyebabkan pergerakan aci.
2. Pergerakan aci menghantar kuasa ke gear/ tali sawat yang terpasang
ke aci tersebut untuk melakukan kerja-kerja output.\
3. Komponen yang terlibat dalam sistem penghantaran kuasa:
= roda (wheels)
= gear (gears)
= takal (pulley)
= tali sawat (belting)

You might also like