Tugasan Hns2 Nawal Abdul Rahim d20121061427

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

0

KOD & NAMA KURSUS


EDU 2013 : KENEGARAAN
TAJUK



KUMPULAN
EL-W01
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NAWAL BINTI ABDUL RAHIM D20121061427 0195705613

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN MOHAMAD KAMAR BIN ZAINUDIN

TARIKH SERAH: 11 DISEMBER 2012


ANALISAKAN DASAR LUAR MALAYSIA
DAN KEPENTINGANNYA


1

PENDAHULUAN

Dasar Luar Negara mempunyai banyak definisi. Lew Hee Men, et al. (2005) menyatakan,
Dasar Luar bermaksud berbaik-baik dengan semua negara demi keamanan dan kesejahteraan
dunia. Menurut beliau juga, dasar luar dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu Hubungan Bilateral
iaitu hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, dan Hubungan Multilateral iaitu
hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan.

Mohd. Nor Mat Yazid (1994) pula berpendapat, dasar luar dapat diertikan sebagai
matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung
dengan sesebuah negara lain. Jalinan hubungan di antara sebuah negara dengan negara lain
adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah
negara.

Berdasarkan pendapat di atas dapatlah dihuraikan, dasar luar sesebuah negara merupakan
satu dasar yang merangkumi maklumat, rancangan serta tindakan yang diambil oleh untuk
berhubung dengan negara lain dengan tujuan untuk mengekal kedaulatan serta menjaga
keselamatan negara daripada musuh. Negara yang kecil seperti Malaysia terpaksa mencari
perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk
mempertahankan kepentingan bersama. Selain daripada menjaga keselamatan , sebuah negara
juga perlu mencari sumber pendapatan. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjamin
kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatannya. Hubungan baik dengan
negara-negara lain diperlukan bagi meluaskan pasaran barangan atau bagi mendapatkan bahan
mentah yang diperlukannya. Kesimpulannya, untuk memahami dasar luar sesebuah negara,
perkara utama yang mesti diteliti ialah keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi
dan politik , latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat di sesebuah negara.


MATLAMAT UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA

Dasar Luar Malaysia adalah bermatlamat untuk melindungi kepentingan Nasional di
arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Mantan Menteri Luar Negeri, Dato Seri Syed
Hamid Albar pernah menyatakan, matlamat paling penting dasar luar negara Malaysia adalah
menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat
sejagat. Selain itu, dasar ini turut memelihara dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan
dan keselamatan Malaysia seterusnya mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan
kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah
dalaman negara lain. Matlamat seterusnya adalah untuk menangani perkembangan dan cabaran
politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas dunia. Dasar ini juga dapat menyuburkan
hubungan baik serta dapat mengeratkan kerjasama dengan negara-negara lain. Selain itu,
pendirian serta kepentingan negara-negara membangun dapat dipertahankan di peringkat
antarabangsa.





2

PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA

Dalam melaksanakan dasar luar, Malaysia memegang prinsip tidak campur tangan dalam
hal ehwal negara lain. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak setap negara untuk
menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan daripada pihak luar kerana Malaysia
yakin setiap warga di sesebuah negara sedia manklum apa yang terbaik untuk negara mereka.
Malaysia memilih untuk menyelesaikan sebarang masalah atau persengketaan yang timbul
melalui rundingan secara aman. Penyertaan Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara
Berkecuali pada tahun 1970 membuktikan prinsip Malaysia sebagai sebuah negara berkecuali
yang tidak terlibat dalam sebarang pergolakan dalaman sebuah negara dan tidak terikat untuk
membuat sebarang keputusan walaupun mendapat tekanan daripada negara-negara besar.
Malaysia juga melaksanakan prinsip berbaik-baik dengan mana-mana negara di samping
mengadakan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama.



FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN DASAR LUAR NEGARA

Pembentukan Dasar Luar Malaysia dipengaruhi oleh faktor dalaman ,faktor luaran,
faktor sejarah dan budaya, faktor kepimpinan serta faktor agama Islam

Faktor dalaman yang pertama melibatkan aspek menjaga kepentingan nasional di arena
antarabangsa. iaitu memelihara, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan
Malaysia di peringkat antarabangsa daripada ancaman musuh. Dengan ini, Malaysia boleh
mendapatkan bantuan ketenteraan dari negara luar apabila diancam oleh musuh.

Selain itu, aspek ekonomi juga mempengaruhi Dasar Luar Malaysia. Ekonomi negara
kita bergantung kepada hasil eksport bahan mentah seperti petrolium mentah, getah dan kelapa
sawit ke negara lain. Oleh itu, negara kita menjalinkan hubungan baik dengan semua negara
kecuali Israel bagi memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan pasaran terbuka.

Kedudukan geografi strategik turut menjadi faktor dalaman yang mempengaruhi Dasar
Luar Malaysia. Malaysia terletak di kawasan yang paling strategik di dunia. Malaysia berada di
persimpangan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Ini menjadikan laluan Selat Melaka
sebagai laluan tersibuk di rantau Asia Tenggara. Selat Melaka menjadi laluan utama bagi
pedagang-pedagang di antara India Timur Tengah dan Timur Jauh. Rantau Asia Tenggara pula
seringkali mengalami masalah ketidakstabilan politik dan kedudukan di persimpangan dua jalan
laut yang penting telah menarik minat negara-negara besar untuk memperkukuhkan pengaruh
kuasa masing-masing di rantau Asia Tenggara Oleh itu Malaysia berusaha menjadikan rantau
Asia Tenggara sebagai rantau yang aman, bebas dan berkecuali daripada sebarang pengaruh.
Melalui ASEAN, Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara di Asia Tenggara
untuk mengelakkan ancaman dari negara luar.

Seterusnya, saiz Malaysia yang kecil turut menjadi faktor dalaman yang mempengaruhi
Dasar Luar Malaysia. Disebabkan oleh saiz negara kita yang kecil, kemampuan ketenteraan

3

tentulah terhad dan peralatan senjata yang dimiliki tidak sehebat negara maju. Oleh itu Malaysia
perlu mengadakan hubungan luar untuk mempertingkatkan kemampuan ketenteraan.

Faktor luaran pula dipengaruhi oleh prinsip PBB. Malaysia Piagam PBB yang
mendukung idea keamanan sejagat, melindungi hak asasi manusia, mewujudkan keadi l an dan
kes aks amaan dal am per undangan, ker j as ama dal am memban gunkan
ekonomi negar a anggot a dal am s at u s i t uas i yang bebas dar i pada
di s kr i mi nas i dan penindasan. Malaysia sependapat dengan pendirian PBB dalam
isu kebebasan sesebuah negara dalam menentukan kefahaman politik, sistem sosial
serta ekonomi tanpa campur tangan dari negara asing.

Faktor sejarah dan budaya turut mempengaruhi pembentuk Dasar Luar Malaysia. Dari
segi sejarah dan budaya, Malaysia telah mengamalkan prinsip menyelesaikan masalah melalui
perbincangan secara aman. Malaysia berpendirian untuk menjadi negara berkecuali dan tidak
terikat dengan mana-mana negara untuk membuat keputusan. Malaysia juga sentiasa
menghormati kedaulatan sesebuah negara dan terhindar daripada sebarang penindasan. Selain
itu, kekayaan negara kita dan ekonomi yang berlandaskan eksport bahan mentah dan barangan
yang diproses, memerlukan pasaran luas dan menyeluruh di peringkat antarabangsa bagi
memasarkan barangan dan hasil negara. Pergolakan dan permasalahan politik di sekitar Asia
Tenggara akan mengancam kedudukan ekonomi dan dan politik negara. Seterusnya, Malaysia
sentiasa aktif dalam pertubuhan antarabangsa seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASEAN), Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) Pertubuhan Negara-Negara Komanwel dan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
memperlihatkan kesungguhan Malaysia dalam memelihara keamanan serta memupuk semangat
kerjasama dan perpaduan antarabangsa.

Dasar Luar Malaysia turut dipengaruhi oleh faktor politik. Perdana Menteri sebagai
orang nombor satu negara bertanggungjawab untuk membentuk dasar dalam dan luar negeri .
Corak dasar luar Malaysia selepas merdeka berubah-ubah mengikut keadaan persekitaran
samada persekitaran luaran mahupun dalaman negara. Perubahan dasar juga berlaku mengikut
tampuk pimpinan negara. Ketika negara baru mencapai kemerdekaan, keadaan politik negara
masih belum stabil akibat ancaman komunis. Oleh itu , dasar luar Malaysia pada ketika itu
bersifat pro Barat dan anti komunis. Malaysia mengadakan hubungan yang baik pihak barat
yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Britain dengan harapan negara-negara ini memberi
bantuan kepada Malaysia untuk menentang komunis. Dasar pro-barat ini juga dipengaruhi oleh
keperibadian Tunku Abdul Rahman yang berpendidikan barat dan lebih mesra dengan pemimpin
negara-negara barat yang anti komunis. Apabila Tun Abdul Razak menjadi ketua negara, dasar
luar Malaysia mulai berubah kepada dasar luar yang berbaik-baik dengan semua negara tanpa
mengira ideologi. Pendirian ini diteruskan semasa pentadbiran Tun Hussien Onn. Perubahan
Dasar Luar Negara sekali lagi berlaku semasa era Tun Dr.Mathathir. Tun Dr. Mahathir aktif
memperjuangkan kepentingan negara dunia ketiga dan mengalihkan hubungan dasar luar yang
pro barat kepada dasar pandang ke timur. Semasa kepimpinan Tun Abdullah pula, beliau
meneruskan agenda Dasar Luar Negara dengan mengadakan hubungan ekonomi dengan Afrika
Selatan.




4

PERKEMBANGAN DASAR LUAR NEGARA MALAYSIA

i. Era Tunku Abdul Rahman Al-Haj (1957-1970)

Semasa era pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman lebih kepada
pro-British. Di awal kemerdekaan , negara kita banyak bergantung kepada British sama ada dari
segi pentadbiran, pemilihan kakitangan, ketenteraan dan pendidikan.

Dari segi pertahanan, negara ketika itu tidak mempunyai pilihan selain daripada
mengharap kepada Britain. Ketika itu, negara menghadapi dengan dua ancaman besar iaitu
pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) dan juga ancaman daripada kuasa-
kuasa besar terut amanya Chi na dan Sovi et . La nt ar an i t u, Tunku t el ah
memet er ai Per j anj i an Per t ahanan dengan Br i t ai n ( AMDA) yang
menj anj i kan bantuan ketenteraan dan kelengkapan perang kepada negara sekiranya
ia diancam oleh negara-negara lain. Namun begitu, Perjanjian AMDA ini tidak mendapat
sokongan sebulat suara dari rakyat. Pemuda UMNO Johor mengangap perjanjian AMDA
menjerumuskan Tanah Melayu ke dalam SEATO (South East Asia Treaty Organisation). Namun
begitu, melalui Majlis Undangan Persekutuan,,sokongan sebulat suara diperolehi daripada rakyat
mengenai perjanjian tersebut.Hubungan Luar Tanah Melayu pada ketika itu hanya melibatkan
dengan negara yang mengamalkan demokrasi seperti Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia,
Australia dan sebagainya. Tuanku mentadbir negara dengan sifat anti-komunis dan tidak
mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia dan China.

Penubuhan Persekutuan Malaysia 1963 telah menimbulkan konflik antara Malaysia dan
negara jiran khusus ndonesia dan Filipina . Ketika Tunku mengumumkan konsep negara
persekutuan pada 27 Mei 1961 di Singapura, wakil Indonesia di PBB, Dr. Subandrio memberi
mendapat reaksi positif. Namun begitu, dua tahun kemudiannya, Indonesia melalui Dr.
Subandrio telah mengubah pendirian untuk menentang penubuhan Persekutuan Malaysia dan
melancarkan dasar konfrontasi. Indonesia menuduh pembentukan Malaysia hanya akan
mengukuhkan tentera British di rantau ini dan memberi peluang kepadanya mengaut
hasil bumi di Brunei, Sabah dan Sarawak melalui Malaysia yang dianggap sebagai
neo-kolonialisme. Pada 13 Februari 1963, Indonesia melalui Presiden Sukarno yang
menjadi Presiden Indonesia pada ketika itu secara rasmi mengumumkan kempen
menentang Gagasan Malaysia. Filipina pula menuntut Sabah dari Malaysia dengan mengaitkan
penguasaan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sebelum kehadiran Syarikat Borneo Utara British
dan kerajaan British pada Jun 1962 .Kemudian Filipina mengikut langkah Indonesia
memutuskan hubunga diplomatik dengan Malaysia. Kemudian pada tahun 1965, Singapura pula
bertindak untuk keluar dari Malaysia.

Dasar luar Malaysia mengalami beberapa perubahan menjelang tahun 1967.
Pengalaman semasa konfrantasi dengan Indonesia menyedarkan Malaysia tentang kepentingan
hubungan serantau. Malaysia bertindak menukar dasar kepada berkecuali bagi mengekalkan
keamanan di rantau Asia Tenggara Malaysia juga bertindak untuk berbaik-baik semula dengan
negara jiran ini dapat dilihat melalui beberapa perjanjian yang ditandatangani, seperti
menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 yang

5

melibatkan Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1961 yang melibatkan Filipina dan
Indonesia dan ASEAN pada tahun 8 Ogos 1967 bersama-sama dengan Thailand, Indonesia,
Filipina dan Singapura.

Kejayaan penubuhan ASEAN yang disertai oleh Malaysia, Filipina, Thailand,
Singapura dan I ndones i a pada Ogos 1967 menj adi t i t i k t ol ak per ubahan
das ar Mal a ys i a ya ng pro-barat kepada berkecuali. Selain itu Malaysia turut
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis dan sosialis. Negara
komunis pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia ialah Yugoslavia,
diikuti Soviet pada pertengahan tahun 1968 berikut lawatan Tun Abdul Razak ke Soviet.

Dari segi ekonomi pula, Tunku Abdul Rahman yang pro-barat melaksanakan dasar
pedaganagn bebas dan terbuka dengan negara-negara barat untuk menjaga kepentingan ekonomi
negara pada ketika itu Dasar utama ekonomi negara ialah me perkembangkan pasaran
bagi b a r a n g a n k e l u a r a n n e g a r a d i s a mp i n g me l i n d u n g i h a r g a
k o mo d i t i u t a ma n e g a r a khususnya bijih timah dan getah. Oleh itu, Tanah Melayu tidak
membeza-bezakan idelogi sesebuah negara dalam mengadakan perhubungan ekonomi. Namun
begitu negara amat jelas bergantung kepada negara-negara Barat terutamanya
Amerika Syarikat dan Britian dari segi eksport dan import. Peratusan yang besar ekonomi pada
waktu itu dikuasai oleh pelabur dari barat. Dasar anti komunis menunjuk jumlah peratusan
perdagangan yang rendah dengan negara komunis seperti China dan Soviet Union.

Sesungguhnya pentadbiran Tunku dari tahun 1957 hingga 1970 telah berjaya mengekalkan
kemerdekaan negara dan menyumbang kea rah kestabilan negara. Ia dapat diperolehi dengan
amalan dasar pro-barat dan anti-komunis. Dasar ini semakin berkurangan menjelang tahun enam
puluhan. Perubahan dasar ini menunjukkan Malaysia sentiasa fleksibel dan menjadikan
kepentingan nasional sebagai keutamaan dalam menentukan arah tuju dasar luar negara.


ii. Era Tun Abdul Razak Hussien (1970 1976)

Tun Abdul Razak mentadbir negara dalam tempoh 6 tahun sahaja. Namun begitu, beliau
telah melakukan sedikit perubahan dasar semasa memegang pucuk pimpinan Malaysia.

Ketika Tun Abdul Razak menyertai Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di
Lusaka, Zambia, beliau mengumumkan dasar utama Malaysia dalam hubungan antarabangsanya
sebagai berkecuali dan tidak akan sesekali menyebelahi mana-mana blok dalam pertikaian
Perang Dingin. Dasar berkecuali Asia tenggara diteruskan sejajar dengan dengan pendirian
Malaysia terhadap penglibatannya dalam pakatan ASEAN. Dasar Asean adalah jelas iaitu kuasa-
kuasa besar perlu menerima Asean sebagai sebuah kawasan atau zon yang aman, bebas dan
berkecuali.

Sewaktu zaman peralihan kuasa antara Tunku dan Tun Razak, Malaysia masih lagi
berdepan dengan ancaman komunis. Namun begitu, Malaysia mula menjalinkan hubungan
diplomatik negara-negara komunis . Pada tahun 1971, Albania telah mengusulkan untuk
memasukkan China ke dalam PBB dan usul ini mendapat sokongan dari Malaysia. Dasar

6

berbaik dengan China ini bertujuan untuk memastikan hasrat Malaysia untuk membentuk
kawasan aman, bebas dan berkecuali dapat diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar yang lain. Di antara
tahun 1972 hingga 1973, Malaysia mula menjalinkan hubungan diplomatik dengan Vietnam
Utara, Korea Utara dan Jerman Timur. Hubungan diplomatik dengan negara China bemula
ketika Tun Abdul Razak membuat lawatan rasmi ke negara tersebut pada tahun 1974 dan
lawatan tersebut berjaya menyelesaikan isu-isu yang timbul di antara malaysia dan China. Pada
Disember 1974, Malaysia telah menempatkan seorang duta di Beijing. Malaysia yakin bahawa
dengan mengadakan hubungan dengan negara China, negara tersebut akan mengurangkan sikap
permusuhan dengan Malaysia dan menarik balik sokongannya terhadap Parti Komunis Malaya.

Selain daripada hubungan dengan negara-negara Komunis, Tun Abdul Razak,tidak
mengabaikan hubungan luar dengan negara pro demokrasi yang lain. Semasa era pimpinan Tun
Abdul Razak, beliau sentiasa memperkukuhkan lagi kerjasama serantau dan hubungan Malaysia
dengan negara-negara Islam dan Afrika. Malaysia turut memainkan peranan aktif dalam
ASEAN, OIC, NAM dan juga Pertubuhan Negara-Negara Komanwel.


iii. Era Tun Hussien Onn (1976-1981)

Tun Hussein Onn yang mentadibir Malaysia dari 1976-198. Beliau tidak melakukan
sebarang perubahan drastik dalam dasar luar Malaysia. Hal ini bersesuaian dengan keperibadian
beliau yang kurang radikal.

Tun Hussein terus meneruskan dasar berkecuali yang telah diasaskan oleh pemimpin
sebelumnya serta memberi penekanan dan perhatian kepada kerjasama keselamatan dan
pertahanan negara. Malaysia terus melaksanakan sikap berhati-hati di peringkat antarabangsa
.Beliau juga berusaha mewujudkan kawasan bebas, aman dan berkecuali di rantau asia tenggara.

Pada 1977, Tengku Rithaudeen sebagai Menteri Luar telah melawat Vietnam bagi
mendapatkan jaminan tentang prinsip pengecualian yang dipelopori Malaysia dan diterima
menjadi cadangan ASEAN. Pada 1978, Perdana Menteri Vietnam, Pham Van Dong dan Naib
Perdana Menteri China, Teng Hsiao Ping membuat kunjungan balas ke Malaysia.

Pada September 1979, Tun Hussein Onn telah membuat kunjungan ke China dan diikuti
Rusia. Pada Mac 1980, Tun Hussein Onn berunding dengan Presiden Suharto dan membuat
Perisytiharan Kuantan untuk menyeru China dan Rusia agar tidak campur tangan isu di
Vietnam dan isu tersebut diselesaikan secara rundingan. Pada Oktober pada tahun yang sama,
Malaysia mengistiharkan kesediaan untuk menolong Thailand seandainya negara itu diancam
oleh tentera Vietnam dan Kampuchea.


iv. Era Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981 2003)

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Hussien Onn
pada 16 Julai 1981 . Semasa era Tun Dr. Mahathir, dasar luarnya aktif dan proaktif. Malaysia

7

menjadi terkenal kerana pendiriannya yang tegas dan konsisten di peringkat rantau dan
antarabangsa. Tun Mahathir telah membuat perubahan yang drastik dengan menjadikan Timur
sebagai role-model. Ini merupakan satu evolusi yang sangat nyata dalam pemerintahan Malaysia
dan menarik perhatian dunia khususnya, Barat (Zulhilmi Paidi &Asrar, 2003, m/s 134).

Semasa awal pentadbirannya, dasar luar Malaysia tidak mengalami perubahan dari
segi asas utamanya. Dasar berkecuali t erus menjadi keutamaan selain memperkukuhkan
hubungan kerjasama serantau, hubungan dengan Negara-negara Islam, Negara-
negara Berkecuali dan Negara-negara Komenwel. Tun Mahathir memperkukuhkan
dasar luar negara dengan menekan kepentingan ekonomi berbanding hal-hal politik
dan keselamatan dalam menjalinkan hubungan dengan negara luar.

Pada waktu yang sama juga, Malaysia mula mengatur l angkah untuk
menonjolkan diri dengan memainkan peranan aktif secara serius dalam
memperjuangkan hak-hak dunia ketiga dalam isu-isu antarabangsa seperti sekatan
perdagangan perkaitan dengan kemasukan barangan dunia ketiga yang dikenakan
oleh negara-negara maju. Tun Dr Mahathir mula melibatkan diri dalam forum-forum
antarabangsa bagi memperjuangkan hak-hak ekonomi bagi kepentingan negara dunia ketiga.
Tun Dr Mahat hi r t ur ut menj al i nkan hubungan dengan negara-negara kecil Pasifik
Selatan seperti Fuji dan Tonga dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi.
Malaysia memberi bantuan teknikal kepada negara-negara Pasifik Selatan, Afrika
serta Asia Selatan dan Asia Barat Malaysia juga meni t i kber at kan ker j as ama
Sel at an- Sel at an melalui Rancangan Kerjasama Teknikal Penganjuran Persidangan Selatan-
Selatan Kedua di Kuala Lumpur pada 1998 membuktikan usaha Malaysia untuk membantu
negara-negara tersebut.


Tun Dr. Mahathir juga telah membangkitkan isu kepentingan Antartika terhadap
kesejahteraan manusia sejagat. yang timbul akibat keghairahan sesetengah negara
mengeksplotasi benua berais di Kutub Selatan untuk kepentingan ekonomi dan politik negara-
negara tersebut tanpa memikirkan kesan jangka panjang ke atas sistem ekologi dunia. Selain itu,
Tun Dr. Mahathir juga, dengan lantang telah menyatakan pandangan tentang isu-isu Negara
Dunia Ketiga seperti penindasan terhadap penduduk kulit hitam di Afrika Selatan, penderitaan
yang dialami oleh penduduk Palestin, dasar perdagangan yang memihak kepada negara maju,
pembaharuan sistem pentadbiran PBB yang selama ini berada di bawah pengaruh kuasa-kuasa
besar dunia dan isu-isu berkaitan penyalahgunaan dadah.


v. Era Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (2003 2009)

Tun Abdullah dianggap beruntung kerana menyambung pentadbiran negara daripada
pemimpin sebelumnya. Walaupun dasar luar yang diamalkan masih sama namun pendekatan
yang digunakan oleh Tun Abdullah bagi menyampaikan aspirasi nasional di arena antarabangsa
agak berbeza bersesuaian dengan keperibadian beliau yang agak sederhana. Beliau juga telah
melakukan beberapa dasar dalam perhubungan dengan negara. Walaupun hanya beberapa tahun

8

memegang teraju pemerintahan negara, tetapi beliau telah menunjukkan kematangan, kejujuran
dan sikap yang pragmatik apabila menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu dasar luar.

Dalam mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau, Tun
Abdullah telah mencadangkan agar Dasar Berkecuali di kalangan negara-negara ASEAN
diperinci dan diperkemaskan semula bagi mendepani cabaran baru yang bakal dihadapi. Dalam
isu ini, beliau merasakan prinsisp asas Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ASEAN iaitu
tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain menjadi pegangan utama pergerakan ini lebih
40 tahun yang lalu perlu diperinci dan mengambil kira tekanan antarabangsa dan sesuai dengan
keperluan semasa yang berubah-ubah oleh negara anggota bagi menjamin keharmonian dan
keselamatan serantau. Sebagai contoh, pasukan pemantauan antarabangsa di selatan Mindanao,
yang diketuai oleh Malaysia, yang telah membantu dalam memulihkan keamanan di Filipina.

Sebagai Pengerusi OIC, Tun Abdullah memainkan peranan untuk memaklum kepada
masyarakat antarabangsa bahawa Islam adalah agama kedamaian yang menentang bentuk
keganasan. Sebagai Perdana Menteri, Tun Abdullah bertanggungjawab untuk menunjukkan
kepada dunia bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam hadari, dinamik, bertanggungjawab
dan boleh dipercayai untuk menjadi rakan perdagangan dan tempat yang selamat untuk melabur
dan melancong. Mengenai dasar luar negara, Tun Abdullah menyatakan jalinan perhubungan
yang wujud dengan negara-negara lain perlu diurus dan ditadbir secara bijak melalui dasar luar
yang berprinsip, bebas dan pragmatik dalam usaha memelihara kepentingan Malaysia di arena
antarabangsa. Malaysia akan terus menyatakan akan pendapatnya mengenai isu Palestin, Iraq,
Afghanistan, Lubnan dan Syria sebagai tanda sokongan kepada umat Islam sejagat.


vi. Era Dato Seri Mohd Najib Tun Razak ( 2009 hingga kini)

Pada 3 April 2009 Dato Seri Mohd Najib Tun Razak telah menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-
6 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah
mengorak langkah ke hadapan dengan menekankan kepada dasar luar yang lebih proaktif dan
dinamik berbanding era Tun Abdullah.

Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang
kukuh dinamik serta mudah pulih. Hubungan serantau terutamanyan bersama ASEAN, OIC, NAM dan
sebagainya diberi penekanan. Selain itu, Dato Seri Najib juga memberi penekanan penting terutamanya
bidang ekonomi semasa mengadakan hubungan dua hala dengan negara-negara yang merupakan
negara trading partner dengan Malaysia, seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat
dan sebagainya. Hubungan dua hala diyakini lebih berkesan dan telus kerana ianya hanya
melibatkan dua negara dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan di antara kedua-dua
negarat. Di samping itu, ia juga menjadi lebih efektif kerana kurangnya kerenah atau rintangan
yang boleh merencatkan usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama antara dua buah
negara yang terlibat.

9

Era Najib mengutamakan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran. Setiap
usaha diplomatik dilaksanakan untuk menyelesaikan perselisihan yang masih belum terlerai
termasuklah yang berkaitan dengan tuntutan bertindih dan penetapan sempadan tanah dan
maritim untuk memastikan hubungan dua hala dengan semua negara jiran tidak terjejas akibat
masalah tersebut. Untuk menunjukkan sejauh mana Malaysia bersedia untuk mencari
penyelesaian bagi masalah dua hala sebarang tuntutan berkaitan pertindihan wilayah akan
dirujuk kepada ICJ.

PENGLIBATAN MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Perkembangan dasar luar negara di bawah pentadbiran perdana menteri yang silih
berganti memperlihatkan kesan-kesan yang positif terhadap perubahan geopolitik dan ekonomi
pada tempoh tersebut. Dasar luar negara tidak boleh statik agar terus sesuai dengan keperluan
negara. Walaupun berlaku perubahan dasar luar negara Malaysia, kesinambungan juga jelas
menunjukkan tahap keyakinan dan kematangan negara yang lebih tinggi dalam menguruskan
hubungan antarabangsanya. Malah, kepimpinan Malaysia turut mendapat pengiktirafan dalam
pelbagai isu yang menarik minat negara-negara dunia ketiga.

Berikut adalah penglibatan Malaysia dengan badan-badan antarabangsa bagi
memperkukuhkan hubungan Malaysia dengan negara luar

i. PERSATUAN NEGARA- NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di
Bangkok. Penubuhan ASEAN in bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di kalangan negara-
negara Asia Tenggara. ASEAN berpegang kepada prinsip hormat kepada kemerdekaan,
kedaulatan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara, menyelesaikan
persengketaan atau perdebatan dengan aman, menolak penggunaan ketenteraan dan
meningkatkan kerjasama berkesan antara anggota.

Pada awal penubuhannya, persatuan ini dianggotai oleh lima buah negara sahaja iaitu
Malaysia, Indonesia, Thailang, Filipina dan Singapura. Kini , hampir semua negara di Asia
Tenggara termasuk Brunei, Vietnam, Myammar, Laos, Kemboja dan Kampuchea telah
menyertai ASEAN.Fungsi-fungsi kerjasama ASEAN dibentuk berdasarkan kepada Rancangan-
rancangan antaranya Rancangan Pembangunan Sosial ASEAN , Rancangan Kebudayaan dan
Maklumat ASEAN, Rancangan Sains dan Teknologi ASEAN, Rancangan Persekitaran Strategik
ASEAN , Rancangan Kawalan Penyalahgunaan Dadah ASEAN dan Rancangan Memerangi
Jenayah Antara bangsa ASEAN.

Sejak awal penubuhannya hingga kini, banyak rancangan ASEAN yang berjaya
dilaksanakan demi kebaikan semua negara anggota. Pada 1971 dalam Mesyuarat Menteri-
menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur 1971, satu deklarasi telah diumumkan iaitu semua
anggota ASEAN sebulat hati mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas

10

dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Neutrality (ZOPFAN).
Deklarasi ini dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Matlamat utama ZOPFAN adalah untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak menyokong mana-
mana blok sama ada Barat atau Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar. Pada
tahun 1984,mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN telah menetapkan bahawa ASEAN sebagai
Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan mengizinkan perairan dan
kemudahan pelabuhannya digunakan oleh kapal-kapal untuk mengangkut bahan atau senjata
nuklear. Pengumuman ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara-negara anggota
ASEAN kepada matlamat ZOPFAN.

Perkembangan ke arah hubungan ekonomi ini agak perlahan walau pun ia dalah agenda
utama ASEAN . Negara-negara ASEAN telah mengadakan kerjasama dalam projek-projek
perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Aceh (Indonesia). Dalam
Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992 telah mengumumkani zon Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) meningkatkan kerjasama
ekonomi . Malaysia juga telah mengemukakan cadangan melalui ASEAN untuk memperluas
skop hubungan ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Perundingan
Ekonomi Asia' Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC) telah dikemukakan oleh Tun
Mahathir. Biar pun mendapat tentangan negara maju, kerjasama secara tidak rasmi tetap terus
diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini melibatkan kerjasama antara
negara ASEAN dengan negara-negara timur, iaitu China, Jepun, dan Korea.

Selain itu, bidang pendidikan,kebudayaan,sosial dan pelancongan tidak diabaikan.
Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) diwujudkan untuk memberikan
tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat
Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia. Hubungan antara
negara-negara Asean turut diperkukuhkan melalui bidang kebudayaan dan sosial seperti
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan antara negara-negara
anggota.. Sukan SEA juga diadakan untuk mengeratkan hubungan antara negara melalui
semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan, kerjasama dijalinkan dengan mengadakan
Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.


ii. KOMANWEL

Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja ditubuhkan secara sukarela hasil idea
Lord Rosebury pada tahun 1931 yang melibatkan negara-negara berdaulat yang dibina atau
dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas
jajahan Belgium). Matlamat utama penubuhan Komanwel adalah untuk memperkukuhkan
perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota, membentuk persepaduan di bawah satu
pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota, memelihara

11

kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota, kemudahan dan layanan yang
baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di
Britain, kepakaran dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran
negara anggota, dan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran
Komanwel.

Dalam Komanwel, Malaysia turut memainkan peranan. Malaysia telah menyuarakan
rasa kurang senang dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan. Ketika dasar
apartheid dijalankan oleh orang kulit putih terhadap kulit hitam, Malaysia telah menyokong
sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan. Malaysia meminta negara maju supaya
menumpukan perhatian kepada Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah menjadi tuan rumah
Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel atau CHOGM di Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat
tersebut, Malaysia telah menimbulkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan
mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar. Malaysia juga telah membantu Sri
Lanka dengan memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam getah.
Malaysia turut memberi bantuan biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain-
lain Negara untuk belajar di negara kita.

Melalui penyertaan Malaysia dalam Komanwel, negara mendapat pelbagai faedah.
Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia
dan New Zealand yang telah membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia. Malaysia juga
melibatkan diri dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara yang menjanjikan bantuan Britain
secara automatik jika Malaysia diserang musuh. Negara Britain banyak melabur modal di
Malaysia dalam bidang ekonomi perlombongan dan perladangan. Pelajar Malaysia juga
mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand melalui
Rancangan Colombo.


iii. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa
yang ditubuhkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II.
Keanggotaan PBB terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. PBB telah ditubuhkan bagi
menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang
Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New
York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.

Objektif utama dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan
pertelingkahan yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat
akan undang-undang antarabangsa, serta meningkatkan penduduk di seluruh dunia. Antara
Piagam PBB ialah semua ahli PBB berazam untuk menyelamatkan generasi-generasi seterusnya
daripada kesengsaraan peperangan, menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi
manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan
serta negara-negara besar dan kecil, dan mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa
hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-
undang yang lain dapat dipeliharakan, dan mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup

12

yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas. Untuk tujuan ini , semua ahli PBB akan
mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai
jiran-jiran yang baik, akan menyatukan kekuatan negara-negara ahli untuk memeliharakan
keamanan dan keselamatan antarabangsa, memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan
institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak, akan digunakan, kecuali untuk
kepentingan umum, dan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan
ekonomi dan sosial untuk semua manusia.

Melalui penyertaan Malaysia dalam PBB Malaysia telah mendapat bantuan daripada
Bank Dunia untuk menjayakan Rancangan Felda, aktiviti pembangunan sosial dan menyediakan
kemudahan pendidikan dan penyelidikan. Bank Dunia juga telah memberi bantuan pakar
ekonomi bagi membantu masalah ekonomi di Malaysia. Selain itu, Ketika proses pembentukan
Gagasan Malaysia, PBB telah membentuk satu suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence
Michaelmore yang bertujuan untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
mengenai penyertaan ke dalam Gagasan Malaysia setelah mendapat bantahan dari Negara
Indonesia dan Filipina. Malaysia juga telah mendapat pengisytiharan sebagai sebuah negara
berdaulat daripada semua negara di dunia. Sebagai ahli PBB, Malaysia turut menperolehi
manafaat melalui Majlis Ekonomi dan sosial PBB seperti UNESCO, WHO, FAO, dan ILO.
Contohnya, Malaysia telah menerima bantuan daripada WHO dalam bidang kesihatan dengan
menghantar pakar-pakar perubatan serta pelbagai bantuan untuk meningkatkan taraf kesihatan
rakyat . Buktinya WHO telah menunjukkan kejayaan menghapuskan penyakit malaria dan taun
di Malaysia.

Sebagai Ahli PBB, Malaysia bukan sekadar menerima bantuan malah turut memainkan
peranan dalam memberikan sumbangan untuk menyelesaikan beberapa persengkataan
antarabangsa. Antaranya termasuklah penghantaran tentera pendamai ke Congo, Afrika pada
tahun 1960 untuk menyelesaiakan perang saudara dan bersama PBB untuk memelihara
keamanan di Namibia dan membantu negara tersebut memperolehi kemerdekaan (1989).
Malaysia juga turut menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan kampuchia serta
pasukan pengaman ke Bosnia sekitar tahun 1990-an. Selain itu Malaysia juga menganjurkan
Persidangan Antarabangsa tentang Palestin untuk menunjukan pendirian tegas Malaysia dalam
usaha menyelesaikan masalah Palestin.

iv. PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ditubuhkan secara rasminya ketika 25
buah Negara-negara berkecuali berserta 3 buah negara pemerhati bersidang buat kali perrtama di
Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade,
Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961. Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito
(Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong
sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah. Pada
masa yang sama, Pergerakan ini ditubuhkan hasil daripada Perang Dingin (Cold War) yang
berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an.

13


Matlamat penubuhan NAM setelah diumumkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah
untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali
dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan
pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan dominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik.

Sejak daripada awal penyertaan Malaysia dalam NAM, Malaysia telah memainkan
peranan penting dalam menegakkan prinsip NAM. Malaysia mengemukakan usul membela
kepentingan negara membangun, isu Palestin,isu Antartika dan mengemukakan cadangan
menghapuskan Dasar Apartheid. Malaysia juga pernah dilantik sebagai Naib Presiden dalam
sidang kemuncak NAM di Belgrade pada tahun 1989. Pada tahun 2003 Malaysia tuan rumah
sidang kemuncak NAM ke-13. Dalam persidangan itu semua ahli bersetuju mengisytiharkan
Deklarasi Kuala Lumpur untuk menghidupkan kembali NAM. Persidangan ini turut
mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika terhadap
Iraq. Pada Mac 2004, Malaysia telah melancarkan Portal e-Sekretariat NAM yang digunakan
sebagai pangkalan data kepada semua isu yang berkaitan dengan NAM bagi meningkatkan
hubungan komunikasi serta koordinasi mempercepatkan prose membuat keputusan dan
mengurangkan jurang perbezaan digital serta perpaduan di antara negara anggota NAM. Usaha
ini dilakukan kerana kita menyedari bahawa ICT sangat penting dalam pembangunan ekonomi
terutama sekali dalam konteks globalisasi kerana kebanyakan ahli NAM kurang pengetahuan
dalam bidang tersebut.


v. PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab
1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi Pada
asalnya pertubuhan ini dikenali sebagai Sekretariat Islam dan disertai oleh 28 buah negara Islam.
Sehinga kini jumlah tersebut telah meningkat sehingga 55 buah negara. Tujuan utama penubuhan
OIC ialah untuk menggalakkan kesefahaman di kalangan negara anggota, menyelaras kerjasama
di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang
lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan
antarabangsa, berusaha menghentikan sebarang bentuk perbezaan kaum, penindasan dan
penjajahan, mengambil langkah perlu bagi mendokokng usaha ke arah melahirkan keamanan dan
keselamatan berasaskan keadilan, meningkatkan perjuangan umat Islam bagi menjaga maruah,
kemerdekaan dan hak mereka, dan Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama
dan perpaduan di kalangan negara ahli dan dengan negara lain.

Melalui penyertaan Malaysia dalam OIC, negara mendapat pelbagai manaafat. Malaysia
perolehi pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek untuk rakyat.
Negara kita juga telah menerima bantuan untuk menubuhkan Universiti Islama Antarabangsa
Malaysia.

14


Sejak dari awal penubuhannya, Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam
OIC. Di awal penubuhannya, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu Tunku Abdul Rahman
telah dilantik sebagai setiausaha OIC. Setiap tahun, Malaysia telah menyertai Persidangan
Menteri-menteri Luar OIC untuk membincangkan isu-isu semasa. Malaysia pernah menjadi tuan
rumah bagi persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003. Malaysia juga menjadi pengantara
dalam menyelesaikan peperangan Iran dan Iraq. Melalui OIC, Malaysia menawarkan biasiswa
kepada pelajar pelajar negara ahli yang menjadi siswa di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.


vi. KERJASAMA SELATAN-SELATAN

Negara Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara Negara Dunia Ketiga yang
terletak di Asia dan Afrika. Negara negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi latar
belakang ekonominya dan pernah dijajah oleh kuasa barat. Negara ini masih bergantung kepada
negara maju dalam pemasaran bahan mentah kerana negara-negara ini tidak mempunyai
kepakaran dan kewangan untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan
ini membawa ketidakadilan dalam syarat perdagangan seperti kawalan terhadap harga bahan
mentah dan pengenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Oleh itu,
tujuan utama kumpulan ini adalah untuk menyelesaikan masalah harga eksport bahan bahan
mentah dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa
berharap kepada negara negara utara.

Malaysia memainkan peranan penting dalam Kerjasama Selatan-Selatan dengan
menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan. Penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan ini
dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun
1987. Tujuannya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 pada tahun 1989. Sidang
kemuncak G15 yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Antara projek
yang dirancang dalam kerjasama ini termasuklah pertukaran kepakaran dalam bidang sains dan
teknologi serta penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan
atau South Investment, Trade and Technology Data Exchange Center (SITTDEC) di Kuala
Lumpur, penubuhan Sistem Kewangan Perdagangan Global atau Global System of Trade
Preference (GSTP) dan juga penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan
pembiayaan perdagangan.


vii. KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK (APEC)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC ditubuhkan pada tahun 1989 bagi menyahut
seruan kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara Asia Pasifik yang semakin berkembang.
Malaysia melibatkan diri dengan APEC untuk menjalinkan hubungan dagangan dengan 20 buah

15

negara Asia pasifik dengan matlamat untuk mempromosi perdagangan dan pelaburan yang bebas
dan terbuka di rantau Asia Pasifik.. APEC bermula sebagai sebuah kumpulan dialog yang tidak
rasmi, kemudiannya telah menjadi medium utama bagi rantau ini dalam usaha merangsang
perdagangan terbuka serta kerjasama ekonomi yang praktikal. Matlamatnya adalah untuk
meningkatkan dinamisme ekonomi Asia Pasifik maju ke hadapan serta ahli yang saling
bekerjasama.

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan APEC. Pada 17 hingga 18
November 1998 Malaysia menjadi pengerusi mesyuarat APEC kali yang ke 10. Dalam
mesyuarat tersebut, Malaysia cuba menyatakan beberapa isu utama termasuklah strategi
alternatif yang berkesan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi dan mengembalikan
kestabilan pasaran kewangan serantau dan usaha untuk meyakinkan pelabur dan pengaliran
masuk modal yang stabil ke rantau APEC. Selain itu, Malaysia turut menekankan pendekatan
yang harus diambil bersama APEC ke atas isu pembaharuan model sistem kewangan
antarabangsa dan usaha mengurangkan kesan sosial dan membantu golongan yang mudah
terjejas disebabkan krisis kewangan serantau serta menguatkan sistem kewangan di peringkat
ekonomi individu dan antarabangsa diteruskan dengan meningkatkan mutu pengawasan serta
latihan di kalangan penyelia perbankan dan sekuriti di samping menjalankan langkah
pemantauan perkembangan ekonomi anggota menerusi Strategi Kerjasama Pertumbuhan (CGS),
dan meningkatkan penzahiran maklumat dan ketelusan di kalangan peserta pasaran termasuk
operasi dana lindung nilai dan agensi penarafan kredit.

PENUTUP

Apa pun dasar yang diperjuangkan oleh mana-mana pemimpin di negara ini, semuanya
menghala kepada satu objektif, mengukuhkan hubungan dua hala dan memberi faedah agar
sama-sama menikmatinya.Sebagaimana kita menghargai nikmat dan sejarah kemerdekaan
negara, amat wajar untuk kita semua mensyukuri duduk letak hubungan dua hala Malaysia serta
negara luar. Ini kerana ia bertitik tolak daripada satu perkara yang jelas; hubungan luar Malaysia
yang baik dan jernih itu adalah hasil daripada nikmat merdeka yang dikecapi sudah 53 tahun.














16


RUJUKAN

Abdullah Ahmad, 1985. Tunku Abdul Rahman and Malaysias Foreign Policy 1963-1970. Kuala
Lumpur: Berita Publishing.

Abu Hassan Hj. Omar.1995. Malaysian foreign policy in 1990s. Dalam Abdul Razak Abdullah
Baginda & Rohana Mahmood (Penyunting). Malaysias defense and foreign policies. Petaling
Jaya: Pelanduk Publications.

Alauiah Sikom, 1995. Malaysia Dan Politik Antarabangsa. Kuala Lumpur: Institut
Perkembangan Minda (INMIND).

Haji Dr. Syed Ibrahim, 2006, Malaysia Kita, ILBS : Selangor Darul Ehsan.

Faridah Jaafar. 2007. Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2005. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Ghazali Jani, 1980. Negara Kita, Sejarah, Pentadbiran Dan Dasar-Dasar Pembangunan. Kuala
Lumpur : INTAN.

Sheela Abraham. 1993. Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Yusof Islam (UIA) & Khayati Ibrahim (UM), 1993. Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia (Kajian
Menyeluruh). A.S Noordeen.

http://syedhamidalbar44.blogspot.com/2009/12/sedikit-coretan-dasar-luar-dan-komentar.html

http://www.geocities.com/mt961013/unitem/dasarmalaysia.htm
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/428-pertubuhan-
antarabangsa/8175-komanwel.html

You might also like