Polis Siasat Kes Buli Pelajar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Polis siasat kes buli pelajar

Oleh NORAZRIN MARZUKI dan BADRUL HAFIZAN MAT ISA


pengarang@utusan.com.my


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_01/Polis-siasat-kes-buli-
pelajar#ixzz3BwyoK0BT
Utusan Melayu (M) Bhd


SEDUTAN klip video YouTube semalam menunjukkan seorang pelajar diterajang (gambar kiri), ditendang (gambar tengah)
dan disiku (gambar kanan) oleh pelajar lain dalam kejadian di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Advertisement
KUALA LUMPUR 10 April - Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kes buli pelajar di
sebuah sekolah menengah di negeri itu pada awal Mac lalu yang klip rakamannya kini tersebar luas di laman
sosial YouTube.
Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes itu yang berlaku di Seberang Jaya
disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Bagaimanapun, melalui maklumat diterima oleh polis, ketiga-tiga pelajar yang membuli itu telah dibuang
sekolah selepas diputuskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah," kata kenyataan
itu.
Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video selama 1 minit 32 saat yang tersebar di laman sosial
YouTube beberapa hari lalu.
Rakaman itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah telah dibelasah sekumpulan remaja lain
dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah bilik.
Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh seorang remaja yang memakai
baju T berwarna kelabu.
Turut kelihatan di dalam klip itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa tanpa rasa belas
kasihan dan menggunakan objek keras.
Dipercayai pergaduhan itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa dan
tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut walaupun mangsa dipukul bertubi-tubi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_01/Polis-siasat-kes-buli-
pelajar#ixzz3BwyefHCk
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like