Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Soalan 1 : Andaikan sesebuah organisasi tidak mempunyai salah satu daripada pakar

maklumat yang telah dijelaskan . Cuba senaraikan kesan kesan yang akan timbul dari
kekurangan ini .

Terdapat 5 kategori pakar maklumat yang terdapat dalam sesebuah organisasi iaitu Juru
Analisa Sistem , Pentadbir Pangkalan Data ( DBA ) , Pentadbir Rangkaian , Pengaturcara dan
Operator . Namun , terdapat kesan negatif yang timbul sekiranya salah satu daripada pakar
maklumat tersebut tiada dalam sesebuah organisasi iaitu :

I. Tidak dapat membangunkan sistem baru atau meningkatkan sistem semasa organisasi
(Juru Analisa Sistem) .

II. Tidak dapat membina dan menyelenggara pangkalan data yang mengandungi data yang
diperlukan untuk menghasilkan maklumat pengguna( Pentadbir Pangkalan Data ) .


III. Tidak dapat membina dan menyelenggara rangkaian komunikasi data yang
menghubungkan dan membenarkan perkongsian sumber sumber perkomputeran
(Pentadbir Rangkaian ) .

IV. Tidak dapat menulis kod kod atur cara didalam bahasa peraturcaraan tertentu
berdasarkan dokumentasi reka bentuk yang ditulis oleh juru analisa sistem
(Pengaturcara).


V. Tidak dapat menggendalikan peralatan perkomputeran berskala besar seperti computer
kerangka utama atau mini (Operator) .
Soalan 2 : Cuba bayangkan anda salah seorang pekerja di sebuah firma di persekitaran
anda . Bagaimanakah anda dapat mengaitkan sumber fizikal dan konseptual firma
tersebut . Bincangkan .

Sebagai seorang pengurus di organisasi akhbar dan majalah , saya
bertanggungjawab untuk mengurus dengan memerhatikan objek fizikal di organisasi
seperti akhbar , majalah , wang , organisasi dan pelanggan . Namun , apabila perniagaan
telah meningkat , organisasi telah menngambil keputusan untuk membuka beberapa kedai
buku dan majalah dengan ratusan pekerja dan ribuan pelanggan yang perlu saya
kendalikan . Pada tahap ini , saya lebih memerlukan maklumat berbanding dengan
pemerhatian .

Untuk menguruskan keadaan fizikal firma , saya lebih banyak menggunakan
banyak laporan atau paparan maklumat . Maklumat merupakan sumber yang sangat
bernilai bagi semua pengurus . Setiap pengurus akan mengurus sumber fizikal dan
konseptual firma.

Sumber fizikal merupakan sumber yang boleh dilihat oleh mata kasar seperti
personel , material , mesin termasuk kemudahan dan tenaga serta wang . Manakala
sumber konseptual atau data merupakan sistem yang menggunakan sumber sumber
konseptual yang tidak boleh di lihat secara fizikal untuk mewakili sistem fizikal . Ia
merupakan data dan maklumat yang wujud sebagai idea didalam fikiran , rajah atau graf
di atas kertas atau paparan data di atas skrin .

Untuk menghasilkan sesuatu produk , sumber fizikal sangat penting kerana terlibat
dalam proses pembuatan yang melibatkan manusia , bahan mentah dan mesin . Seterusnya
, data dan maklumat akan disimpan di dalam sumber konseptual yang mencerminkan apa
yang berlaku di dalam sistem fizikal pembuatan .

Melalui sistem tersebut , saya sebagai seorang pengurus boleh mengetahui tentang
kuantiti bahan mentah yang digunakan , jujukan proses tranformasi yang berlaku ,
pekerja yang mengendalikan operasi pembuatan dan kuantiti serta destinasi produk siap
yang dihasilkan secara harian , mingguan atau bulanan. Tujuan sistem maklumat adalah
untuk mencapai maklumat ,mengemaskini data , memproses maklumat dan melaksanakan
transaksi atau menjana laporan organisasi .

You might also like