Tingkatkan Kualiti Sistem Pendidikan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

http://www.utusan.com.

my/utusan/Rencana/20130926/re_05/Tingkatkan-kualiti-sistem-pendidikan
RENCANA

ARKIB : 26/09/2013
Tingkatkan kualiti sistem pendidikan
TAN SRI LEE LAM THYE ialah Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia.
PELAN Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 mengenal pasti 11 anjakan strategik dan
operasi untuk mencapai wawasan dalam meningkatkan taraf pendidikan kanak-kanak ke arah
abad ke-21. Anjakan strategik pertama menyebut tentang memberi pendidikan berkualiti yang
setanding dengan taraf pendidikan antarabangsa.
Dalam anjakan ini, keperluan untuk penambahbaikan tahap pembelajaran Bahasa Inggeris, Sains
dan Matematik selaras dengan piawaian antarabangsa. Untuk mencapai matlamat ini, kita
memerlukan guru yang mempunyai keupayaan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
baik kepada pelajar terutamanya mata pelajaran Matematik dan Sains yang bukan subjek
kegemaran.
Anjakan kedua pula menyentuh tentang keperluan untuk memastikan setiap kanan-kanak mahir
dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Untuk ini, kita perlu mempunyai guru yang
berkebolehan untuk berkhidmat di sekolah luar bandar dan bandar. Dalam anjakan keempat pula
adalah menjadikan profesion perguruan sebagai profesion pilihan utama seperti yang dinyatakan
dalam Rangka Tindakan di mana pelantikan guru adalah daripada antara 30% graduan yang
terbaik. Walaupun ini adalah langkah yang baik untuk meningkatkan kualiti profesion perguruan
namun terdapat juga keperluan untuk memahami bahawa untuk menjadi seorang guru yang baik,
seseorang itu bukan sahaja perlu mempunyai latar belakang akademik yang tinggi tetapi perlu
juga mempunyai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kemahiran untuk mendengar serta
komited dalam profesion ini.
Anjakan ketujuh pula merujuk kepada memanfaatkan ICT dalam meningkatkan pembelajaran
yang berkualiti di seluruh Malaysia. Memandangkan e-pembelajaran menjadi alat yang penting
dalam menyampaikan pendidikan kepada generasi baru kini, kemudahan infrastruktur perlu
dibaiki dan dikemas kini bagi merapatkan jurang digital ini.
Anjakan kesembilan pula merujuk kepada kerjasama ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta.
Keutamaan adalah untuk mengubah daripada "pembelajaran sekolah" kepada "pembelajaran
sistem" dengan melibatkan ibu bapa, masyarakat serta sektor swasta dan sosial sebagai rakan
kongsi bagi menyokong pelajar dalam pembelajaran mereka.
Tidak dapat dipertikaikan Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar dalam sistem
pendidikan untuk melonjakkan pencapaian bagi memenuhi aspirasi yang tinggi dalam
persekitaran global yang semakin kompetitif. Pelan yang meliputi tempoh 2013-2025 ini
merangkumi visi sistem pendidikan dan aspirasi pelajar yang diperlukan negara. Melalui pelan
ini, kita perlu membina sistem pendidikan yang mengasuh kanak-kanak menghargai keunikan
identiti sebagai warganegara Malaysia.
Kementerian Pendidikan bertanggungjawab untuk mencapai kesemua matlamat yang digariskan.
Sementara itu, Ibu bapa, anggota masyarakat dan sektor swasta berperanan dalam meningkatkan
kualiti sistem pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih kejayaan anak- anak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130926/re_05/Tingkatkan-kualiti-sistem-
pendidikan#ixzz3BrYLoubx
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like