Tingkah Laku Bilazim-Psikotik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

FAKULTI PEMBANGUNAN SOSIAL

COU 3003
TINGKAH LAKU BILAZIM

TUGASAN BERKUMPULAN:

PSIKOTIK; POSTPARTUM PSIKOSIS
(GILA MEROYAN)


DISEDIAKAN OLEH:
AYU NURUL AIDAH BT BASIRON UK 27030
NOOR ADILAH BT MUKLAS UK 27284
SYAMSIAH BT ISMAIL UK 27297
SITI NUR NADHIRAH BT MOHD ASHRI UK 27330

DISEDIAKAN UNTUK:
EN. PETER WONG SIN ONN

SEMESTER II 2012/2013
1

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGENALAN 2
SIMPTOM-SIMPTOM POSTPARTUM PSIKOSIS 3
PERSPEKTIF KEMANUSIAAN 6
PERSPEKTIF PSIKOSOSIAL 7
RAWATAN-RAWATAN UMUM YANG 8
SERING DIGUNAKAN

PERATUSAN GEJALA PENYAKIT 13
POSTPARTUM PSIKOSIS

KESAN NEGATIF GANGGUAN PSIKOLOGI 14
SELEPAS BERSALIN

PENCEGAHAN BAGI MENGELAKKAN
PSIKOTIK SECARA UMUM 15

CONTOH KES DAN CARA RAWATAN 18

RUJUKAN 20








2

PENGENALAN
Postpartum psikosis atau biasanya dipanggil gila meroyan merupakan
peringkat tahap mental paling teruk yang jarang berlaku dan sering dikaitkan dengan
masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Ianya mula-mula
dikenalpasti sekitar tahun 1850. Postpartum psikosis sering dikaitkan dengan
persamaan ciri penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain.
Walaubagaimanapun psikosis jenis ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita
selepas bersalin.
Menurut kajian, dalam kalangan 1,000 ibu yang melahirkan anak, satu hingga
dua orang berisiko mendapat psikosis selepas bersalin dan biasanya berlaku dalam
kalangan wanita yang mempunyai masalah kecelaruan perasaan terutamanya
kecelaruan bipolar (Viguera et al., 2000). Psikosis ini juga biasanya bermula tiga
hingga lima hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat
psikosis dalam dua minggu pertama selepas kelahiran manakala simptom
postpartum psikosis selepas bersalin juga boleh berlaku sehingga satu atau dua
tahun selepas bersalin.
Penyakit postpartum psikosis bermula dengan gangguan emosi seperti
perasaan resah dan tidak tenang. Pesakit tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur
lena serta kerap kali merasa keletihan. Selain itu, pesakit yang menghidap psikosis
selepas bersalin ini akan mengalami emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah.
Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis.
Hal ini berlaku apabila pesakit mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru,
bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang
waras.
Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu
menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba
membunuh bayi (infanticide) mereka sendiri. Kadar bunuh diri dalam kalangan ibu
yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi. Walaubagaimanapun,
risiko perulangan untuk berlaku kembali postpartum psikosis ini kepada pesakit yang
mengalami kecelaruan perasaan adalah tinggi iaitu sebanyak 90 peratus (D.E.
Stewart, 1998).
3

SIMPTOM-SIMPTOM POSTPARTUM PSIKOSIS
1. Terdapat dua jenis simptom yang berlaku kepada pesakit postpartum psikosis
iaitu simptom positif dan negatif.
(a) Postpartum psikosis mendatangkan simptom-simptom positif kepada
pesakit iaitu halusinasi mahupun delusi. Halusinasi merupakan pengalaman yang
melibatkan perasaan sensori tanpa rangsangan mahupun keadaan yang sebenar
iaitu mendengar, melihat, merasa ataupun mencium sesuatu yang tidak wujud dalam
persekitarannya. Simptom delusi yang kerap dialami oleh pesakit posrpartum
psikosis adalah jenis cemburu, penganiaan dan somatik.
Simptom positif apabila pesakit berhalusinasi dengan melihat atau mendengar
sesuatu imej, objek dan suara dan bagaimana pesakit berinteraksi dengannya
melalui kesemua deria akibat dari gangguan secara realiti. Kekerapan pesakit
berhalusinasi adalah melalui pendengaran seperti seolah-olah bercakap seorang diri
seperti ada orang yang bercakap dengannya walhal pada ketika itu tiada sesiapa
pun di sekitarnya. Kajian McGuire, Shah & Murray(1993), mendapati sebahagian
daripada otak yang paling aktif semasa halusinasi adalah daripada kawasan Broca.
Kawasan saraf otak pesakit di kawasan percakapan menjadi sangat aktif dan
menyebabkan pesakit sendiri mendengar suara-suara aneh yang tidak didengari di
dunia realiti, sedangkan suara-suara tersebut datangnya atau terhasil dari otaknya
sendiri. Hal ini berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan
kuat apabila berfikir.
Pesakit juga mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara
ghaib yang kadang-kadang memburukkan pesakit, menyuruh pesakit membunuh
bayi dan sebagainya. Selain itu, pesakit ini bertindakbalas seperti individu yang dia
lihat itu boleh memegangnya dan mengakibatkan pesakit ini bergerak mengikut apa
yang dia rasa contohnya secara tiba-tiba dia menepis tangannya sendiri seakan-
akan ada orang yang menyentuhnya pada ketika itu.
Simptom positif dari segi delusi juga menunjukkan bahawa pesakit
mempunyai bermacam-macam kepercayaan yang tidak rasional berdasarkan apa
yang bermain dalam pemikirannya tanpa menghiraukan pendapat orang lain.
4

Antara delusi yang selalu menjadi kepercayaan yang tidak rasional pesakit seperti
delusi cemburu. Delusi jenis ini berlaku apabila pesakit memfokuskan pada aspek
menggandaikan kecurangan pasangannya. Sebagai contoh, pesakit yakin
pasangannya tidak setia, berfoya-foya dan bermain kayu tiga. Dia akan berusaha
mencari bukti untuk menjustifikasikan kebenaran delusinya seperti mengatakan ada
tompokan pada cadar atau sebagainya. Pesakit juga sanggup menyerang,
mengawal setiap pergerakan, mengekori dan cuba menjejaki kekasih pasangannya.
Delusi seterusnya adalah jenis somatik di mana kepercayaan pesakit lebih
menumpukan ketidaksempurnaan mana-mana bahagian anggota fizikalnya. Pesakit
mendakwa seolah-olah ada bau yang kurang menyenangkan daripada kulit, mulut,
dubur atau lain-lain anggota tubuh. Ada juga yang mendakwa perutnya beralih dari
kedudukan asal atau telah hilang. Selain itu, ada kalangan pesakit yang
beranggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang
dilahirkan bukan anak mereka atau bayi yang dilahirkan membawa sial.

Delusi penganiayaan pula adalah pesakit mempercayai bahawa terdapat
individu Iain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya ,
mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut.
Pesakit percaya bahawa setiap masa ada orang sedang mengekorinya dengan niat
yang tidak elok contohnya ada orang yang mahu menculik bayi dan ingin
mehancurkan kebahagiaan rumah tangganya. Perkara ini boleh menjadi lebih seruis
sekiranya pesakit mengurung diri atau tidak mahu keluar ke mana-mana akibat
kepercayaan ini lantas mengakibatkan kepercayaan ini bertukar dengan sesuatu
yang lebih ekstrem dan menganggu kesihatan diri.

Selain itu delusi kawalan juga adalah hasil kepercayaan pesakit percayai
bahawa sesetengah perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya
dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya tangan pesakit
menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak
dirinya sendiri. Pesakit sendiri merasai terdapat makhluk telah masuk ke dalam
badan lantas memaksa membunuh anak mahupun orang-orang di sekelilingnya.


5

(b) Selain daripada simptom positif yang wujud dalam diri pesakit postpartum
psikosis, simptom negatif dalam kalangan pesakit di mana berlakunya apabila
kekurangan atau kehilangan sifat normal dari aspek verbal, emosi, tingkahlaku dan
pemikiran. Simptom sebegini mengurangkan lagi kehadiran tingkahlaku normal yang
pesakit biasa jalankan seperti rutin harian, hobi dan perkara yang menyeronokkan.
Antara simptom negatif tersebut adalah avolation, alogia, anhedonia dan perasaan
sekata.
Simptom negatif dari segi avolation apabila sikap acuh tak acuh pesakit
postpartum psikosis atau tidak cakna dalam melakukan perkara-perkara penting
yang memerlukan komitmen. Mereka sangat tidak mengambil berat tentang diri, bayi
dan persekitaran. Hal ini dapat dilihat apabila penjagaan kebersihan diri, waktu
makan dan pengurusan masa. Gangguan tidur juga dialami oleh pesakit namun
pesakit tidak mengendahkan penjagaan waktu tidur dan rehat dirinya. Dalam pada
itu pesakit seolah-olah tidak mahu mengambil berat akan kesihatan dan kebersihan
bayi yang dilahirkan itu. Pesakit bertindak enggan menyusukan bayi, tidak menukar
lampin bayi dan tidak mahu berada dekat dengan bayi.
Selain itu, alogia juga merupakan simptom negatif postpartum psikosis iaitu
pesakit mengalami penurunan atau kehilangan dalam verbal. Pesakit kian hilang
minat untuk meluahkan kata-kata mahupun memberikan respon terhadap sebarang
soalan yang diajukan. Pesakit bercakap dengan sedikit malah pertuturannya tidak
mempunyai isi dan perkara penting , dan mengambil masa yang lama menyambung
perkataan dan ayat yang dipertuturkan seolah-olah pertuturan terhalang .
Simptom negatif dari segi anhedonia pula adalah pesakit yang mengalami
postpartum psikosis sudah tidak mampu lagi mengalami keseronokan dalam dunia
realiti. Pesakit tidak menghiraukan sebarang perkara gembira yang berlaku masa
lepas, kini mahupun akan datang. Pesakit berasa emosinya seakan kosong dan
mampu menjuruskan diri ke arah melakukan perkara yang tidak berperikemanusiaan
seperti mencederakan bayi, orang sekeliling dan dirinya sendiri. Padanya, keinginan
seperti selera untuk makan, melakukan hubungan seks, menjalankan aktiviti fizikal
dan hobi di waktu lapang sudah hilang keseronokannya dari dalam diri.

6

Simptom negatif yang terakhir adalah pesakit mempunyai perasaan yang
mendatar atau flat. Pesakit seakan-akan tiada tindak balas emosi dalam sesuatu
perkara atau peristiwa perkara yang berkaitan dengan dirinya. Contohnya apabila
diberitahu bayinya sakit tenat dan memerlukan rawatan dengan segera pesakit
seolah-olah tiada tindakbalas mahukan kesegeraan atau risau terhadap perkara
tersebut. Walaubagaimanapun ketiadaan perasaan itu kadangkala dikejutkan
dengan tingkahlakunya tiba-tiba menjerit, menangis atau ketawa dengan kuat.
Tingkahlaku yang ditunjukkan ini adalah tiada keselarasan sama sekali dengan
emosi yang sepatutnya berlaku pada ketika itu.


PERSPEKTIF KEMANUSIAAN
Menurut Abdul Alim(1994), penyakit mental dari sudut kemanusiaan akan
berlaku apabila pertumbuhan individu itu tersekat. Antaranya adalah ketegangan
yang berlebihan ke atas pesakit seperti faktor keadaan fizikal pesakit sendiri yang
tidak kuat selepas bersalin, bebanan atau komitmen yang dirasai sejurus kelahiran
bayi serta faktor persekitaran.
Menurut Mahmood Nazar Mohamed (2005), pakar psikologi humanistik seperti
Rogers dan Maslow tidak menyatakan bahawa individu yang mempunyai masalah
jiwa itu mengalami sakit jiwa tetapi mereka percaya masalah itu wujud akibat berlaku
halangan dalam usaha mereka mencapai makna kehidupan dan kesempurnaan
kendiri. Ini bermakna pesakit akan mengalami anxiety eksistensial yang
menyebabkan gangguan jiwa berlaku.
Sebenarnya dari perspektif kemanusiaan, pesakit diharap akan dapat
menghadapi kenyataan dan memperoleh kemahiran perhubungan yang memuaskan
dengan masyarakat dan persekitarannya. Pesakit mengalami simptom-simptom
kecelaruan mental dan tingkah laku berlaku apabila gagal mencapai potensi mereka.


7

PERSPEKTIF PSIKOSOSIAL
Perspektif ini memperlihatkan apabila perhubungan antara manusia dan
manusia serta manusia dengan persekitaran yang tidak normal akan menyebabkan
kecelaruan sama ada dari segi emosi dan pemikiran. Sebagai contoh kegagalan
dalam perkahwinan dan kurangnya sokongan keluarga antara faktor yang
pengekalan kecelaruan penyakit ini. Selain itu, hubungan pesakit yang buruk dengan
suami dan mertua serta kekerasan dalam rumah juga menjadi penyumbang ketidak
stabilan emosi dan pemikiran pesakit.
Di beberapa Negara di Asia sebagai contoh di mana lelaki lebih dominan
dalam keluarga, mertua yang mengatur rumah tangga, pembatasan aktiviti selepas
bersalin atau pertolongan bersalin menggunakan tenaga tradisional sangat menekan
emosi pesakit dengan persekitarannya terbatas. Selain itu menurut perspektif ini
juga, hubungan seseorang pesakit dengan keluarganya adalah sesuatu yang
penting kerana inilah yang menyebabkan mereka mempunyai ketahanan emosi dan
mental yang kuat supaya dapat berinteraksi atau bertindakbalas terhadap
persekitaran secara normal. Pelbagai masalah sosial yang lain secara tidak langsung
boleh menyebabkan masalah penyakit jiwa dan kecelaruan tingkah laku boleh
berlaku seperti keadaan ekonomi individu, tekanan hidup di rumah atau tempat kerja.









8

RAWATAN-RAWATAN UTAMA YANG SELALU DIGUNAKAN
Terdapat banyak rawatan yang digunakan untuk merawat penyakit ini. Ada di
antaranya menggunakan rawatan secara moden dan tradisional.
Rawatan secara moden
Rawatan moden terbahagi kepada tiga cara rawatan iaitu rawatan terapi
biologi, psikoterapi, psikologi dan sosial.Menurut Kaplan dan Saddock (2003), terapi
biologi adalah rawatan yang diberikan kepada pesakit untuk mengurangkan
simptom-simptom kecelaruan psikologi dengan mengubah cara tubuh badan
berfungsi. Terdapat tiga cabang terapi biologi yang diberikan iaitu terapi ubat-ubatan,
penggunaan TEK ( terapi kejutan arus elektrik 70 - 150 volt), dan psikosurgeri.
Manakala, kaedah rawatan psikoterapi pula meliputi terapi psikoterapi
psikodinamik, psioterapi kemanusian, psikoterapi tingkahlaku, terapi kognitif dan
pendekatan sosiobudaya. Walaupun kaedah terapi atau rawatan adalah berbeza
namun tunjang matlamatnya adalah satu - untuk mengembalikan kesejahteraan diri
pesakit akibat daripada ketidakupayaan untuk menangani cabaran hidup.

Ubat ubatan

Penggunaan ubat-ubatan adalah jauh lebih berkesan daripada rawatan
psikoterapi. Hal ini demikian bahan dalam ubat-ubatan (dadah) memberi kesan
jangka panjang kepada sistem biologi otak pesakit. Namun begitu, untuk
mendapatkan keberkesanan maksimum pengambilan ubat-ubatan berasaskan
dadah ini mestilah diambil secara berterusan untuk satu tempoh masa yang
mencukupi sepertimana yang dicadangkan oleh psikiatri. Antidepresan - Bagi kes-
kes kemurungan yang teruk selepas bersalin di mana anda tidak dapat menjaga
dirinya sendiri atau anaknya, antidepresan boleh menjadi pilihan.
Walaubagaimanapun, penggunaan ubat perlu disertakan dengan terapi, serta
pemantauan rapi oleh doktor.
Ubat-ubatan (dadah) yang digunakan dalam terapi biologi terbahagi
kepada tiga jenis yang utama iaitu ubat-ubatan psikotropik, psikoaktif, dan
psikoterapeutik. Bahkan, ubat-ubatan tersebut pula terbahagi lagi tiga kategori, iaitu :
9

ubat-ubatan antipsikotik/neuroleptik - untuk mengubati penyakit psikosis
ubat-ubatan antikemurungan - untuk merawat kecelaruan kemurungan
ubat-ubatan antikebimbangan - untuk merawat kecelaruan kebimbangan

Penyakit Psikosis Nama Ubat-Ubatan (Dadah)
Kecelaruan Tourette Dan Tik Clonidine, Guanfacine, Haloperidol
(Haldol), Pimozide (Orap), Respiradone
(Risperidal), Olanzapine (Zyprexa)
Hiperaktif (Kanak-Kanak) Clonidine, Guanfacine, Methylphenidate
(Ritalin), Dextroamphatamne (Dexedrine)
Kecelaruan Postraumatik Clonidine, Guanfacine
Kecelaruan Manik Lithium, Clonazepan (Klunopin),
Lorazepam
Kecelaruan Kemurungan Alprazolam, Lithium, Pindalol,
Benzodiapines
Parkinson Benzodiapines, Zolpidem, Amantadine,
Thioridazine,Benztropine
Kecelaruan Agresif Dan Keganasan Lipophilic, Propanolol, Nadolol, Pindolol,
Labetalol, Metaprolol, Atenolol,
Acebutolol
Kecelaruan Kebimbangan Propanolol
Kecelaruan Panik Dan Fobia Social Benzodiapines, Clonazepam, Alparozam
Insomnia Flurazepam, Temaazepam, Quazepam,
Estazolam, Trazolam
Kecelaruan Bipolar I Lithium, Clonazepam, Alprazolam,
Tegretol, Lamotigine, Gabapentin,
Topiaramate, Tiagabine
Skizofrenia/Skizofrenia Afektif Lithium, Respiradone, Olanzapine,
Quetiapine
Kecelaruan Obsessif Kompulsif Valproate, Gabapentin, Clonazelam,
Benzodiapines

10

Psikoterapi dan Kaunseling
Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan
perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar.
Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat
kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan
keperluan individu.

Terapi individu atau kaunseling perkahwinan
Merupakan terapi yang sangat berkesan dalam rawatan kemurungan selepas
bersalin. Satu terapi yang baik dan boleh membantu individu berjaya menangani
dengan pelarasan ibu. Jika individu mengalami kesukaran mempertahankan diri atau
berasa tidak disokong di rumah, kaunseling perkahwinan menjadi sangat berfaedah.

Terapi hormon
Terapi penggantian estrogen pula ada kalanya membantu kemurungan selepas
bersalin. Estrogen sering digunakan dalam kombinasi dengan antidepresan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa risiko sekiranya menggunakan terapi
hormon, jadi pastikan anda berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik
dan paling selamat untuk anda.

Rawatan Sosial
Untuk rawatan sosial, sekiranya ada masalah yang perlu dirujuk kepada
kepada pihak lain seperti masalah kewangan, pihak hospital akan merujuk kes-kes
ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meringankan bebannya. Masyarakat
perlu membetulkan persepsi bahawa ibu meroyan yang datang mendapatkan
rawatan psikiatri bukanlah gila tetapi mereka ialah pesakit yang memerlukan
rawatan. Rawatan awal mampu mengelakkan sesuatu penyakit menjadi lebih teruk.
Datanglah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah khususnya
masalah emosi.
11

Rawatan Psikotropik
Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik
yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh
mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan
jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety)
sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.
Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi
kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat
dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan
pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana
rawatan fizikal.

Rawatan Tingkahlaku
Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah
cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan
gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan
untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi merupakan satu contoh
rawatan jenis ini.

Rawatan Elektrokonvulsif
Rawatan Elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah
merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan
biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum
rawatan, bius diberikan.





12

Rawatan secara tradisional
Terdapat beberapa cara untuk mengawalnya dan diantaranya ialah:-
1) Wanita dalam pantang seharusnya pandai mengawal emosi.
2) Penjagaan makanan seperti pengambilan makanan berprotein tinggi bagus untuk
menambah darah dan mengembalikan kecergasan tubuh.
3) Berurut untuk mengembalikan tenaga. Bagi wanita yang menghadapi masalah gila
meroyan berpunca daripada keletihan dan tidak menjaga pantang, urutan badan
penting kerana ia memberikan keselesaan pada tubuh.
4) Wanita berpantang juga jangan diabaikan pengambilan ubat-ubatan tradisional.
Jangan pandang ringan segala pantang larang ketika berpantang kerana kesannya
mungkin tidak nampak sekarang tetapi dalam tempoh jangka panjang.
Selain daripada ini, bagi orang yang beragama Islam juga turut mempunyai
beberapa rawatannya tersendiri iaitu:-
Bacakan yasin 1x pada 2 botol air mineral 5 liter
Pesakit perlu minum secawan air doa 5x sehari selama 2 minggu
Pesakit perlu mandi air doa 5x sehari selama 2 minggu
Pasang cd ruqyah 24 jam sehari auto repeat
Perlu pisahkan bayi dari ibunya sehingga si ibu betul-betul sembuh
Panggil perawat islam berdekatan datang kerumah
Pasangkan cd ruqyah 24 jam sehari selama sebulan










13

PERATUSAN GEJALA PENYAKIT POSTPARTUM PSIKOSIS
Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu
menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut malahan 4% daripada mereka
cuba membunuh bayi (infanticide) mereka sendiri. Kadar bunuh diri di kalangan ibu-
ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi sehingga mencecah
5%.
Wanita yang melahirkan anak buat pertama kali (primaparity) adalah dua kali
ganda berisiko untuk mendapat psikosis selepas bersalin. Mereka yang masih muda
dan mentah mempunyai kurang pengalaman menghadapi stress dalam penjagaan
anak, mengurus diri semasa berpantang dan tekanan kehidupan baru sebagai ibu.
Gejala psikosis selepas bersalin ini boleh berulang sehingga 25%-75%
daripada mereka yang telah mendapat penyakit ini akan mendapat gejala tersebut
pada kelahiran seterusnya. Prognosis penyakit ini adalah lebih baik berbanding
psikosis lain seperti schizophrenia.
Dr Nor Hamidah berkata, kehamilan yang tidak dirancang atau tidak
dikehendaki juga boleh menjadikan wanita tertekan dan murung selepas bersalin.
Kajian menunjukkan hampir 70 peratus kehamilan yang berlaku adalah tidak
dirancang dan ini meningkatkan risiko untuk mengalami kemurungan. Ini juga
sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga bukan sekadar memberi
peluang anak membesar dengan baik, tetapi membolehkan isteri mendapat rehat
secukupnya











14

KESAN NEGATIF GANGGUAN PSIKOLOGI SELEPAS BERSALIN

Ibu-bapa berperanan penting dalam mendidik anak dan bertindak sebagai
perantara pertama antara kehidupan anak dengan alam sekeliling. Ia bermula dari
dalam kandungan ,awal kelahiran dan sehinggalah anak membesar. Anak-anak
belajar daripada interaksi yang berlaku antara ibubapa dengan mereka.
Ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi dan gangguan psikologi boleh memberi
kesan yang negatif bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri tetapi juga bayi yang
baru dilahirkan. Berikut adalah antara kesan negatif tersebut:

1. Perkembangan bayi terbantut
Kajian menunjukkan gangguan psikologi ibu selepas bersalin boleh
menyebabkan gangguan perkembangan kognitif seperti perkembangan IQ dan
perkembangan bahasa atau pertuturan anak atau bayi yang dilahirkan

2. Perubahan tingkahlaku anak
Ibu yang mengalami kemurungan atau psikosis tidak dapat lagi memberi
perhatian kepada anak yang baru di lahirkan. Jika masalah ini berlanjutan gangguan
tingkahlaku anak juga akan berlaku. Ia lebih ketara di kalangan ibu-ibu yang
mendapat penyakit yang berulang.

3. Kes bunuh diri dan membunuh anak (infanticide)
Di peringkat yang teruk 5% daripada ibu yang mengalami gangguan mental ini
boleh membunuh diri sendiri dan 4% daripada mereka membunuh anak yang
dilahirkan. Kebanyakannya adalah disebabkan gangguan psikosis yang dialami.

4. Kualiti kehidupan dan aktiviti seharian ibu, anak dan keluarga terjejas
Disebabkan gejala kemurungan dan psikosis ini kualiti kehidupan dan aktiviti
seharian bukan sahaja pesakit yang terlibat tetapi juga anak dan keluarga juga
terjejas. Kebahagiaan yang digambar dengan kelahiran anak bertukar menjadi huru
hara.


15

PENCEGAHAN BAGI MENGELAKKAN PSIKOTIK SECARA UMUM
Golongan pesakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri
dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga,
ekonomi dan tekanan kerja. Kewajipan umum dan lumrah sebagai manusia dalam
lingkungan hidup bermasyarakat serta berumah tangga adalah bekerja untuk
mendapatkan nafkah, atau bekerja sesuai dengan kepakarannya. Walaupun bukan
untuk mendapatkan wang atau material semata. Sungguhpun begitu, tanggungjawab
dalam rumah tangga, kehidupan sosial dalam masyarakat seperti bersosial dan
penggunaan masa ketika waktu senggang perlu dilaksanakan. Pesakit psikotik
kebiasaannya tidak boleh melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan sempurna, tidak
mahu bekerja meskipun telah menjadi kewajipan dan tanggungjawab terhadap
keluarga, atau tidak mampu mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan taraf
pendidikan mereka.
Perkara yang sering berlaku pada para pesakit ini adalah mereka tidak mahu
dan tidak mampu untuk bekerja dengan memberi alasan bahawa mereka malas.
Dalam kehidupan sosial mereka sering melarikan diri dari pergaulan atau
mengurangkan tahap pergaulannya. Misalnya setelah sakit disebabkan tekanan,
mereka akan menarik diri dari organisasi sosial masyarakat. Pada waktu senggang
bagi seorang yang normal, mereka mampu beramah mesra dengan anggota
keluarga dan masyarakat, atau membuat program kerja rekreasi dan menghayatinya.
Namun pada pesakit psikosis, keadaan tersebut kebanyakannya digunakan dengan
banyak mengelamun. Bahkan kadang-kadang rutin harian dilalaikan seperti makan,
minum, mandi, dan ibadah.
Justeru, masyarakat yang dapat memberi sokongan serta rangsangan yang
positif amatlah perlu dalam memberi perhatian serta pertolongan untuk pemulihan
pesakit psikotik. Pada masa kini, masyarakat menganggap mereka yang mengalami
masalah mental sebagai satu ancaman kepada keselamatan kerana di dada akhbar
sering melaporkan pelbagai kes amuk, bunuh dan gangguan-gangguan adalah
dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah mental. Keadaan ini
menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang
mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan
sedemikian.
16

Masyarakat tidak didedahkan secara jelas mengenai penyakit mental ini.
Masyarakat hanya memandang pesakit mental adalah orang 'gila'. Tetapi jika
diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai
pengetahuan mengenai masalah mental sahaja yang dapat menerima serta
membantu para pesakit mental. Peranan masyarakat dalam penerimaan golongan ini
hanya boleh dicapai apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai
pengetahuan mengenai penyakit mental secara umum. Mungkin pendedahan ini
boleh diberikan di peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan medium
terbaik dalam penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan
masyarakat. Pesakit mental tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat kerana
mereka yang mengalami masalah mental mempunyai peluang untuk pulih semula
dan menjadi sebahagian daripada masyarakat. Mereka sepatutnya diberi perhatian
kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat
sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental. Tiada siapa yang mahu
membantu untuk meringankan beban hidup mereka. Oleh itu, setiap individu perlu
mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan memberikan
sokongan-sokongan yang diperlukan agar mereka tidak merasa terpinggir daripada
kelompok masyarakat.
Selain itu terdapat cara lain bagi mengelakkan tekanan. Perhatian dari ahli
keluarga atau individu yang terdekat amatlah perlu dengan melapangkan masa bagi
menjadi pendengar yang baik. Ini kerana pesakit yang pernah mencuba untuk
membunuh diri pada kebiasaanya seorang yang memendam rasa. Besar
kemungkinan, pesakit akan mencuba kembali tingkah laku membunuh diri tersebut.
Sungguhpun mereka telah diberi rawatan, perhatian terhadap mereka tetap perlu
berterusan. Sekiranya pesakit psikotik ini memiliki sistem sokongan yang kuat,
terutamanya daripada ahli keluarga yang prihatin dan mengambil berat, masalah ini
boleh diatasi. Mungkin ada yang malu mengakui mereka perlu mendapatkan rawatan
kaunselor kerana bimbang dikategorikan sebagai pesakit mental, takut akan
dipinggirkan keluarga dan masyarakat. Justeru, tahap stress akan meningkat dan
daripada kemurungan kecil ia bertambah besar sehingga mereka mengambil
tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.


17

CONTOH KES
Ms. A. is a 27-year-old physician who delivered her baby 7 days before evaluation at
a teaching hospital. She underwent an uncomplicated delivery, and her baby boy
was full term and healthy. This was a planned pregnancy, and the family was excited
about the birth. Within 2 days of delivery, she told her husband that she thought he
was poisoning her food and that the baby was staring at her strangely. She thought
she smelled horses and heard them galloping out-side her bedroom. She could not
fall asleep even when her mother came to the house to care for their newborn and
allow the patient to rest. At home, Ms. A. was able to sleep only 23 hours nightly.
Her husband noticed that she would gaze out the windows in their apartment for
hours without explanation. She had not bathed for 6 days. She required much help in
simple tasks, such as diapering her baby. She expressed guilt about being a terrible
mother and felt she did not deserve to have her family. She told her husband that she
heard voices commanding her to go with her infant son to the subway and jump in
front of the train; these hallucinations terrified her and became stronger after she
returned home from the hospital. The husband became very concerned and brought
his wife to the emergency room. (Sit, Rothschild, Wisner. 2006)












18

CARA RAWATAN
Berdasarkan kes di atas Ms.A telah di hantar ke hospital oleh suaminya
kerana halusinasi dan simptom-simptom yang dialaminya selepas melahirkan
anaknya menjurus kepada postpartum psikosis. Antara tanda-tanda penyakit yang
dialaminya adalah merasakan dirinya terancam, merasakan bayinya merenungnya,
mengalami halusinasi dan mendengar suara yang menyuruh Ms.A mencederakan
diri sendiri dan juga bayinya.
Jelas sekali bahawa Ms.A mempunyai masalah kemurungan selepas bersalin
dan memerlukan rawatan khusus untuk memulihkan keadaan beliau. Ms.A boleh
mendapatkan rawatan dengan mereka yang boleh membantu dalam menangani
masalah ini. Ms. A perlukan rawatan seperti khidmat kaunseling dan ubat penenang.
Cara pertama yang boleh membantu dalam menangani gangguan seperti ini
adalah dengan rawatan kaunseling kerana dengan cara bercerita mengenai
kebimbangan yang di alami boleh membantu melepaskan tekanan yang di hadapi.
Seperti yang diketahui Postpartum depression adalah disebabkan oleh tekanan yang
tidak dapat dilepaskan oleh seorang wanita setelah melahirkan anak kerana
perubahan fizikal yang berlaku ke atas diri mereka. Oleh itu, apabila Ms.A bercerita
dengan ahli psikiatri atau psikologi secara tidak langsung Ms.A akan mendapat
bantuan dan dapat menghadapi masalah dengan cara mencari punca dan
menghadapi masalah dengan menentukan matlamat yang realistik, dan mendapat
bantuan yang bersesuaian dengan ahli keluarga yang terdekat atau pasangannya
sendiri dari segi sokongan moral. Di dalam kes ini ahli psikiatri akan menggunakan
terapi perhubungan yang bersesuaian untuk membantu klien dalam menghadapi
masalah seperti ini.
Cara kedua adalah dengan pengambilan ubat penenang (antidepressant)
yang di preskripsi oleh doktor yang merawat. Contohnya seperti antipsychotic atau
mood stabilizer. Namun pengambilan ubat penenang adalah tidak bersesuaian bagi
ibu yang menyusukan bayinya sendiri (breast feeding). Ini kerana setiap ubatan yang
diambil oleh si ibu akan terkandung di dalam susunya. Namun begitu, terdapat juga
ubat penenang yang mengandungi dos yang tertentu dan hanya memberikan kesan
yang kecil terhadap bayi. Kebiasaanya doktor yang merawat akan menjelaskan
19

kesan dan memberi panduan agar si ibu dan bayinya tidak mempunyai kesan
sampingan hasil pengambila ubat penenang ini.
Cara rawatan seterusnya adalah dengan Terapi Hormon. Terapi ini boleh
membantu dalam mengatasi masalah penurunan hormon secara mendadak dengan
melakukan penggantian estrogen yang hilang apabila berlakunya proses bersalin.
Terapi ini amat membantu untuk mengurangkan tanda-tanda dan juga gejala
kemurungan selepas bersalin. Namun begitu seperti mana ubat penenang terapi ini
memerlukan nasihat dan penjelasan daripada doktor yang merawat.
Rawatan lain yang boleh di gunakan adalah terapi ECT (Electroconvulsive
Theraphy). Namun rawatan ini merupakan jalan yang terakhir yang di ambil iaitu
apabila pengambilan ubat dan terapi tidak memberi kesan yang
memberangsangkan. Terapi ini secara ringkasnya menggunakan aliran arus eletrik
ke otak. Prosedur yang dilakukan ke atas rawatan terapi seperti ini adalah sebelum
rawatan, pesakit akan diberi anestesia supaya berada dalam keadaan mengantuk
dan relaks. Kemudian arus eletrik akan dialirkan ke otak melalui elektrod yang
diletakkan dikepala (bergantung kepada keadaan dan jenis kemurungan yang
dialami.
Ransangan arus elektik ini dialirkan sehingga 8 saat. Rawatan ini dapat
merubah bahan kimia (brain chemicals) di dalam otak antaranya adalah
neurotransmitter iaitu serotonin, penahan sakit semula jadi yang dipanggil endorfin,
dan catecholamines seperti adrenalin. Rawatan ini kebiasaanya dijalankan sebanyak
2 hingga 3 kali seminggu dan berterusan selama 2 hingga 3 minggu. Rawatan ini
juga merupakan rawatan kombinasi bersama ubat-ubat penenang yang diterangkan
di atas.
Kesemua rawatan di atas merupakan rawatan yang boleh diambil oleh Ms.A di
dalam contoh kes di atas. Namun begitu sokongan moral dan psikologi dari keluarga
dan pasangan amat di perlukan kerana rawatan yang dilakukan ini mungkin akan
mencabar keupayaan ibu untuk menyusukan bayinya. Si ibu juga mungkin terpaksa
berpisah sementara dengan bayi kerana perlu menjalani rawatan dan terapi di
hospital. Kesukaran ini harus di atasi dengan sokongan dan bimbingan daripada ahli
psikiatri dan keluarga pesakit itu sendiri.
20

RUJUKAN
Ab. Alim Abdul Rahim. (1994). Pengantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

American Psychiatric Association . (1994). Diagnostic And Statistical Manual Of
Mental Disorder, fourth edition: DSM-IV. Washington, DC: American
Psychiatric Association.

Azizi Yahaya & Jamaluddin Ramli. (2007). Psikologi Abnormal. Johor Darul Takzim.
Universiti Teknologi Malaysia.

Barlow. D. H, Durand. V. M. (2005). Abnormal Psychology. 4th ed. United States of
America. Thomson Learning, Inc.

Butcher. J. N, Mineka. S and Hooley. J. M. (2007). Abnormal Psychology Core
Concepts. United states of America. Pearson Education, Inc.

Healthwise Staff. (2011). Electroconvulsive therapy (ECT). Retrieved Mei 1, 2013.
From http://www.webmd.com/depression/electroconvulsive-therapy-ect

Klainin P & Arthur DG. (2009). Postpartum Depression In Asian Cultures: A Literature
Review. International Journal of Nursing Studies: 1355-73.

Mayo Clinic Staff. (2012).Postpartum Depression: Treatments and drugs. Retrieved
April 25, 2013. From
http://www.mayoclinic.com/health/postpartumdepression/DS00546/DSECTION
=treatments-and-drugs

Pervin. L. A and John. O. P (2000). Personality Theory And Research Eighth
Edition. United states of America: John. Wiley & Sons, Inc.

Sit.D, Rothschild.A, Wisner.K.L . (2006). A Review of Postpartum Psychosis.
Retrieved April 22, 2013. From
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3109493/#

Smith.M, Segal.J. (2012). Postpartum Depression and Baby Blues. Retrieved April
25,2013. From http://www.helpguide.org/mental/postpartum_depression.htm

You might also like