Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kejuruteraan Mekatronik

Kejuruteraan mekatronik ialah hasil daripada gabungan sinergi tiga cabang utama bidang
kejuruteraan iaitu kejuruteraan mekanik, elektronik dan perisian. Tujuan bidang kejuruteraan
antara disiplin ini ialah kajian tentang automaton dari perspektif kejuruteraan dan bertujuan
pengawalan sistem hibrid termaju.

P h o to b u ck et

FPRIVATE "TYPE=PICT;ALT=Photobucket"

Mekatronik berpusat pada mekanik, elektronik dan pengkomputeran yang apabila digabungkan,
membolehkan penjanaan sistem yang lebih mudah, ekonomi, boleh diharap dan serba guna. Kata
lakur "mekatronik" dicipta oleh En. Tetsuro Mori, seorang jurutera kanan di sebuah syarikat
Jepun, Yaskawa pada 1969. Mekatronik boleh juga dirujuk sebagai "sistem elektromekanik" atau
kadang kala "kejuruteraan kawalan dan automasi".

Sinergi gabungan dalam bidang mekanikal, elektronik dan komputer serta kawalan ini
menghasilkan ciptaan seperti robot, teleskop 'Hubble', pengesan pintar dalam sistem kawalan
anti-brek mati dan pemain cakera padat. Bukan itu sahaja, malahan perkakas elektronik di rumah
seperti mesin basuh, perakam video dan kamera digital.

Apabila diperhatikan dengan lebih lanjut didapati gabungan daripada tiga bidang iaitu mekanik,
elektronik dan perisian menghasilkan model sistem, manakala simulasi adalah hasil daripada
gabungan mekanik, perisian dan kawalan. Mikropengawal adalah hasil daripada gabungan
elektronik, kawalan dan perisian. Penderia pula adalah hasil daripada gabungan elektronik,
mekanik dan kawalan. Gabungan dua bidang pula seperti mekanikal dan elektronik
menghasilkan bidang elektromekanik. Manakala gabungan mekanikal dan perisian menghasilkan
reka bentuk berbantukan komputer/pembuatan berbantukan komputer (CAD/CAM). Litar
kawalan adalah hasil daripada gabungan elektronik dan kawalan, sementara kawalan digital
adalah hasil daripada gabungan perisian dan kawalan. Mekatronik merangkumi semua ini.

Sibernetik kejuruteraan menangani soalan kejuruteraan kawalan sistem mekatronik. Ia digunakan


untuk mengawal atau melaraskan sistem seperti ini; lihat teori kawalan. Paradigma berasaskan-
komponen merupakan sejenis sistem pengeluaran kawalan teragih yang menggunakan CAN atau
LAN untuk menghubungkan modul mekatronik berautonomi. Dengan berkerjasama, modul
mekatronik menjalankan matlamat pengeluaran dan mewarisi ciri pembuatan fleksibel dan
tangkas dalam rancangan pengeluaran. Kelengkapan pengeluaran moden terdiri dari model
mekatronik yang disepadukan mengikut satu seni bina kawalan. Seni bina yang paling terkenal
melibatkan hierarki, poliarki, heterarki dan hibrid. Kaedah yang digunakan untuk mecapai kesan
teknik dierangkan oleh algoritma kawalan, yang mungkin menggunakan kaedah formal dalam
reka bentuknya.

Ijazah kejuruteraan mekatronik biasa akan mengandungi kelas dalam matematik kejuruteraan,
mekanik, reka bentuk komponen mesin, reka bentuk mekanik, termodinamik, litar dan sistem,
elektronik dan komunikasi, teori kawalan, pemprosesan isyarat digital, kejuruteraan kuasa dan
robotik.

Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) mengkategorikan bidang mekatronik untuk
merangkumi produk dan proses dari segi [1]:
sistem pemodelan dan rekaan
penyatupaduan atau integrasi sistem
penderia (sensor) dan penggerak (actuator)
sistem kawalan pintar
robotik
sistem pengeluaran
sistem kawalan gerakan
sistem kawalan bunyi dan getaran
sistem peralatan mikro dan opto-elektronik
sistem automotif

Satu kelainan terbaru dalam bidang ini ialah biomekatronik, yang bertujuan menggabungkan
mesin dan manusia, biasanya dalam bentuk alat boleh tanggal seperti rangka luar (exoskeleton).
Ini merupakan versi nyata untuk peralatan siber (cyberware).

You might also like