Peluang Kerja

You might also like

Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JURUTERA...

PELUANG KERJA TERBUKA LUAS


KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara.
Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti
pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?
Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan
pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.

Apa itu kejuruteraan?


Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk
menyelesaikan masalah-masalah praktikal.
Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya
menggunakan bahan dan sumber semula jadi.

Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga)
jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan
kapal terbang.
Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur,
mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan
kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan
menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.

Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi


tempatan atau luar negara.
Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia,
proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan
pertanian.
Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar
tempatan.

Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula
gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya
ini.

You might also like