Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Haid 2 Kali Sebulan

Soalan:
Bagaimana mengira tempoh suci bagi wanita yang haidnya sampai dua kali dalam seb
ulan dan biasanya tempoh setiap satunya agak panjang dari biasa contohnya 10 ke
15 hari (kadang-kadang lebih lagi) lamanya?
Isa, PJ
Jawapan:
Bagi madhhab Asy-Syafii tempoh haid yang paling kurang bagi seseorang peremp
uan ialah sehari semalam, paling sederhananya ialah tujuh hari tujuh malam dan t
empoh paling lama sekali ialah lima belas hari. Darah yang keluar selepas itu ti
dak lagi dikira sebagai darah haid sebaliknya dikira sebagai darah istihadah ata
u darah penyakit.
Ada juga dikalangan ulamak kebelakangan ini yang membezakan antara darah hai
d dengan darah yang bukan haid melalui rupa dan warna darah itu sendiri, sebagai
mana yang dinakalkan oleh Sayyid Sabid dalam kitabnya Fikih As-Sunnah. Dalam sit
uasi seseorang itu di datangi haid sebanyak dua kali sebulan, jika wanita terseb
ut dapat membezakan antara warna darah haid dengan dengan warna darah istihadah,
hendaklah ia beramal dengan kemampuannya membezakan antara kedua warna ini.
Jika ia tidak dapat mengeceam antara keduanya hendaklah ia mengikut bilangan
hari yang paling panjang apabila seseorang itu didatangi haid iaitu selama 15 h
ari 15 malam. Dengan lain perkataan jika haidnya yang pertama kali datang ialah
mencukupi tempoh haid yang paling panjang dalam madhhab Syafi'i iaitu selama 15
hari, maka darah yang keluar buat kali kedua itu bukan darah haid sebaliknya leb
ih dikenali sebagai darah istihadah atau darah penyakit.
Yang terlibat dikehendaki bersuci, kemudian menyumbat alat kelaminnya dengan
tuala pelekat seterusnya bersegera mengambil wuduk untuk menunaikan solat. Kese
mua ini dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat.
Sila rujuk buku Wanita & Darah DN190

You might also like