Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN AJK AKTIVITI

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V


IPG SULTAN ABDUL HALIM
SG. PETANI, KEDAH

LAPORAN JAWATANKUASA AKTIVITI

KEKUATAN
Segala aktiviti sepanjang Program Bina Insan Guru Fasa VI di SJK (C) Kwang
Hwa telah dirancang dengan rapi sebaik sahaja kertas kerja diluluskan.
AJK Aktiviti mendapat penerangan yang jelas daripada pengerusi tentang
keperluan program.
Segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan teratur.
KELEMAHAN
Kesibukan praktikum menyebabkan AJK Aktiviti ketinggalan dalam
perkembangan aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah
Semua individu yang terlibat tidak mengetahui perjalanan aktiviti sepanjang
program kerana tiada taklimat yang diberikan daripada AJK aktiviti

PELUANG
Dapat menimba pengalaman tentang pengurusan aktiviti dalam sesuatu program
Berupaya memperkembangkan kebolehan dalam mengatur perjalanan program
Dapat mempelajari bagaimana berhubung serta berbincang dengan individu
yang berjawatan tinggi dan lebih berpengalaman

ANCAMAN
Sepanjang perancangan dan pelaksanaan Program Bina Insan Guru Fasa VI,
ancaman yang dihadapi adalah apabila AJK Aktiviti tidak dapat mengikuti
perkembangan aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah. Ini adalah
kerana kami tidak berpeluang untuk menemui dengan pengerusi yang berbeza
penempatan praktikum. Di samping itu, kesibukan masing-masing dalam
praktikum tidak memberi peluang kepada kami untuk mengadakan mesyuarat
kecil bersama pengerusi.

TINDAKAN SUSULAN
Sepanjang bertugas sebagai AJK Aktiviti, beberapa tindakan susulan perlu diambil
sesuainya program ini. Salah satu tindakan yang perlu dilaksanakan ialah memohon
kepada pihak sekolah seandainya kami kurang efisien dalam menjalankan tugas kami.
Selain itu, saya dan rakan setugas bercadang untuk mengadakan perjumpaan ringkas
dengan rakan-rakan sekelas bagi mendapatkan maklum balas terhadap aktiviti yang
diatur sepanjang Program Bina Insan Guru Fasa VI.


Disediakan oleh,
FATIMAH AZAHARAH BINTI MOHAMAD
MUHAMMAD IKHWAN BIN SAARONI
AJK Aktiviti,
Bina Insan Guru Fasa VI.

You might also like