Cikgu Shida

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Sebagai guru, kita sememangnya mempunyai kod etika keguruan tersendiri untuk

dipatuhi. Pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai guru kerana terdapat guru-guru yang masih
melanggar tatasusila perguruan yang harus dielakkan.
Di bawah merupakan kod etika keguruan yang telah digariskan untuk dipatuhi
oleh semua guru di Malaysia.
1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar

- Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami dari hal-hal lain.
- Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
- Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar, kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya
- Membimbing atau mengajar seoarang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
- Menunjukkan sesuatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
- Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus iktisas, persidangan, mesyuaratatau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setingginya.
2. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
antarainstitusi pendidikan dengan rumah tangga.
- Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
- Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anakmereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar.
- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatuyang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka.

3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
- Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun
Negara.
- Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
- Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
- Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan
dan kecendekiawan masyarakat.
- Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan

- Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar.
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.
- Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru
dalam profesion keguruan.
- Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
keguruan.
- Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru
Jadi, menurut kod etika keguruan di atas, banyak perkara yang boleh dijadikan
panduan dan amalan kepada seorang guru untuk mengekalkan dan menjaga maruan
profesion tersebut.
Berkaitan dengan isu di atas iaitu Cikgu Gila-Gila, adakah Cikgu Shida boleh
dikatakan sebagai seorang guru yang melanggar etika keguruan ataupun seorang guru
yang tiada cirri-ciri yang telah disenaraikan dalam senarai kesantunan guru.

2.0 Perkembangan Hujah-hujah
Isunya ialah, adakah tindakan Cikgu Shida seperti dalam artikel di atas
melanggar kod etika keguruan yang telah disenaraikan?
Menurut Persiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim
Adnan, Cikgu Shida tidak melalukan sebarang tindakan yang melanggar kod etika
seperti yang dikatakan oleh masyarakat sekeliling. Sebaliknya beliau melakukan
sesuatu yang kreatif dan merupakan suatu perkembangan yang sihat.
Cikgu Shida yang dikatakan ialah seorang guru yang telah menjadi salah
seorang artis YouTube yang Berjaya meraih jutaan penontot di rangkaian (channel)
beliau kerana perbuatan kreatifnya meniru pelbagai aksi dan melakukan miming
beberapa buah lagu dengan cara yang kreatif. Beliau berasal dari Parit, Perak dan
merupakan salah seorang guru Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Perak.



Gambar 2: Artikel tentang pandangan Presiden NUTP berkaitan isu Cikgu Shida

Bagi segelintir penonton yang mengikuti video yang dimuatnaik oleh cikgu
tersebut sendiri di dalam rangkaian beliau, mereka menganggap perbuatan cikgu
tersebut adalah sebuah tindakan yang memalukan dan mampu menjatuhkan maruah
profesion keguruan. Jika dilihat dari sudut negatif, cikgu tersebut melakukan miming
kepada beberapa buah lagu dengan melakonkan aksi yang aneh seperti melakonkan
watak lelaki arab,orang tua bermisai, perempuan hodoh dan macam-macam lagi.
Tindakan ini dikatakan memalukan diri sendiri dan mencerminkan watak seorang guru
yang gila-gila. Jadi, implikasinya, murid-murid turut akan mencontohi perwatakan gila-
gila guru tersebut.
Melihat dari sudut positif pula, guru tersebut menunjukkan cara pemikiran kreatif
beliau melalui watak yang dilakonkan berkaitan dengan lagu dan lirik-lirik yang
dimimingkan. Beliau mampu meransang pemikiran kreatif untuk menjadi sesebuah
watak bagi menyampaikan maksud lagu yang dimimingkan. Pengulas tentang
pemikiran kreatif yang ditunjukkan oleh Cikgu Shida dikatakan diaplikasikan di dalam
bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Katanya lagi, dia
mengaplikasikan cara pengajaran berunsurkan miming semasa sesi P&P Bahasa
Inggeris dan cara tersebut ternyata menarik minat murid-muridnya dan objektif turut
tercapai. Selain itu, beliau juga mahir dalam penggunaan ICT kerana setiap video yang
dihasilkan mempunyai hasil editing beliau sendiri. Bukan semua guru mempunyai
kemahiran menghasilkan sebuah klip video seperti beliau. Tambahan pula Cikgu Shida
mampu mengikuti arus masa terkini yang begitu in dengan penggunaan internet dan
laman sesawang YouTube yang popular dikalangan anak muda. Kemahiran
menggunakan ICT ini digunapakai di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selari
dengan seruan kerajaan untuk melahirkan murid-murid yang celik IT.
Sejak terkenal dengan klip-klip video miming, Cikgu Shida didapati sangat
popular. Rezekinya pula melimpah ruah. Jadi, melalui kemahiran yang ada, beliau
mampu meningkatkan taraf ekonomi beliau sendiri. Banyak tawaran berlakon yang
diterima oleh beliau sejak menjadi terkenal dan digelar artis YouTube. Jadi, melihat
hasil yang begitu menggalakkan seperti yang diwar-warkan oleh media massa tentang
perkembangan Cikgu Shida ini, beliau telah mempunyai pekerjaan sambilan iaitu
menjadi seorang pelakon di dalam sebuah telemovie. Pekerjaan sambilan juga menjadi
isu berkaitan dengan etika guru pada masa kini.
Menyentuh soal etika, adakah Cikgu Shida telah melanggar kod etika keguruan iaitu
Tanggungjawab Terhadap Pelajar dimana beliau menunjukkan sesuatu cara pakaian,
pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar?
Adakah dengan cara mengenakan pakaian lelaki, misai palsu dan make up yang tebal
mampu memberikan pandangan positif kepada murid-murid beliau? Jika dilihat
daripada ulasan presiden NUTP sendiri, beliau merasa perbuatan Cikgu Shida tersebut
tidak melanggar etika keguruan. Walaubagaimanapun saya mempunyai pandangan
sendiri tentang Cikgu Shida dan hobi dan minat beliau. Saya merasakan agak tidak
sopan menunjukkan perwatakan sedemikian iaitu melakonkan watak lelaki, makhluk
yang menggambarkan syaitan dan sebagainya. Pelbagai cara lebih kreatif yang boleh
dilakukan oleh beliau untuk dilakukan jika beliau mahu menonjolkan hobi beliau ini.
Beliau seperti membuka pekung di dada dengan melakukan aksi-aksi seperti di dalam
video-video yang dimuatnaik di channel beliau. Selainitu, dengan menggunakan title
cikgu, sebagai memperkenalkan diri beliau di dalam klip-klip video yang dimuat naik
telah mencemarkan nama baik profesion kerana pada saya beliau telah melanggar
Tatakelakuan Peraturan (4) yang melarang penjawat awam berkelakuan yang mampu
memburukkan nama dan mencemarkan nama prkhidmatan awam.

Gambar 3: Watak yang dimainkan oleh Cikgu Shida di dalam klip video yang dimuat
turun di laman YouTube

Selain menjadi artis YouTube, Cikgu Shida yang telah popular dan menerima tawaran
berlakon di dalam telemovie juga boleh dikatakan telah melakukan kesalahan di bawah
salah laku guru iaitu melakukan kerja sambilan. Sebahagian besar guru di Malaysia
adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di sekolah swasta) dan tertakluk kepada
Perintah Am dan tatalaku. Oleh itu, guru perlu memohon kelulusan untuk membuat
kerja sambilan. Kelulusan hanya akan diberikan jika kerja sambilan itu tidak bercanggah
dengan dengan peraturan yang ditetapkan. Contohnya, kerja sambilan tidak itu tidak
dilakukan pada waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas hakiki mereka.
Walaubagainapun, seperti yang diketahui umum, Cikgu Shida sendiri telah mendapat
kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah beliau iaitu Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pulau Padang.
3.0 Implikasi
3.1 Pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan
Sebagai seorang guru, etika dan nama baik profesion mestilah dijaga. Kesantunan
yang telah disenaraikan perlu diamalkan. Terdapat 3 kesantunan yang telah
disenaraikan iaitu;
1. Kesantunan berpakaian
2. Kesantunan tingkah laku
3. Kesantunan berbahasa
Kesantunan ialah perlakuan atau tingkahlaku yang mampu menjalinkan hubungan
antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan
harmoni dan mesra.ianya boleh melibatkan verbal dan nonverbal. Dan merujuk kepada
tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Implikasi daripada
tingkah laku Cikgu Shida, saya merasakan beliau telah hilang dua daripada ciri
kesantunan di atas iaitu kesantunan berpakaian dan juga kesantunan tingkah laku.
Jadi, jika hilangnya cirri kesantunan di atas, adakah masyarakat di sekeliling mampu
menerima situasi yang dilakukan oleh Cikgu Shida dan mampu menerima beliau
sebagai seorang warga pendidik yang akan mengajar anak mereka. Sememangnya
kepercayaan dan perasaan hormat oleh ibu bpa dan masyarakat sekeliling akan pudar
dan menghilang melihat telatah dan aksi cikgu tersebut setelah ianya tersebar dan
menjadi buah mulut seluruh warga Malaysia.

Gambar 4: Antara perkara yang digariskan dalam Kod Etika Keguruan

3.2 Pandangan murid-murid terhadap seorang guru yang sepatutnya dihormati.
Sifat dan karaktor seorang guru sememangnya menjadi perhatian setiap daripada anak
muridnya. Jadi, perwatakan yang dibawa oleh seoran guru amat penting. Ini kerana
melalui perwatakannya boleh menyebabkan pelbagai implikasi. Antaranya ialah:-
o Murid lebih bersemangat jika seorang guru itu berkeyakinan
o Murid akan mempunyai jati diri sekiranya mendapat tunjuk ajar daripada guru yang
berani.
o Guru menjadi model yang menjadi ikutan murid
o Membentuk jati diri dan identiti murid-murid.
o Menjami kualiti modal insan.
o Sebagai pemangkin ke arah membentuk masyarakat yang harmoni dan berbudi
bahasa.
3.3 Kesan terhadap pengajaran dan pembelajarannya
Melihat cara Cikgu Shida memuatnaik video yang dipertontonkan umum, beliau mampu
menjadikan kemahiran penggunaan ICT sebagai satu cara menyampaikan isi
kandungan pelajaran yang diajar dengan lebih menarik. Video-video yang dihasilkan
telah pun di sunting dan mempunyai semua elemen-elemen multimedia yang mampu
menjadikan sebuah media itu menarik. Tambahan pula, dengan cara yang lebih kreatif
sebegini, murid-murid akan lebih berminat untuk member perhatian terhadap apa yang
disampaikan oleh seorang guru tersebut.
Memandangkan kita hidup di zaman IT yang serba canggih ini, adalah lebih baik
sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah berunsurkan
teknologi maklumat.
4.0 Rumusan
Setelah mengetahui kesan baik buruk perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan oleh
Cikgu Shida yang telah dilabelkan sebagai Cikgu Gila-Gila, pada pendapat saya,
banyak lagi perkara kreatif dan menarik yang boleh dilakukan oleh seorang guru untuk
menunjukkan tahap kekreatifan beliau dalam kehidupannya. Tindakan yang berlebihan
dan melampau kadang kala akan mengundang susah ke atas kehidupan diri sendiri.
Sebagai contoh, tindakan Cigu Shida telah menarik perhatian banyak pihak terutamnya
media. Selepas klip videonya tersebar, banyak pihak cuba menghubungi beliau dan
popularity beliau turut melonjak naik sehinggakan mendapat atwaran berlakon, sesi
temu bual ekslusif di corong-corong radio, televisyen dan banak lagi siding akhbar yang
ingin berkongsi kisah dengan beliau. Jadi, adakah perjalanan tugasan seharian beliau
sebagi guru tidak terganggu dek kerana sibuk dengan tugasan lain?
Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran guru mampu menonjolkan kemahiran
penggunaan ICT. Dengan menghasilkan video-video ilmiah untuk tayangan kepada
anak-anak murid, seseorang guru itu mampu menjadikan sesi pengajarannya nampak
menarik dan terkini. Jadi, tidak perlu rasanya sesorang guru menghasilkan video
miming lagu-lagu yang sedang hangat dan melakonkan watak-watak aneh untuk
ditayangkan di seluruh dunia bakatnya kerana ini menunjukkan sifat atau aib dirinya
sendiri. Malah ianya juga boleh menimbulkan syak yang mengatakan guru itu tidak
normal terhadap tindakan yang dilakukannya. Ini kerana menurut Dr. Fadhilah Kamsah:
"Normal atau tidak seseorang manusia merosakkan dirinya dengan mematikan alam
hidupnya dengan membunuh diri? Adakah boleh dikatakan seseorang merubah dirinya
ke arah negatif adalah sebagai orang yang baik dan normal? Sebagai contoh pelajar
cemerlang, tiba-tiba merosakkan dirinya dengan melibatkan diri dengan dadah dan
bersosial oleh kerana kecewa dalam alam percintaan atau cita-cita. Adakah pelajar itu
orang yang dikatakan normal? Apakah maksud 'normal' yang sebenarnya? Cuba kita
renung-renungkan, dan fikir-fikirkan."
Sumber: Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang | Blog
Aduka http://aduka5.blogspot.com/2010/11/cikgu-shida-jadi-gila-sebab-
putus.html#ixzz25CvwxW9d


Jadi, daripada pemahaman saya tindakan Cikgu Shida menunjukkan bahawa beliau
tidak normal kerana telah melakukan suatu tindakan aneh yang hilang ciri-ciri
kewanitaan seperti malu, lemah lembut dan sopan santun.
Guru seharusnya menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak didiknya
maka barulah seseorang guru itu mampu digelar sebagai role-model. Kod Etika
Keguruan yang telah digariskan seharusnya difahami dan diamalkan supaya sentiasa
berada di landasan yang betul. Selain itu, untuk menjadi seorang guru yang mempunyai
kesantunan yang baik, amalan kesantunan yang telah disenaraikan diamalkan untuk
memastikan hubungan sesama rakan sejawat, pihak pengurusan sekolah, ibu bapa dan
seterusnya anak-anak murid sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan mesra.
Sebagai guru, berfikirlah dahulu sebaik mungkin sebelum melakukan sebarang
tindakan kerana segala tindakan akan sentiasa diperhati dan dinilai oleh masyarakat.

You might also like