Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Reflection

Program Lawatan Sambil Belajar ini adalah untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, serta aura
keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Saya berasa gembira dan bersyukur
kerana dapat menyertai program Khidmat masyarakat dan lawatan sambil belajar di
Kuala Gula.
Dalam program ini, saya telah diberikan jawatan kuasa sebagai jurugambar.
Tugasan saya lebih penting dalam semasa program dijalankan. Dalam menjalani
sebagai AJK jurugambar, saya telah bertanggungjawab mengambil gambar
kumpulan dan gambar setiap aktiviti yang dijalankan dalam program lawatan sambil
belajar yang berlangsung sepanjang 2 hari 1 malam. Antara aktiviti yang dijalankan
seperti menanam pokok bakau, lawatan ke Pusat PERHILITAN, Kuala Gula, Melihat
Kelip-kelip, lawatan sambil belajar ke kampung nelayan dan lain-lain lagi. Dalam
menjalankan tugasan ini, saya telah mengalami satu masalah iaitu semasa
mengambil gambar di tempat paya bakau. Hal ini kami susah untuk bergerak dalam
paya bakau dan perlu menjaga kebersihan kamera daripada terkena paya. Tetapi
malangnya, kamera saya masih terkena paya dan saya rasa sedih.
Melalui projek ini, saya mendapat peluang tentang cara untuk menanam
pokok bakau dan kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam pokok bakau
untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar. Pokok bakau ini bukan sahaja
menjadi benteng, ia juga boleh dijadikan perabot, arang kayu dan lain-lain lagi.
Selain itu, saya juga mendapat faedah tentang cara untuk menggali kupah, dan cara
membuat kerang lembut serta ikan masin. Walaupun pengetahuan ini boleh didapati
dalam buku, tetapi melalui aktiviti hands-on, saya lebih memahami tentangnya.
Selain itu, melalui lawatan ke Pusat PERHILITAN, saya lebih memahami tentang
jenis-jenis burung yang terdapat di Malaysia. Dalam lawatan ke kampung nelayan,
saya telah memahami cara hidup sebagai seorang nelayan dan kerja-kerja orang
kampung nelayan. Saya berharap kerajaan memberi fokus dan bantuan kepada
mereka kerana kerja mereka amat sukar, bahaya dan pendapatan yang rendah.


Program ini memberikan peluang kepada saya untuk belajar ilmu
pengetahuan baru dan mempunyai pengalaman yang baru tentang pokok bakau dan
kampung nelayan. Program ini juga mengeratkan hubungan antara satu sama lain
kerana aktiviti-aktiviti perlu dijalankan dengan semangat kerjasama dan bertoleransi.
Program ini juga memberikan peluang untuk saya mendedahkan kepada kecantikan
ciptaan tuhan iaitu melihat kelip-kelip pada waktu malam.
Kelemahan dalam program ialah faktor keselamatan semasa menaik perahu
semasa balik dari paya bakau. Hal ini kerana kaki penuh dengan lumpuh, licin dan
beberapa kawan telah jatuh dan cedera. Faktor ini perlu diperbaiki dengan cara
penyelesaian.
Antara cadangan penambahbaikan ialah dari segi keselamatan semasa
menjalankan aktiviti dan setiap orang perlu menjaga kawan-kawan sekalian dan
saling menolong. Selain itu, saya akan menyediakan dan menjaga kamera dengan
lebih teliti dan menyediakan langkah-langkah keselamatan.
Kesimpulannya, saya berharap program seperti boleh dijalankan pada masa
akan datang. Hal ini kerana program seperti ini memang memberikan maafaat dan
faedah kepada kami. Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih
kepada semua orang yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak
langsung.

You might also like