Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PERIBAHASA

DI SEDI AKAN OLEH:


MOHAMAD NORHI SHAM BI N WAHAB
AKMAL HAKI M BI N ABDUL MAJI D
MOHAMAD SOFI AN BI N HUSI N
APA ITU PERIBAHASA?
Mengikut takrifan Kamus Dewan peribahasa ialah ayat atau
kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu , ia juga disebut sebagai
bidalan , pepatah atau perumpamaan.

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek
dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap
didengar dan bijak perkataannya. Susunan perkataannya
mengandungi maksud tersirat.

Secara ringkasnya..
Peribahasa ialah susunan kata atau ikatan perkataan yang ringkas
dan bijaksana, rapi, teratur, yang mengandungi maksud dan tujuan
yang luas, halus dan dalam serta mempunyai pengertian yang
tertentu.

Peribahasa adalah salah satu daripada warisan generasi lampau yang
merupakan salah satu seni percakapan yang popular di kalangan
masyarakat melayu.

Peribahasa menggambarkan pendapat atau fikiran sesuatu
masyarakat tentang kehidupan mereka sehari-hari dari segi sifat,
kelakuan dan keadaan.

Peribahasa dicipta setelah sesuatu kejadian berlaku di dalam
lingkungan suatu masyarakat kemudian mereka mengiaskan dengan
apa-apa yang ada di sekeliling kehidupan mereka.

Peribahasa terbahagi kepada dua iaitu:
1. Peribahasa tradisi - merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam
pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan .
2. Peribahasa moden merujuk kepada peribahasa yang dicipta selepas tarikh
kemerdekaan.

***Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya
Melayu.
Tujuan dan faedah mempelajari
peribahasa
Sebagai panduan hidup.
Untuk menajamkan sesuatu maksud atau tujuan percakapan.
Untuk menghiasi percakapan atau penulisan.
Sebagai pengajaran dan pedoman hidup.
Untuk mengkaji kebudayaan sesuatu bangsa
JENIS-JENIS PERIBAHASA

1. Simpulan bahasa
2. Perumpamaan
3. Pepatah
4. Bidalan
5. Kata-kata hikmat
SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa ialah susunan dua perkataan dalam bahasa melayu yang amat
tersusun dan bermakna.
Simpulan bahasa mempunyai pengertian yang berlainan dengan pembentukan
perkataan atau frasa itu sendiri.
Makna simpulan bahasa itu berkait dengan sikap dan kelakuan manusia yang
digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan benda, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan.

Contoh : Ada angin, cepat tangan, buta huruf, kaki bangku .

PERUMPAMAAN
Perumpamaan ialah susunan kata dalam sesuatu ayat yang
memberi makna khas berlainan daripada apa yang diucapkan atau
tertulis atau membandingkan sesuatu dengan benda lain 'seperti,
'bagai, laksana, 'umpama, seolah-olah' dan 'macam'.
Ada juga perumpamaan yang tidak menggunakan kata-kata
bandingan.
.
CONTOH PERUMPAMAAN
i. Bagai anjing dengan kucing.
ii. Ibarat perahu takkan karam sebelah.
iii. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
iv. Macam ular kekenyangan.
v. Seperti batu jatuh ke lubuk.
vi. Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang.
vii. Datang seperti ribut, pergi seperti semut.

Perumpamaan yang tidak menyebut perbandingan. Contohnya:
i. Anjing bercawat ekor.
ii. Biduk lalu kiambang bertaut.
iii. Genggam bara api biar sampai jadi arang
iv. Diberi betis hendak paha
v. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
PEPATAH
Pepatah ialah peribahasa yang mengandungi perkataan-perkataan
yang ringkas dan mempunyai erti yang berisi pengajaran, kadang-
kadang pepatah ada juga yang tidak berisi pengajaran. Banyak
persamaan dengan bidalan.

Contoh:
Bagaimana gendang begitulah tarinya, berat sama dipikul ringan
sama dijinjing, ada udang di sebalik batu.

Contoh dan maksud
Ada padang, adalah belalang
Ada air, adalah ikan

Ertinya: Setiap kawasan atau tempat ada adat resamnya sendiri.

Harimau mati meninggalkan belang
Gajah mati meninggalkan gading
Manusia mati meninggalkan nama

Ertinya: Seseorang akan meninggalkan nama yang baik ataupun buruk apabila dia meninggal
dunia kelak.
BIDALAN
Bidalan ialah peribahasa yang membuat bandingan dan ertinya mesti
berisi pengajaran dan fikiran yang benar.
Contoh:
Genggam bara apa biar sampai jadi arang, alah bisa tegal biasa,
bapa borek anak rintik.
Contoh
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Cicir dipungut, hilang dicari
Dalam berselam, cetek bertimba
Elok lenggang di tempat datar
Genggam bara apai biar jadi arang
Yang baik dipakai, yang buruk dibuang
KATA-KATA HIKMAT
Kata-kata hikmat dipetik daripada kitab-kitab suci, kata-kata dan
pendapat tokoh, negarawan, cendikiawan dan sasterawan yang bijak
pandai. Kata-kata hikmat itu sangat penting untuk menjadikan
pedoman untuk generasi akan datang.
Contoh:
Bahasa menunjukkan bangsa, masa itu emas, kata mesti dikota, lebih
baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Contoh
Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
Bahasa menunjukkan bangsa
Masa itu emas
kata mesti dikota
lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada
kegelapan


PENGUKUHAN
Simpulan Bahasa ialah peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah
perkataan.
Perumpamaan ialah perbandingan yang nyata dan dimulai dengan kata bandingan
seperti bagai, umpama, seperti,bak dan ibarat.
Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di
dalambidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.
Pepatah ialah jenis peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di
dalamnya.Pengulangan tersebut adalah untuk menyatakan penegasan,falsafah,atau pengajaran
yang hendak disampaikan.
Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai
dijadikan motivasidan pengisian jiwa.

You might also like