1. Kerja-kerja amal dan sukarelawan kepada masyarakat atau komuniti 2. Memupuk semangat gotong royong dan budaya kesukarelawan di kalangan beliau dan generasi baru. 3. Menjalinkan hubungan dua hala yang baik dan mesra dengan pemimpin dan masyarakat setempat 4. Merealisasikan tanggungjawab sosial syarikat-syarikat korporat yang terlibat kepada masyarakat
Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema tersebut, mengenal pasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat kerja penambahbaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain. Antara aktiviti yang dijalankan ialah;
1. Kejiranan Perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga baru atau penduduk di kawasan perumahan, kampung, kampung baru, lading, rumah panjang, rumah pangsa, rumah orang asli, FELDA dan lain-lain.
2. Perkhidmatan sosial Sumbangan kerja sukarela meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institute, pertubuhan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan.
3. Alam sekitar Membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasan pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya.
4. Kemudahan awam Kerja sukarela dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan seperti taman rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif, taman permainan, tandas awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan lain-lain.
5. Penempatan di agensi kerajaan Mendedahkan tentang peranan agensi kerajaan untuk pembangunan negara dan peluang bagi pelatih memberikan perkhidmatan sukarela bagi menjayakan misi agensi-agensi tersebut.
Dalam bidang pendidikan dan di Institut Pendidikan Guru
Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan
Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah
Program khidmat Komuniti atau Khidmat Masyarakat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang ilmu kemasyarakatan di luar ruang lingkup Institut masing-masing. Program ini merupakan sebahagian daripada keperluan kursus yang wajib diikuti oleh setiap pelajar.
Dalam sukatan pelajaran bagi GERKO unit beruniform semester 4, kesemua guru pelatih pada semester ini wajib untuk menjalankan program khidmat komuniti bagi syarat wajib lulus. Ia bermula dengan memberi cadangan, perancangan tarikh dan tempat, menghalusi serta membentangkan cadangan program di hadapan pensyarah. Program ini merupakan satu platform kepada guru pelatih untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan jaringan interaksi sesama sendiri, antara guru pelatih dan pensyarah, jabatan dan institusi serta dengan masyarakat luar selari dengan kepentingan menguasai soft skills di kalangan guru pelatih.
Tujuan Pelaksanaan Khidmat Komuniti:
1. Mendedahkan peserta kepada amalan/protokol sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan 2. Memupuk semangat sukarela di kalangan guru pelatih 3. Mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu sesuai dengan objektif umum kursus. 4. Mengenal budaya dan cara hidup masyarakat terutamanya masyarakat yang tinggal di pedalaman 5. Menyediakan forum perkongsian maklumat dan amalan terbaik dalam pengurusan pentadbiran pendidikan. 6. Membincangkan cabaran dan peranan pemimpin dalam pembangunan modal insan di era globalisasi 7. Merumuskan amalan terbaik dan mengemukakan strategi memperkasakan pembangunan sistem pendidikan negara. 8. Memperkembangkan lagi pengalaman dan berkongsi idea baru 9. Perihatin terhadap insan lain yang kurang bernasib baik.