Banding Beza Maklumat Yang Diperolehi Dengan Maklumat Sedia Ada

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1

BANDING BEZA MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DENGAN MAKLUMAT SEDIA


ADA.
Umumnya bilik darjah ialah tempat berlakunya pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan pelajar dan guru. Secara khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat
berlakunya pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Biasanya sesebuah bilik darjah
mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari dan papan hitam.
Jenis, kualiti dan susunan perabot tersebut bergantung kepada kemampuan sekolah
dan kreativiti guru. Bagi bilik darjah yang disediakan untuk mata pelajaran tertentu
perabot dan alatan yang ada di bilik berkenaan adalah bersesuaian dengan mata
pelajaran berkenaan.
Terdapat beberapa jenis bilik darjah berdasarkan ciri dan fungsinya seperti bilik
darjah tradisi, bilik darjah terbuka, bilik darjah bercantum, bilik darjah prasekolah, bilik
darjah KBSR/KBSM, bilik darjah multimedia dan bilik darjah khas mata pelajaran.
Sepanjang pemerhatian saya di sekolah ini, saya mendapati kelas pendidikan khas di
sekolah ini tidak menggunakan kaedah stesen-stesen pembelajaran. Kaedah stesen-
stesen pembelajaran jika diamalkan untuk kelas pendidikan khas akan lebih efisyen
kerana guru dapat menyediakan bahan bantu mengajar yang berkesan dan menarik,
guru-guru menjadi pakar atau mahir dalam sesuatu mata pelajar. Ini sangat baik
kepada guru dan murid supaya idea dan ilmu yang disampaikan dapat diterima oleh
murid dengan mudah dan senang.
Selain itu, kaedah stesen juga berkesan kerana dapat memupuk kemahiran
mengikut mata pelajaran. Melalui kaedah ini, murid dapat menguasai kemahiran-
kemahiran yang diajar oleh dengan cepat dan efisyen. Selain itu, murid juga dapat
mempertingkatkan kemahiran mereka kerana kaedah stesen sangat berkesan
digunakan dalam pengajarana dan pembelajaran pendidikan khas. Seterusnya, pihak
sekolah juga perlu menyediakan jadual waktu yang mencukupi serta mengikut kepada
murid pendidikan khas
Selain itu, sepanjang pemerhatian saya mendapati pengurusan sistem fail untuk
kelas pendidikan khas tidak begitu sistematik kerana banyak maklumat berkaitan latar
2

belakang murid tiada disitu. Fail juga tidak disusun dengan rapi dan bercampur aduk
antara fail murid dengan fail pengurusan pendidikan khas. Hal demikian terjadi kerana
pihak pengurusan tidak menyediakan rak yang khusus untuk pengurusan fail.




























3

LAPORAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini
memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi
pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian
dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti di sekolah.

Tugasan Pengalam Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan di sekolah rendah
yang telah dipilih oleh guru pelatih masing-masing. PBS ini dijalankan bertujuan untuk
mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut di
samping membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan
bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan ini
adalah menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk
melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir.
Setelah meneliti tugasan yang diberikan, fokus utama yang dikenalpasti ialah :
a) Tugasan yang diberikan oleh pihak IPG
Aktiviti refleksi, kolaborasi, pemerhatian dan laporan yang perlu dilaksanakan
dan disediakan selepas PBS, selaras dengan huraian tugasan dalam Garis
Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah.
b) Tugasan Pengajian Profesional
PKB3103 dan interaksi saya dengan komuniti sekolah semasa menjalankan
PBS, rekodkan maklumat diperolehi semasa membuat PBS.

Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk:
a) Memahami budaya sekolah.
b) Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah.
c) Mendapatkan pendedahan awal pembelajaran murid.
d) Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran.
e) Membina kemahiran interaksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.
4

f) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis
dan analitikal.
g) Membina sikap positif terhadap profesion keguruan.
h) Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.
i) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa
sesi refleksi.
Untuk itu, saya telah memilih sekolah di daerah Kubang Pasu iaitu Sekolah
Kebangsaan Bukit Tinggi. Saya berminat untuk menjalankan PBS di sekolah ini kerana
sekolah ini yang terdekat dengan asrama dan senang untuk tujuan ulang alik. Sebelum
memulakan PBS di sekolah tersebut, saya mendapat maklumat sekolah terlebih dahulu
seperti alamat lengkap dan nombor telefon untuk rujukan pihak institut.
Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar tugasan
dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Pada peringkat awal, saya telah
menyediakan draf awal untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum bermulanya
PBS.
Dalam pada itu, setiap perkara yang akan dilakukan sepanjang PBS disediakan
dengan laporan refleksi yang akan direkodkan selepas sahaja selesai melakukan
sesuatu perkara tersebut. Ini bertujuan untuk memotivasikan diri dan membaiki
kelemahan yang terdapat dalam diri ketika melakukan sesuatu perkara.
Pada 30 Mac 2014 hingga 3 April 2014, saya telah menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi (SK Bukit Tinggi).
Pada hari pertama berada di SK Bukit Tinggi merupakan hari yang paling mendebarkan
diri saya, walaupun ini merupakan kali ke dua saya menjalani PBS.
Seawal jam 7.20 pagi saya telah melaporkan diri kepada guru besar SK Bukit
Tinggi iaitu En. Yaakop bin Abdullah di pejabat beliau. Beliau sebagai guru besar SK
Bukit Tinggi begitu mengalu-alukan kehadiran saya disana dan bersedia untuk memberi
tunjuk ajar kepada saya dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah. Setelah melaporkan diri, saya dikehendaki mengikuti majlis
perhimpunan mingguan sekolah bersama-sama para pelajar dan guru yang lain. Ketika
5

majlis berlangsung, saya telah diminta untuk memperkenalkan diri saya dihadapan
semua guru dan pelajar dan menyatakan serba sedikit tentang tujuan dan beberapa
perkara lain lagi.
Pada hari pertama ini juga, saya terpegun melihat senario para pelajar dan
persekitarannya dimana amat sukar bagi saya melihatnya disekolah-sekolah lain. Para
pelajar disini saya lihat begitu berdisiplin dan begitu mengambil berat terhadap
kebersihan. Pada awal bagi iaitu seawal jam 7.25 pagi, para pelajar sudah berada di
kawasan persekitaran kelas mereka dan mula membersihkan kawasan mereka.
Kawasan sekolah begitu ceria dan bersih sekali sehinggakan begitu sukar untuk saya
melihat sampah walaupun dikawasan yang agak tesorok.
Hari pertama berada di SK Bukit Tinggi begitu mengujakan saya. Selepas majlis
perhimpunan tamat, saya perlu menghadiri satu taklimat khas berkaitan beberapa
perkara tentang PBS ini yang diberikan oleh guru pembimbing iaitu guru penyelaras
Pendidikan Khas Sk Bukit Tinggi iaitu Cikgu Mohd Zaidi. Hari pertama ini saya catatkan
sebagai hari yang begitu menarik kerana pelbagai ragam dan pelbagai perkara yang
tidak pernah saya lalui atau sudah lama saya tidak rasai dapat saya rasai kembali pada
hari ini sebagai seorang bakal guru.
Walaupun baru hari pertama, saya telah mula menyiapkan tugasan-tugasan
yang diberikan kepada saya agar saya tidak kelam kabut pada saat-saat terakhir
seterusnya memberi saya lebih banyak masalah lagi. Pada hari ini, saya telah mula
bersuai kenal dengan guru-guru disana yang rata-rata begitu ramah dan mudah untuk
didekati. Sebagai orang luar, saya begitu menjaga tata tertib dan tingkah laku saya agar
tidak mencemarkan maruah saya dan maruah IPGM Kampus Darulaman. Guru-guru
yang terdiri dari pelbagai peringkat umur semuanya mesra dan ini memudahkan saya
dalam berkomunikasi dengan mereka.
Pada hari kedua berada di SK Bukit Tinggi, saya begitu bersemangat untuk
meneruskan tugasan saya dan pada hari ini saya membuat pengumpulan data
pengurusan pihak pentadbiran sekolah dan pengurusan kelas pendidikan khas. Oleh
itu, saya perlu berjumpa dengan pihak pentadbiran untuk mendapatkan data-data yang
6

dikehendaki. Alhamdulilah dengan izin-Nya dipermudahkan urusan itu dan saya
mendapat semua maklumat yang dikehendaki. Banyak juga data-data yang saya
Berjaya kumpulkan untuk memudahkan proses membuat laporan nanti. Sekaligus, saya
juga dapat belajar cara menguruskan data dengan betul dan sistematik.
Hari ketiga juga penuh dengan aktiviti dan perkara-perkara yang menarik minat
saya. Pada hari ini, dengan kebenaran daripada pihak sekolah saya telah mengikuti
aktiviti luar pelajar pendidikan khas iaitu aktiviti bermain bowling di Jitra Mall. Kami
berkumpul di sekolah dan bertolak kira-kira pada pukul 9.00 pagi kerana waktu
pengurusan pihak bowling bermula pada pukul 9.30 pagi. Melihat gelagat kanak-kanak
pendidikan khas bermain cukup mencuit hati dan keadaan menjadi lebih meriah apabila
murid dapat menajtuhkan kesemua pin. Setelah penat bermain bowling, kami singgah
sebentar di Tasik Darulaman untuk makan tengahari. Kira-kira pukul 12.00 tengahari
kami telah pun tiba di perkarangan sekolah. Sememangnya ia merupakan satu
pengalaman yang sangat berharga buat saya untuk dijadikan bekalan sewaktu menjadi
guru nanti.
Hari keempat berada di SK Bukit Tinggi merupakan hari Rabu iaitu hari
kokurikulum. Pada hari ini dapat saya lihat semua pelajar dan guru memakai pakaian
seragam unit berunifom masing-masing seperti pengakap, tunas puteri dan lain-lain
lagi. Oleh kerena tidak memakai pakaian seragam seperti mereka, saya berasa agak
tidak selesa untuk bergerak kerana sentiasa menjadi perhatian orang lain.
Walaubagaimanapun, saya kuatkan semangat dan lalui hari keempat di SK Bukit Tinggi
dengan penuh semangat seperti biasa.
Pada hari kelima iaitu pada hari terakhir saya berada di SK Bukit Tinggi, Ketika
ini, perasaan sedih mula menyelubungi diri kerana ini bermakna tamatlah PBS saya di
SK Bukit Tinggi. Saya sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru
kerana banyak membantu saya selama saya berada di SK Bukit Tinggi dan telah
banyak berkongsi pengalaman pahit manis mereka bersama saya. Saya juga berasa
sedih untuk melangkah keluar dari SK Bukit Tinggi setelah dapat mengenali ramai para
pelajar yang baik-baik dan bercita-cita besar dalam meneruskan perjuangan sebagai
seorang pelajar.
7

Hari-hari berada di SK Bukit Tinggi begitu bemakna dalam hidup saya kerana
begitu banyak perkara saya pelajari dan ini memberikan saya satu peluang untuk
menjadi seorang guru yang berkaliber. Saya berharap, pada PBS yang seterusnya saya
akan dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang profesion keguruan ini
bagi membuat persedian menjadi seorang guru yang terbaik.

















8

RUMUSAN
Sesungguhnya murid-murid pendidikan khas boleh dididik dengan sempurna sekalipun
mereka telah dibesarkan dalam persekitaran yang tidak kondusif untuk belajar. Maka
tanggungjawab kita sebagai seorang pendidik untuk membantu mengatasi
permasalahan murid pendidikan khas. Selain daripada itu, ibu bapa dan pihak sekolah
perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam mengendalikan proses
pembelajaran supaya murid pendidikan khas mendapat input yang bermanfaat untuk
diri mereka.
Lantaran itu, guru guru lain juga perlu mengenali dan melibatkan diri
dengan aktif dalam proses membantu murid pendidikan khas. Guru pendidikan khas
perlu lebih kreatif untuk mengaplikasikan bahan pengajaran agar dapat membantu
murid mengatasi masalah.
Pemberatan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan tergesa-
gesa, tindakan ini akan menyebabkan keciciran berlaku. Oleh yang demikian, guru
pendidikan khas perlu menjalankan interaksi secara individu dengan murid-murid ini
untuk membantu mereka dalam pelajaran.
Sehubungan dengan itu, jika murid pendidikan khas mendapat perhatian
dan tindakan susulan yang sewajarnya daripada guru, maka masalah keciciran dalam
pelajaran akan dapat diatasi.

You might also like