Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Khutbah Pertama

9 )

MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita


kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah
dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik
dan unggul serta mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat.

Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-13 surah as-Syura :

Maksudnya: Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya,


nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan
liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang
tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui
dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula
menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang
melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji. Dan di antara tanda-tanda
kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada
keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa
menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya). Dan
apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka
ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang
salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari
dosa-dosa kamu. Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada
menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana
sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh
sesiapapun yang lain dari Allah. sebagai pelindung atau pemberi pertolongan
Alhamdulillah pada hari ini kita berkumpul di sini bagi sama-sama memohan
kasih sayang dan rahmat daripada Allah agar terus memberi kepada kita semua
nikmat yang berkat yang dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat. Kita semua faham dan yakin bahawa nikmat anugerah Allah S.W.T kepada
umat manusia amat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Anugerah nikmat
ini mestilah disambut dengan penuh kesyukuran serta digunakannya dalam
memperbanyakkan lagi ibadat kepada Allah S.W.T paada setiap masa dan
tempat. Kita juga mesti ingat bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah
S.W.T ke atas hambaNya bergantung kepada baiknya amalan kita terhadap Allah
S.W.T. Begitu juga dengan curahan keberkatan dan kebaikan dari langit
disebabkan umat manusia berusaha menjauhkan diri daripada jalan-jalan
kesesatan yang memesongkan mereka daripada landasan Islam yang sebenar.
Kita sentiasa berdoa agar rezeki yang diperolehi adalah suatu nikmat yang datang
bersama dengan keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T sehingga kita
mampu meraih kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Disamping itu, kita juga
sentiasa memohon perlindungan daripada Allah S.W.T agar jangan jadikan rezeki
yang diterima sebagai suatu pemberian yang tiada bersamanya keberkatan
apatah lagi ia bertujuan untuk melalaikan kita daripada mendapatkan keredhaan
Allah S.W.T sehingga menjadikan kita umat yang rugi di dunia dan akhirat.

Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,
Ketika kita mendapat rezeki yang bermacam-macam maka ada masanya di
mana Allah S.W.T menahan nikmatNya sebagai suatu ujian untuk menguji tahap
kesabaran dan kerelaan manusia dalam menghadapi bala atau pun ia
merupakan suatu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang melakukan
kezaliman dan lalai daripada mematuhi perintah Allah S.W.T. Antara bala daripada
Allah S.W.T ialah Dia tidak menurunkan hujan dengan cuaca panas yang begitu
terik sebagaimana yang sedang kita hadapi sekarang ini. Ia menyebabkan
manusia dan binatang menghadapi kesukaran, pokok dan tanaman turut
kekeringan dan sebagainya. Islam sentiasa memberi tunjuk ajar yang sempurna
kepada umatnya agar mencari jalan dalam menghadapi sebarang ujian yang
datang. Kita mesti memperbanyakkan istighfar bagi memohon keampunan
daripada Allah S.W.T di atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan. Jangan
campur adukkan antara ibadat dan maksiat sehingga lebih banyak bala Allah
S.W.T yang turun seumpama suburnya program maksiat samada dalam
rumahtangga, masyarakat, Negara serta melalui kemudahan maklumat seperti TV,
radio, media cetak, internet dan sebagainya yang melambangkan sebahagian
daripada kita tidak bersungguh untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.
Ingatlah kita kepada suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada
Abdullah ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :


Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka
tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu
tidak menemui zaman itu. Antaranya. Dan tidak menahan mereka akan zakat
harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada
binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diturunkan hujan oleh
Allah S.W.T

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,
Pada hari ini saya memperingati diri saya sendiri dan muslimin muslimat
sekalian agar kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan samada secara terang-
terangan atau sembunyi, sedar atau tidak. Sesungguhnya amalan banyak istighafar
dijanjikan dengan begitu banyak kelebihan oleh Allah.
Firman Allah S.W.T dalam ayat 10-12 surah Nuh :


Maksudnya: Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha
Pengampun. Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang menurunkan
hujan lebat. Diberikan oleh Allah S.W.T kepada kamu kekayaan harta dan anak-
anak serta diadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu

Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,
Melihat kepada arahan dan amaran daripada Allah S.W.T dan rasulNya
agar kita sentiasa bertaubat dengan segala dosa serta mematuhi segala perintah
dan menjauhi segala apa yang ditegah maka sepatutnya kita lebih sedar tentang
kesalahan kita yang menyebabkan turunnya sesuatu bala daripada Allah S.W.T.
Kita juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar
dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan.



Firman Allah S.W.T dalam ayat 16 surah al-Jin :

Maksudnya: Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di
atas landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada
mereka
Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya
kemenangan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Kita jangan takut untuk
menegur kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal
mengundang bala dan bala apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan
tertentu kepada pelakunya sahaja.









Khutbah Kedua

7 )

,
,

Firman Allah dalam ayat 55-57 surah al-Araf :


Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan
suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah
kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga
dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat
Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. Dan Dia lah
(Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila
angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian
Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan.
Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,
Sekali saya memperingati diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian
agar kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah
atas dosa dan kesalahan yang dilakukan. Semoga Allah menerima segala taubat
kita dan seterusnya menurunkan rahmat dan kebaikan dari pelbagai aspek.
1) Khatib mula menghadap qiblat (membelakangi makmum)
2) Bagi khatib dan sekalian makmum membalikkan selendangnya atau serbannya
dengan menjadikan yang sebelah atas menjadi kebawah dan yang sebelah kanan
menjadi ke kiri. Jika memakai baju 2 lapis seperti baju kot diterbalikkan juga

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,

Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kepada Allah segala


kebaikan dan dihindari daripada kita segala keburukan

Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut
kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah
Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan
jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.

Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami


Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik
kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi
mudharat segera tidak berlambat-lambat

Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah


rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati

Kemudian berpaling semula oleh khatib membelakangi kiblat menghadap kepada
makmum sebagaimana biasa pada akhir khutbah yang kedua ini.

You might also like