Muhammad Hosnee Zainal Abidin PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

1

AL-DI LALAH AL-SARFI YYAH DALAM PEMBELAJARAN ILMU SARF


BAHASA ARAB

Muhammad Hosnee Bin Zainal Abidin,
1


mhosnee@ukm.edu.my
1
Unit Bahasa Arab,
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

PENGENALAN
Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa asing yang dipelajari di Malaysia, maka untuk
memahaminya, perlu disesuaikan makna kalimah, ayat dan uslubnya dengan kefahaman
orang Malaysia dengan tidak mengabaikan unsur budaya dan kefahaman orang Arab.
Lazimnya, pembelajaran bahasa akan sentiasa diiringi dengan terjemahan dan di dalam ilmu
terjemahan, proses penyesuaian ini disebut laras bahasa iaitu suatu persamaan atau
perkongsian makna atau konteks di antara perkataan bahasa sumber dengan perkataan bahasa
sasaran.
Terlebih dahulu, sebelum ditentukan laras bahasa tersebut, tidak boleh tidak, suatu
proses penentuan makna perlu diteliti dan dinilai bagi menentukan apakah unsur kesamaan
atau perkongsian makna antara keduanya. Maka untuk itu, ciri-ciri mengenai keduanya akan
disenaraikan dan berpandukan perkara tersebut dibina tasawwur terlebih dahulu.
Tasawwur yang dimaksudkan di sini ialah suatu gambaran yang terbentuk di dalam
pemikiran seseorang dan melaluinya dia dapat mengetahui hakikat sesuatu (Ab.
Latif&Rosmawati, 2009). Sebagaimana yang disebutkan di dalam takrif di atas, tujuan
membina tasawwur yang betul ini dan mengukuhkannya di dalam fikiran, adalah bertujuan
mengetahui hakikat sesuatu yakni mengelakkan seseorang itu tersalah dalam memahami
konteks sebenar sesuatu itu.
Pembelajaran unsur-unsur bahasa Arab sama ada kalimah, wazan atau sighah, ayat,
uslub, bunga bahasa dan sebagainya amat unik sekali. Contohnya, dalam membina tasawwur
mengenai sesuatu kalimah setiap unsur kalimah tersebut memainkan peranan dalam membina
maknanya. Ini termasuklah sifat hurufnya, susunan hurufnya, makhraj hurufnya, wazan
hurufnya, kedudukannya di dalam ayat dan pelbagai unsur lain yang perlu diteliti sehalusnya-
halusnya bagi mendapatkan makna yang sesuai. Setiap unsur ini dinamakan al-Dal iaitu
petunjuk, dan yang ingin difahami tentangnya iaitu makna tersebut dinamakan al-Madlul.
Konsep al-Dilalah ini, iaitu yang merujuk kepada al-Dal dan al-Madlul ini
merupakan perbahasan penting di dalam membina tasawwur untuk memahami makna.
Adapun pembelajaran bahasa itu tidak dapat diasingkan daripada memahami makna dan hasil
daripada ini terbina satu hubungan di antara ilmu al-Dilalah dan pembelajaran bahasa.
Oleh kerana pembelajaran bahasa Arab terlampau luas, maka kajian ini memfokuskan
kepada hubungan al-Dilalah dengan morfologi. Daripada itu, diperhatikan hubungan al-
Dilalah al-Sarfiyyah dengan sighah seterusnya melihat pengaruh al-Dilalah al-Sarfiyyah
dalam pembelajaran Ilmu Sarf.

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014
disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.
Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri
Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir Fakulti
Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA ISBN
978-967-5478-78-9

2

DEFINISI AL-DI LALAH DARI SUDUT BAHASA
Al-Dilalah dalam Lisan al-
c
Arab dibahaskan di bawah bab , merujuk kepada kalimah
al-Dalil ( ) yang bererti sesuatu yang dijadikan rujukan dengannya, dan juga bermaksud
petunjuk ( )(Ibn Manzur 1968: 11/238). Dengan contoh ayat iaitu :


Terjemahannya : Sesungguhnya, dia telah menunjukkannya (seseorang) jalan tersebut, dan
(dia) merujuk suatu petunjuk.
Menurut al-Jauhariy dalam kamus beliau al-Sihhah (al-Jauhariy t.t: 4/510), perkataan
al-Dilalah itu berasal daripada: . Beliau menyatakan makna al-Dilalah
dari sudut bahasa bermaksud perkara yang dinisbahkan kepada sesuatu ( ) atau yang
menunjukkan sesuatu ( ).
Di dalam Taj al-
c
Urus karangan al-Sayyid Muhammad Murtada al-Husainiy al-
Zabidiy di bawah bab (1993:28/497), beliau menyebutkan beberapa pendapat berkaitan
lafaz bacaan dengan mengatakan Ibn Sayyidah membacanya hanya dengan Dilalah,
manakala al- Saghaniyy menyebutkan ia boleh dibaca dengan Dilalah dan Dalalah dan
mengatakan Dalalah lebih utama.

DEFINISI AL-DI LALAH DARI SUDUT ISTILAH
Adapun dari sudut istilahnya, al-Dilalah itu ialah keadaan lafaz ketika ia dilafazkan dengan
makna yang diingini berdasarkan maklumat yang diyakini (al-Zabidiy 1993:28/497) atau
ketika ia digunakan dapat dibayangkan daripadanya makna yang ingin dikehendaki (al-
Jurjaniy t.t) atau makna lafaz yang dipersetujui oleh ulama dan cendekiawan dalam sesuatu
bidang keilmuan dari pelbagai cabang ilmu, atau pakar dari suatu bidang pekerjaan (Emel
Yacakub t.t: 674).
Contoh lafaz al-Dakhil, ulama bahasa Arab mentakrifkan ia dengan maksud suatu
lafaz bukan daripada bahasa Arab yang dibawa masuk ke dalam bahasa Arab, manakala
ulama
c
Arudh mentakrifkan lafaz yang sama dengan maksud huruf sahih di antara al-Rawiy
dan al-Alif sebelum al-Rawiy (Emel Yacakub t.t: 674).
Kesimpulannya, al-Dilalah itu adalah suatu maksud yang diingini bagi suatu lafaz
ketika ia digunakan, dan ini bergantung kepada keadaan dan petunjuk yang menyokong
makna tersebut.
ILMU SARF DAN AL-DI LALAH AL-SARFIYYAH
Ilmu Sarf adalah ilmu yang berlegar perbahasannya sekitar kaedah pembinaan kalimah,
beserta penerangan tentang keadaan dan bentuk binaan kalimah tersebut (al-Rajihi t.t:7), dan
secara tidak langsung diterangkan kaedah dan fungsi binaan tersebut. Ilmu Sarf itu umumnya
perbahasan mengenai kalimah atau sebahagian daripadanya dan ia membantu kepada
pembinaan ayat, ia adalah perbahasan ilmu bahasa Arab kedua selepas ilmu al-Aswat
sebelum ilmu Nahu (al-Rajihi t.t:7-8).
Beberapa istilah yang wajib diketahui di dalam ilmu Sarf antaranya al-Sighah, al-
Abniyyah, dan al-Mabaniy. Istilah-istilah ini teras dan mempunyai perbahasan khusus dalam
perbahasan ilmu Sarf. Kesemuanya mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan al-
Dilalah (al-Jundi, 2007: 51).
Dr. Abdul Hamid Hendawi dalam buku beliau al-
c
Ijaz al-Sarfiy Fi al-Quran al-Karim
dengan menyatakan al-Sighah itu salah satu daripada ciri-ciri kalimah. Ia adalah suatu bentuk
susunan kalimah yang terdiri daripada huruf-huruf di atas suatu bentuk khusus yang
terkandung makna yang khusus. al-Bina dan al-Sighah mempunyai makna yang sama
(2001/1422H:17). Kedua-dua istilah ini bermaksud binaan atau bentuk bagi suatu kalimah.
Dirujuk kepada Ibn Jinni, beliau telah menulis dalam satu bab yang jelas pada
menghubungkan al-Dilalah dan al-Sighah iaitu bab Bab Fi al-Dilalah al-Lafziyyah, wa al-
3

Sina
c
iyyah wa al-M
c
anawiyyah. Di sini, Ibn Jinni jelas menyatakan bahawa al-Sighah atau
al-Bina itu mempunyai Dilalahnya yang tersendiri.
Beliau menjelaskan perkara ini melalui wazan Ism Fa
c
il Qama iaitu Qaim (),
Dilalah lafaznya (al-Dilalah al-M
c
ujamiyyah) menunjuk kepada peristiwa () manakala
al-Dilalah Sighahnya (al-Dilalah al-Sarfiyyah) menunjukkan kepada pelaku kepada
perbuatan (orang yang berdiri) (Ibn Jinni 2001: 328).
Dr. Faiz membuat rumusan ringkas tentang al-Dilalah al-Sarfiyyah, dengan
menyatakan Sarf itu membawa sesuatu perkataan akar yang dimaksudkan adalah al-Dilalah
asasnya lalu meletakkannya di bawah satu tugasan tertentu, sebagaimana yang jelas
terdapat di dalam mu
c
jam terkumpul di bawah suatu perkataan akar itu, cabang-cabang
yang pelbagai peranan dan tugasannya (al-Dayah 1985:21).
Jika didirikan sepatah perkataan di atas al-Sighah Ism Fa
c
il, maka daripadanya
terdapat al-Dilalah al-M
c
ujamiyyah dan juga al-Dilalah lain itu al-Dilalah al-Sarfiyyah iaitu
pemilik/pelaku kepada perbuatan. Jika dipecahkan satu kalimah mengikut Ishtiqaq Sarf,
maka di sana lahir pelbagai kalimah yang mempunyai al-Dilalah yang berbeza di antara satu
sama lain, walaupun al-Dilalah al-M
c
ujamiyyahnya menunjukkan makna yang sama, tapi
pada sudut al-Dilalah al-Sarfiyyahnya ia berbeza.

KEDUDUKAN AL-DI LALAH AL-SARFIYYAH DI DALAM PERBAHASAN AL-DI LALAH
Perkembangan zaman, melahirkan kajian yang lebih mendalam terhadap jenis-jenis al-
Dilalah. Hasil daripada itu, pengkaji bahasa Arab, Dr. Faiz al-Dayah membuat kesimpulan di
atas analisis yang beliau lakukan, bahawa al-Dilalah itu terbahagi kepada empat jenis (Faiz
al-Dayah 1985:20), iaitu :
al-Dilalah al-Asasiyyah ataupun al-Mu
c
jamiyyah
al-Dilalah al-Sarfiyyah
al-Dilalah al-Nahwiyyah
al-Dilalah al-Siyaqiyyah al-Mauqi
c
iyyah
al-Dilalah al-Asasiyyah adalah makna asas dan merupakan gabungan elemen asas
kalimah iaitu huruf, yang kemudiannya dibentuk mengikut syarat Isytiqaq dan wazan
sarfnya, dan kadang-kadang digunakan dengan makna sebenar (al-Dilalah al-Haqiqiyah) dan
ada ketikanya dengan makna kiasan (al-Dilalah al-Majaziyah). Pada sebahagian
lafaz/kalimah dalam sebahagian mu
c
jam, turut tersusun di bawah makna asas ini : makna sarf
(al-Dilalah al-Sarfiyyah), makna nahu (al-Dilalah al-Nahwiyyah) dan makna konteks (al-
Dilalah al-Siyaqiah al-Mauqi
c
iyyah) (Faiz al-Dayah 1985: 20-21).
Dr Yahya Mahmud al-Jundiy (2007: 32) juga berpendapat, kebiasaannya al-Dilalah itu
terbahagi kepada empat jenis iaitu :-
Al-Dilalah al-Mu
c
jamiyyah
Al-Dilalah al-Sarfiyyah
Al-Dilalah al-Nahwiyyah
Al-Dilalah al-Sautiyyah

PERANAN SIGHAH HUBUNGANNYA DENGAN MAKNA
Ilmu Sarf, suatu ilmu yang membahaskan kaedah pembinaan kalimah, wazan atau sighah
binaan kalimah tersebut serta peranan kalimah yang dibina di atas wazan atau sighah tertentu
itu di dalam pembinaan ayat, dan ia adalah perbahasan ilmu bahasa Arab kedua selepas ilmu
al-Aswat sebelum ilmu Nahu (al-Rajihi t.t:7-8).
Apabila diteliti daripada bab perbahasan sarf, maka didapati makna asas atau al-
Dilalah al-Asasiyyah itu akan diperkembangkan maknanya menurut wazan atau sighah
4

kalimah. Kalimah apabila dimasukkan ke dalam wazan Ism Fa
c
il lalu membentuk
maka akan berkembang makna bersyukur kepada orang yang bersyukur.
Apabila ditukarkan wazan Fi
c
l Madhi kepada Mudhar
c
i maka berubah
daripada telah bersyukur kepada sedang bersyukur atau akan bersyukur dan begitulah
selanjutnya. Maka benar sebagaimana kaedah mengatakan, .

PERANANNYA DALAM P&P KEMAHIRAN BAHASA ARAB
Tercatat daripada analisis kajian yang dilakukan, di antara kelemahan pelajar di dalam
memahami wazan atau pola perkataan khususnya dan ilmu Sarf umumnya adalah disebabkan
pelajar belum lagi menguasai penggunaan dan fungsi pola-pola tersebut (Che Radiah Mezah,
2006). Tanpa menguasainya, maka mereka akan mengalami kekaburan dalam memahami
makna dan perbahasannya (Mohd Rosdi Ismail; Mat Taib Pa, 2006). Dengan kata lain,
apabila mereka boleh memahami dan menguasainya, ia menjadi asas binaan yang baik untuk
mereka menguasai peringkat tatabahasa, selain mempertingkatkan daya tumpuan dan minat
mereka (Mohd Zaini, 2012).
Daripada pernyataan di atas boleh dibuat kesimpulan, jelas atau kabur dalam
memahami makna kalimah atau ayat tidak terlepas daripada turut melihat penggunaan wazan
Sarf terlebih dahulu. Walaupun terdapat Dilalah Asasiyyah atau Mujamiyyah bagi kalimah
tersebut tetapi tidak memadai untuk menyimpulkan bahawa ia adalah makna kalimah tersebut
semata-mata terutamanya apabila memahaminya daripada konteks ayat. Dengan kaedah
apabila berubah binaan kalimah, maka berlaku perubahan pada maknanya (makna
cabangnya) maka ia perlu diteliti terlebih dahulu daripada sudut al-Dilalah as-Sarfiyyah
adakah terdapat unsur tambah kepada makna kalimah itu.
Makna itu merupakan tonggak kepada struktur Nahu Arab (Mohd Rosdi Ismail; Mat
Taib Pa, 2006) dan perlu diberi perhatian (Che Radiah Mezah, 2006) dalam P&P Bahasa
Arab. Dalam pembelajaran Bahasa Arab, memahami makna itu penting, tambahan dari itu
pembelajaran Bahasa Arab memfokuskan makna. Namun untuk menyampaikan makna atau
menunjukkan kepada makna, ia tidak sama dengan membuat terjemahan bagi kalimah atau
struktur ayat walaupun pada asasnya nampak serupa.
Dengan menerapkan konsep al-Dilalah dalam P&P, pengajar atau guru dapat
membina kreativiti dalam penyampaiannya, pelajar pula dapat membina dan bermain dengan
imaginasi dalam memahami kalimah. Sebagai contoh, . Guru yang faham akan al-
Dilalah al-Asasiyyah akan menggunakan isyarat memukul tanpa perlu meluahkan maknanya.
Murid yang melihat akan membina al-Dilalah tersebut di dalam mindanya. Ketika
menyampaikan maka guru akan mengulanginya banyak kali atau memanggil ramai
pelajar menggayakannya atau apa sahaja kreativiti bagi menyatakan al-Dilalah al-
Sarfiyyahnya iaitu .
Al-Dilalah itu merupakan hubungan di antara makna dan kalimah yang mana ia itulah
yang perlu disampaikan dalam P&P terlebih dahulu sebelum diungkapkan makna terjemahan
atau laras bahasa yang sesuai daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu. Tujuannya,
supaya terbina tasawwur di dalam minda pelajar tentang hubungan lafaz/kalimah dengan
makna.
Pengetahuan dan kreativiti guru bahasa sangat penting dalam menyampaikan al-
Dilalah al-Sarfiyyah kepada para pelajar. Jika guru tidak mempunyai pendekatan dan
penguasaan yang baik dalam hal ini, maka objektif P&P tidak akan tercapai (Samat Buang,
1995). Ini kerana, ia bukan menyampaikan terjemahan tetapi menyampaikan petunjuk kepada
makna kalimah. Dengan proses P&P yang kreatif dan penguasaan yang jitu, bukan sahaja
pelajar mampu tertarik bahkan boleh mengingatinya. Lebih daripada itu, P&P berteraskan al-
5

Dilalah ini bukan semata-mata hanya berpaksikan guru, tetapi juga boleh diaplikasikan
kepada berpaksikan murid.
KESIMPULAN
Hasil daripada kajian di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa di antara kelemahan pelajar
dalam mempelajari Bahasa Arab khususnya dan bahasa lain khususnya adalah kerana
ketidakupayaan dalam memahami unsur tambah daripada wazan atau sighah Sarfiyyah. Maka
untuk menanganinya adalah dengan mendalami perkara tersebut. Namun untuk menyediakan
pembelajaran yang efektif terutamanya untuk para pelajar bukanlah dengan secara langsung
didedahkan kepada terjemahan kerana ia hanya menerangkan sebahagian unsur sahaja iaitu
makna asasi. Apa yang perlu diusahakan adalah dengan diaplikasikan konsep al-Dilalah di
dalam pembelajaran tersebut sama ada melalui huraian atau isyarat yang berpaksikan guru
atau boleh diaplikasikan suatu kaedah pembelajaran yang berpaksikan pelajar dengan
berkonsepkan penerangan al-Dilalah. Sekali lagi diulangi di sini, pembelajaran berkonsepkan
al-Dilalah bukanlah sama seperti terjemahan bahkan ia merupakan penerangan yang
membuka minda dan membina tasawwur mengenai suatu perkataan, ayat, uslub, situasi dan
sebagainya. Ia merupakan petunjuk kepada makna kalimah. Dan kajian ini mencadangkan
agar terjemahan dalam pembelajaran tetap juga digunakan namun tidak semata-mata
terjemahan bahkan perlu didahului dengan konsep al-Dilalah ini. Dengan keduanya dalam
pembelajaran, dapat memberi kekuatan pada sudut kefahaman dan hafalan pelajar.
RUJUKAN
Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin. (2009). Pengantar Ilmu Mantik. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abdul Ghani Hassan. (1999). Kesilapan Membina Ayat Asas Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah. Disertasi Sarjana Bahasa Moden, Universiti Malaya.
al-Hendawi, Dr Abdul Hamid. (2001). al-'Ijaz al-Sarfiy Fi al-Quran al-Karim. Beirut: al-
Maktabat al-'Asriyyah.
al-Jundi, Dr. Yahya Mahmud. (2007). al-Asalah Fi 'Ilm al-Dilalah. Dar al-Kutub al-
Misriyyah.
al-Muslim Mustapa, Zamri Arifin. (2012). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab : Satu
Tinjauan Literatur di Negeri Sembilan. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (hlm. 278-285). Bangi: Unit Bahasa Arab, Fakulti
Pengajian Islam, UKM.
Che Radiah Mezah. (2006). Kesilapan Leksikal Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Ibn Jinni, Abu al-Fath Uthman. (2001). al-Khasais. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Mohd Rosdi Ismail; Mat Taib Pa. (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaysia.
Mohd Zaini. (2012). Penekanan Ilmu Morfologi Dalam Buku Teks Bahasa Arab Kurikulum
Baru Sekolah Menengah. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Arab (hlm. 190-205). Bandar Baru Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Hosnee Zainal Abidin. (2013). Ketepatan Padanan Terjemahan Al-Dilalah Al-
Mujamiyyah, Al-Dilalah Al-Sarfiyyah Dan Al-Dilalah Al-Nahwiyyah Dalam
Terjemahan Hadith Dalam Syamail Muhammadiyah. Bangi: UKM Tesis Sarjana
Pengajian Islam.
Samat Buang. (1995). Teknik Sumbang Saran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Pelita
Bahasa, hlm. 23-25.
Tammam Hasan. (2001). Al-Lughatul 'Arabiyah, Ma'naha, Wa Mabnaha. Maghribi: Dar ath-
Thaqafah.

You might also like