Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

AMALI 1 :AWAN DAN CUACA

Pengenalan :
Awan terbentuk apabila wap air di udara menjadi pekat disebabkan oleh penyejukkan adiabatik.Awan dikelaskan
mengikut bentuk asasnya, ciri-ciri luaran dan ketinggian pembentukkan awan. Terdapat tiga pengelasan awan yang
utama mengikut altitudnya iaitu :

Tinggi (daripada 5 sehingga 13 kilometer di atas angkasa)
Cirrus
Cirrocumulus
Cirrostratus

Tengah (2 sehingga 7 kilometer)
Altocumulus
Altostratus
Nimbostratus

Rendah (0 sehingga 2 kilometer)
Stratocumulus
Stratus
Cumulus
Cumulonimbus


Tajuk : Awan dan cuaca
Tujuan : Melakukan pemerhatian terhadap awan, cuaca, suhu dan suhu kelembapan
Hipotesis : Bagaimanakah bentuk awan mempengaruhi cuaca setiap hari?

Radas/Bahan : Kamera, jangka suhu (handphone)
Prosedur :
1. Pelbagai maklumat mengenai awan dikumpul daripada pelbagai sumber seperti buku, internet, majalah
dan sebagainya.
2. Lokasi yang sesuai dipilih dan jenis awan yang wujud pada lokasi tersebut diperhatikan untuk jangka
masa dua minggu. Pemerhatian ke atas awan selama dua minggu dilakukan setiap hari selama 2
minggu iaitu pada pukul 5.00 petang.
3. Pemerhatian direkod dalam jadual termasuklah perubahan cuaca yang berlaku (termasuk sama ada
pada hari tersebut berlaku hujan atau tidak).
4. Data dianalisis dan diinterpretasikan.
5. Laporan ditulis termasuklah gambar-gambar, jadual, carta dan rujukan untuk menyokong perbincangan.
6. Dapatan dibentang dihadapan kelas dengan menggunakan persembahan multimedia Powerpoint.
7. Apakah implikasi daripada dapatan yang anda perolehi terhadap kehidupan seharian? Jelaskan.

Langkah berjaga-jaga :
1. Terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu diambil iaitu pastikan jam yang diambil untuk
mengambil gambar awan adalah malar. Sebagai contoh, setiap jam 5.00 petang.
2. Selain itu, pastikan juga gambar awan yang diambil adalah jelas dan mudah untuk ditafsir. Gunakan
kamera yang dapat memberi fokus yang lebih jelas terhadap gambar awan yang akan diambil.

LAPORAN PEMERHATIAN
Masa : 5.00 petang
Tempoh masa pemerhatian : 2 minggu
Lokasi : Taman Bersatu, jitra, Kedah Darul Aman
Apa yang diperhatikan : 1. Jenis awan
2. Cuaca
3. Suhu
4. Suhu Kelembapan
Cara data dikumpulkan : 1. Melakukan pemerhatian terhadap awan, cuaca, suhu dan suhu kelembapan
2. Gambar awan diambil menggunakan kamera digital ketika pemerhatian dibuat.
3. Suhu dicatat dengan merujuk kepada termometer dan juga perisian Accuweather.







HASIL PEMERHATIAN
Hari/ Tarikh Gambar Awan
Pemerhatian terhadap ciri-
ciri awan
Cuaca
Suhu/
Kelembapan
Jenis Awan


1
21/08/2013







Awan tipis yang
kelihatan seperti kapas.
Bertompok-tompok
Panas dan
berangin
31C / 24C Sirus
( peringkat
tinggi )


2
22/08/2013







Awan tipis yang
kelihatan seperti kapas.
Tompok-tompok yang
berselerakan
Panas dan
berangin
31.5C /
25.0C
Sirus
( peringkat
tinggi )


3
23/08/2013









Tampak seperti kelambu
Putih
halus,luas,menutupi
langit sehingga tampak
cerah.

Redup dan
berangin



29.0C /
24.0C



Stratus
( peringkat
rendah )

4
24/08/2013

Awan ini halus, struktur
berserat, sering tersusun
sebagai pita yang
tersusun. Tidak
menimbulkan hujan.





Panas 33.0C /
23.0C
Sirus
( peringkat
rendah )


5
25/08/2013







Awan bertompok dan
membentuk gulungan
besar seperti
gelombang, halus
berwarna putih keabuan
dengan tepian terang.
Redup 31.0C /
24.0C
Kumulus
(peringkat
rendah )


6
26/08/2013







Awan tipis yang
kelihatan seperti kapas.
Bertompok-tompok




Panas dan
berangin
32.0C /
25.0C
Sirus
(peringkat
tinggi )


7
27/08/2013








Awan ini menyerupai
lembaran atau lapisan
atau jalur-jalur berwarna
keabu-abuan dan
berserabut serta mampu
menutupi langit.

Redup

28.5C /
24.0C

Altostratus
(peringkat
Pertengaha
n)


8
28/08/2013








Awan ini kecil-kecil
tetapi banyak biasanya
berbentuk seperti bola
yang tebal atau
bergulung melingkar dan
berwarna putih atau abu.

Panas dan
berangin

29.5C /
24.0C

Altokumulus
(peringkat
tinggi )


9
29/08/2013








Awan tinggi, kelihatan
seperti rerambut nipis
dan cuaca pada hari itu
adalah cerah.

Panas dan
berangin

32.5C /
24.0C

Sirus
( peringkat
tinggi )








10
30/08/2013








Awan berkepul tetapi
nipis.


Panas dan
berangin

31.0C /
24.0C

Sirus
( peringkat
tinggi)


11
31/08/2013








Awan gumpalan yang
besar
Berwarna kekelabuan

Redup dan
berangin

30.0C /
24.0C

Sirus
( peringkat
tinggi )


12
01/09/2013














Awan meliputi seluruh
langit berwarna putih
atau abu-abu.

Panas dan
berangin

30.0C /
24.0C

Altokumulus
(peringkat
pertengahan









13
02/09/2013








Awan yang berbentuk
gumpulan kecil-kecil .

Panas

32.0C /
24.0C

Sirus
(peringkat
tinggi )


14
03/09/2013








Tampak seperti kelambu
putih halus, luas
menutupi langit
sehingga tampak cerah.

Panas dan
berangin

32.0C /
24.0C

Sirus
(peringkat
tinggi )
PERBINCANGAN
Amali mengenai awan dan cuaca ini mengkehendaki saya membuat pemerhatian terhadap keadaan awan di
tempat dan pada masa yang sama dalam tempoh selama dua minggu bermula dari 21 Julai 2013 hingga 03 Ogos 2013.
Saya telah memilih kawasan perumahan di tempat tinggal saya iaitu di Taman Kempas, Changlun, Kedah sebagai lokasi
tetap untuk pemerhatian amali awan dan cuaca ini. Masa pemerhatian yang ditetapkan ialah pada jam 5.00 petang Dalam
tempoh ini, masa diperuntukan untuk membuat pemerhatian dan mengambil gambar awan dengan menggunakan kamera
digital. Suhu juga direkodkan dengan menggunakan termometer bilik.
Berdasarkan pemerhatian yang dalam tempoh masa dua minggu, saya mendapati hanya lima jenis awan yang
diperhatikan sepanjang tempoh pemerhatian. Kekerapan jenis awan yang terbentuk saya tafsirkan dalam bentuk jadual
dan carta pai dibawah.
Jadual keseluruhan kekerapan jenis awan yang terbentuk
Bil Jenis awan Peringkat awan
Kekerapan awan sepanjang
pemerhatian
Jumlah
1 Sirus Sederhana 0
9 2 Sirus Tinggi 8
3 Sirus Rendah 1
4 Stratus Rendah 1 1
5 Kumulus Rendah 1 1
6 Altostratus Pertengahan 1 1
7 Altokumulus Pertengahan 1
2 8 Altokumulus Tinggi 1

Sirus
65%
Stratus
7%
Kumulus
7%
Altostratus
7%
Altoskumulus
14%
Carta pai kekerapan jenis awan yang terbentuk
Carta pai keseluruhan jenis awan yang terbentuk







Jadual keseluruhan purata suhu berdasarkan jenis awan
Jenis awan Taburan suhu Purata suhu
Sirus 31C, 31.5C, 33C, 32C, 32.5C, 31C,
30C, 32C, 32C
31C, 31.5C, 33C, 32C, 32.5C, 31C,
30C, 32C, 32C
9
= 31.6C
Altokumulus 29.5C, 30C 29.5C, 30C
2
=29.8C
Stratus 29C 29C
Altostratus 28.5C 28.5C
Kumulus 31.0C 31.0C
Berdasarkan jadual dan carta pai di atas, terdapat lima jenis awan yang terbentuk ketika pemerhatian dilakukan
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lima jenis awan tersebut ialah awan sirus, awan altoskumulus, awan altostratus,
awan cumulus dan awan stratus.Awan sirus mempunyai kekerapan yang banyak ketika pemerhatian iaitu sebanyak 9 kali
dan mewakli 65 peratus.Awan altocumulus sebanyak 2 kali dan mewakili 14 peratus.Lain-lain awan seperti awan
altostratus, awan cumulus dan awan stratus hanya 1 kali dan mewakili 7 peratus tiap-tiap satu.
Awan Sirus mempunyai kekerapan yang paling tinggi dan cuacanya adalah panas dan berangin. Purata suhu
yang dicatat semasa pemerhatian awan Sirus kelihatan ialah 31.6C. Awan Sirus merupakan awan yang kelihatan
terbentuk seperti kapas dan sangat nipis. Keadaan ini disebabkan oleh kehadiran kuantiti wap air yang sedikit. Awan
Sirus mempunyai altitud yang tinggi.
Awan yang mempunyai kekerapan kedua tertinggi ialah awan Altokumulus.Purata suhu yang dicatat semasa
permerhatian awan ini ialah 29.8C. Cuaca pada hari pemerhatian awan altocumulus adalah panas dan berangin..Awan
Altokumulus adalah awan peringkat pertengahan yang terdiri daripada titisan air yang biasanya berwarna kelabu,
berkepul-kepul dan bergulung-gulung.
Jenis awan yang ketiga ialah awan Stratus.Awan ini merupakan awan peringkat rendah.Kekerapan awan ini dalam
tempoh pemerhatian adalah hanya sekali sahaja dengan purata suhu 29C.
Awan seterusnya ialah awan Altostratus.Awan ini kelihatan luas .Awan ini berwarna keabu-abuan.Bahagian yang
menghadap sinar matahari tampak lebih terang dan mengandungi hujan.
Jenis awan yang terakhir ialah awan Kumulus.Awan ini mempunyai kekerapan sekali sahaja semasa dalam
tempoh pemerhatian.Suhu yang dicatat ialah 31.0C. Cuaca pada hari berkenaan panas dan berangin.Awan Kumulus
kelihatan seperti kumpulan awan putih yang berkepul-kepul yang menyerupai dengan kapas.Keadaan awan ini
mempunyai dasar yang rata dan permukaan atasnya yang beralun-alun.Awan ini juga membentuk kelompok-kelompok
bulat.Kehadiran awan ini menunjukan cuaca yang elok.
Jadual suhu sepanjang pemerhatian
Tarikh/ Hari Suhu (C )
21/08/2013 31C
22/08/2013 31.5C
23/08/2013 29C
24/08/2013 33C
25/08/2013 31C
26/08/2013 32C
27/08/2013 28.5C
28/08/2013 29C
29/08/2013 32.5C
30/08/2013 31C
31/08/2013 30C
01/09/2013 30C
02/09/2013 32C
03/09/2013 32C

26
27
28
29
30
31
32
33
34
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Hari
Suhu ( )
Suhu melawan hari

Carta suhu sepanjang pemerhatian
















IMPLIKASI HASIL KAJIAN TERHADAP KEHIDUPAN SEHARIAN
Awan terbentuk apabila wap air di udara bertukar menjadi titisan air. Proses perubahan keadaaan jirim air dikenali
sebagai proses kondensasi. Pembentukan awan akan memberi maklumat mengenai cuaca yang akan dialami pada hari
berkenaan.
Pembentukan, evolusi dan pergerakan awan ditentukan dengan adanya interaksi antara awan dengan pergerakan
dan radiasi atmosfera yang mana ianya berlaku secara mikrofizikal.Penggabungan ini boleh diangap sebagai dinamik
awan.Apabila udara bergerak, wujud daya geseran yang dikenakan diatasnya. Oleh sebab itu, walau sekecil mana awan
tersebut ia mampu bergerak dengan bantuan angin. Awan terbentuk daripada pergerakan udara, evolusi sebenar awan
sangat kompleks dan ini boleh melibatkan gelombang dan pergerakan jisim. Perbezaan sifat dan tindakbalas dinamik
awan dalam keadaan meteorological yang berbeza akan menghasilkan jenis awan yang berbeza.
Awan memanaskan dan mengeringkan atmosfera bumi serta membekalkan air ke permukaan bumi dengan
adanya proses kejadian hujan. Kejadian hujan ini berkait rapat dengan proses kitaran air. Dalam peringkat kitaran air,
awan memainkan peranan yang penting sebagai menyediakan tempat bagi pembentukan hujan. Dalam proses ini,
penyejatan air yang berlaku di permukaan air menghasilkan wap air. Wap air naik ke atmosfera seterusnya terkondensasi
dan akan berkumpul menjadi awan. Wap air tersebut akan bertambah jisim dan ketumpatannya dan menjadi titisan air
seterusnya, titisan air tersebut kemudiannya turun sebagai hujan. Awan juga terbentuk daripada pergerakan atmosfera
yang disebabkan oleh pemanasan dan penyejukan radiasi dan pemendekan. Berdasarkan Hukum Keabadian Tenaga,
bumi menyerap tenaga daripada matahari, ia akan mengimbangi tenaga yang dirasai oleh bumi ke angkasa lepas. Awan
memantulkan sinaran yang sampai ke bumi dan pada masa yang sama ia menghalang radiasi haba daripada permukaan
bumi. Keadaan ini memberi impak terhadap keseimbangan global.

Awan juga memberi kesan kepada iklim dan pada masa yang sama, iklim juga memberi impak kepada awan.
Hubungan ini mewujudkan satu sistem tindakbalas iklim yang rumit, di mana awan mengubah radiasi dan keseimbangan
air bumi.Kehadiran awan boleh menyejukkan permukaan bumi dengan memantulkan cahaya matahari yang masuk ke
permukaan bumi. Dengan ini, sinaran matahari yang mengenai permukaan bumi akan berkurangan dan ini dapat
menurunkan suhu persekitaran.
Kesimpulannya awan dapat memanaskan dan menyejukkan atmosfera bumi dengan menyerap haba yang
dibebaskan daripada permukaan dan memantulkan semula ke atmosfera. Perubahan awan dan iklim, masing-masing
mempengaruhi satu sama lain dan memberi kesan kepada kehidupan seharian kita.

You might also like