Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

http://mhdazlan.wordpress.

com

Modul Pembelajaran Kendiri Huraian Teknik Menjawab Tajuk Kelab dan Persatuan.
Soalan Percubaan SPM 2011 Negeri Johor (Hakcipta soalan JPN Johor).

3. Butir-butir berikut adalah berhubung dengan Kelab Rekreasi Banang, Batu Pahat:

(a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:

1 Januari 2010
RM
31 Disember 2010
RM
Alatan Sukan
Stok minuman
Pemiutang minuman
Penghutang minuman
Yuran tertunggak
Yuran terdahulu
Akhbar dan majalah terakru
Stok Alat tulis
1300
225
170
110
140
80
50
-
?
170
130
170
60
120
-
30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
RM RM
Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670
Derma 12 000 Air dan elektrik 790
Penghutang minuman 980 Alatan Sukan 1 000
Jualan minuman 1 100 Insurans 250
Akhbar dan majalah 130
Alat tulis 90
Baki h/b 15 600
20 310 20 310

(c) Maklumat Tambahan:
i. Semua alatan sukan disusutnilai pada kadar 10% setahun atas kos.
ii. Derma yang diterima adalah untuk membina gelanggang tenis.
iii. Yuran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan hasil

Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Penyata Dana Terkumpul pada 1 Januari 2010.
(b) Akaun Yuran.
(c) Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang
(d) Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 31 Disemberi 2010
(e) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.
(f) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010.
(g) Apakah perbezaan antara belanja hasil dan belanja modal?

http://mhdazlan.wordpress.com

Jawapan:
(a) Penyata Dana Terkumpul pada 1 Januari 2010.

Untuk kelab dan persatuan, ekuiti pemilik dikenali sebagai dana terkumpul. Jadi untuk soalan (a),
sebenarnya pelajar perlu mengira ekuiti pemilik (dana terkumpul) pada awal tempoh perakaunan iaitu
pada 1 Januari 2010. Rumus untuk mengira Ekuiti Pemilik ialah:
Ekuiti Pemilik = Aset Liabiliti
Pelajar perlu mengenalpasti maklumat yang diperlukan untuk mengira dana terkumpul awal.
Maklumat tersebut ialah item aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010. Rujuk kepada petikan soalan,
bahagian yang perlu telah diwarnakan kuning seperti di bawah. Pelajar perlu mahir mengkelaskan
item-item aset dan liabiliti dengan tepat.
Petikan soalan:
(a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:

1 Januari 2010
RM
31 Disember 2010
RM
Alatan Sukan - aset
Stok minuman -aset
Pemiutang minuman - liabiliti
Penghutang minuman - aset
Yuran tertunggak - aset
Yuran terdahulu - liabiliti
Akhbar dan majalah terakru - liabiliti
Stok Alat tulis
1300
225
170
110
140
80
50
-
?
170
130
170
60
120
-
30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
RM RM
Baki b/b aset (baki awal bank) 560 Pemiutang minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660


Pelajar perlu menyusun jawapan seperti di bawah, iaitu menyusun item-item aset terlebih dahulu
untuk ditolak dengan item-item liabiliti pada 1 Januari 2010 (rujuk rumus di atas).
Nota: Walaupun soalan mungkin tidak meminta jawapan Dana Terkumpul Awal, pelajar tetap perlu
mengira Dana Terkumpul Awal untuk dimasukkan ke dalam Kunci Kira-kira.


http://mhdazlan.wordpress.com

Penyata Dana Terkumpul pada 1 Januari 2010 RM RM
Aset
Alatan Sukan
Stok Minuman
Penghutang Minuman
Yuran Tertunggak
Bank

1300
225
110
140
560

2 335
Tolak : Liabiliti
Pemiutang Minuman
Yuran Terdahulu
Akhbar dan majalah terakru

170
80
50

300
Dana Terkumpul pada 1 Januari 2010 2 035

(b) Akaun Yuran.

Penyediaan Akaun Yuran adalah kemahiran yang mesti dikuasai oleh pelajar. Tujuan penyediaan
Akaun Yuran adalah untuk mengira yuran sebenar yang akan dipindahkan ke Penyata
Pendapatan dan Perbelanjaan. Akaun Yuran adalah akaun yang merekod yuran ahli. Butiran yang
terkandung dalam Akaun Yuran ialah baki-baki yuran tertunggak dan yuran terdahulu, yuran diterima
tahun semasa dan yuran lapuk. Yuran sebenar (butiran Pendapatan dan Perbelanjaan) adalah angka
pengimbang seperti format Akaun Yuran di bawah:
Format Akaun Yuran:

Akaun Yuran
Yuran tertunggak awal

Yuran sebenar ke P&P
(*angka pengimbang)


Yuran terdahulu akhir
Baki b/b

Pend & Perb



Baki h/b
xx

xx*



xx
Baki b/b

Bank

Yuran Lapuk

Baki h/b
xx

xx

xx

xx
Yuran terdahulu awal

Yuran diterima (dari
Penerimaan & Pembayaran)


Yuran tertunggak akhir
xxx xxx

Memahami butiran Akaun Yuran.
1. Yuran tertunggak adalah aset. Jadi baki yuran tertunggak awal (Baki b/b) dimasukkan ke Akaun
Yuran disebelah debit (rujuk persamaan perakaunan yang disertakan). Cara mudah untuk
memasukkan baki yuran tertunggak akhir (Baki h/b) ialah dengan menyilangkan ke sebelah
kredit (lihat anak panah oren).
2. Yuran terdahulu adalah liabiliti. Jadi baki yuran terdahulu awal (Baki b/b) dimasukkan ke Akaun
Yuran disebelah kredit (rujuk persamaan perakaunan yang disertakan). Cara mudah untuk
memasukkan baki yuran terdahulu akhir (Baki h/b) ialah dengan menyilangkan ke sebelah debit
(lihat anak panah hijau).
3. Butiran Bank adalah hasil. Jadi, ia dimasukkan ke sebelah kredit Akaun Yuran.
A + B = L + E + H
http://mhdazlan.wordpress.com

4. Butiran Yuran Lapuk adalah bergu daripada Akaun Yuran Lapuk (Dt. Yuran Lapuk, Kt. Yuran)
5. Butiran Pendapatan & Perbelanjaan adalah angka pengimbang. Angka ini diperolehi dengan
menjumlahkan butiran kredit dan ditolak dengan butiran debit dalam Akaun Yuran.
Jadi sekarang pelajar perlu mengenalpasti butiran yang diperlukan untuk menyediakan Akaun Yuran.
Rujuk petikan soalan di bawah, butiran itu telah diwarnakan hijau:
Petikan soalan:

(a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:

1 Januari 2010
RM
31 Disember 2010
RM
Alatan Sukan
Stok minuman
Pemiutang minuman
Penghutang minuman
Yuran tertunggak
Yuran terdahulu
Akhbar dan majalah terakru
Stok Alat tulis
1300
225
170
110
140
80
50
-
?
170
130
170
60
120
-
30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
RM RM
Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670
Derma 12 000 Air dan elektrik 790

Jawapan Akaun Yuran adalah seperti berikut:
Akaun Yuran
Rujuk baki Yuran
tertunggak 1 Jan 2010

Yuran sebenar ke P&P
(*angka pengimbang
RM80+RM5440+RM60-
RM140-RM120)

Rujuk baki Yuran
terdahulu 31 Dis 2010
Baki b/b


Pendapatan &
Perbelanjaan*



Baki h/b
140


5320




120
Baki b/b


Bank




Baki h/b
80


5440




60
rujuk baki Yuran
terdahulu 1 Jan 2010

rujuk butiran Yuran ahli
dari Akaun Penerimaan &
Pembayaran.


rujuk baki Yuran
tertunggak 31 Dis 2010
5880 5580

*Amaun yuran RM5320 akan dipindahkan ke Akaun / Penyata Pendapatan & Perbelanjaan sebagai
butiran pendapatan, bukannya Yuran ahli RM5440.
http://mhdazlan.wordpress.com

(c) Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang

Akaun Kawalan Penghutang disediakan untuk mengira jualan kredit. Pelajar perlu memasukkan baki
awal dan baki akhir Akaun Kawalan Penghutang beserta butiran lain yang memberi kesan kepada
Penghutang. Berikut dihuraikan serba sedikit tentang penyediaan Akaun Kawalan Penghutang.
Format Akaun Kawalan Penghutang:

Akaun Kawalan Penghutang
Baki awal penghutang

Jualan kredit
(*angka pengimbang)



Baki b/b

Jualan*


Butiran lain yang
menambahkan
penghutang
xx

xx


xx
Butiran lain yang
mengurangkan
penghutang



Baki h/b
xx





xx






Baki akhir penghutang
xxx xxx

Setelah mendapatkan jualan kredit, pelajar perlu mengira jumlah jualan seperti di bawah:
Jumlah jualan = Jualan Kredit + Jualan Tunai (dari Akaun Penerimaan dan Pembayaran)

Akaun Kawalan Pemiutang disediakan untuk mengira belian kredit. Pelajar perlu memasukkan baki
awal dan baki akhir Akaun Kawalan Pemiutang beserta butiran lain yang memberi kesan kepada
Pemiutang. Berikut dihuraikan serba sedikit tentang penyediaan Akaun Kawalan Pemiutang.
Format Akaun Kawalan Pemiutang:

Akaun Kawalan Pemiutang






Baki akhir pemiutang
Butiran lain yang
mengurangkan
pemiutang



Baki h/b
xx





xx
Baki b/b

Belian*


Butiran lain yang
menambahkan
pemiutang
xx

xx



xx
Baki awal pemiutang

Belian kredit (*angka
pengimbang)
xxx xxx

Setelah mendapatkan belian kredit, pelajar perlu mengira jumlah belian seperti di bawah:
Jumlah belian = Belian Kredit + Belian Tunai (dari Akaun Penerimaan dan Pembayaran)

A + B = L + E + H
A + B = L + E + H
http://mhdazlan.wordpress.com

Untuk menyediakan Akaun kawalan, pelajar perlu mengetahui sumber maklumat yang diperlukan di
dalam soalan. Rujuk petikan soalan di bawah, butiran yang diperlukan telah diwarnakan.
Petikan soalan:
(a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:

1 Januari 2010
RM
31 Disember 2010
RM
Alatan Sukan
Stok minuman
Pemiutang minuman
Penghutang minuman
Yuran tertunggak
Yuran terdahulu
Akhbar dan majalah terakru
Stok Alat tulis
1300
225
170
110
140
80
50
-
?
170
130
170
60
120
-
30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
RM RM
Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670
Derma 12 000 Air dan elektrik 790
Penghutang minuman 980 Alatan Sukan 1 000
Jualan minuman 1 100 Insurans 250

*Butiran Akaun Kawalan Penghutang berwarna biru dan Akaun Kawalan Pemiutang berwarna ungu.
Akaun Kawalan Penghutang
Rujuk baki Penghutang
Minuman pada 1 Jan 2010

Jualan kredit
(*angka pengimbang
RM980+RM170-RM110)
Baki b/b


Jualan*
110


1040
Bank



Baki h/b
980



170
rujuk butiran Penghutang
minuman di dalam Akaun
Penerimaan dan Pembayaran

rujuk baki Penghutang
minuman pada 31 Dis 2010
1150 1150

Akaun Kawalan Pemiutang
Rujuk butiran Pemiutang
Minuman di dalam Akaun
Penerimaan dan Pembayaran

Rujuk baki Pemiutang
minuman pada 31 Dis 2010
Bank



Baki h/b
1120



130
Baki b/b


Belian*
170


1080
rujuk baki Pemiutang
minuman 1 Jan 2010

Belian kredit (*angka
pengimbang
RM1120+RM130-RM170)
1250 1250

http://mhdazlan.wordpress.com

(d) Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 31 Disember 2010

Bagi kelab yang menjalankan perniagaan, pelajar perlu menyediakan Akaun/Penyata Perdagangan
untuk mengira untung atau rugi perniagaan tersebut. Contoh-contoh biasa istilah perniagaan yang
disoal dalam tajuk Kelab & Persatuan antaranya ialah Perdagangan Minuman, Perdagangan Restoran
dan Perdagangan Kantin. Butiran yang perlu dimasukkan ke dalam Akaun Perdagangan ini hanyalah
yang berkaitan dengan perniagaan itu sahaja. Selain daripada jualan dan belian, cara untuk
mengenalpasti item lain Akaun Perdagangan ini ialah melalui penggunaan perkataan yang sama
dengan Akaun Perdagangan itu, contohnya jika Akaun Perdagangan Kantin, butiran yang berkenaan
mungkin Upah kantin dan Air dan elektrik kantin (perhatikan penggunaan perkataan kantin).
Sebelum itu, pelajar perlu mengenalpasti maklumat yang diperlukan untuk menyediakan Akaun
Perdagangan Minuman ini. Rujuk petikan soalan di bawah:
Petikan soalan:

(a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:

1 Januari 2010
RM
31 Disember 2010
RM
Alatan Sukan
Stok minuman
Pemiutang minuman
Penghutang minuman
Yuran tertunggak
Yuran terdahulu
Akhbar dan majalah terakru
Stok Alat tulis
1300
225
170
110
140
80
50
-
?
170
130
170
60
120
-
30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
RM RM
Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670
Derma 12 000 Air dan elektrik 790
Penghutang minuman 980 Alatan Sukan 1 000
Jualan minuman 1 100 Insurans 250
Akhbar dan majalah 130

Butiran yang diperlukan telah diwarnakan kuning.


http://mhdazlan.wordpress.com

Format Akaun/Penyata Perdagangan ini adalah sama dengan format yang telah dipelajari untuk
milikan tunggal. Jawapan untuk soalan ini sengaja ditunjukkan dalam format penyata.
Penyata Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir
31 Disember 2010
RM RM RM
Jualan 2140

Tolak: Kos Jualan
Stok awal minuman 225

Belian 1740
(+) Upah kedai minuman 670
2410
2635
(-) Stok akhir minuman (170)
Kos jualan 2465
Rugi Minuman 325


Cabang perniagaan kelab ini akan turut menyumbang kepada pendapatan keseluruhan kelab. Oleh itu,
keuntungan atau kerugian bersih daripada komponen perniagaan ini akan dicatat di dalam Akaun /
Penyata Pendapatan & Perbelanjaan Kelab.
Sekiranya Akaun / Penyata Perdagangan perniagaan mencatatkan keuntungan, untung ini akan
dipindahkan ke bahagian pendapatan di dalam Akaun Pendapatan & Perbelanjaan.
Sekiranya Akaun / Penyata Perdagangan perniagaan mencatatkan kerugian, rugi ini akan
dipindahkan ke bahagian perbelanjaan di dalam Akaun Pendapatan & Perbelanjaan.
Jadi untuk soalan ini, Rugi Minuman RM325 akan dicatatkan di bahagian perbelanjaan di dalam
Akaun / Penyata Pendapatan & Perbelanjaan kelab.

(e) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.

Terlebih dahulu, kita lihat format Penyata Pendapatan & Perbelanjaan:
Penyata Pendapatan & Perbelanjaan bagi tahun berakhir ...
Pendapatan
Senaraikan pendapatan hasil di sini, contohnya:
Yuran
Kutipan pertandingan


xx
xx

xx
Tolak: Perbelanjaan
Senaraikan perbelanjaan hasil di sini, contohnya:
Air dan elektrik
Akhbar dan majalah


xx
xx

(xx)
Lebihan / Kurangan xx

Jualan ini diperoleh dengan
menambahkan jualan kredit Akaun
Kawalan Penghutang RM1040 dan
jualan minuman tunai RM1100
Belian ini diperoleh dengan
menambahkan belian kredit Akaun
Kawalan Pemiutang RM1080 dan
belian minuman tunai RM660
Rugi minuman diperoleh kerana
Jualan adalah kurang daripada Kos
Jualan RM2140 RM2465 = RM325
http://mhdazlan.wordpress.com

Bagi menjawab pecahan soalan ini, pelajar perlu mahir membuat pelarasan. Terlebih dahulu, pelajar
perlu mengenalpasti item yang perlu dibuat pelarasan selain daripada pelarasan yang disebut di dalam
maklumat tambahan. Salah satu cara mengenalpasti item pelarasan ialah butiran itu disebut lebih
daripada sekali di dalam soalan. Tak faham? Rujuk petikan soalan di bawah:
Petikan soalan:
(a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:

1 Januari 2010
RM
31 Disember 2010
RM
Alatan Sukan
Stok minuman
Pemiutang minuman
Penghutang minuman
Yuran tertunggak
Yuran terdahulu
Akhbar dan majalah terakru
Stok Alat tulis
1300
225
170
110
140
80
50
-
?
170
130
170
60
120
-
30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
RM RM
Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670
Derma 12 000 Air dan elektrik 790
Penghutang minuman 980 Alatan Sukan 1 000
Jualan minuman 1 100 Insurans 250
Akhbar dan majalah 130
Alat tulis 90
Baki h/b 15 600
20 310 20 310

(c) Maklumat Tambahan:
i. Semua alatan sukan disusutnilai pada kadar 10% setahun atas kos.
ii. Derma yang diterima adalah untuk membina gelanggang tenis.
iii. Yuran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan hasil

Perhatikan butiran yang telah diwarnakan di atas mengikut pasangan warna yang sama. itulah yang
dimaksudkan butiran disebut lebih daripada sekali dalam soalan. Jadi butiran-butiran ini perlu dibuat
pelarasan oleh pelajar.


http://mhdazlan.wordpress.com

Huraian Pelarasan:
1. Susut nilai alatan sukan.
SN = 10% x (RM1300 + RM1000)
= RM230 (direkod sebagai perbelanjaan di dalam Penyata Pendapatan & Perbelanjaan)

Huraian: Baki awal alatan sukan pada 1 Januari 2010 RM1300 mesti ditambah dengan belian
alatan sukan RM1000 untuk mendapatkan kos alatan sukan sebelum didarabkan dengan kadar
susut nilai yang dinyatakan. Biasanya untuk tajuk Kelab dan Persatuan, tarikh belian aset bukan
semasa tidak begitu dititikberatkan dalam mengira susut nilai. Baki awal aset boleh sahaja terus
ditambah dengan kos belian aset baru dalam mengira susut nilai (dengan andaian tarikh belian
aset baru itu tidak dinyatakan).

Nilai alatan sukan pada 31 Disember 2010
= RM2300 RM230 = RM2070 (direkod sebagai Aset bukan semasa di dalam Kunci Kira-kira)

2. Akhbar dan Majalah.
Pada 1 Januari 2010, terdapat baki akhbar dan majalah terakru sebanyak RM50. Pelajar perlu
faham, mengikut asas akruan, belanja ini adalah belanja tahun 2009 yang telah diambil kira dalam
penyediaan penyata kewangan 2009. Jadi, baki ini perlu ditolak daripada pembayaran akhbar dan
majalah tahun semasa.

Akhbar dan majalah = RM130 RM50 = RM80

3. Alat tulis
Merujuk kepada Akaun Penerimaan & Pembayaran, terdapat belian alat tulis bernilai RM90. Pada
31 Disember 2010, terdapat stok alat tulis bernilai RM30. Ini bermaksud, alat tulis bernilai RM30
belum habis digunakan. Jadi pelajar perlu mengira belanja alat tulis yang telah digunakan untuk
direkodkan sebagai perbelanjaan di dalam Penyata Pendapatan & Perbelanjaan.

Belanja alat tulis = RM90 RM30 = RM60

Huraian maklumat tambahan:
1. Derma yang diterima adalah untuk membina gelanggang tenis.
Derma ini mempunyai tujuan khas, jadi penerimaan derma ini dikelaskan sebagai pendapatan
modal dan tidak direkod di dalam Penyata Pendapatan & Perbelanjaan, tetapi akan direkodkan di
dalam Kunci Kira-kira di bahagian dana terkumpul.

2. Yuran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan hasil.
Ini bermaksud, yuran masuk akan direkodkan sebagai pendapatan di dalam Penyata Pendapatan
& Perbelanjaan.



http://mhdazlan.wordpress.com

Jawapan Penyata Pendapatan & Perbelanjaan adalah seperti berikut:
Penyata Pendapatan & Perbelanjaan bagi tahun berakhir
31 Disember 2010
Pendapatan

Yuran
Yuran masuk


5320
230*

5550
Tolak: Perbelanjaan

Air dan elektrik
Insurans
Akhbar dan majalah
Alat tulis
Susut nilai alatan sukan
Rugi minuman


790
250
80*
60*
230*
325

(1735)
Lebihan 3815

* Rujuk huraian pelarasan.




















Yuran RM5320 daripada
butiran Pendapatan &
Perbelanjaan dalam Akaun
Yuran
Rujuk huraian maklumat
tambahan no. 2
Butiran-butiran ini adalah
daripada sebelah kredit
Akaun Penerimaan &
Pembayaran. Pelajar perlu
memasukkan butiran
Perbelanjaan hasil. Butiran
yang terlibat dengan
pelarasan perlu diambil
angka pelarasan.
Rujuk huraian pelarasan
no. 1
Daripada Penyata
Perdagangan Minuman
http://mhdazlan.wordpress.com

(f) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010.

Perlu diingat bahawa Kunci Kira-kira adalah penyata yang mengandungi butiran aset, liabiliti dan
dana terkumpul (ekuiti pemilik). Pelajar perlu mengenalpasti kesemua butiran yang diperlukan
pada tarikh Kunci Kira-kira, jadi untuk soalan ini pada tarikh 31 Disember 2010. Rujuk petikan
soalan, butiran yang diperlukan telah diwarnakan ungu.
Petikan soalan:
(a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:

1 Januari 2010
RM
31 Disember 2010
RM
Alatan Sukan - aset
Stok minuman -aset
Pemiutang minuman - liabiliti
Penghutang minuman - aset
Yuran tertunggak - aset
Yuran terdahulu - liabiliti
Akhbar dan majalah terakru - liabiliti
Stok Alat tulis - aset
1300
225
170
110
140
80
50
-
?
170
130
170
60
120
-
30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
RM RM
Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670
Derma 12 000 Air dan elektrik 790
Penghutang minuman 980 Alatan Sukan 1 000
Jualan minuman 1 100 Insurans 250
Akhbar dan majalah 130
Alat tulis 90
Baki h/b aset 15 600
(baki akhir bank)
20 310 20 310

(c) Maklumat Tambahan:
i. Semua alatan sukan disusutnilai pada kadar 10% setahun atas kos.
ii. Derma yang diterima adalah untuk membina gelanggang tenis.
iii. Yuran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan hasil


http://mhdazlan.wordpress.com

Jawapan Kunci Kira-kira adalah seperti berikut:
Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010
RM RM RM
Aset Bukan Semasa
Alatan sukan 2070

Aset Semasa
Stok minuman 170
Bank 15600
Yuran tertunggak 60
Penghutang 170
Stok alat tulis 30
16030
Tolak: Liabiliti Semasa
Yuran terdahulu 120
Pemiutang 130
250
Modal Kerja 15780
17850

Dana Terkumpul
Dana terkumpul awal 2035
(+) Lebihan 3815
(+) Derma 12000
Dana terkumpul akhir 17850


Selamat mengulangkaji
Hakcipta 2012 Blog Cikgu Azlan





Rujuk huraian pelarasan No. 1
Daripada senarai aset dan
liabiliti pada 31 Disember
2010 (rujuk soalan
pecahan a). Baki bank ialah
daripada Akaun
Penerimaan dan
Pembayaran.
Daripada jawapan (a) Penyata
Dana Terkumpul 1 Januari
2010
Daripada jawapan (e) Penyata
Pendapatan & Perbelanjaan
Rujuk huraian maklumat
tambahan no. 1

You might also like