Mengatasi Tee Deng Wei Mohd. Azrin bin Masdan Nurshabirah binti Sudin PENDARABAN SENTIASA MENGHASILKAN NOMBOR YANG BESAR Miskonsepsi 1 Mengapa terjadi? Berlaku apabila pendaraban antara nombor bulat yang positif, tidak bagi pecahan dan nombor negatif. Miskonsepsi ini berlaku kerana pengalaman awal kepada murid berkenaan dengan nombor bulat yang positif. Cara mengatasi Daripada menggunakan satu perdua darab lapan, cuba ubah kepada satu perdua daripada lapan. Penggunaan perkataan daripada semasa melakukan pendaraban dengan pecahan memberitahu murid bahawa jawapan pasti akan kurang daripada lapan. PENYEBUT YANG BESAR ADALAH PECAHAN YANG BESAR Miskonsepsi 2 Mengapa terjadi? Murid menyangka pecahan yang mempunyai penyebut yang besar adalah pecahan yang besar kerana apa yang telah mereka pelajari. Sebagai contoh 6 adalah lebih besar daripada 3. Cara mengatasi Beri peluang kepada murid untuk bermain dengan bahan manipulatif semasa memperkenalkan konsep pecahan. Miskonsepsi 3 Mengapa terjadi? Miskonsepsi yang biasanya disampaikan oleh guru. Sebagai contoh, bentuk geometri hanya ditunjukkan dalam satu arah sahaja dan menyebabkan murid tidak dapat mengenal pasti bentuk tersebut jika dilihat pada arah yang berlainan. Cara mengatasi Memberi peluang kepada murid untuk melukis bentuk geometri dalam pelbagai arah. Sediakan contoh bentuk dalam pelbagai arah. Bentuk Segi Tiga HASIL DARAB 10 HANYA PERLU TAMBAH 0 Miskonsepsi 4 Mengapa terjadi? Miskonsepsi yang biasanya terjadi kerana biasanya diajar dan disampaikan oleh ibu bapa, rakan rakan, dan lain lain. Cara ini hanya batul semasa mendarab nombor positif dan nombor negatif tetapi tidak untuk perpuluhan dan pecahan. Cara mengatasi Memberi peluang kepada murid untuk cuba mendarab nombor perpuluhan dan pecahan dengan 10. Apabila mereka mencuba, barulah mereka tahu bahawa tidak semua nombor apabila didarab dengan 10, jawapannya hanya perlu tambah sifar di belakang. BEKAS YANG PALING TINGGI MEMPUNYAI ISIPADU YANG BANYAK Miskonsepsi 5 Mengapa terjadi? Miskonsepsi terjadi melalui pemerhatian. A B Isipadu bekas A lebih banyak berbanding bekas B Cara mengatasi Beri peluang kepada murid untuk mengisi sendiri air ke dalam bekas yang tinggi, kemudian tuang air di dalam bekas tersebut ke dalam bekas yang lebih pendek tetapi masih mempunyai isipadu yang sama. Pada awal pembelajaran, betulkan kesilapan miskonsepsi mereka sebelum terlambat.