Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 32

BAB 1

PENGENALAN KEPADA KURSUS


KENEGARAAN MALAYSIA
KEPENTINGAN KENEGARAAN
DALAM
PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA

KONTEKS PERBINCANGAN
KENEGARAAN MALAYSIA
NEGARA BANGSA
FAKTOR YANG BOLEH MEMPENGARUHI
NEGARA BANGSA
FAKTOR PENGGALAK KEWUJUDAN
NEGARA BANGSA
FAKTOR ANCAMAN KEWUJUDAN NEGARA
BANGSA
PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA

DEFINISI KENEGARAAN
MALAYSIA
BIDANG ILMU YANG DIBENTUK
KHUSUS UNTUK MEWUJUDKAN RASA
JATI DIRI MALAYSIA SEKALIGUS
MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG
BAIK DAN BERTANGGUNGJAWAB.

ILMU KENEGARAAN MALAYSIA
ILMU YANG TERBENTUK HASIL
GABUNGAN ILMU SEJARAH,
SOSIOLOGI, ANTROPOLOGI, SAINS
POLITIK, AGAMA, UNDANG-UNDANG
DAN EKONOMI. ILMU INI
MERENTASI DI ANTARA BIDANG
ILMU.

KENEGARAAN MALAYSIA
- Berkait rapat dengan budaya, politik,
ekonomi dan sejarah rakyat sesebuah
negara
- Bertujuan menanam kesedaran dan
kebanggaan kepada negara
(nasionalise/patriotisme-cinta negara,
sanggup berkorban demi negara)- bahasa,
sejarah,pemimpin
- Wujud semangat kesetiaan, syukur dan
jati diri- sejarah jadi iktibar/teladan


PERBEZAAN KENEGARAAN
MALAYSIA DAN ILMU SEJARAH
SEJARAH SEBAHAGIAN KOMPONEN
ILMU KENEGARAAN
INTIPATI ILMU KENEGARAAN
SEJARAH PENGHUBUNG MASA
LALU DAN MASA KINI.
SEJARAH IDENTITI BANGSA

SEJARAH
EVENTS OF THE PAST
CREATING A PATH TO THE
PRESENT
AND
PREDICTING THE FUTURE
KENEGARAAN DAN
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Dlm disiplin sains politik, kenegaraan
dikenali sbg pembinaan negara
bangsa- bertujuan melahirkan
rakyat/warganegara yang baik
dan bertanggungjawab dlm usaha
membentuk sebuah negara dan
bangsa yg bersatu padu dan
dihormati.
Tanggungjawab- jaga maruah,
keselamatan, keamanan, perpaduan
disamping berusaha memajukan diri,
keluarga, bangsa dan negara dalam
semua bidang.

Setiap warganegara perlu tahu
warisan budaya dan perkembangan
sejarah bangsanya.

NEGARA BANGSA
Mengandungi 2 komponen utama:
i- negara/state
- wilayah kewujudan kelompok manusia
sebagai unit politik- punya kedaulatan
dan kuasa menjalankan
pemerintahan/pentadbiran sendiri
- elemen/unsur utama negara:
a) penduduk
b) sempadan
c) kerajaan
d) kedaulatan




ii- bangsa/ nation
- satu kesatuan/kumpulan manusia
tertentu yang hidup dalam
sesebuah negara yg diikat oleh
beberapa ciri persamaan seperti
keturunan, unsur-unsur jasmani,
politik, sosial dan kebudayaan

- Cth, org Melayu- amal bahasa, budaya,
agama, adat istiadat yg sama- dikenal
sbg Bangsa Melayu (dgn miliki nilai yg
sama wujud intergrasi/perpaduan)
- Manusia yg hidup dlm keadaan
terintegrasi tanpa perbezaan yg
besar dianggap sbg satu bangsa

- Hindar unsur tidak puas hati, hasad
dengki, prasangka- yg boleh bawa
konflik kaum yg merugikan negara

TIGA SYARAT / ASAS UTAMA
KEWUJUDAN NEGARA BANGSA
1) MASYARAKAT BERSATU PADU
TANPA FAHAMAN PERKAUMAN
- tdk dipisahkan oleh fahaman
perkauman yg sempit
(kedaerahan,kepercayaan,
bahasa, budaya, pekerjaan,
tempat tinggal dll yg boleh
membawa kpd perpecahan)




2) BERPEGANG PADA IDEOLOGI
DEMOKRASI LIBERAL

- Rakyat harus amal fahaman
politik yg sama bagi mengelak
kepincangan politik yg boleh
memudaratkan rakyat dan negara

- Demokrasi sbg fahaman politik yg
harus dipegang utk capai
sebarang matlamat politik

3) KEPERCAYAAN PADA
PEMERINTAHAN DAN
UNDANG-UNDANG NEGARA

- Rakyat mesti percaya dan yakin
bahawa sistem Pemerintahan dan
undang-undang negara mampu
beri perlindungan dan keadilan
kpd mereka
- kekalkan ketenteraman, elak huru
hara
FAKTOR MEMPENGARUHI
KEWUJUDAN NEGARA BANGSA
1) FAKTOR UTAMA ASAS
KEWUJUDAN NEGARA BANGSA

2) FAKTOR PENGGALAK KEWUJUDAN
NEGARA BANGSA

3) FAKTOR ANCAMAN KEWUJUDAN
NEGARA BANGSA

FAKTOR ASAS KEWUJUDAN
NEGARA BANGSA
1) NASIONALISME
- semangat cintakan tanah air
- timbul a/p rasa bhw sudah tidak ada
negara lain selain negara yg diduduki
shj
- berusaha jaga kedaulatan
memajukan/pertahan maruah
- semua kaum bertindak demi
kepentingan nasional sebagai
sebuah bangsa bukan kaum








2) PATRIOTISME
- semangat sanggup berkorban
demi negara
- lahir drp semangat
nasionalisme yg tebal dlm diri
- waktu aman- tdk biar negara
mundur, usaha majukan
negara
- perang- sanggup gadai nyawa

3) INTEGRASI

- Integrasi kaum dan wilayah-asas kukuh
perpaduan dan penyatuan masyarakat
- Tdk harus wujud pengenalan
kaum/bangsa-utamakan matlamat
kebangsaan
- Cth; kaum melayu, cina, india
sepatutnya bangga dikenali sbg bangsa
Malaysia bkn pengenalan ikut kaum
masing-masing
FAKTOR PENGGALAK
KEWUJUDAN NEGARA BANGSA
1) NASIONALITI
- ketanahairan- lambang bhw
negara itu dimiliki bersama
- jadi identiti negara bangsa
- cth; Jalur Gemilang diterima oleh
semua kaum tanpa unsur paksaan
- lahir warganegara yg baik dan
setia pada negara


2) DEMOKRASI
- berkait rapat dgn amalan politik
- slogan- kerajaan rakyat, drp
rakyat utk rakyat
- rakyat ambil bahagian utk bentuk
kerajaan


FAKTOR ANCAMAN
KEWUJUDAN NEGARA BANGSA
1) GLOBALISME

- dunia tanpa sempadan - faktor
ledakan teknologi maklumat
- ancaman pada negara bangsa -
hakis identiti / ancaman musuh
- perlu pada semangat nasionalisme
dan patriotisme yg tinggi

2) NEO-FEUDALISME
- feudal (raja berkuasa mutlak)
- neo-feudalisme- kuasa pada
mereka yg kuat wang, harta,
pengaruh politik, ilmu
pengetahuan, teknologi
- wujud kumpulan elit/ aristokrat
tindakan mereka boleh
mempengaruhi sistem budaya,
sosial dan politik negara
- ancaman pada demokrasi
3) LIBERALISME
- fahaman yg membolehkan
individu bebas lakukan apa shj
yg difikir perlu dan sesuai
utknya.
- Wujud sikap tamak/ metarialistik,
penting diri sendiri
- Kepentingan nasional terabai-
ancam usaha pembentukan
negara bangsa


4) PLURALISME
- kepelbagaian kaum pertahan
budaya dan kaum masing-
masing
- wujud krn dasar pecah perintah
Inggeris masy majmuk
- jurang perbezaan perlu
dihapuskan/ dikurangkan utk
wujud satu rupa bangsa
5) KEPELBAGAIAN BUDAYA

- pelbagai kaum wujud pelbagai
budaya halang integrasi
- perlu pupuk satu budaya
kebangsaan sbg budaya bersama
bentuk identiti nasional
- Budaya Melayu jadi teras, budaya lain
yg sesuai boleh diterima (Dasar
Kebudayaan Kebangsaan)
- kesanggupan kaum lain terima
penentu kejayaan bentuk negara
bangsa
PROSES PEMBINAAN NEGARA
BANGSA
STATE BUILDING (BINA NEGARA)
NATION BUILDING (BINA BANGSA)
MASS PARTICIPATION (PENYERTAAN
RAKYAT)
POLITICS OF DISTRIBUTIONS
(PENGAGIHAN NILAI DALAM
MASYARAKAT)

Sejarah boleh menjamin kestabilan
politik, ekonomi dan sosial bangkit rasa
kepunyaan pada negara

Cth; org bkn Melayu dgn lapang dada
akan terima Malaysia sbg negaranya jika
tahu pengorbanan org Melayu dan UMNO
masa pilihanraya 1955 hakikatnya org
melayu boleh menang pilihanraya tanpa
perlu bekerjasama dgn MCA dan MIC krn
majoriti pengundi masa itu adalah Melayu

Harus berterima kasih krn org Melayu
sanggup berkongsi kuasa
Org Melayu pula tdk harus
menafikan kewujudan masyarakat
lain yg telah turut sama
menyumbang kpd kemajuan dan
kemakmuran negara sehingga ke
hari ini.

Toleransi mesti jadi kunci utama yg
mesti dipegang oleh semua kaum di
Malaysia utk menjamin perpaduan
dan keharmonian kaum.
KENYATAAN DATUK SERI DR.
MAHATHIR MOHAMAD
Membentuk satu bangsa yang bersatu
padu serta mempunyai satu masa depan
yang sama dan dikongsikan bersama.
Bangsa ini mestilah sejahtera dan
bersepadu, baik dari segi wilayah atau
kumpulan etnik, hidup dalam keadaan
harmoni dan berkongsi dengan cara yang
sebenar serta adil. Bangsa ini hendaklah
terdiri daripada satu Bangsa Malaysia
yang kesetiaan politiknya serta
kebaktiannya tertumpu kepada bangsa
tersebut


PEMAHAMAN DAN
PENGHAYATAN
KENAPA MALAYSIA PERLU
MEMBENTUK SEBUAH NEGARA
BANGSA?
BAGAIMANA CARA UNTUK KITA
MEMUPUK PERASAAN BANGGA DAN
SAYANG KEPADA NEGARA?
APAKAH KUNCI UTAMA UNTUK
MEMASTIKAN PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA TIDAK TERGUGAT?

KESIMPULAN
ILMU KENEGARAAN MEMBERI
RUANG KEPADA MASYARAKAT
MENYEDARI KEBUTAAN KEPADA HAL
EHWAL NEGARA SENDIRI AKAN
MEMBAWA KEMUSNAHAN DAN
MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN
NEGARA.

You might also like