Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NAMA : AZARUDIN BIN HASSAN

UNIT : UNIT SAINS 1 (AMBILAN JUN 2011)



SOALAN TUTORIAL
1. Apakah masalah yang paling anda ingin selesaikan dalam pembelajaran dan
pembelajaran sains?
2. Mengapa ia merupakan masalah dan mengapakah puncanya?
3. Bagaimana anda boleh berubah untuk mengatasinya?

Masalah paling kritikal yang saya hadapi dan perlu selesaikan ialah sikap dan minat
murid terhadap pembelajaran dan pengajaran sains. Masalah ini hanya saya hadapi pada satu
kelas daripada tiga kelas yang saya ajar iaitu murid-murid Tahun 4. Kelas ini merupakan kelas
yang kedua di mana pencapaian murid-muridnya lemah. Terdapat lima orang dari kelas ini yang
masih belum boleh membaca atau tidak dapat membaca dengan fasih.
Masalah sikap dan minat murid ini tidak hanya berlaku bagi subjek sains yang saya ajar,
tetapi juga bagi subjek-subjek lain. Mereka didapati tidak bersungguh-sungguh, kurang
memberi tumpuan, suka mengganggu rakan, tidak membawa buku dan tidak menyiapkan kerja
rumah yang diberi. Walaupun hanya segelintir sahaja yang menimbulkan masalah sedemikian,
namun ia memberi kesan kepada murid-murid lain dalam kelas itu untuk belajar.
Pada pendapat saya, masalah ini berpunca daripada kesilapan pendekatan yang saya
gunakan dalam pembelajaran dan pengajaran. Saya terlalu menekankan isi kandungan atau
content tanpa mengambil kira proses sains yang perlu dikuasai oleh murid. Ini menyebabkan
murid kurang berminat kerana beranggapan sains merupakan subjek yang sukar.




Masalah ini merupakan masalah utama yang saya ingin selesaikan dalam pembelajaran
dan pengajaran saya kerana ia telah menyebabkan masalah-masalah sampingan lain yang
perlu diatasi. Masalah disiplin merupakan masalah sampingan yang terpaksa saya hadapi. Oleh
kerana ketiadaan mereka terhadap subjek sains, segelintir daripada mereka akan mengganggu
murid-murid lain. Ini menyebabkan suasana pembelajaran yang tidak begitu kondusif, objektif
pembelajaran sukar dicapai, dan kawalan kelas yang agak longgar. Di samping itu, ia juga
membawa kepada masalah seterusnya iaitu masalah menyiapkan kerja rumah, dan murid tidak
membawa buku.

Pada pendapat saya, masalah ini boleh diatasi dengan mengubah pendekatan
pengajaran saya. Berdasarkan pengamatan hasil daripada pendekatan-pendekatan lain yang
pernah saya guna, didapati murid-murid di kelas ini meminati aktiviti pengajaran yang
melibatkan aktiviti fizikal berbanding aktiviti bertulis atau perbincangan berkumpulan. Saya juga
dapati murid-murid yang sering menimbulkan masalah itu juga merupakan murid yang paling
aktif dan ingin melibatkan diri.
Namun begitu bagi murid-murid di kelas ini, saya tidak boleh menggunakan pendekatan
yang sama bagi setiap sesi pembelajaran dan pengajaran kerana saya dapati mereka mudah
bosan. Kepelbagaian aktiviti akan memastikan minat mereka sentiasa dirangsang. Persiapan
yang rapi sebelum proses pembelajaran dan pengajaran perlu dibuat untuk mencapai matlamat
tersebut. Ia memerlukan satu kajian tindakan yang bersistematik.

You might also like