Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA








PENGESANAN GRADUAN PROGRAM IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP),
AMBILAN JANUARI 2008, PENEMPATAN JANUARI
2012







Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
4 Mei 2012



2

ABSTRAK

Kajian pengesanan graduan PISMP IPG Keluaran kedua 2012 dijalankan ke atas 2379
guru baharu dan respon diperoleh seramai 2112 (88.78%) guru baharu. Kajian
menggunakan soal selidik yang berupa data demografi di mana data dikutip secara
atas talian sebelum dan semasa Majlis Konvokesyen 2012. Dapatan menunjukkan
terdapat peratus ketidakselarian mengajar mata pelajaran dan melaksanakan jenis
kokurikulum dengan yang diikuti semasa di Institut Pendidikan Guru Kampus. Beberapa
perkara disyorkan dan perlu ditambahbaik dalam pelaksanaan kajian pengesanan ini
untuk Fasa berikutnya.


ABSTRACT




PENDAHULUAN
Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah institusi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) yang dipertanggungjawabkan melatih guru-guru khususnya guru
praperkhidmatan. Antara program utama yang dilaksanakan adalah Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP), yang telah dilaksanakan pada Januari 2007 di 27
Kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara. Kohort kedua program ini telah
mula berkhidmat pada Januari 2012, selepas melalui latihan perguruan selama 8
semester.
Satu kajian pengesanan graduan PISMP IPG KPM diperlukan bagi mengesan kualiti
guru yang ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun
pertama perkhidmatan mereka (2011 2015). Pelaksanaan kajian pengesanan
graduan PISMP, IPG penting untuk membuat satu penilaian asas ke atas
keberkesanan pelaksanaan program yang telah dijalankan. Maklumat dari kajian ini
berguna kepada pihak yang berkepentingan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia,
guru besar, pelajar dan ibu bapa. Kajian pengesanan ini dapat memberi sokongan
kepada kajian kepuasan pelanggan sedia ada di IPGK yang merupakan Sasaran Kerja
Tahunan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.


TUJUAN
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengesan sejauhmana graduan PISMP dapat
memenuhi keperluan pelanggan dan seterusnya menilai impak program latihan
perguruan di IPG. Objektif kajian adalah seperti berikut:






3

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengesan taburan penempatan graduan PISMP Ambilan Januari 2008
2. Mengesan keselarian opsyen major di IPGK dengan opsyen mengajar graduan di
sekolah
3. Mengesan keselarian kokurikulum diikuti di IPGK dengan kokurikulum dilaksanakan
oleh graduan di sekolah
4. Mengenal pasti graduan yang ingin meninggalkan profesion keguruan dan sebab-
sebabnya.


METODOLOGI
Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah secara keratan rentas, mengunakan pendekatan kuantitatif
dan kaedah mengutip data adalah melalui soal selidik atas talian. Soal selidik dijawab
oleh graduan sebelum dan semasa menghadiri majlis konvokesyen pada tahun 2012.

Analisis data
Bagi memenuhi pengesanan taburan penempatan graduan PISMP, di mana
menentukan lokasi sekolah, opsyen pelajar semasa di IPGK dan sekolah, jenis
penglibatan kokurikulum di IPGK data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif
frekuensi dan peratus sahaja.

Model Pengesanan Graduan IPG

Kajian Pengesanan ini dijalan berpandukan A Common Model of Analysis in Higher
Education (Schomburg, 2011) yang diubahsuai. Model ini mengandungi input, proses,
utput dan outcome. Di mana input adalah biodata, pengalaman pengajaran dan
pembelajaran melalui latihan yang dijalankan pelajar PISMP dengan motif melahirkan
guru yang kompeten dan berjiwa pendidik. Prosesnya adalah pengajaran dan
pembelajaran dalam kurikulum dan kokurikulum dan output adalah pengetahuan,
kemahiran dan sikap. Akhirnya kajian pengesanan adalah mendapatkan outcome guru
dalam mendidik murid di sekolah



4


Rajah 1 Model Kajian Pengesanan IPG

Instrumen kajian

Kajian menggunakan instrumen yang mengandungi 42 item yang dibangunkan
berdasarkan maklumat demografi graduan semasa berkursus di IPGK dan semasa
mula bertugas di sekolah. Latar belakang graduan adalah sebanyak 17 item, maklumat
pengajaran di sekolah, 21 item dan lain-lain makumat, 21 item.

.
Sampel kajian

Kajian ini melibatkan graduan PISMP seramai 2379 orang yang ditempatkan mengajar
di sekolah pada Januari 2012. Melalui soal selidik yang dijawab, komposisi graduan
yang dapat dikesan adalah sebagaimana Jadual 1. Bilangan dalam kurungan
menunjukkan jumlah graduan sebenar setiap IPGK. Manakala peratus adalah peratus
graduan yang dapat dikesan bagi setiap IPGK.

Menurut Schomburg (http://www.uni-kassel.de/wz1, 2011) daripada University Kassel,
kaedah yang biasa digunakan untuk mengesan graduan adalah melalui University
Alumni Association, Employers records, Mass media dan Snowball technique.



5

Secara keseluruhannya, kajian pengesanan ini berjaya mengesan seramai 2112 orang
(96.17%) graduan daripada 2379 orang semuanya. Seramai 383 orang (19.34%)
graduan gagal dikesan yang mungkin disebabkan mereka tidak dapat mencapai
kemudahan soal selidik atas talian atau tidak menghadiri majlis konvokesyen
berkenaan.

Jadual 1
Bilangan dan Peratus Graduan mengikut IPGK

Bilangan IPGK Bilangan Peratus
1 IPGK Perlis 106 4.83
2 IPGK Darulaman 60 2.73
3 IPGK Sultan Abdul Halim 122 5.56
4 IPGK Pulau Pinang 94 4.28
5 IPGK Tuanku Bainun 140 6.38
6 IPGK Ipoh 95 4.33
7 IPGK Temenggong Ibrahim 89 4.05
8 IPGK Tun Hussein Onn 105 4.78
9 IPGK Perempuan Melayu 108 4.92
10 IPGK Raja Melewar 109 4.96
11 IPGK Pendidikan Islam 129 5.87
12 IPGK Ilmu Khas 75 3.42
13 IPGK Pendidikan Teknik 89 4.05
14 IPGK Bahasa Antarabangsa 20 0.91
15 IPGK Bahasa Melayu 97 4.42
16 IPGK Kota Bharu 77 3.51
17 IPGK Dato' Razali Ismail 85 3.87
18 IPGK Tengku Ampuan Afzan 123 5.60
19 IPGK Sultan Mizan 73 3.32
20 IPGK Gaya 58 2.64
21 IPGK Keningau 32 1.46
22 IPGK Kent 40 1.82
23 IPGK Tawau 22 1.00
24 IPGK Batu Lintang 47 2.14
25 IPGK Tun Abdul Razak 49 2.23
26 IPGK Sarawak Miri 47 2.14
27 IPGK Rajang 21 0.96


Graduan yang berjaya dikesan 2112 96.17
Graduan yang tidak menyatakan IPGK
Graduan tidak dapat dikesan








6

DAPATAN PENGESANAN

1. Mengesan taburan penempatan graduan PISMP Ambilan Januari 2008

1.1 Taburan Penempatan Mengikut Negeri
Sarawak, Selangor dan Johor merupakan negeri bilangan graduan paling ramai
ditempatkan dengan 598, 436 dan 230 orang masing-masing. Manakala Perlis,
Kelantan dan Pulau Pinang adalah negeri yang paling sedikit graduan PISMP
ditempatkan dengan 6, 28 dan 29 orang masing-masing.

Jadual 2
Bilangan dan Peratus Graduan mengikut negeri penempatan
Bilangan Negeri Bilangan Peratus
1 Perlis 6 0.27
2 Kedah 36 1.64
3 Pulau Pinang 29 1.32
4 Perak 125 5.69
5 Selangor 436 19.85
6 Wilayah Persekutuan 154 7.01
7 Negeri Sembilan 114 5.19
8 Melaka 46 2.09
9 Johor 230 10.47
10 Pahang 118 5.37
11 Terengganu 41 1.87
12 Kelantan 28 1.28
13 Sabah 100 4.55
14 Sarawak 598 27.23
Jumlah 2061 93.9
Tidak dinyatakan 51 6.1


1.2 Lokasi Penempatan Graduan

Bahagian ini menunjukkan pola penempatan graduan PISMP mengikut lokasi sekolah.
Jadual 3 menggambarkan 954 orang (43.44%) di tempatkan di sekolah luar Bandar,
diikuti 785 orang (35.75%) di Bandar dan 320 orang (14.57%) di pedalaman. Seramai
53 graduan tidak menyatakan lokasi sekolah penempatan mereka.

Jadual 3
Lokasi penempatan graduan di sekolah

Kategori Bilangan Peratus
Bandar 785 35.75
Luar Bandar 954 43.44
Pedalaman 320 14.57


7

JUMLAH 2059 93.76
Tidak dinyatakan 53 6.24


1.3 Taburan Opsyen di IPG
Jadual 4 menunjukkan, sebanyak 16 opsyen atau kursus major yang utama ditawarkan
oleh IPGM kepada guru pelatih Ambilan Januari 2008. Daripada jumlah itu, Opsyen
Matematik adalah paling ramai (344 orang:15.66%), diikuti Opsyen Sains (223
orang:10.15%) dan Opsyen Prasekolah (218 orang : 9.93%). Manakala dua opsyen
paling sedikit adalah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (36 orang : 1.64%)
dan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (24 orang : 1.09%).

Jadual 4
Bilangan dan Peratus Graduan mengikut opsyen di IPG

Bil. Kategori Bilangan Peratus
1 Bahasa Arab 71 3.23
2 Bahasa Cina 165 7.51
3 Bahasa Melayu 61 2.78
4 Bahasa Tamil 61 2.78
5 Matematik 344 15.66
6 Pendidikan Islam 141 6.42
7 Pendidikan Jasmani 168 7.65
8 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 185 8.42
9 Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 36 1.64
10 Pendidikan Khas Masalah Penglihatan 24 1.09
11 Pendidikan Muzik 95 4.33
12 Pendidikan Seni Visual 115 5.24
13 Pengajian Sosial 88 4.01
14 Pra Sekolah 218 9.93
15 Rekabentuk dan Teknologi 115 5.24
16 Sains 223 10.15
17 Lain-lain 3 0.14
Jumlah 2112 96.17

2. Mengesan keselarian opsyen major di IPGK dengan opsyen mengajar graduan
di sekolah

2.1 Keselarian mengajar mata pelajaran major semasa di IPGK
Jadual 5 menunjukkan bilangan dan peratus graduan yang mengikuti mata pelajaran
major di IPGK yang juga mengajar mata pelajaran yang sama di sekolah. Secara
keseluruhannya, daripada seramai 2113 graduan (96.22%) yang menyatakan mata
pelajaran major semasa berkursus di IPGK, graduan Bahasa Melayu, Pengajian Islam
dan Bahasa Cina menunjukkan 100% mengajar mata pelajaran berkenaan. Diikuti
Prasekolah (95.41%) dan Bahasa Tamil (80.32%). Manakala paling rendah adalah


8

Pengajian Sosial, iaitu 3.41%, kedua terendah ialah Pendidikan Seni Visual (16.52%)
dan ketiga terendah ialah Reka Bentuk Teknologi (21.74%). Ironinya, seramai 193
graduan mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris tanpa mengikuti kursus major di
IPGK. Manakala semua mata pelajaran Pendidikan Khas, iaitu Masalah Pembelajaran,
Pendengaran dan Penglihatan tiada graduan yang mengajar mata pelajaran berkenaan
di sekolah??.


Jadual 5
Keselarian Kursus Major di IPGK dengan Mengajar Mata Pelajaran Utama yang diajar
di Sekolah

Kursus Major
di IPG
Kursus
di IPGK
Mengajar di
sekolah
bilangan %
graduan
bilangan %
selari
Bahasa Arab 71 3.23 16 22.53
Bahasa Cina 165 7.51 165 100
Bahasa Inggeris - - 193 -
Bahasa Melayu 61 2.78 532 100
Bahasa Tamil 61 2.78 49 80.32
Matematik 344 15.66 259 75.29
Pendidikan Islam 141 6.42 179 100
Pendidikan Jasmani 168 7.65 60 35.71
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 185 8.42 - -
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 36 1.64 - -
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan 24 1.09 - -
Pendidikan Muzik 95 4.33 36 37.89
Pendidikan Seni Visual 115 5.24 19 16.52
Pengajian Sosial 88 4.01 3 3.41
PraSekolah 218 9.93 208 95.41
Rekabentuk dan Teknologi 115 5.24 25 21.74
Sains 223 10.15 92 41.26
Lain-lain (Pemulihan/kajian
tempatan/sivik dan lain-lain)
3 0.14 107 -
JUMLAH 2113 96.22 - -


9

Jadual 6 menunjukkan secara keseluruhan seramai 1571 graduan mengajar mata
pelajaran kursus major mereka di sekolah. Seramai 1116 graduan mengajar mata
pelajaran elektif 1 dan seramai 926 graduan mengajar mata pelajaran elektif 2.

Jadual 6
Keselarian Kursus Major, Elektif 1 dan Elektif 2 di IPGK dengan Mengajar Mata
Pelajaran di Sekolah


Major Elektif 1 Elektif 2
Frek % Frek % Frek %
Ya 1571 71.54 1116 50.82 926 42.17
Tidak 388 17.67 843 38.39 1032 46.99


Dari segi masalah mengajar mata pelajaran utama, Jadual 7 menunjukkan seramai 385
graduan menghadapi masalah mengajar mata pelajaran utama mereka. Manakala
seramai 1565 graduan tidak menghadapi masalah.


Jadual 7
Masalah graduan mengajar mata pelajaran utama di sekolah

Masalah Mengajar Mata
Pelajaran Utama di Sekolah
Frekuensi %
Ya 385 17.5
Tidak 1565 71.3




3. Mengesan keselarian kokurikulum diikuti di IPGK dengan kokurikulum
dilaksanakan oleh graduan di sekolah

Keselarian Kokurikulum sukan dan permainan di IPGK dengan di sekolah
SUKAN DAN PERMAINAN
21 jenis sukan dan permainan yang telah diberi kepada graduan
untuk dikendalikan
100% jenis sukan yang telah di jalankan di IPG tidak diberi kepada
graduan
Seramai 1986 tidak mengendalikan sukan dan permainan


10

UNIT BERUNIFORM
Hanya 1 jenis sahaja iaitu St John Ambulance (17)
Seramai 2179 belum diberi
4 jenis unit beruniform yang ditawarkan oleh IPG tidak di beri
kepada graduan di sekolah
KELAB DAN PERSATUAN
28 jenis kelab dan persatuan telah disenaraikan oleh graduan
Seramai 2082 tidak mengendalikannya
Data perbandingan perlu dibuat untuk melihat perbezaan antara
kokurikulum yang dijalankan di sekolah dan di IPG

3.1 Keselarian Kokurikulum Sukan dan Permainan di IPGK dengan Kokurikulum
Sukan dan Permainan di sekolah


Jadual 5 menunjukkan puratanya 20.94% sahaja guru baharu diberi tanggungjawab
menguruskan sukan dan permainan yang sama sebagaimana yang telah diikuti
semasa di IPGK. Antara sukan yang paling tinggi keselariannya adalah bola sepak
dengan 42.22%, diikuti bola jarring dengan 35.56% dan ketiga adalah olahraga dengan
28.37%. Beberapa sukan seperti rugby, gimrama, tenis, boling dan softbol langsung
tidak diberikan tanggungjawab semasa bertugas di sekolah.

Jadual 5
Keselarian Kokurikulum Sukan dan Permainan di IPGK dengan Kokurikulum Sukan dan
Permainan di sekolah

Sukan/Permainan
Bilangan Graduan Peratus
Selari
Kokurikulum
di IPGK
Kokurikulum
di Sekolah
Bola Sepak


Bola Jaring


Olahraga


Sepak Takraw


Badminton


Bola Baling


Ping Pong


Hoki


Bola Keranjang


Bola Tampar


Futsal


Rugbi


Gimrama




11

Bowling


Softball


Tenis


JUMLAH



3.2 Keselarian Kokurikulum badan beruniform di IPGK dengan di sekolah

Jadual 6 menunjukkan empat badan beruniform yang diikuti guru baharu semasa di
IPGK dan didapati puratanya 36.60% daripada 1194 orang guru baharu diberikan
tanggungjawab di sekolah mengendalikan badan beruniform yang sama sebagaimana
yang diikuti semasa di IPGK. Pengakap menunjukkan peratus tertinggi, dengan
45.11%, diikuti dengan Puteri Islam dengan 36.23%, PBSM dengan 32.75% dan
akhirnya KRS dengan 31.64%.

Jadual 6
Keselarian Kokurikulum Badan Beruniform di IPGK dengan Kokurikulum Badan
Beruniform di sekolah
Badan Beruniform
Bilangan Graduan Peratus
Selari
Kokurikulum
di IPGK
Kokurikulum
di Sekolah
Pengakap


Puteri Islam


PBSM


Tunas KRS


JUMLAH




3.3 Keselarian Kokurikulum kelab dan persatuan di IPGK dengan di sekolah

Jadual 7 memaparkan lima kelab dan persatuan yang paling ramai diikuti guru baharu
semasa di IPGK. Daripada 794 guru baharu, hanya 109 orang atau 13.73% sahaja
yang menguruskan kelab dan persatuan di sekolah yang sama diikuti semasa di IPGK.
Persatuan Agama Islam atau Bahasa Arab didapati mendominasinya dengan 26.67%,
diikuti dengan Sains dan Matematik dengan 14.33% dan Bahasa Melayu dengan
12.07%. Manakala Seni dan Bahasa Cina agak tercorot masing-masing 12.03% dan
5.62% sahaja.




12

Jadual 7
Keselarian Kokurikulum Kelab dan Persatuan di IPGK dengan Kokurikulum Kelab dan
Persatuan di sekolah

Kelab/Persatuan
Bilangan Graduan Peratus
Selari
Kokurikulum
di IPGK
Kokurikulum
di Sekolah
Persatuan Agama
Islam/Bahasa Arab


Sains/Matematik


Bahasa Melayu


Seni


Bahasa Cina


Lain

Lain

Lain..

JUMLAH





3.4 Pernah terlibat dengan kokurikulum yang ditawarkan di sekolah semasa di
IPG

Huraian..

Jadual 8
Penglibatan dalam kokurikulum semasa di sekolah dan di IPG

Pernah terlibat
dengan
kokurikulum
yang
ditawarkan di
sekolah semasa
di IPG

Sukan Permainan Unit Beruniform Kelab dan Persatuan
Bil % Bil % Bil %
Ya 1388 63.2 1345 61.2 895 40.8
Tidak 529 24.1 595 27.1 1042 47.4





13

3.5 Masalah Pengendalian Kokurikum di Sekolah
Huraian..

Jadual 9
Masalah Pengendalian Kokurikulum di sekolah

Masalah
Pengendalian
Kokurikulum
Sukan Permainan Unit Beruniform Kelab dan Persatuan
Bil % Bil % Bil %
Tidak 1800 81.97 1796 81.79 1821 82.92
Ya 144 6.56 146 6.65 122 5.56

4. Mengenal pasti graduan yang ingin meninggalkan profesion keguruan dan
sebab-sebabnya.

Huraian..

Jadual 10
Guru Yang Ingin Meninggalkan Profesion

Ingin meninggalkan Profesion
Keguruan
Bilangan %
Ya 97 4.42
Tidak 1808 82.33

Sebab ingin meninggalkannya Bilangan %
Ingin ke sektor swasta 4 4.12
Gaji dan insentif yang kurang menarik 7 7.22
Laluan kerjaya kurang menarik 16 16.49
Faktor-faktor peribadi 29 29.90
Jumlah yang memberi sebab 56 57.73
Jumlah yang tidak memberi sebab 41 42.27


5. Analisis Lain
Huraian

Jadual 11
Berhasrat melanjutkan pelajaran

Berhasrat Melanjutkan Pelajaran ke
Peringkat Lebih Tinggi
Frekuensi %
Ya 1797 81.8
Tidak 111 5.1
Tidak dinyatakan 287 13.1


14


PERBINCANGAN
Belum murni..
Dapatan Fasa Pertama (2011) Kajian Pengesanan Graduan ini menunjukkan taburan
guru permulaan yang majoritinya dari kawasan luar Bandar. Ini menggambarkan
sekolah di luar bandar masih kekurangan guru sekolah rendah. Peratus Keselarian
mengajar mata pelajaran major mempamerkan beberapa mata pelajaran utama seperti
Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Pendidikan
Khas adalah tinggi dan ini memberi isyarat bahawa guru dalam mata pelajaran
berkenaan diperlukan dan sekolah-sekolah masih kekurangan guru mata pelajaran ini.
Peratus keselarian memegang tanggungjawab sebagai guru sukan dan permainan pula
menunjukkan sukan utama seperti bola sepak dan bola jaring masih ramai diperlukan di
sekolah. Manakala beberapa permainan yang kurang popular tidak menunjukkan ianya
diperlukan di sekolah rendah, iaitu termasuk rugby, gimrama, tenis, boling dan softbol.
Bagi badan beruniform, semua unit menunjukkan diperlukan di sekolah dan memang
unit beruniform yang ditawarkan di IPGK selari dengan unit beruniform yang ada di
sekolah. Untuk kelab dan persatuan pula, kajian ini hanya menganalisis lima kelab dan
persatuan yang agak ramai disertai oleh guru baharu keluaran IPG. Rata-rata
menunjukkan peratusan yang rendah dan ini menggambarkan guru baharu tidak
diberikan kelab dan persatuan yang selari dengan yang diikuti di IPGK.

IMPLIKASI
Mengikut lokasi guru baharu di tempatkan, iaitu 885 orang daripada 1370 orang di
sekolah luar bandar dan pedalaman, IPG perlu menyediakan guru baharu dengan
keupayaan menghadapi cabaran di luar bandar dan pedalaman. Kokurikulum sukan
dan permainan hendaklah disesuaikan dengan keperluan sekolah, bukan mengikut
kemudahan atau kepakaran yang ada di IPGK. Begitu juga dengan beberapa kelab dan
persatuan di IPGK tidak ditawarkan di sekolah rendah dan ini agak merugikan murid
sekolah apabila guru baharu membimbing sukan dan permainan serta kelab dan
persatuan yang bukan kepakaran mereka. Dirasakan bimbang dengan kesan dan
impak bagi keadaan ini, IPG dan pihak sekolah perlu memastikan kesesuaian
kandungan latihan perguruan dengan tugas guru di sekolah perlu diselaraskan dengan
seberapa baik mungkin.

SYOR
Kajian pengesanan ini akan diteruskan untuk Fasa Kedua bagi guru baharu PISMP
Ambilan Januari 2007 dan Fasa Pertama bagi guru baharu PISMP Ambilan Januari


15

2008. Pelan tindakan berikutnya adalah membangunkan instrumen baru untuk Fasa
Kedua dan semakan semula instrumen Fasa Pertama bagi disesuaikan dengan objektif
kajian. Dicadangkan juga instrumen pengesanan ditadbir secara online bagi
menjimatkan kos, lebih cepat dan mudah mendapatkan data daripada graduan. Bagi
memastikan data kuantitatif secara online sah dan boleh dipercayai, data kualitatif
temubual, pemerhatian dan semakan dokumen secara triangulasi perlu dikutip.
Pelaksanaannya memerlukan sesi Temubual Kumpulan Berfokus (FGD) dilaksanakan.
Bagi merealisasikannya, satu kursus temubual FGD ke atas enumerator dalam
kalangan pensyarah perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi menjamin kutipan data
dilaksanakan dengan kaedah yang tepat dan seragam di seluruh IPG.

RUJUKAN

Schomburg, H. (2011), Graduate Tracer Studies at the Kassel Centre, Centre for
Research on Higher Education and Work University Kassel http://www.uni
kassel.de/wz1.

You might also like