Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAB 6 : PEMAKANAN & PENGURUSAN SAJIAN

(TINGKATAN 2) M 22-M 25(16/6 11/7)


Maksud Makanan Bekal
1.Makanan bekal ialah makanan yang dimasak dan dibungkus untuk dimakan
ditempat lain.
2. Makanan bekal yang baik mestilah tidak mudah rosak atau hancur, tahan
cuaca panas, mudah dibawa, mudah dibungkus, mudah dipegang, seimbang, dan
dipek di dalam bekas yang sesuai.
Panduan Menyaji
-Secara Berpek
1. Gunakan bekas mengepek yang sesuai mengikut kuantiti dan jenis sajian sama
ada masakan kering atau basah
2. Bekas yang digunakan untuk mengepek hendaklah sesuai mengikut sajian
tujuan
3.Pek makanan dengan cermat dan bersih
4. sediakan makanan dengan cermat dan bersih
5. Sediakan juga kertas servit atau tuala lap tangan
- Pemilihan bekas atau bahan untuk membungkus makanan bekal hendaklah
tidak mudah pecah, tahan haba, dan mudah dibawa.


Contoh-contoh alatan membungkus makanan

termos/ kelalang hampagas Mangkuk bertingkat bekas poliserina

bekas plastik kertas lilin
-Faktor utama perancangan menu untuk makanan bekal ialah makanan yang
dimasak mestilah seimbang, mudah dibawa, tidak berkuah, tahan lama, dan tidak
mudah rosak serta mudah disediakan.
-Susunan perancangan kerja amali melibatkan rancangan kerja dan kertas
perancangan kerja iaitu menyediakan pilihan masakan, jadual masa untuk kerja
amali, menyediakan senarai beli belah dan kertas susunan kerja.
-Hidangan makan tengah hari dan makan malam merupakan hidangan utama
dalam sajian harian.
-Pemilihan dan perancangan hidangan makan tengah hari dan makan malam
mestilah hidangan yang seimbang serta berkhasiat dan mempunyai variasi dari
segi warna, rupa, tekstur, dan kaedah memasak.
Peranggu meja
-Peranggu meja ialah persiapan meja yang lengkap dengan menggunakan alatan
menghidang seperti mangkuk, gelas, alas meja, kutleri, dan servit yang disusun
dengan betul.

Peranggu meja

Tatasajian Melayu




Tatasajian Cina Tatasajian India


Tatasajian Barat Tatasajian buffet


Kulteri
-Kutleri terdiri daripada alatan seperti pisau, sudu, dan garpu yang digunakan
semasa makan.

Napkin
-Napkin diperbuat daripada fabrik seperti kapas dan linen serta boleh dilipat
dengan pelbagai bentuk yang menarik.

Hidangan untuk pesakit
-Sajian untuk pesakit hendaklah berkhasiat, seimbang, mudah dihadam, tidak
berlemak, dan menarik.

Bubur Air Barli
-Tujuan memberi hidangan khusus kepada pesakit adalah supaya pesakit dapat
pulih dengan cepat dan untuk membaiki tisu-tisu badan yang rosak.

MEMILIH DAN MERANCANG MENU HIDANGAN
MAKAN TENGAHARI & MAKAN MALAM
1. Sajian makan tengahari dihidang antara pukul 1 hingga 2 petang
manakala sajian makan malam pula dihidang antara pukul 7 malam
hingga 9 malam.
2. Kedua-dua sajian merupakan sajian utama dan hendaklah dihidang
dengan seimbang.
3. Hidangan sepinggan lengkap seperti burger, nasi ayam dan bihun
goreng juga boleh dihidang sebagai hidangan makan tengahari atau
makan malam.
4. Kedua-dua hidangan makan tengahari dan makan malam boleh
terdiri daripada makanan yang serupa.
5. Pada umumnya, hidangan makan malam disediakan lebih teliti
berbanding makan tengahari kerana semua anggota keluarga
dapat berkumpul dan makan bersama.
RESEPI MASAKAN
- NASI GORENG PERMATA
Sajian untuk dua orang
Masa penyediaan ialah 30 minit
ALATAN
1 pisau sayur
1 garpu
1 camca besar
1 camca teh 1 landas cincang/ papan pemotong
1 kuali
1 pinggan hidang
BAHAN
200g nasi
50g sayur campuran dingin beku
30g kismis
15g kacang tanah (telah digoreng)
15g bawang besar
1 camb minyak masak
1/2 camt kicap cair
garam dan lada sulah secukup rasa
LANGKAH PENYEDIAAN
1) Bawang besar, tomato, dan timun dipotong bentuk dadu
2) Leraikan nasi
3) Panaskan minyak masak alam kuali, 'saute' bawang besar, dan kemudian
masukkan kismis, kacang tanah, dan sayur campuran.
4) Masukkan nasi dan gaul hingga rata
5) perasakan dengan kicap cair, garam, dan lada sulah secukupnya.
6) Hiaskan dengan tomato dan timun dadu, dan kemudian sajikan panas.

MENYAJI

Nasi goreng permata boleh disaji dalam pinggan hidang. sajian ini sesuai untuk
makan tengah hari, makan malam atau dipek untuk makanan berpek.

You might also like