Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

1

SEKOLAH KEBANGSAAN TATAU SEKOLAH KEBANGSAAN TATAU SEKOLAH KEBANGSAAN TATAU SEKOLAH KEBANGSAAN TATAU

UJIAN BULANAN APRIL UJIAN BULANAN APRIL UJIAN BULANAN APRIL UJIAN BULANAN APRIL

BAHASA MELAYU
TAHUN TIGA



NAMA NAMA NAMA NAMA : ______________________ : ______________________ : ______________________ : ______________________
KELAS KELAS KELAS KELAS : 3A 3B 3C 3D : 3A 3B 3C 3D : 3A 3B 3C 3D : 3A 3B 3C 3D
TARIKH TARIKH TARIKH TARIKH : ______________________ : ______________________ : ______________________ : ______________________
MARKAH : MARKAH : MARKAH : MARKAH :



2

PEMAHAMAN - Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Satelit ialah suatu objek yang mengorbit suatu objek yang lain. Bulan merupakan satelit semula
jadi bumi. Terdapat beribu-ribu satelit buatan manusia yang mengorbit bumi. Satelit-satelit ini
dilancarkan dengan menggunakan roket. Kini, satelit dibawa ke angkasa lepas dengan kapal angkasa
ulang-alik.
Satelit mempunyai panel solar. Panel solar ini menggunakan cahaya daripada matahari untuk
menghasilkan kuasa elektrik. Apabila satelit berada di tempat yang gelap, satelit akan menggunakan
bateri. Satelit banyak kegunaannya. Satelit membantu untuk meramalkan cuaca. Satelit komunikasi
menghantar isyarat untuk televisyen, telefon dan komputer.
Sesetengah satelit mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu mengambil gambar bumi,
membuat peta yang menunjukkan tempat pencemaran, berlakunya gempa bumi atau tempat
terdapatnya mineral yang sukar ditemui. Satelit ini juga dapat digunakan untuk mencari mangsa yang
hilang di laut.
1. Apakah itu satelit?
A. Satelit ialah kapal angkasa lepas.
B. Satelit ialah suatu objek yang mengorbit
suatu objek yang lain.
C. Satelit ialah objek yang mengeluarkan
roket.
D. Satelit ialah matahari yang menghasilkan
kuasa elektrik.

2. Bagaimanakah satelit dilancarkan?
A. Dengan menggunakan bateri.
B. Dengan menggunakan panel solar.
C. Dengan menggunakan roket.
D. Dengan menggunakan matahari.

3. Bagaimanakah satelit menghasilkan kuasa
elektrik?
A. Satelit menggunakan solar untuk
menghasilkan kuasa elektrik.
B. Satelit menggunakan kapal angkasa untuk
menghasilkan kuasa elektrik.
C. Satelit menggunakan komputer untuk
menghasilkan elektrik.
D. Satelit menggunakan roket untuk menjana
kuasa elektrik.

4. Apakah kegunaan satelit?
A. Membantu meramal cuaca, menghantar
isyarat untuk televisyen, telefon dan
komputer.
B. Mengawal pergerakan kapal angkasa.
C. Membantu bumi berputar.
D. Menjadi sumber cahaya untuk matahari.

5. Apakah kelebihan sesetengah satelit?
A. Membantu kapal angkasa bergerak.
B. Dapat mengambil gambar dan membuat
peta serta mencari mangsa yang hilang di
laut.
C. Dapat mengambil gambar makhluk asing di
angkasa lepas.
D. Membantu proses penyebaran cahaya
matahari.



3

PEMAHAMAN - Soalan 6 hingga Soalan 10
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya.
No 17, Jalan Perpaduan,
Taman Perpaduan,
31150 Ulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.
19 Oktober 2009

Menemui sahabatku Nubli yang tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semoga berada dalam
keadaan sihat sejahtera.
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah melawat Sabah bersama-sama keluarga. Lawatan
tersebut sungguh menyeronokkan. Kami melawat Pulau Mamutik. Pulau itu sangat cantik. Kami
menginap di situ selama tiga hari dua malam.Pelbagai aktiviti yang kami lakukan di Pulau Mamutik.
Antaranya bermain jet ski, menyelam dan melihat hidupan laut. Namun begitu, kami tidak dibenarkan
mengutip karang-karangan laut di sini. Kami juga mengambil gambar kenang-kenangan. Saya akan
menunjukkan gambar-gambar tersebut apabila kita bertemu nanti.
Setakat ini sahaja cerita saya buat kali ini. Jangan lupa untuk membalas surat saya ini. Sekian,
terima kasih. Sahabatmu,
Harman

6. Siapakah yang menulis surat ini?
A. Nubli
B. Idura
C. Harman
D. Haiqal

7. Di manakah letaknya Pulau
Mamutik?
A. Perak
B. Sarawak
C. Sabah
D. Pulau Pinang

8. Berapa lamakah Harman berada di
Pulau Mamutik?
A. Empat hari tiga malam
B. Sebulan
C. Tiga hari dua malam
D. Seminggu

9. Mengapakah surat ini ditulis?
A. Untuk bertanya khabar.
B. Untuk bercerita tentang lawatan
ke Sabah.
C. Untuk menceritakan aktiviti
pada masa cuti.
D. Untuk menunjukkan gambar-
gambar percutian.

10. Mengapakah pelawat tidak
dibenarkan mengutip karang-
karangan?
A. Kerana hendak melindungi
karang-karangan di situ.
B. Kerana karang-karangan di situ
sangat cantik.
C. Kerana karang-karangan di situ
tidak bernilai.
D. Kerana karang-karangan di situ
semakin habis.

4

TATABAHASA - Soalan 11 hingga Soalan
Pilih jawapan yang sesuai untuk diisi di tempat kosong di bawah.

11. Idura menerima _____________ surat daripada sahabat penanya.
A. sekeping C. sebuah
B. sepucuk D. sebungkus

12. Nubli menggunakan dua ____________ kertas pembalut untuk menyampul hadiahnya.
A. helai C. keping
B. lapis D. buah

Soalan 13 dan soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.



13. Mereka sedang _________________ di padang.
A. berlari C. berbaris
B. bermain D. berjalan

14. Perkataan berlawan bagi aktiviti dalam gambar ialah
A. tidur C. berjalan
B. duduk D. berbaris

15. Ayah meletakkan ____________ payung di tepi pintu.
A. sekaki C. sebuku
B. sebuah D. sebatang



5

16. Kami berasa sangat ___________ selepas bersenam.
A. susah C. cermat
B. panas D. letih

17. Zulaikha ___________ dalam mata pelajaran Matematik.
A. lemah C. penat
B. susah D. buntu

18. ____________, cantiknya baju baru kamu ini!
A. Nah C. Aduh
B. Wah D. Cis

19. ____________, berani betul mereka membuang sampah merata-rata!
A. Eh C. Wah
B. Cis D. Nah

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.



20. Penduduk Kampung Tatau sedang ______________ membersihkan kawasan
persekitaran mereka.
A. beramah-tamah C. huru-hara
B. bergotong-royong D. serta-merta

21. Izan membawa buah tangan dari Perak _____________ kawan-kawannya.
A. sambil C. untuk
B. walaupun D. kerana


6

Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.



22. Kamel menelefon bomba dengan ______________ apabila melihat kebakaran itu.
A. serta-merta C. serba-serbi
B. huru-hara D. riuh-rendah

23. Pasukan bola sepak sekolah saya tetap berlatih ______________ hari hujan.
A. walaupun C. sambil
B. untuk D. dan

24. Sudah ________________ Khaizatul bermain wayang kulit.
A. Setiap C. beribu-ribu
B. Seluruh D. bertahun-tahun

25. _________________ orang pelancong dari luar negara melawat Malaysia pada
_________________ tahun.
A. Beberapa, seluruh C. Kedua, setiap
B. Beribu-ribu, setiap D. Bertahun-tahun, kedua











7

SINONIM - Soalan 26 hingga Soalan 30
Warnakan pada perkataan yang seerti dengan perkataan bergaris

26. Amalina berasa sangat letih selepas bersukan. /

27. Anak perempuan Puan Hafizah tidak pulang sejak
semalam. /

28. Haji Bakhil sangat jimat berbelanja. /

29. Banglo besar di atas bukit itu sunyi sepi. /

30. Hazri memakai baju yang tebal kerana cuaca /
terlalu sejuk.




ANTONIM - Soalan 31 hingga Soalan 35
Warnakan pada perkataan yang berlawanan dengan perkataan bergaris.

31. Lelaki itu sangat zalim kepada isterinya. /

32. Lorong itu bahaya untuk di lalui pada waktu malam. /

33. Sampah yang tidak dibuang itu sangat busuk baunya. /

34. Malaysia adalah sebuah negara yang damai. /

35. Pakcik yang menggunakan tongkat itu sebenarnya buta. /








malas penat
balik datang
cermat boros
senyap diam
hangat dingin
adil kejam
teruk selamat
cantik harum
perang aman
celik pekak


8

PENULISAN - Soalan 36 hingga soalan 40
Lengkapkan karangan dengan frasa yang diberikan.

terjatuh di tengah landasan
menegur kami
mengajak kami melaui jalan pintas
jejantas yang disediakan
menegur sikap aku dan kawan-kawan


Sewaktu pulang dari sekolah, Harman (1) ____________________________________________
__________________________________________________________________________________
____________. Kami pun bersetuju.
Rupa-rupanya, jalan pintas itu melalui landasan kereta api. Pagar di situ telah rosak. Kami lalu di
celah pagar itu. Tiba-tiba seorang pengawal (2) ___________________________________________
________________. Kamu berasa takut. Lantas, kami segera lari. Aku tersepak batu. Aku (3) ______
_________________________________________________________________________________.
Kawan-kawanku sudah lari meninggalkanku. Pengawal itulah yang menolongku. Dia (4) _______
__________________________________________________________________________________
__________________________________________.
Aku berjanji tidak akan melalui jalan itu lagi. Aku akan melalui (5) _________________________
__________________________________________.




















9

PENULISAN Soalan 41 hingga Soalan 50
Lengkapkan petikan di bawah dengan jawapan yang tepat.

merayakan menjadi meraikannya pertunjukkan

disambut dihiasi pemimpin

Sambutan kemeriahannya perbarisan

Negara kita Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957. Selepas kemerdekaan kita capai, setiap
tahun kita akan (1) _____________________ Hari Kebangsaan. Perayaan itu (2) _______________ pada
setiap 31 Ogos.
(3)______________________ Hari Kebangsaan diadakan di seluruh negara. Di peringkat negeri,
perayaan diadakan di ibu negeri seperti Johor Bahru, Ipoh, Kuantan, dan Kuching. Di peringkat
kebangsaan, perayaan ini selalunya diadakan di Kuala Lumpur atau di Putrajaya.
Sebelum perayaan itu disambut, bandar yang (4) ____________________ tempat perayaan itu
akan (5) _________________________ dengan bendera dan lampu yang berwarna-warni. Semasa majlis
gilang-gemilang itu diadakan (6) _______________________ amat dirasai. Hal ini demikian kerana,
semua rakyat akan (7) __________________________.
Sambutan perayaan Hari Kebangsaan selalunya bermula dengan (8) _______________________
raksasa. Para (9) ______________________________ berdiri di atas pentas untuk menerima tabik
hormat. Pada sebelah malamnya pula pelbagai aktiviti diadakan. Antaranya ialah (10) _______________
kebudayaan.








Disediakan oleh,
-Cikgu Baidura09-

You might also like