Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

TAMADUN ISLAM AC301

PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN ISLAM


DI ANDALUSIA
AZRIZA BIN TONY
05DAT13F1152
DAT3/S4
PETA ANDALUSIA
PENGENALAN MENGENAI ANDALUSIA

Andalus atau Andalusia dikenali sebagai Taryessus pada zaman
Purba.
Andalus ialah sebuah wilayah yang terletak di utara Negara
Maghribi, dan di selatan Sepanyol di dalam benua Eropah.
Wilayahnya berbentuk segi tiga dan kini wilayahnya merangkumi
selatan Negara Sepanyol dan Portugal. Ibu negeri Andalus ialah
Cordova pada zaman pemerintahan Bani Umayyah.
Perkataan Andalus diambil bersempena nama masyarakat peribumi
Jerman iaitu Vandalos yang telah menduduki wilayah tersebut
sebelum kedatangan Islam sejak awal kurun kelima Masihi.
Pada tahun 711 Masihi, panglima Tariq bin Ziyad telah membuka
kota Andalus dan menjadikan ia sebagai wilayah Islam pada zaman
pemerintahan Bani Umaiyyah.

Islam di Andalus, mempunyai perkaitan yang rapat
dengan kerajaan Bani Umayyah. Kerajaan Bani
Umayyah yang terbina di Andalus adalah rentetan
daripada kerajaan Bani Umayyah yang bertapak di
Damsyik, Syria apabila kerajaan Islam di bawah Khalifah
al-Walid ibn Abdul Malik, khalifah yang kelima telah
berjaya menakluki bumi Andalus melalui gabenornya.
Wilayah khilafah Bani Umayyah berpusat di Damsyik,
Syria sehingga merentasi benua Eropah, manakala
wilayah khilafah Bani Abbasiyah berpusat di Iraq dan
sekitar wilayah timur Arab



KRONOLOGI KEDATANGAN ISLAM DI
ANDALUSIA

Sejarah yang dilalui umat Islam di Andalus dapat dibahagi
kepada beberapa fasa utama, iaitu:
Fasa pertama (91 H 138 H / 709 M 756 M)
Andalus mula ditakluk dan ia kemudiannya berada di bawah
pemerintahan para wakil gabenor yang dilantik oleh khalifah
Bani Umaiyyah yang berpusat di Damsyik. Pada fasa ini,
kestabilan politik Andalus masih belum tercapai secara
sempurna. Terdapat pelbagai masalah yang timbul, seperti
perselisihan di antara pemimpin, terutama akibat perbezaan
suku dan golongan.

Fasa kedua (138 H 238 H / 756 M 852 M)

Andalus berada di bawah pemerintahan seorang yang
bergelar Amir yang berasingan dengan pusat
pemerintahan Islam di Baghdad yang ditadbir oleh Bani
Abbasiyah. Amir pertama ialah Abdul Rahman I berjaya
mendirikan kerajaan Bani Umayyah. Pada tempoh ini,
umat Islam mulai memperoleh kemajuan, baik dalam
bidang politik, sosial, dan ekonomi, mahupun dalam
bidang peradaban. Contoh-contoh pembaharuan yang
telah dilaksanakan ialah Abdul Rahman I mengasaskan
penubuhan Masjid Cordova dan sekolah-sekolah di kota-
kota besar. Hisham I dikenali berjasa dalam
menegakkan hukum Islam, dan Hakam I dikenali
sebagai pembaharu dalam bidang kejuruteraan.

GAMBAR-GAMBAR PEMBANGUNAN DI
ANDALUSIA
Fasa ketiga (238 H 300 H / 852 M 912 M)

Fasa ini berlangsung dari pemerintahan
Muhammad Ibn Abdul Rahman yang
kemudiannya diakhiri dengan Abdullah Ibn
Muhammad. Pemerintahan pada fasa ini tidak
banyak membuat perubahan sebaliknya
terpaksa menghadapi pelbagai tentangan dari
dalam dan luar negeri. Terdapat juga krisis
dalaman yang dihadapi oleh pemerintah.

Fasa keempat (300 H 366 H / 912 M 976 M)

Pada fasa ini, Andalus diperintah oleh pemimpin
dengan memakai gelaran khalifah. Khalifah
yang mentadbir andalus pada ketika itu ialah
Abdul Rahman III, dan anaknya al-Hakam II.
Pada fasa ini, umat Islam Andalus mencapai
kemuncak kemajuan dan kejayaan menyaingi
kejayaan kerajaan Abbasiyah Baghdad.

Fasa kelima (366 H 422 H / 976 M 1031 M)

Permulaan kepada kehancuran khalifah Bani
Umayyah apabila khalifah Hisham yang ketika
itu berusia sepuluh tahun menaiki takhta
manakala tampuk pemerintahan dikuasai oleh
al-Hajib Ibn Abi Amir secara mutlak. Setelah
beliau wafat, negara Andalus yang sebelum ini
makmur kemudian dilanda kekacauan akhirnya
menuju kehancuran. Akhirnya, Dewan Menteri
yang memerintah Cordova menghapuskan
jawatan khalifah. Maka bermulalah Andalus
berpecah kepada kerajaan-kerajaan kecil yang
berpusat di kota-kota tertentu.

Fasa keenam (407 H 667 H / 1016 M 1268 M)

Andalus telah berpecah kepada kerajaan-kerajaan
kecil. Namun, terdapat satu kekuatan yang
dominan, iaitu kekuasaan kerajaan Murabbitun dan
kerajaan Muwahhidun. Akan tetapi, kerajaan ini
tidak dapat bertahan lama dan mengalami
kehancuran. Pada tahun 1212 M, tentera Kristian
memperoleh kemenangan besar di Las Navas de
Tolesa. Kekalahan yang dialami kerajaan
Muwahhidun menyebabkan pemimpinnya memilih
untuk meninggalkan Andalus sekaligus
menamatkan pemerintahan Muuwahhidun di
Andalus.
Fasa ketujuh (629 H 897 H / 1232 M 1492 M)

Pada fasa ini, Islam hanya berkuasa di daerah
Granada, di bawah dinasti Bani Ahmar (Nasriyah).
Peradaban ini kembali mengalami kemajuan
sungguhpun secara politiknya, dinasti ini hanya
berkuasa di wilayah yang kecil iaitu Granada.
Setelah Ferdinand dan Isabella bersatu melalui
perkahwinan, mereka akhirnya berjaya merebut
kekuasaan terakhir umat Islam di Andalus ini.
Dengan demikian, berakhirlah pemerintahan Islam
di Andalus pada tahun 1492 M setelah jatuh ke
tangan pihak Kristian.

PEMERINTAHAN ISLAM DI ANDALUSIA

Pemerintahan Islam di Andalusia telah membawa nafas baru
setelah menamatkan kekejaman pemerintahan Raja Roderick.
Perilaku dan akhlak Thariq dan orang-orang Islam begitu mulia
menyebabkan penduduk Andalusia senang untuk menerima
mereka. Kebebasan agama benar-benar diakui apabila
pemerintahan Islam di Andalusia ini tidak berkira untuk
mengamalkan mana-mana agama, Islam atau Kristian mahupun
Yahudi bebas mengamalkan agama mereka.

Keadilan ditegakkan tanpa berkira bangsa, sehingga jika tentera
Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat.
Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita. Orang-
orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jitu
yang dengan cepat membawa kemakmuran dan menjadikan negeri
teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki hakim
sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua
komuniti mendapat layanan yang sama rata
Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan
luar biasa. Orang-orang Kristian termasuk pendeta-pendetanya
yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan
ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan
makmur.

Pemerintahan Islam digambarkan berjaya menjamin hak-hak asasi
kaum lain sehingga mereka boleh membantu dalam usaha
meninggikan tamadun. Antaranya dapat dibuktikan daripada
seorang penulis Kristian terkenal menulis:

"Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan
baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka
mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan
keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu bangsa Eropah
sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.

Pemerintahan Islam di Andalusia dilihat sebagai satu pemerintahan
yang mementingkan kecemerlangan ketamadunan dari sudut ilmu,
sosial dan masyarakat. Sebelum Islam membuka Andalus,
masyarakat Kristian Eropah hidup di dalam kegelapan dan
kejahilan. Ini bermaksud, kedatangan dan era pemerintahan Islam di
Andalus telah melonjakkan tamadun Islam secara keseluruhannya
sehingga ada yang menganggap ia lebih hebat dari tamadun Islam
di Timur yang berada di bawah pemerintahan Bani Umayyah dan
Abbasiyyah.

Pemerintahan Islam di Andalusia telah menjadi pemangkin kepada
kejayaan Eropah dalam membina tamadun mereka. Usaha-usaha
yang dilakukan oleh para pemerintah Islam telah memberikan impak
positif sehingga Barat dapat membina tamadun mereka yang
membanggakan sehingga hari ini.

Pada peringkat awal, pemerintah Islam berjaya untuk
mengawal masyarakat Andalusia walaupun mereka
mempunyai pelbagai kaum antaranya kaum Arab, Yahudi,
Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat
dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga
dengan sempurna.
Namun antara punca kejatuhan kerajaan Islam juga turut
disebabkan oleh kepelbagaian budaya ini yang
merenggangkan hubungan mereka sesama sendiri sehingga
akhirnya kerajaan turut menjadi lemah.

PERINGKAT KECEMERLANGAN ANDALUSIA

Kecemerlangan pemerintahan Islam di Andalusia boleh
dikatakan berlaku pada zaman pemerintahan Bani
Umayyah Andalusia, selepas mereka bertindak
keluar dari penguasaan Abbasiyyah terhadap wilayah
Islam. Kejayaan ini berlaku pada zaman Abdul Rahman
al-Dakhil yang mula mengukir nama di Andalusia pada
tahun 138H/756H.
Zaman ini berterusan selama kira-kira 3 abad hingga
422H/1031H dimana pemimpinnya berjaya membentuk
satu masyarakat yang dinamis dan harmonis dalam
kepelbagaian latar belakang penduduknya.

Pentadbiran yang diberi kuasa mentadbir secara sendiri
tanpa pengaruh anasir luar, sebenarnya memacu
kecemerlangan yang ingin dicapai. Apabila pentadbiran
tidak dicampur dengan urusan-urusan lain, maka
mereka tidak akan disibukkan dengan pergolakan luaran
yang berlaku.
Tumpuan mereka adalah dalam kerangka
mempertingkat daya dan usaha ke arah merealisasikan
matlamat yang digariskan.

Dalam era pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil telah
memperlihatkan perkembangan pesat ketamadunan
berlaku. Di zaman beliau, masjid Cordova telah dibina
dan sekolah-sekolah telah didirikan di beberapa kota
besar Andalusia.
Hisham 1 pula merupakan orang yang mengungguli
syariat Islam.
Hakam 2 didapati pula didapati banyak member
sumbangan dalam melengkapkan aspek ketenteraan
dari segi kelengkapan dan latihan yang sempurna untuk
pasukan pertahanan ini.
Pada zaman Abdul Rahman III yang dikenali juga
dengan nama Abdul Rahman al-Nasir,
pemerintahan di Andalusia mula menggunakan
gelaran Khalifah, atas sebab mereka satu-satunya
kerajaan yang meneruskan pemerintahan Bani
Umayyah di kala Bani Abbasiyyah mula
mengukir kuasa di Baghdad.

Di atas semangat Abdul Rahman III inilah telah
memperlihatkan kejayaan pemerintahan beliau
dalam mendirikan pusat kecemerlangan ilmu, iaitu
Universiti Cordova yang telah berdiri megah
sehingga hari ini.
Namun begitu, seakan sudah menjadi lumrah
bahawa di sana ada kitaran ketamadunan seperti
yang dibicarakan oleh Ibn Khaldun. Kitaran
ketamadunan itu menyebabkan kita berfikir bahawa
segala apa yang berada di puncak pasti akan
melalui zaman menurun. Kitaran inilah yang turut
melanda Andalusia sehingga kejayaan yang dibina
semakin lama semakin menunjukkan
ketidakmampuan untuk mempertahankan
penguasaan Islam di sana dari sudut politik
pentadbiran, bukannya dari sudut kecemerlangan
intelektual dan fizikal.

Kejatuhan Andalusia tidak berlaku sekelip mata,
tetapi ia melalui proses yang panjang.
Sayangnya, tiada dikalangan pemimpin umat
Islam pada ketika itu yang berjaya
mempertahankan ketuanan Andalusia. Bibit-bibit
kejatuhan itu bermula apabila pemerintahan
Andalusia dijuzukkan kepada kerajaan-kerajaan
kecil.

TOKOH ILMUAN YANG LAHIR ERA KERAJAAN
ANDALUSIA

Terdapat lima tokoh tafsir terkemuka Andalus yang hidup di
dalam zaman yang berbeza, selaras dengan peringkat-
peringkat perkembangan ilmu tafsir yang berlaku di
Andalus.
Baqiy Ibn Makhlad
Abu Bakr Ibn al-`Arabi
`Abd al-Haq Ibn `Atiyyah
Abu `Abdillah Ibn Farh al-Qurtubi
Athir al-Din Abu Hayyan al-Andalusi

FAKTOR KERUNTUHAN KERAJAAN
ANDALUSIA


Tiada mekanisme dalam mencari pengganti yang layak untuk
meneruskan pemerintahan di Andalus. Kebanyakan mereka hanya
mewariskan kepimpinan melalui sistem monarki yang pada waktu
itu sudah korup, tiada akauntibiliti dan hilang integriti di mata rakyat.
Tiada wala' terhadap khalifah yang sah mentadbir kerajaan. Masing-
masing menyimpan hasrat untuk menguasai wilayah pemerintahan
sehingga berlaku perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.
Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam
mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan
pemerintahan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain.
Perbezaan fikrah yang wujud sehingga hilang adabul ikhtilaf di
kalangan mereka, lalu perbezaan tersebut banyak membawa jatuh-
menjatuhkan, runtuh-meruntuhkan dan kurang usaha untuk
bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.
Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam
seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa
mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama
mereka.


IKTIBAR SEJARAH ANDALUSIA : TELADAN
DAN SEMPADAN

Antara punca yang dilihat melemahkan umat Islam ketika
itu dan boleh dijadikan iktibar kini ialah:
Perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin yang
mentadbir wilayah. Ini dapat dilihat pada berperingkat.
Tidak mempunyai sifat ketaatan kepada kepimpinan
sehingga mereka tidak mahu mengikut nasihat
khalifah.
Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka
dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama
dengan musuh tanpa mengambil kira untuk
memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.
Manakala kejayaan mereka yang boleh dijadikan iktibar ialah:

Andalusia telah membuka ruang untuk memastikan supaya
sekiranya kita ingin sentiasa maju ke hadapan, kita harus
bersikap terbuka kepada pemikiran-pemikiran kreatif dan
idea-idea yang inovatif.
Kecemerlangan Andalusia dalam bidang pertanian dan
industri mengajar kita untuk mempertingkatkan kemajuan
dalam bidang ini dengan bantuan teknologi maklumat.
Ketamadunan yang dibina telah meninggikan Eropah dimana
pada waktu tersebut berada pada zaman kegelapan.
Kejayaan Islam membina tamadun dalam keadaan mereka
mempunyai kepelbagaian bangsa dan penganut agama
samawi juga sesuatu yang unik.

You might also like