Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

liljihad@yahoo.com ..

smksg cikgu abdul jalil


Sains dan Teknologi
Tamadun Yunani
- Peningkatan berlaku dalam bidang matematik, astronomi,perubatan serta teknologi membuat perahu
dan kertas.
- Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
- Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras.
- Ahli sains terkenal seperti Hippocrates terkenal sebagai Bapa Perubatan.
- Archimedes sebagai ahli matematik dan fzik telah menyumbangkan teori berhubung dengan isi padu air
dan graviti.
- Ptolemy merupakan tokoh bidang astronomi .
Tamadun Rom
- Di Rom, Boethius iaitu ahli matematik telah mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan
astronomi.
Tamadun India
- Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dipetik
daripada Rig Veda.
- Matematik dalam tamadun India berkembang dalam Zaman Gupta.
- Ahli matematik India ialah Aryabhata dan Varahamihira.
- Wujud sistem angka dalam tamadun Yunani iaitu herodianic dan ionic.
- Ilmu perubatan berkembang di India disebabkan kecenderungan masyarakat dalam fsiologi kerana
kaitannya dengan yoga.
- Dalam keempat-empat tamadun, ilmu pelayaran meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat
dan perahu yang lebih besar.
Tamadun China
- Di China konsep konsep keseimbangan kuasa Yang (aktif) dan Yin (pasif) membolehkan seseorang
sihat digunakan dalam perubatan tradisional.
- Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar.
- Perahu layar dapat meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting
dalam peperangan.
- Penciptaan kertas telah bermula dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-
liljihad@yahoo.com ..smksg cikgu abdul jalil
sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa dan diratakan serta dikeringkan.
Seni bina
- Mencerminkan ketahanan manusia tamadun awal menghadapi cabaran untuk
hasilkan monumen yang turut melambangkan pencapaian paling agung bangsa ,
agama dan rajanya.
Tamadun Yunani
- Acropolis dibina untuk keagamaan.
- Merupakan pusat pentadbiran di Athens
- Didalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater serta bangunan
yang menarik iaitu Parthenon.
- parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati kejayaan
membebaskan diri daripada kuasa Persia.
- Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat
menjalankan kerja awam.
Tamadun Rom
- Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.
- Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam tanah dan dalam pintu gerbang.
- Teknologinya berasaskan sistem gravity.
- Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater.
Tamadun India
- Great Bath merupakan binaan yang sangat baik dan lengkap.
- Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil.
- Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil mempamerkan penggunaan elemen
geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat
- Stupa Besar di Sanchi adalah untuk keagamaan.
Tamadun China
liljihad@yahoo.com ..smksg cikgu abdul jalil
- Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina sejak zaman Dinasti
Chou.
- Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking.
- Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata dan
lumpur.
- kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja.
- Istana yang masih kekal ialah kota larangan.
- Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting tinggalan sejarah.

You might also like