Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 42

CERAMAH PENYELARASAN

PENGURUSAN DISIPLIN

DISAMPAIKAN OLEH :

EN. JUBRINE SUGARI
PENYELIA KANAN
BIDANG DISIPLIN SPK
JPN SABAH
PERATURAN-PERATURAN
YANG HARUS DIPATUHI DALAM
MENJALANKAN KUASA DISIPLIN
1. Mengamalkan keadilan
2. Murid diberi hak untuk didengar
3. Diberi peluang membela diri .
4. Pihak Berkuasa Disiplin Sekolah tidaklah
bertindak seperti di mahkamah .
5. Tindakan natural justice perlu diberi
perhatian




LANGKAH-LANGKAH MENGENAKAN
TINDAKAN
Menerima aduan
Dapatkan bukti-bukti kukuh untuk menjawab kes
bersabit ( prima facie )
Peluang Beri Sebab ( to show cause ) tujuan bela diri
Pengetua / Guru Besar buat keputusan tanpa
dipengaruhi oleh mana-mana pihak



PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG
SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4
DAN 8 PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.
Tujuan

Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan
buang sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan
Pelajaran Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN
61/59, bertarikh 20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.

Latar belakang

Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai
perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman
berat terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang
berkuatkuasa sekarang.

Peruntukan Undang-Undang

Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes
perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai
LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut,
Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak
berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan
4 yang berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin
tersebut adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.

4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah
bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi
maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas
guru-guru dan murid-murid sekolah itu.

Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang
murid dari sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan
8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959
seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut.

8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan
memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah :

sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud
menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana
sekolah yang seseorang murid patut digantung
persekolahannya ataupun dibuang sekolah;

Adalah di luar kuasa undang-undang jika
penggantungan atau pembuangan pelajar
dari sekolah diputuskan oleh Lembaga
Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib
Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak
memperuntukkan mengenai kewujudan
Lembaga Disiplin Sekolah. Maka itu Guru
Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat
dengan pandangan atau nasihat Lembaga
Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain
keputusan menggantung atau membuang
pelajar dari sekolah hendaklah keputusan
Guru Besar / Pengetua sendiri.

Jika keputusan menggantung atau
membuang murid adalah merupakan
keputusan hasil nasihat dari Lembaga
Disiplin Sekolah maka keputusan yang
dibuat itu `void and of no legal effect.
Sebarang keputusan penggantungan
atau pembuangan pelajar tersebut jika
dicabar di mahkamah maka ianya tidak
boleh dipertahankan.
Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8
berkehendakkan surat-surat tindakan
tatatertib gantung atau buang sekolah
ditandatangani sendiri oleh Pengetua / Guru
Besar.
Keperluan-keperluan teknikal yang lahir dari
peruntukan undang-undang berdasarkan
Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian
sewajarnya dan begitu juga bagi setiap
prosedur dan surat-surat tatatertib yang
dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur
dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi,
keputusan hukuman jika dicabar di
mahkamah , ianya sukar dipertahankan.


Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari
segi waktu kejadian, tarikh kejadian tempat berlaku
dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang
boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini
Pengetua / Guru Besar sewajarnya mendapatkan
laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian
tersebut sebelum keputusan diambil ).

Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar
hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab
atau seksyen yang berkenaan. ( Ini bermakna
semua Pengetua / Guru Besar harus
melaksanakan saranan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975 mengenai
perkara ini ).

Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4
dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes.
Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja
yang boleh menggantung atau membuang murid dari
sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan
hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar /
Pengetua.
Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada
Pendaftar Sekolah-Sekolah, Pegawai Pendidikan
Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh.
Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga
untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib
yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah
dimaklumkan dengan jelas.
Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh
tertuduh dengan dua orang saksi. Salinan surat
kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut
prosedur yang sama.
Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar
dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh
dilaksanakan tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan
dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang
daripada 14 hari.

Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu
tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya
seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan
mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau
membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama.

Keperluan menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Dalam
Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991
bertarikh 19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau
Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala
kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang
berat. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam
surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi
dengan telefon, laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan
segera.



LANGKAH-LANGKAH DALAM
MENJALANKAN KUASA DISIPLIN
Menerima
Aduan
Mengumpul/Mendapatkan
maklumat
Prima Facie
Peluang Pelajar Membela Diri Jika
Pelajar Menafikan Kesalahan
Dapatan/Tindakan
Pengetua/Guru Besar


LANGKAH 1






LANGKAH 2





LANGKAH 3





LANGKAH 4

Siasatan
Kebenaran
Bukti-bukti
TIDAK
YA
Kes Gugur
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk
Guru Besar dan Guru, 1988, ms 4-5
PROSEDUR PEMBUANGAN PELAJAR
Kesalahan dan Kelakuan
Curang
Murid & Ibu bapa diberi
Amaran Bertulis
(Borang Jawapan disertakan)
Tamat
Tamat
Kelakuan
Berubah ?
Kelakuan
Berubah ?
Pelajar boleh Digantung
(< 2 minggu)
Murid & Ibu bapa diberi
Amaran Bertulis Kedua & Muktamad
(Borang Jawapan disertakan)
Rayuan kepada
Pendaftar
BESAR

Persetujuan Pendaftar Sekolah
2
Sebelum Pelajar Diterima Semula
Bersetuju?
YA
TIDAK
Rayuan oleh Ibu bapa kepada
Pendaftar Sekolah
(Dalam tempoh Sebulan)

Ibu bapa diberitahu
Berkenaan Pembuangan Pelajar
Satu Salinan Semua Rekod :
- Amaran
- Pengguntungan
- Pembuangan
dikirim kpd Pendaftar
2
Pelajar boleh dibuang terus
(Sekiranya Keadaan Tidak Membenarkan)
CONTOH SURAT PERTUDUHAN
UNTUK TUJUAN GANTUNG SEKOLAH
SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.
SMRP.TR/DLP/SULIT/(20)
16 Rabiulawal 1412
24 September 1991
Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 )
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

Tindakan Disiplin Gantung Sekolah
Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 )
Tingkatan 5A3 Mengikut Peraturan 8 (a)
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959
bertarikh20.2.1959, tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :

Bahawa kamu, Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 pada 10 September, 1991, lebih kurang pukul 1.25 petang, di Bilik Persediaan Fizik, Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, telah didapati berkelakuan tidak senonoh dan sumbang dengan Encik Sabt u B
Ahad, kakitangan makmal lelaki iaitu dalam keadaan bercumbu-cumbuan. Dengan itu kamu telah melakukan satu perbuatan yang dianggap
sebagai tingkahlaku sumbang, satu perbuatan salahlaku di bawah peraturan 2 (c) Bab XI, Undang-undang dan Peraturan Sekolah, Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 33500 Tanjung Rambutan.

3. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab terhadap disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis
kepada kamu kerana didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik Sabtu B. Ahad kakitangan makmal yang sama melalui surat bil (17)
dalam siri yang sama bertarikh 1 Jun, 1991. Kamu juga telah melalui sesi kaunseling dengan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah mengenai
perkara yang sama, tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.

4.Di bawah peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, kamu boleh digantung dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah terhadap
pertuduhan yang tersebut di atas.

5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu
patut digantung dari sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti para 5 diatas, saya akan membuat
keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah
gantung sekolah.

7. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan borang akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( SOLEHA BT OSMAN )
Pengetua,
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan,
Perak Darul Ridzuan.
s.k.
CONTOH SURAT KEPUTUSAN
GANTUNG SEKOLAH
SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.
Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 ) SMP.TR/DP/SULIT/(23).
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan. 6 Rabiulakhir 1412
14 Oktober 1991
Tindakan Disiplin Dengan Tujuan Gantung
Persekolahan Aminah Bt Hamid
( KP : A4289460 ) Tingkatan 5A3 Mengikut
Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat
saya SMPP/TR/DP/SULIT/(20) Bertarikh 24 September 1991. Saya telah menimbang jawapan
bertulis kamu dan berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan
dan bersalah terhadap pertuduhan melanggaar disiplin tersebut.
2. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas,
saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan, kamu dengan ini digantung
persekolahan selama 14 hari dan keputusan ini berkuatkuasa daripada tarikh surat ini.
3. Kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan tidak dibenarkan berada di
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan dengan serta merta
dari 14 - 27 Oktober, 1991. Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini atau
melanggar perintah ini kamu boleh dikenakan penalti Peraturan 14, Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Dispilin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan dengan tidak lebih daripada RM1,000.00 (
Ringgit Malaysia seribu sahaja ), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua
denda dan penjara.
4. Sila tandatangani akuan terima surat keputusan gantung sekolah ini dengan menggunakan
surat akuan terima yang dinyatakan bersama-sama ini.
t.t.
( SOLEHA BT OSMAN )
Pengetua,
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan,
Perak Darul Ridzuan.
s.k.
CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH
UNTUK TUJUAN
PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN
TATATERTIB SELESAI.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(1)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan 26 Ogos, 1991
Tindakan Gantung Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : 900102-10-5391 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab
disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.
Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan di bawah
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959, saya berpuas hati bahawa untuk tujuan
mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta,
Bendang Basah, Tanjung Rambutan, bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung daripada
persekolahan mulai 26 Ogos, 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai bagi
pertuduhan seperti yang berikut :
Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul
10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik
Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang
Basah, Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak
menghormati guru satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-
Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah,
Tanjung Rambutan.
Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini, atau melanggar perintah ini, kamu boleh
dikenakan penalty Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, iaitu
dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja), atau penjara
tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut.
Sila tandatangan akuan terima surat gantung persekolah ini menggunakan borang Lampiran J
seperti yang disertakan bersama-sama ini.
CONTOH SURAT PERTUDUHAN
TATATERTIB DENGAN TUJUAN
BUANG SEKOLAH.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(2)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan. 26 Ogos, 1991
Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN
61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa, kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :
Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal
Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu
Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan,
dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru, satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab
XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan.

3. Dibawah peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai
untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, kamu boleh dibuang dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah mengikut pertuduhan yang tersebut di atas.

4. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap tuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu
patut dibuang sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

5. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti yang tersebut di atas, saya
akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan
saya buat itu mungkin keputusan buang sekolah.

6. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta,
Bendang Basah,
35500 Tanjung Rambutan.
7. Sila tandatangan akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.
s.k.
CONTOH SURAT KEPUTUSAN
TINDAKAN TATATERTIB BUANG
SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(3)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 30 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan. 9 September, 1991
Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui
surat saya kepada kamu SMS/BB/S/SULIT/1/(2) bertarikh 26.8.1991.
2. Setelah menimbangkan jawapan bertulis kamu yang telah kamu kemukakan, saya telah
berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan
bersalah terhadap pertuduhan melanggar disiplin tersebut.
3. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di
atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan
disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan dan keputusan ini berkuatkuasa serta-
merta.
4. Kamu dengan ini adalah dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta,
Bendang Basah, Tanjung Rambutan mulai 19.9.1991.
5. Mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, tuan
boleh merayu terhadap keputusan membuang sekolah anak tuan Rusli bin Abdul mulai
daripada 19.9.1991 kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah seperti alamat di atas dalam
tempoh 30 hari selepas menerima surat ini.
6. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J
seperti yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.
s.k.
CONTOH SURAT AMARAN KES
DISIPLIN
SMK JENGKA 21,
FELDA JENGKA 21,
26400 BANDAR JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR
Kepada:
Ibu Bapa/ Penjaga Murid,
..............................................................
..............................................................
Tuan / Puan,
AMARAN DISIPLIN PERTAMA / KEDUA / KETIGA/ AMARAN KERAS
Nama Murid :
No. KP :
Tingkatan :
Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Anak / anak jagaan tuan / puan seperti di atas telah melakukan salah laku berikut :
3. Sehubungan dengan itu, anak/ anak jagaan tuan / puan telah diambil tindakan dengan diberi
Amaran 1/ Amaran 2/ Amaran 3/ Amaran Keras. Anak / anak jagaan tuan / puan juga telah dirujuk
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk khidmat nasihat agar dapat mengubah
kelakuannya, namun kelakuannya tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.
4. Tindakan disiplin yang lebih berat akan dikenakan sekiranya anak/ anak jagaan tuan/ puan masih
berterusan melakukan salah laku disiplin sekolah.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
.....................................................
( )
Pengetua
SMK Jengka 21, Felda Jengka 21
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
TATACARA TINDAKAN DISIPLIN BAGI
KESALAHAN PONTENG SEKOLAH

Guru hendaklah mengenal pasti sebab-sebab murid
tidak hadir ke sekolah dengan menghubungi ibu bapa,
sama ada secara bertulis atau melalui telefon (dengan
catatan panggilan telefon dalam Buku Kedatangan).

Jika murid tidak hadir ke sekolah, guru hendaklah
mengambil langkah-langkah berikut:

memastikan murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau
surat ibu bapa dengan tandatangan yang sah bagi menjelaskan
ketidakhadiran murid;

murid yang tidak hadir selama dua hari atau lebih tanpa surat doktor
dikehendaki membawa ibu bapa berjumpa dengan Guru Besar atau
Pengetua, melainkan jika terdapat bukti yang nyata bahawa
ketidakhadiran murid adalah atas sebab-sebab yang munasabah;
CONTOH SURAT AMARAN
PERTAMA / KEDUA / TERAKHIR
SEKOLAH
.


Tuan/Puan
Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN PERTAMA / KEDUA
Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan /
puan.. dari tingkatan / kelas ..telah tidak
hadir ke sekolah dari . Hingga .. ( hari)
2. Sila maklumi pihak sekolah dengan mengunakan lampiran yang disertakan
atau berhubungan terus dengan Pengetua/Guru Besar dengan seberapa
segera.
3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan boleh dikenakan
tindakan buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan daripada
ibu bapa atau penjaga dan atas sebab- sebab yang munasabah
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAILAH BAHASA KITA
Saya yang menurut perintah
.
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
Pemberitahuan Ketidakhadiran ke
sekolah :
AMARAN TERAKHIR
SEKOLAH
.


Tuan/Puan
Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN TERAKHIR
Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan / puan.. dari
tingkatan / kelas ..telah tidak hadir ke sekolah dari . Hingga
.. ( hari)
2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan/ puan melalui
surat bil. Pada.
dan
surat bil. Pada.
Dukacita dimaklumankan bahawa pihak sekolah tidak dapat menerima jawapan daripada tuan /puan.
Diharap tuan / puan dapat menghubungi pihak sekolah.
3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan akan dibuang sekolah sekiranya tuan/puan
tidak berjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAILAH BAHASA KITA
Saya yang menurut perintah
.
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
PEMBERITAHUAN
BUANG SEKOLAH
SEKOLAH
.


Tuan/Puan
PEMBERITAHUAN BUANG SEKOLAH
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak / jagaan tuan / puan
dari tingkatan / kelas . Telah tidak hadir ke
sekolah selama ..hari.
2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan /puan melalui surat-surat amaran seperti berikut :
i. Bil.. bertarikh.
ii. Bil.. bertarikh.
iii. Bil.. bertarikh.
3. oleh itu anak jagaan tuan / puan dibuang sekolah mulai
4. Walau bagaimanapun tuan/puan boleh membuat rayuan untuk bersekolah semula kepada
Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh satu bulan dari tarikh
penerimaan surat ini, seperti yang diperuntukkan pada para 10.2 Ordinan Pelajaran
1957,Peraturan-peraturan pelajaran
( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAILAH BAHASA KITA
Saya yang menurut perintah
.
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
CARTA ALIRAN TINDAKAN TERHADAP
MURID PONTENG SEKOLAH
BERTERUSAN
Surat Amaran Kedua
kepada ibu bapa/penjaga
selepas tujuh (7) hari berikutnya
tidak hadir.
Surat Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
selepas tujuh (7) hari berikutnya
tidak hadir.
Surat Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 14 hari berikutnya
tidak hadir.
Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.
Kenal pasti murid ponteng
Tiga (3) hari berterusan
Surat Amaran Pertama
kepada ibu bapa/penjaga
Tidak Hadir Hadir
Khidmat
kaunseling
Hadir
Khidmat
kaunseling
Tidak Hadir
Hadir
Khidmat
kaunseling
Tidak Hadir
TAMAT
CARTA ALIRAN
TINDAKAN TERHADAP MURID
PONTENG
SEKOLAH BERKALA
Kenal pasti murid ponteng
Sepuluh (10) hari berKALA
Surat Amaran Pertama
kepada ibu bapa/penjaga
Tidak Hadir Hadir
Surat Amaran Kedua
kepada ibu bapa/penjaga
selepas Sepuluh (10) hari berikutnya
tidak hadir.
Khidmat
kaunseling
Hadir
Khidmat
kaunseling
Tidak Hadir
Surat Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
selepas Dua Puluh (20) hari berikutnya
tidak hadir.
Surat Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 20 hari berikutnya
tidak hadir.
Hadir
Khidmat
kaunseling
Tidak Hadir
Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.
TAMAT
IMPLIKASI HUKUMAN TERHADAP GURU-
GURU YANG MELANGGAR PERATURAN
1. Tanggungan peribadi
2. Vicarious Liability
3. Pelanggaran tugas mengikut Bab D
( Perintah Am )
4. Surcaj di bawah Akta Acara Kewangan
5. Gangguan Psikologi dan emosi
6. Rekod perkhidmatan yang tercemar
7. Kerugian pendapatan
8. Hilang hak pencen
9. Menjatuhkan maruah
BAGAIMANA MANUSIA
HENDAK DILAYAN


DISAYANGI BUKAN DIPERGUNAKAN
DIFAHAMI BUKAN DIHUKUM
DITERIMA BUKAN DISISIH
DIHORMATI BUKAN DIPERKECIL
DITOLONG BUKAN DIROSAKKAN
MERASA SELESA BUKAN DIKUTUK
BERKEMBANG BUKAN RENCAT

SELAMAT MELAKSANAKAN TUGAS

SAMPAI KETEMU LAGI


SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like