Bab 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAB 2 : PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengenalan

Peranan guru dalam bilik darjah adalah berperanan sebagai pembimbing, penyelaras atau
fasilitator. Menurut Jere Brophy,pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah keupayaan guru
untuk membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah bagi mewujudkan
persekitaran yang efektif untuk pengajaran dan pembelajaran(p&p).

Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid yang dapat
melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
pembelajaran.
Persekitaran ini dapat berupaya untuk untuk meransang minat dan semangat
murid untuk terus belajar.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif merangkumi:
1. persekitaran fizikal
2. persekitaran psikososial
3. peraturan dan rutin bilik darjah

1. Persekitaran Fizikal
Aspek-aspek persekitaran fizikal bilik darjah
- Susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah.
- Sumber bahan pembelajaran.
- Ruang atau sudut pembelajaran.
- Ruang pada dinding.
- Pencahayaan,pengudaraan dan perabot.
- Kebersihan.

2. Persekitaran Psikososial
Ciri-ciri persekitaran psikososial yang baik:
- Suasana mesra dan selesa.
- Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal.
- Perasaan murid diterima.
- Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.
- Suasana yang meransang pembelajaran.
- Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan
perkongsian idea.
- Menggalakkan pembelajaran koperatif.
- Memberi peluang yang sama kepada semua murid.

3. Peraturan dan Rutin Bilk Darjah

Peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima
di dalam bilik darjah.
Peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral
murid-murid.
Antara penekanan yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa membentuk
peraturan ialah:
- Ayat peraturan mesti ringkas dan jelas.
- Peraturan yang dibentuk mesti bermakna dan
dipersetujui oleh murid dalam bilik darjah.
- Hadkan bilangan peraturan.Peraturan yang terlalu
banyak akan mengelirukan murid-murid.
- Peraturan yang dibina seharusnya adil dan bertujuan
membantu proses pembelajaran.
- Elakkan daripada menggunakan perkataan jangan.
- Peraturan bilik darjah mesti selaras denga peraturan
sekolah dan tidak bercanggah dengannya.
Contoh peraturan dan rutin bilik darjah:

1. Menepati masa.
2. Menghormati guru dan rakan.
3. Menghormati harta benda orang lain.
4. Menjaga kebersihan bilik darjah.
5. Menumpukan perhatian .
6. Mematuhi peraturan sekolah dan lain-lain

You might also like