Kertas Kerja Gotong Royong Sayangi Kawasan Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1

KERTAS KERJA
PROGRAM GOTONG ROYONG SAYANGI ALAM SEKITAR ANDA
TARIKH : 24 JULAI 2014 (KHAMIS)
MASA: 8.00 PAGI- 5.00 PETANG
TEMPAT: SK SEPAKAT JAYA

1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan abad ke 21 berdepan dengan pelbagai cabaran dalam
memenuhi objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM iaitu
berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti,
merapatkan jurang pencapaian, menggalakkan perpaduan dalam kalangan
murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.Kebersihan persekitaran
sekolah dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu
memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.
Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan
tanggungjawab yang perlu digalas oleh sesebuah institut pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap
kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih yang
bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pembelajaran dan
pengajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan itu ,pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K
(Keselamatan,kesihatan dan kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan
satu aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi
matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini
diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar betapa
pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.
Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai- nilai
murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksana meliputi
aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah,
2

keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan
nyamuk aedes .
Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK
Sepakat Jaya akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya
memenuhi serta mencapai matlamatnya. Program ini telah memberi impak yang
besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Sekolah-sekolah lebih ceria dan ia selaras dengan tema Sayangi Kawasan
Sekolah Anda. Program ini diharap dapat mengubah budaya warga sekolah dan
masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik. Kerja berpasukan dalam
kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama yang diberikan oleh warga SK
Sepakat Jaya serta kepimpinan Guru Besar akan membuahkan hasil yang
diharapkan.
Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan
serta aktiviti yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui
kesedaran kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya
tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan
memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran
kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan
persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada
dalam situasi yang bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat
pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalani aktiviti-aktiviti
di sekolah. . Di samping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan
diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu
mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun
aktiviti harian yang lain.









3

2.0 TUJUAN

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran
sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan sekolah terhadap
semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua
pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah
dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan
lebih bersemangat dan bermotivasi. . Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan
memberikan mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih
baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti
program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga
berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan
melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.


3.0 Nama Program
KECERIAAN SEKOLAH

4.0 Tema Program
SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA

5.0 Matlamat
Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada
warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan
dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang
sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan
kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya
cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang
sempurna. Murid kurang memahami maksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih ,
berfungsi dan selamat. Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh
,meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan
diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting
4

program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap
kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap
persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.
Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria,
selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama
dengan kakitangan sekolah iaituguru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk
menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan
seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan
petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf dan kawasan
belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid membaca,
berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.
6.0 Objektif
Objektif program ini adalah:
i.Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman sekolah yang lebih ceria dan
harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi
meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan
selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Ii .Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat dan ceria.
iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan maksimum.
iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasma erat antara murid , pendidik
dan warga sekolah dalam melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
v. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan
5

vi.Mengembeleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.
7.0 Format Pelaksanaan
Manual Pelaksanaan Program
Bil Pelaksanaan Tugas Tindakan
1. Penyediaan kertas kerja program:
-Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan
Persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan
pelaksanaan program melalui mesyuarat dan
besemuka.
-Mesyuarat kali pertama
Setiausaha program
2 Pelantikan AJK Program secara rasmi Setiausaha program
3 Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan
kerja-kerja asas program
Setiausaha program
4 Mesyuarat AJK Program kali ke-2 Setiausaha program
5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan,percetakan
dan mengirim surat menyurat, kad dan surat
jemputan
Setiausaha Program
6 Mengirim surat atau kad-kad jemputan menggu
nakan perkhidmatan pos laju, e-mel, mesin
faksimili atau pertemuan peribadi (daripada
agensi-agensi atau individu yang terbabit)
Setiausaha Program
7 Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-
peralatan yang perlu digunakan untuk gotong-
royong
AJK Peralatan
8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah
9 Tempahan makanan untuk jamuan AJK Jamuan
10 Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan
Perasmian dan Pelancaran
AJK Persiapan Tempat
6

11 Kerja pembersihan tempat/kawasan gotong
royong
Semua AJK dan peserta

8.0 PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

9.0 CADANGAN TARIKH
24 Julai 2014 ( Khamis)

10.0 Tempat
SK Sepakat Jaya, Batu 9 !/2 , JALAN Labis , 83700, Yong Peng , Johor.
11.0 FOKUS KAWASAN
Kawasan yang menjadi fokus program gotong royong ini adalah bilik-bilik darjah, bilik-
bilik khas seperi pusat sumber , makmal sains, pondok bacaan, kantin dan kawasan
riadah / wakaf / rehat sekitar sekolah. Matlamatnya supayakawasan ini lebih bersih,
indah dan ceria serta dapat memberi manfaat kepada murid serta warga sekolah.
i) Kawasan Rehat / Wakaf / Riadah perlu diceriakan dengan :
Melatakkanpavement dari bangunan ke waqaf dan di antara waqaf
Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan
Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat
tumpuan pelajar.
Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan

7

Tempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh
menarik minat murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti
terutama sekali ketika menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat dua
sesi persekolahan. Maka amat sesuai sekali kawasan rehat wakaf yang ceria, menarik
dan selesa dijadikan salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti

ii.Kawasan Sekitar Sekolah perlu juga diceriakan untuk :
Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf/ sudut bacaan tersebut
Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar
Menanam pokok sebagi teduhan
Memperbanyakkan tanaman hiasan
Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
Kawasan ini juga sesuai Pengajaran dan Pembelajaran dilakukan. Kawasan tersebut
boleh di ubahsuai menjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan juga menjadi
tempat perbincangan dan belajar semasa proses P&P dijalankan

12.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:
Seluruh warga SK Sepakat Jaya iaitu guru-guru, pekerja sekolah , murid-murid tahun
4, 5 dan 6 , serta AJK PIBG.




8

13.0 Carta Organisasi pelaksanaan program
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
En. Rashidi Bin Mohamed ( Guru Besar)
Pengerusi 1
En Mohd Razak Bin Abd Hamid ( Penolong Kanan 1)
Naib Pengerusi 2 ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Encik Rosli Bin Saman
Setiausaha ( Guru Penyelaras Program 3K)
Pn Rafidah Binti Jalil
Naib Setiausaha
Cik Nurul Ain Binti Saat ( Penyelaras 3K)
Bendahari
Pn Shazrin Binti Abu Bakar
Ahli Jawatankuasa
Pn Aliza Binti Tukiran
Pn Faridah Binti M Khairon
En Mohamad bin Ali (Wakil PIBG)
Encik Esa Bin Serlamat (WAKIL PIBG)


9

AJK PELAKSANA
Peralatan : En Abd Talef Bin Awang
Buku Program : En Mohd Fikri Bin Marzuki
Dokumentasi / Cenderahati : Puan Maslina Binti Awang Ngah
: Puan Zaharah Binti Abdul Kadir
Penyambut tetamu : En Nurul Izam Bin Miswan
Jamuan : Pn Salmi Izura Binti Md Sehak
Pn Norazian Binti Mansor
Pengerusi Majlis : Pn Siti Hadijah Bt Samsuri@ Monsarif
Bacaan Doa : Ustaz Fikri Bin Marzuki
Siaraya : En Rahimi Bin Abu Talib
Persiapan Tempat : En Shukri Bin Md Jani

13.0 Tentatif Program
1.Semua guru, murid dan pekerja berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.
2.Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya
3.Semua yang hadir dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat- tempat
yang telah ditetapkan
4.Aktiviti- aktiviti :
Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes
Membersihkan kawasan di dalam dan di luar bilik darjah
10

Aktiviti perbincangan LDK bagaimana cara hendak mengurangkan sampah
dan ceramah motivasi Petua menjadi pelajar yang cemerlang
Menyapu dan memungut sampah serta memasukkan barangan terbuang yang boleh
di kitar semula seperti kertas , tin aluminium , botol ke dalam tong Kitar Semula

14.0 Anggaran perbelanjaan
Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang
dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar.
Kebanyakkan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh
ibu bapa, pihak kantin, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.. Berikut disenaraikan
anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH
1 Perbelanjaan percetakan
1. Buku Program
2. Surat Menyurat

RM 0.50 x10
RM 0.50 x 4

RM5.00
RM 2.00
2 Peralatan
3. Cangkul
4. Plastik Sampah
5. Tong Sampah

RM6 x 3
RM1 x 2
RM 30 x 4

RM18.00
RM 2.00
RM120.00

3

Perbelanjaan Jamuan
Jamuan tengah hari

RM2.00 x 100

RM 200.00

4

Perbelanjaan Hadiah
Hadiah dan cenderahati

RM 100

RM100.00

Jumlah Keseluruhan

RM 447.00
11

15.0 Penutup
Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat
menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta
dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah
selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah
sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang
dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa
dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana
muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra
antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua
pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain. Adalah diharapkan program
ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat dan
menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan
harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama
menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.



Disediakan oleh: Disemak Oleh
.
( RAFIDAH BINTI JALIL) (RASHIDI BIN MOHAMAD
Setiausaha Program SK Guru Besar SK Sepakat Jaya
Sepakat Jaya , Yong Peng








12





Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK
DILULUSKAN di atassebab-sebab berikut:
..
..



MASA PENGISIAN
7.30- 8.00 pagi Taklimat dan pelancaran Program Gotong
Royong Cari Dan Musnah Tempat pembiakan
Nyamuk Aedes oleh Tuan Guru Besar
8.00 pagi- 8.30 pagi Pembahagian kumpulan
8.30 pagi- 10.00 pagi Aktiviti gotong royong

8.0 PENUTUP
Program gotong royong ini diharapkan dapat memupuk nilai murni menyayangi alam sekitar
dan dapat bersama-sama membantu mencegah demam denggi di kalangan murid murid dan
warga sekolah
Disediakan oleh, Disahkan Oleh
_______________________ __________
(RAFIDAH BINTI JALIL) (MD IDRIS BIN MD SATAR)

Setiausaha Guru Besar Progra
BengKEPengucapan Awam SK Sepakat Jaya





13





Gambar menunjukkan kursus LDP yang disampaikan oleh Pelajar PPG Ambilan 2011, Pn Rafidah Bt Jalil





14




MASA PENGISIAN
7.30- 8.00 pagi Taklimat dan pelancaran Program Gotong
Royong Cari Dan Musnah Tempat pembiakan
Nyamuk Aedes oleh Tuan Guru Besar
8.00 pagi- 8.30 pagi Pembahagian kumpulan
8.30 pagi- 10.00 pagi Aktiviti gotong royong




Tn. Guru Besar SK Sepakat Jaya , En Md Idris Bin Satar menerajui pimpinan bagi mendengar ceramah
yang disampaikan
15











16

Gambar menunjukkan guru-guru wanita yang khusyuk mendengar ceramah




Gambar menunjukkan paparan background slaid powerpoint yang dipaparkan melalui LCD




17





Gambar menunjukkan barisan guru-guru lelaki SK Sepakat Jaya yang mendengar ceramah

You might also like