Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

8.

Pengurusan Bahan Buangan


a. Pembuangan biodegradable waste
TAHAP = 1 SANGAT LEMAH


Gambar menunjukkan sampah-sarap yang dikumpul dalam beg plastik
sampah besar. Kita mendapati bahawa kebanyakan sampah-sarap tidak
dikategorikan mengikut kumpulan, dan semua sampah dibuang sahaja
tanpa dikelas. Biodegradable waste terutamanya sisa-sisa makanan
dibuang ke dalam tong sampah.

b. Amalan Aktiviti Pengkomposan
TAHAP = 1 SANGAT LEMAH
Daripada perkara di atas, disebabkan ketiadaan sistem pembuangan
biodegradable waste yang baik wujud, maka tiadanya amalan aktiviti
pengkomposan yang dijalankan untuk mereput atau mengurai bahan-
bahan seperti sisa makanan dan sisa perkarangan bangunan.

c. Amalan Kitar Semula
TAHAP = 2 LEMAH


Amalan kitar semula di dalam maktab masih wujud kerana biasanya
pekerja akan mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan
meletakkan ke dalam stor. Walau bagaimanapun, daripada gambar di
atas, ini menunjukkan bahan-bahan ini tidak diurus dengan baik. Selain
itu, tiadanya tong kitar semula yang mempunyai tiga jenis warna bagi
pelajar untuk membuang bahan-bahan kitar semula daripada sampah-
sarap.

d. Keadaan tangki septik
TAHAP = 4 CEMERLANG

Menurut seorang warden (Encik Ramlee), beliau mengatakan bahawa
sistem tangki septik ini masih baru ditambahbaik dan berfungsi. Tangki
septik di gambar rajah adalah terletak berdekatan asrama blok G untuk
kegunaan harian penghuni siswi guru.

e. Pengurusan bahan buangan dari makmal
TAHAP = 2 LEMAH

Bagi makmal sains, kebanyakan bahan-bahan kimia ditaruh ke dalam
sinki, dan sinki tidak dibersihkan menyebabkan bau kimia yang tidak
selesa. Namun begitu, bagi pembelajaran sains di maktab, kebanyakan
bahan kimia boleh diurus melalui tuangan ke dalam sinki mengikut
keperluan pembelajaran.

f. Pengurusan bahan buangan dari bengkel
TAHAP = 1 SANGAT LEMAH (TIDAK WUJUD)

Bengkel yang selalu dikunci dan tidak digunakan.


Keadaan bengkel yang usang dan kotor. Disebabkan bengkel tidak
digunakan dan dijaga kebersihan, maka bengkel telah terbiar sahaja
dengan semua asset yang ada. Ketiadaan bahan buangan yang diurus
dari bengkel.

g. Pengurusan peralatan elektrik yang lama yang tidak boleh digunapakai
TAHAP = 2 LEMAH

Televisyen yang sudah lama rosak dan tidak boleh digunakan terbiar
sahaja di ruang tamu asrama.

You might also like