Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Antara kepentingan perpaduan antara kaum di Malaysia adalah mewujudkan

masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Tanpa persefahaman diantara kaum,


negara Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain akan
huru hara. Maka, peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang dimana rusuhan kaum telah
tercetus dan merupakan kemuncak masalah perpaduan dalam sejarah Malaysia.
Kepentingan perpaduan ialah dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri
yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan
masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan
telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu.
Selain itu, perpaduan kaum juga dapat membangunkan ekonomi negara.
Keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia akan meningkatkan keyakinan
pelabur asing di Malaysia. Isu perbalahan kaum di Malaysia yang tercetus akan
menyebabkan pelabur asing mengganggap ekonomi dan politik Malaysia tidak stabil.
Perpaduan kaum juga dapat mewujudkan masyarakat yang saling menghormati. Di
Malaysia, setiap kaum mempunyai pegangan adat, budaya dan agama yang
tersendiri. Setiap individu haruslah menghormati agama lain dengan tidak menghina
agama yang dianuti bagi mengekalkan semangat perpaduan.
Perpaduan kaum juga dapat meningkatkan kadar pelancong asing ke Malaysia.
Ramai pelancong asing datang ke Malaysia hanya untuk mengenali adat, budaya
dan lokasi menarik di Malaysia. Jika perbalahan kaum berlaku, pelancong asing
akan merasakan negara Malaysia tidak selamat untuk dikunjungi. Oleh sebab itu,
kita hendaklah memupuk dan menanam semangat perpaduan antara kaum dalam
diri sejak kecil lagi. Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing.

You might also like