Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

2.

0 PERANAN KELUARGA DALAM MEMPERKEMBANGAN POTENSI


KANAK- KANAK
Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan prasekolah. Ibu
bapa adalah orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke prasekolah.
Oleh itu, ia adalah wajar jika ibu bapa meneruskan penglibatan mereka untuk sama-
sama mendidik anak-anak di prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
mempunyai kesan yang positif kepada anak-anak. Kanak-kanak akan merasakan
pembelajaran bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan
berterusan sehingga apabila berada di rumah.
Guru pula akan dapat mengembangkan peranan professional mereka sebagai
pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula
boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu
pembelajaran kanak-kanak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada
guru. Pendek kata, ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan potensi,
bahasa, sosial dan akademik kanak-kanak mereka.
Ibu bapa merupakan saty unit asas keluarga dan peranannya sangat penting
dalam pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Untuk mendapat pengurusan
keluarga yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu
bapa sangat pentng dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara
komited. Dalam usaha mendirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan,
konsep melentur buluh biar dari rebung perlu diberi penekanan. Ibu bapa
merupakan satu unit dan perlu menjalankan pengurusan yang proaktif.
Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu
bapa menerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam kemahiran
keibubapaan. Namun demikian, ibu bapa seringkali dikritik bagi setiap kesilapan yang
mereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan untuk para ibu
bapa. Dalam konteks penglibatan ibu bapa dalam pendidikan Prasekolah, peranan ibu
bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan
melalui konsep keibubapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini
bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri-ciri
tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa,
keluarga, masyarakat dan negara.
Jadi, menurut Rutter et al. (1970), peningkatan hubungan di antara faktor-
faktor yang berkaitan dengan keluarga terhadap pencapaian literasi kanak-kanak. Hal
ini telah menunjukkan penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam
memperkembangkan potensi kanak-kanak prasekolah di sekolah. Terdapat beberapa
peranan keluarga dalam memperkembangan potensi kanak-kanak prasekolah seperti
berikut:-
2.1 Jurulatih
Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar seribu
mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan
pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan. Oleh hal yang demikian, peranan
ibu bapa untuk memperkembangan potensi kanak-kanak prasekolah ialah sebagai
jurulatih bagi kanak-kanak prasekolah. Ibu bapa perlu menyediakan ruang dan
peluang belajar yang seluas-luasnya kepada anak-anak semasa di sekolah dan di
rumah dapat membantu memperkembangkan potensi kanak-kanak. Walau sesibuk
manapun, berilah sedikit masa untuk anak-anak. Pelaburan ini sangat bermakna untuk
masa depan mereka. Ibu bapa juga jadikah mengawasi pelajaran anak-anak sebagai
rutin harian. Hal ini demikian supaya dapat memastikan kerja rumah anak-anak
disiapkan dengan betul. Pembelajaran di rumah juga dapat mengukuhkan pemahaman
anak-anak terhadap pembelajaran yang dipelajari di sekolah pada hari ini tersebut.
Dalam konteks pendidikan Prasekolah, kemahiran membaca memberi faedah
kepada semua orang. Membaca tidak terhad kepada buku sahaja tetapi juga akhbar,
majalah, arahan pada kotak, tanda jalan dan sebagainya. Ibu bapa sebagai juralatih
perlu melatih anak-anak teknik membaca atau bercerita supaya dapat
memperkembangkan potensi kanak-kanak dari segi bercerita. Dengan itu, ibu bapa
boleh membaca bersama mereka dan mencetuskan imaginasi anak dengan meminta
mereka menyambung cerita atau meneka kesudahan sesuatu cerita. Bercerita
mengenai keluarga adalah salah satu cara yang mudah untuk mengajar anak-anak
bercerita. Secara tidak langsung, potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan atas
bantuan ibu bapa.
Bukan itu sahaja, semakin usia anak-anak bertambah, semakin banyak
pengalaman pembelajaran yang dilalui. Ibu bapa sebagai jurulatih perlu
menggalakkan anak-anak untuk merakamkan pengalaman mereka dalam bentuk
penulisan walaupun ia hanya berbentuk perkataan tunggal. Ibu bapa perlu tunjukkan
minat terhadap pembelajaran anak-anak dengan memberikan punjian dan dorongan
kepada anak-anak. Hal ini demikian supaya mereka berasa keseronokan apabila
belajar bersama dengan ibu bapa. Dengan secara tidak langsung, ia dapat
meningkatkan kemahiran menulis dengan pengalaman yang seronok. Dengan itu, ia
dapat memperkembangan potensi kanak-kanak dari segi penulisan.
Dalam hal ini dirumuskan bahawa ibu bapa sebagai jurulatih dapat melatih
kanak-kanak dari segi pelbagai bidang untuk memperkembangkan potensi mereka.
Potensi kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan menujukkan minat terhadap
pembelajaran anak-anak dengan memberikan pujian dan dorongan kepada kanak-
kanak. Ibu bapa pelu meluangkan masa untuk bermain dengan anak-anak mereka
supaya mereka dapat lebih mengetahui anak-anak mereka.
2.2 Mentor
Ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi. Hal ini
demikian kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sebagai mentor
supaya dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan potensi mereka. Ibu bapa
perlu menasihat, membimbing, menggalakkan, memudahcara, menyokong, menjaga
dan lain-lain. Walaupun ibu bapa tidak semestinya tahu bagaimana untuk
menyelesaikan sesuatu kerja rumah manakala boleh berhubung dan berbincang
dengan guru anak mereka serta bertukar-tukar pendapat dengan guru mereka. Untuk
mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa
perlulah sentiasa berhubung dengan guru. Usaha ini penting kerana jika anak-anak
menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak
segera untuk menangani masalah tersebut. Perkembangan anak-anak akan bertambah
apabila ibu bapa dan guru saling berhubung.
Selain itu, dalam konteks penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah,
ibu bapa sebagai mentor boleh memberi galakkan kepada anak untuk melakukan
kaedah penyelesaian masalah untuk menyiapkan kerja rumah iaitu jelaskan apakah
tugasan dan apakah hasil yang diharapkan. Ia juga boleh menggunakan kemahiran
menjana idea melalui sumbangsaran dan menentukan idea mana yang akan digunakan.
Setersunya membuat perancangan dan menjalanakan perancangan tersebut untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Dengan itu, ia dapat membantu kanak-kanak
memperkembangkan potensi dari segi menyelesaikan masalah.
Di samping itu, ibu bapa sebagai mentor perlulah memiliki sifat yang tertentu.
Ibu bapa perlu membimbing anak-anak menjana idea padahal bukan terus
memberikan jawapan kepada anak-anak. Ibu bapa boleh berbincang dan merangka
jalan penyelasaian dengan anak supaya kanak-kanak tidak terlalu bergantung kepada
ibu bapa tanpa usaha sendiri. Pada pendapat saya, jika ibu bapa memberikan kaedah
penyelesaian sendiri kepada kanak-kanak, ia akan menyebabkan kanak-kanak tidak
dapat menyelesaikan masalah dengan diri sendiri. Dengan itu, potensi kanak-kanak
tidak dapat berkembang dengan lebih baik.
Kesinambungan itu, ibu bapa juga haruslah mencelikkan akal anak-anak
mereka dengan cara-cara yang pelbagai dalam penyelesaian masalah padahal bukan
hanya berpandu kepada cara tertentu sahaja yang tidak dapat membantu
memperkembangan potensi kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu memberi galakan
kepada anak-anak mereka untuk cuba menyelesaian tetapi masih boleh mengubah
strategi sekiranya gagal. Hal ini demikian supaya kanak-kanak dapat berani
menghadapi kegagalan selepas beberapa cubaan telah dilaksanakan. Ibu bapa perlu
memberi pujian kepada anak-anak mereka apabila mereka telah berjaya
menyelesaikan masalah tersebut. Pada pendapat saya, apabila kanak-kanak gagal
menyelesaikan masalah mereka, ibu bapa tidak boleh marah anak-anak mereka
sehingga mereka tidak mempunyai kehendak untu berterusan padahal ibu bapa perlu
memberi bantuan kepada anak untuk mengesan potensi mereka supaya mereka tidak
mudah putus asa.
Bukan itu sahaja, saya mendapati bahawa ibu bapa juga perlu menerima anak-
anak mereka dengan hati terbuka, penuh keikhlasan menerima setiap kelemahan atau
kecenderungannya. Ibu bapa perlu mempunyai niat yang baik untuk menolong dan
berusaha sedaya upaya apabila memberikan bimbingan dan dorongan kepada kanak-
kanak. Hal ini demikian supaya kanak-kanak dapat meraskan ibu bapa sentiasa berada
di sisi mereka. Ibu bapa juga memberikan pengetahuan secara positif dan
memberangsangkan kepada anak-anak mereka. Dengan lain perkataan, ibu bapa perlu
memberi bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada anak-anak mereka supaya potensi
kanak-kanak dapat diperkembangkan dengan baik. Sikap hormat-menghormati
pandangan antara satu sama lain bukanlah bererti setiap saranan ibu wajib dipatuhi
atau anak tidak boleh melaksanakan sesuatu yang tidak dinyatakan oleh ibu bapa.
Dalam konteks pendidikan Prasekolah di Malaysia, ibu bapa merupakan
sebaik-baik contoh kepada anak-anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak-
anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar anak-anak dapat
menjiwakannya. Dengan itu, potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan suapaya
dasar kependudukan baru negara yang menekankan kewujudkan satu generasi yang
sihat, dinamik, produktif serta mempunyai nilai-nilai hidup dan moral yang tinggi.
Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif.
Lantaran itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah
yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah
bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak
meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi
bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan
dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak
dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran
dalam pelajaran.
Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah
anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar
anak-anak mendapat pedoman dan boleh memperkembangkan potensi kanak-kanak.
Mentor ditakrifkan sebagai seseorang yang memegang peranan sebagai penyelia atau
penasihat kepada pelajar atau pelatih serupa dengan tugas seorang guru atau kaunselor,
tetapi lebih erat dengan anak didiknya. Mentor ini selalunya seseorang yang sangat
berpengalamam dalam bidang yang sedang diceburinya.

2.3 Penyokong
Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan
mengosoknya terlebih dahulu. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex
Osborn. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang
berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus
menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu menyokong,
mempertahankan dan menyakinkan anak.
Pada pendapat saya, masalah yang dihadapai oleh ibu bapa ialah tidak tahu
bagaimana hendak bercakap dengan guru tentang anak-anak mereka sendiri. Hal ini
demikian kerana ibu bapa bimbang jika guru salah anggap terhadap mereka dan anak
merka. Apa yang mereka ajar di rumah tidak sama dengan yang guru ajar di sekolah.
Selain itu, ibu bapa juga perlu tahu anak-anak dan guru-guru bekerja keras
untuk mencapai kejayaan dengan memperkembangan potensi kanak-kanak. Kejayaan
dalam pelajaran perlu diiikuti dengan kejayaan dalam hidup. Ibu bapa, guru dan
komuniti mempunyai peranan masing-masing dalam hal ini. Guru-guru juga ingin
tahu yang ibu bapa menyokong mereka. Dengan sokongan daripada ibu bapa, guru
lebih fokus mengajar kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan mendapat
penghargaan. Ibu bapa perlu berbincanglah dengan guru anak-anak mereka pada awal
tahun persekolahan.
Potensi anak bergantung kepada apa yang ibu bapa, guru dan sekolah buat.
Persekitaran dan komuniti menjadi medan kepada anak untuk menguji samada anak
anada akan terus berkembang maju atau sebaliknya. Untuk menyokong dan menjamin
potensi anak-anak dapat dikembang, ibu bapa perlulah datang ke sekolah untuk
bertemu guru anak-anak, kehadiran ibu bapa akan menyemarakkan semangat anak
kerana dia tahu di antara anda dan gurunya ada satu perkaitan.
Dalam konteks penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah, ibu bapa
perlu dengar dengan teliti apabila anak membuat rungutan terhadap guru tetapi jangan
membuat apa-apa kritikan sebaliknya carilah kebenaran tanpa menyebelahi mana-
mana pihak. Guru juga adalah ibu bapa, jadi sekiranya boleh berbincaglah dengan
baik dan sihat. Kesulitan yang dihadapi anak dapat dirungkaikan.
Secara tuntasnya, jika guru dan ibu bapa saling mengenali akan wujud suatu
rasa hormat menghormati akan kepakaran masing-masing. Anak lebih mendengar
cakap guru di sekolah dan pada masa yang sama lebih mengasihi kedua ibubapa dan
keluarga di rumah. Sekiranya perasaan ini dapat dipupuk dan diperkembangkan,
perkembangan potensi anak di sekolah, di rumah dan di dalam komuniti adalah sangat
baik.
2.4 Sentiasa bermaklumat
Ibu bapa sentiasa bermaklumat terkini dengan apa yang berlaku di sekolah. Perkara
yang perlu sentiasa ketahui oleh ibu bapa ialah mengetahui perkembangan potensi
anak-anak di sekolah dan kerja kursus serta kerja rumah perlu dipantau. Ibu bapa juga
perlu kekal berhubung dengan guru anak dengan membekalkan telefon, faks, emel
dan sebagainya.
Selain itu, dalam konteks pendidikan, ibu bapa mestilah mempunyai
pengetahuan tentang perkembangan potensi kanak-kanak, strategi pendidikan dan
strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan
perkembangan potensi anak-anak mereka seperti mana yang di cita-citakan. Faktor-
faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak-kanak
itu bolehlah dibahagikan kepada dua, iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam
diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh
dan berkait rapat dengan faktor-faktor seperti taraf sosioekonomi, budaya serta
hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya, peralatan di
rumah atau di sekolah dan media massa. Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf
kesihatan, taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar,
pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya)
dan ciri-ciri serta bakat semula jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka
yang diwarisinya. Setiap komponen yang memainkan peranan dalam mempengaruhi
perkembangan potensi dan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu perlu difahami
oleh ibu bapa.
Terdapat beberapa matapelajaran yang memerlukan latihan secara berterusan
untuk membentuk ketajaman pemahaman. Contohnya Matematik. Ibu bapa boleh
membimbing anak membina jadual yang seimbang antara pembelajaran kemahiran
dan mengingat, di antara kemahiran membuat karangan dan merancang suatu
eksperimen atau mengkaji sejarah.
Pada pendapat saya, ibu bapa perlu membimbing anak belajar dalam tempoh
yang pendek, misalnya setiap 30 minit sebelum rehat. Semasa membaca, anak boleh
membuat peta minda, menjawab soalan atau membuat nota. Menjawab soalan boleh
menajamkan pemahaman dan memperkukuhkan ingatan. Membina ayat pula dapat
meningkatkan keyakinan diri kanak-kank. Jumlah pelajaran yang diingati dan
difahami lebih penting berbanding masa yang digunakan. Hal ini demikian kerana
keluk lupaan boleh dipertingkatkan semula menjadi 100% jika seseorang murid
menggunakan 10 minit untuk mengulangkaji dan menulis semula nota dalam jangka
masa 24 jam selepas pengajaran.
Intihanya, ibu bapa mempunyai maklumat yang berkaitan dengan anak-anak
semasa di sekolah. Dengan itu, ibu bapa dapat membantu anak-anak memperkukuh
pembelajaran di rumah supaya perkembangan potensi dapat dikembangkan dengan
baik.
2.5 Penyediaan Suasana Pembelajaran Di Rumah
Peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu memperkembang
potensi anak-anak ialah ibu bapa menyediaan suasana pembelajaran di rumah dalam
situasi yang aman dan bahagia. Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga
ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan
abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar
dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan
membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu
bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu
kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting
dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap
rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh
tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa
ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak
membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi perkembangan
potensi kanak-kanak.
Selain itu, pada pendapat saya, ibu bapa perlu menyediakan ruang belajar khas.
Hal ini demikian supaya kanak-kanak dapat belajar dalam situasi yang selesa tanpa
gangguan luaran. Perkara asas yang perlu dilakukan untuk menyediakan ruang belajar
khas ialah tempat itu boleh menjadi kekal atau suatu sudut boleh dilapangkan dan
dijadikan tempat belajar. Keselesaan seperti suhu, edaran udara dan cahaya perlu
diberi perhatian supaya anak-anak dapat belajar dengan selesa. Kemudahan-
kemudahan lain untuk ruang belajar ini boleh ditambah mengikut keseleseaan kanak-
kanak supaya dapat meningkatkan kehendak belajar mereka sehingga potensi mereka
dapat diperkembangkan dengan sepenuhnya.
Di samping itu, ibu bapa boleh membantu anak-anak membuat jadual waktu
belajar secara bersama-sama supaya kanak-kanak tidak berasa tertekan sebab atas
persetujuan sendiri. Jadual belajar hendaklah memasukkan masa untuk kerja rumah,
menelaah dan mengulangkaji pelajaran. Jadual perlu disediakan setiap hari dan
minggu. Keadaan akan lebih baik apabila menasihati anak-anak memecahkan masa
membaca kepada menjawab soalan yang berkaitan. Ibu bapa juga bolej nasihatkan
anak membuat kerja rumah terlebih dahulu sebelum menelaah.
Kesimpulannya, penyediaan suasana pembelajaran di rumah dapat membantu
memperkembangkan potensi kanak-kanak dengan temankan ibu bapa bersama-sama
untuk belajar. Ibu bapa juga perlu memastikan bahawa kanak-kanak tidak
menghabiskan masa belajar dengan bermain atau berbual kosong apabila berkongsi
tempat belajar bersama-sama dengan anak-anak lain. Hal ini demikian kerana ia juga
akan menyebabkan pembaziran masa sahaja.
2.6 Penjaga
Pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa
ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu-satunya cara untuk mengenal
pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah
menyediakan program-program bagi mengawasi perkembangan kanak-kanak , usaha -
usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka
dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka.
Dalam konteks penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah,
mendisiplinkan anak adalah satu proses yang berterusan. Setiap detik dalam
kehidupan anak itu merupakan satu pengalaman. Oleh itu, perwatakannya dari semasa
akan terbentuk daripada setiap pengalaman yang bermula dari dalam rahim ibunya
dan berterusan sehingga akhir hayatnya. Oleh itu, ibu bapa memain peranan untuk
memastikan agar anak mereka sering didedahkan kepada pengalaman-pengalaman
positif yang meninggalkan kenangan-kenangan manis kepadanya supaya dia dapat
menyedari bakat yang ada padanya dan berbangga terhadap setiap pencapaiannya.
Selain itu, amalan, sikap san nilai-nilai yang ada pada ibu bapa banyak
dipengaruhi oleh orang tua mereka sendiri. Mereka harus memikirkan sama ada ciri-
ciri ini sesuai dengan keadaan, masa dan juga sifat-sifat yang terdapat pada anak
mereka. Umpamanya, mendisiplinkan anak dengan cara merotan mempunyai kesan
yang negetif terhadap anak itu. Sebaliknya, banyak kaedah positif lain yang boleh
meningkatkan daya pemikiran dan kematangan sosial sianak. Cara gayanya
keibubapaan sudah semestinyalah sedikit sebanyak akan mempengaruhi seseorang
anak apabila dewasa dan seterusnya menjadi ibu atau bapa pula. Kajian menunjukkan
bahawa ramai ibu bapa yang sewaktu kecilnya menjadi mangsa penganiayaan orang
tua mereka cenderung untuk menganiayai anak-anak mereka sendiri.
Di samping itu, ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-
anak untuk melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar
jauh ke lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang
berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam
menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh
terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk
menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal
mengungkapkan kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata
yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang
tandus. Pada pendapat saya, desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak.
Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana
anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja
ialah ibu bapa. Justeru, mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan
menjadi hak hakiki dan azali anak-anak.
Bukan itu sahaja, dalam konteks pendidikan di Malaysia, ibu bapa juga
perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak
dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan
pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini
demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala
tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang
hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa
sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang
buruk.
Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng
sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan
hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali
latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang
berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih
awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-
anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan
dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang
mempunyai potensi yang tinggi.
Secara keseluruhan, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara
dan menggalas tanggungjawab yang berat untuk memperkembang potensi anak-anak.
Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak melepaskan
batuk di tangga. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia,
sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian Perdana Menteri
untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat
dimakbulkan, sekali gus menjadikan negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.
Untuk mempertingkatkan potensi anak-anak, ibu bapa perlu mempunyai sikap
dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi
perkembangan potensi anak-anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya
dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini, ciri-ciri positif
yang dimiliki oleh anak-anak mereka dapat dipupuk dan dirangsang untuk
memperkembangan potensi mereka dengan lebih cemerlang.

You might also like