Sop Keselamatan Perkhemahan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SOP KESELAMATAN PERKHEMAHAN

KAWALAN KESELAMATAN
Bagi menjaga keselamatan semasa aktiviti perkhemahan perhatian harus diberi kepada keselamatan
api, air dan tapak perkhemahan.

Keselamatan Api
Api tidak boleh dibiarkan menyala tanpa pengawasan. Tentukan api telah betul-betul
padam sebelum beredar ke tempat lain. Jangan merokok, memasang api atau ubat
nyamuk di dalam khemah.

Keselamatan Air.
Pilih tempat yang tiada halangan-halangan berbahaya seperti batu tajam, arus laju dan
lereng curam.
Jangan mandi, mengambil air atau membasuh bersendirian.
Jika hujan lebat, jangan pergi ke kawasan air.
Tali dan pelampung sebaik-baiknya disediakan di tempat mandi atau membasuh.
Dilarang melakukan aktiviti air tanpa peralatan keselamatan dan pengawasan jurulatih/guru
yang terlatih.

Keselamatan Kawasan Perkhemahan.
Pilih lokasi selamat.
Bersihkan kawasan perkhemahan sebelum mendirikan khemah.
Kawasan perkhemahan tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan.
Adakan giliran bertugas kawalan keselamatan malam.
Perlu ada pelan keselamatan jika berlaku kecemasan, contohnya tiupan wisel.
Ketua kumpulan hendaklah sentiasa maklum di mana ahli-ahli kumpulannya berada
setiap masa.
Tentukan khemah sentiasa tertutup apabila meninggalkannya.
Segala peralatan jangan di biarkan berselerak.
Patuhi segala peraturan dan pantang larang yang diberikan.

TATACARA KESELAMATAN

Tatacara Peserta.
Dilarang berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada jurulatih.
Memastikan keselamatan dan peralatan yang terdapat disitu adalah terjamin.
Mematuhi peraturan dan arahan jurulatih.
Menjaga kebersihan.
Membuat laporan tentang kerosakan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak
pengurusan / jurulatih.
Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di kawasan larangan dengan
pengawasan rapi jurulatih.

Tatacara Pengurusan / Jurulatih /fasilatator.
Memastikan tiada peserta berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada
jurulatih.
Memastikan peserta mematuhi peraturan dan arahan
Memastikan kawasan dalam keadaan baik, terurus dan selamat digunakan.
Memastikan peralatan yang terdapat disitu dalam keadaan selamat.
Mengambil tindakan segera atas segala laporan yang disampaikan oleh peserta dan
merekodkannya.
Menyediakan seorang pegawai yang bertauliah dalam pertolongan cemas sepanjang aktiviti
yang dijalankan di kawasan tersebut.
Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti yang dijalankan di
kawasan tersebut.
Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti / latihan dijalankan.
Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok.
Memastikan hanya juruilatih yang bertauliah /berkelayakan serta mempunyai latar belakang
dan reputasi yang baik sahaja yang dibenarkan menjalankan latihan.
Membuat laporan rapi atas laporan yang telah dibuat oleh pelajar dan mengambil tindakan
seterusnya.
Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungjawab dan Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga
Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan maklumat lengkap bagi memudahkan
menghubungi ibubapa semasa kecemasan.
Menyediakan Fail Peribadi dan pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination ) yang lengkap
bagi pelajar yang mewakili Sekolah, Bahagian, Negeri dan Negara.
Menyediakan prosedur khas bagi agensi atau badan-badan luar yang memerlukan khidmat
pelajar contohnya , mewakili dalam permainan / sukan..
Menyediakan seorang pegawai bantuan kecemasan yang bertauliah.
Menjaga kebajikan pelajar.
Mempunyai rekod maklumat peribadi dan sejarah kesihatan pelajar yang lengkap.
Mengada aktiviti di tempat yang ditetapkan.


Cuaca / Musim

Tatacara Am.

Tidak menjalankan aktiviti di tempat lapang semasa cuaca buruk seperti hujan, kilat dan
petir.
Memberhentikan aktiviti apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.

Tatacara Peserta.

Tidak berada di tempat lapang atau kawasan yang terdedah kepada bahaya semasa cuaca
buruk.
Berhenti serta merta setelah mendapat arahan daripada jurulatih/ fasilitator supaya berbuat
demikian.
Mematuhi arahan dan peraturan.

Laporan Kemalangan Atau Kecederaan.
Jurulatih dan fasilitator bertangunggjawab ke atas :


Tatacara Am.
Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak
pengurusan .
Membuat siasatan ke atas kemalangan dan kecederaan yang berlaku.
Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.

Tatacara Peserta
Melaporkan semua jenis kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa menyertai
aktiviti kepada pihak pengurusan .
Peserta mesti memberitahu sejarah kesihatan mereka.
Melaporkan aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Contohnya,
penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Fasilitator.
Mengambil tindakan segera ke atas laporan yang dibuat oleh peserta.
Membuat siasatan ke atas kemalangan atau kecederaan yang berlaku.
Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.

You might also like