Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik
penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat
murid kepada pelajaran yang diajarnya.
i. Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau
di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan
perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah
akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.
ii. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan
perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh
badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala
atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.
iii. Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap
pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan,
sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan
terhadap pelajaran.



DISEDIAKAN OLEH:
SUBASINY RAJOO
PUVANESWARY TAMIL CHELVAN
ESWARI NAGALINGAM
iv. Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat
menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa
seronok kepada murid.
v. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan
gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga
menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.
vi. Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan
menyeronokkan murid semasa mereka belajar.
Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:-
i. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan
dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
ii. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan
pelajaran.
iii. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat
bantu mengajar.
iv. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.



5.2 Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka
5.2.2 menjelaskan rentetan perisitiwa perjalanan parameswara dari palembang ke melaka.
Langkah

Butiran Mengajar

Set Induksi

Guru akan menayangkan video tentang peristiwa perjalanan Parameswara.

Langkah 1

Guru menerangkan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dengan
menggunakan video yang telah ditayangkan.

Langkah 2

Guru akan mengarahkan murid untuk menceritakan rentetan peristiwa perjalanan
Parameswara mengikut urutan.

Langkah 3
Variasi rangsangan

Guru akan memaparkan komik yang berkaitan dengan rentetan peristiwa
perjalanan parameswara dari Palembang ke Melaka.
Selepas itu, guru akan membahagikan murid kepada empat kumpulan.
Guru akan mengarahkan murid untuk melakonkan peristiwa perjalanan
parameswara dengan menggunakan komik yang telah diberikan oleh guru.
Guru akan memberikan pujian kepada kumpulan yang berjaya melakonkan
peristiwa tersebut.

Penutup Guru merumuskan keseluruhan isi pelajaran.

You might also like