Perakaunan Pendapatan Negara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bab 2: Perakaunan Pendapatan Negara

STPM 2005
1. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara sebuah ekonomi pada tahun 2003.
Butiran RM juta
Pendapatan negara 97 200
Bayaran pindahan 1 600
Caruman KWSP 2 300
Cukai pendapatan syarikat 15 000
Cukai pendapatan individu 9 500
Bunga atas pinjaman kerajaan 1 800
Bunga atas pinjaman pengguna 1 500
Keuntungan tidak diagihkan 4 000
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan persendirian dan pendapatan boleh guna?[2]
(b) Hitung pendapatan persendirian dan pendapatan boleh guna. [3]
(c) Hitung pendapatan per kapita negara tersebut jika penduduknya berjumlah 12 juta orang. [1]
(d) Hitung pendapatan negara benar negara tersebut jika indeks harga pada tahun 2003 ialah 150.[2]
(e) Huraikan secara ringkas dua kegunaan data pendapatan negara. [2]

STPM 2007
1. Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis aktiviti ekonomi dan nilai jualan yang bermula daripada
aktiviti pembalakan hingga aktiviti penjualan perabot.
Jenis aktiviti Nilai jualan (RM)
Membalak di hutan 100
Menggergaji balak menjadi papan 250
Membuat pelbagai perabot 500
Jualan runcit perabot 800
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nilai ditambah? [2]
(b) Hitung nilai ditambah yang diwujudkan oleh pelbagai jenis aktiviti di atas. [2]
(c) Jumlah nilai ditambah dalam pengeluaran barang perantaraan adalah sama dengna nilai barang
akhir. Buktikan pernyataan ini dengan menggunakan jadual di atas. [2]
(d) (i) Nyatakan dalam sektor ekonomi yang mana setiap jenis aktiviti ekonomi di atas tergolong.[2]
(ii) Berdasarkan nilai jualan dalam jadual di atas, hitung nilai sumbangan setiap sektor ekonomi
kepada pendapatan negara. [2]

STPM 2008
1. Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut punca kegiatan
ekonomi dari tahun 2004 hingga tahun 2006 pada harga benar tahun 1987.
Butiran 2004 (RM juta) 2005 (RM juta) 2006 (RM juta)
Pertanian, perhutanan, dan perikanan 21 137 22 142 23 245
Perlombongan dan kuari 17 372 17 632 18 453
Pembuatan 78 558 82 302 86 295
Pembinaan 7 248 7 168 7 380
Perkhidmatan 142 849 151 144 160 297
(-) Bayaran perkhidmatan bank yang dikenakan 23 205 24 121 25 066
(+) Cukai import 4 995 5 128 5 140
KDNK pada harga pasaran 248 954 261 395 275 744
Jumlah penduduk (juta orang) 25.58 26,13 26.64
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, pelbagai tahun)
(a) Mengapakah nilai pendapatan negara dihitung mengikut harga tetap? [2]
(b) Hitung peratusan sumbangan sektor utama dan sektor kedua kepada jumlah KDNK bagi tahun 2005
dan tahun 2006. [2]
(c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2005 dan tahun 2006. [2]
(d) Hitung KDNK benar per kapita dari tahun 2004 hingga tahun 2006, dan jelaskan arah alirannya.[2]
(e) Jelaskan dua kegunaan data pendapatan negara berdasarkan kaedah keluaran. [2]

STPM 2009
1. Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara Malaysia pada tahun 2005.
Butiran RM juta
Penggunaan awam 64 592
Penggunaan swasta 215 876
Pelaburan awam 55 161
Pelaburan swasta 43 769
Perubahan stok -1 059
Eksport barang dan perkhidmatan 609 133
Import barang dan perkhidmatan 492 928
Subsidi 12 000
Pendapatan faktor bersih luar negeri -21 470
Cukai tak langsung 10 000
Susut nilai -5 000
Sumber: Jabatan Perangkaan (disesuaikan)
(a) Apakah maksud perubahan stok? Mengapakah nilai perubahan stok negatif pada tahun 2005?[2]
(b) Hitung keluaran dalam negeri kasar (KDNK) harga pasaran dan keluaran dalam negeri kasar kos
faktor. [2]
(c) Hitung keluaran negara kasar kos faktor. Mengapakah nilainya berbeza daripada nilai KDNK
harga pasaran? [3]
(d) Hitung keluaran negara bersih kos faktor. [1]
(e) Adakah nilai pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah pendapatan sama dengan
jawapan anda dalam (d)? Jelaskan. [2]



STPM 2010
1. Jadual di bawah menunjukkan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia mengikut agregat
permintaan dari tahun 2007 hingga tahun 2008.
Butiran
RM juta harga benar tahun 2000
Tahun 2007 Tahun 2008
Perbelanjaan penggunaan:
Awam 65 299 69 011
Swasta 225 028 272 254
Pembentukan modal tetap kasar:
Awam 57 378 59 447
Swasta 59 997 63 703
Perubahan dalam stok -5918 -1972
Jumlah KDNK 505 353 533 910
(a) Apakah maksud perbelanjaan penggunaan swasta dan pembentukan modal tetap kasar swasta?
[2]
(b) Hitung peratusan sumbangan perbelanjaan penggunaan swasta dan perbelanjaan penggunaan
awam kepada KDNK pada tahun 2007 dan tahun 2008. Terangkan arah alirannya. [3]
(c) Hitung peratusan sumbangan pembentukan modal tetap swasta dan pembentukan modal tetap
awam. Terangkan arah alirannya. [3]
(d) Apakah maksud perubahan dalam stok dan mengapakah nilainya negatif? [2]

STPM 2011
1. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara Malaysia pada harga semasa dan harga tetap
pada tahun 2000.
Tahun
Keluaran dalam negeri kasar (KDNK)
(RM juta)
Keluaran negara kasar (KNK) (RM
juta)
Harga tetap Harga semasa Harga tetap Harga semasa
2005 449 250 522 445 424 295 498 485
2006 475 192 573 736 454 625 556 380
2007 505 353 641 864 482 239 628 106
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2008/2009)
(a) (i) Jelaskan maksud pendapatan faktor bersih luar negeri. [1]
(ii) Hitung pendapatan faktor bersih luar negeri pada harga tetap bagit ahun 2005, 2006, dan
2007. Jelaskan mengapa nilainya sebegitu rupa. [3]
(b) (i) Nyatakan data yang digunakan untuk menentukan kadar pertumbuhan ekonomi dalam negara.
Jelaskan jawapan anda. [2]
(ii) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi dalam negeri pada tahun 2006 dan tahun 2007. [2]
(c) Berdasarkan nilai KDNK, hitung indeks harga pengguna Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun
2007. [2]

You might also like