Bentuk, Jenis Sastera

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1

1.0 Pengenalan

Ilmu kesusasteraan ini bermula dengan sastera lisan. Dalam kategori sastera lisan
itu, dipercayai bermula dengan genre puisi. Pandangan ini logik kerana genre
sastera yang mula-mula diperdengarkan kepada seseorang, misalnya orang Melayu
ialah lagu mendodoikan anak. Walaupun bayi tidak faham, namun irama dodoi
yang merdu itu mampu mententeramkan bayi dan membuat bayi lelap serta tidur
dengan nyenyak.
Perkembangan masyarakat yang pesat pada hari ini telah mengubah dan
menjarakkan hubungan sastera dan kehidupan. para ibu yang bekerja sebagai
pencari nafkah kini tidak sempat lagi menyanyikan kepada anak-anak mereka
semasa tidur. Akibat daripada perubahan dan perkembangan masyarakat kini, maka
sastera juga telah berubah menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan
tersendiri. Sastera menjadi hasil ciptaan seorang sasterawan yang diiktiraf oleh
masyarakat melalui hasil-hasil karyanya yang dianggap bermutu. Sastera yang
dahulunya dianggap bersifat kolektif dan hak milik bersama masyarakat namun
sekarang ini menjadi kegiatan peribadi yang berhubung dengan pernyataan diri dan
hak cipta.

2. 0 Konsep Kesusasteraan

Kesusasteraan Melayu adalah merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang
terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Kesusasteraan merupakan satu
bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz
(2011), kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui
bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu
sastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna yang
umum membawa maksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitan. Manakala
kesusasteraan pula, menurut makna kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam
bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Seni
kesusasteraan pula ialah seni karang-mengarang bahan-bahan sastera yang
berbentuk puisi dan juga prosa.
Dalam bahasa Melayu, kesusasteraan membawa seerti dengan perkataan
literature dalam bahasa Inggeris. Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam
2

bahasa Melayu berasal daripada Sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud
mengarahkan, mengajar atau memberikan petunjuk, manakala tra merujuk kepada
alat. Sastra bererti alat untuk mengajar. Awalan su- memberikan erti baik atau indah.
Imbuhan ke- dan an pula membawa yang menyeluruh, iaitu segala yang tertulis,
yang ternilai seni dan estetik serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk
dan pengajaran.
Namun, ada juga yang mengatakan sastera ialah seni bahasa. Sastera
merupakan ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam. Selain itu
sastera ialah ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Manakala maksud fikiran pula
ialah idea-idea, pandangan, perasaan, pemikiran dan semua kegiatan mental
manusia. Sastera juga merupakan inspirasi kehidupan manusia yang diserlahkan
dalam sebuah karya tulisan yang indah. Disamping itu, sastera juga merupakan
semua karya yang memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan
kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan
pandangan yang telah dinukilkan dalam bentuk yang indan dan mempersonakan.
Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu tidak mempamerkan bahan
atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah sahaja, tetapi harus juga memiliki
unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi
dan imaginasi serta kaya dengan ciri-ciri kreatif. Faktor penting yang perlu ada di
dalam penghasilan sastera iaitu penggunaan teknik dan gaya penulisan yang baik
dan menarik.
Oleh itu, kesusasteraan haruslah bersifat positif dan mempunyai ciri-ciri
tertentu seperti berikut :
a) Keindahan
Ia merujuk kepada gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam karya
sastera dapat menyerlahkan keindahan sesebuah hasil karya itu. Keindahan
itu bergantung pada kesatuan unsur yang dapat membentuk suatu susunan
atau struktur karya sehingga menjadi sesuatu yang bulat dan utuh. Hasil
karya tersebut dikatakan indah sekiranya organisasi unsur-unsur yang
terkandung di dalamnya yang memenuhi empat syarat, iaitu keutuhan,
keselarasan, keseimbangan dan berfokus atau pusat penekanan sesuatu
unsur. Sebuah karya seni yang indah mengandungi kesemua unsur
bentuknya secara lengkap.

3

b) Mencerminkan Pengalaman
Pengalaman merujuk kepada tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia
yang digambarkan secara realiti. Perkara ini disebut utuh disebabkan bukan
hanya merujuk kegiatan fikiran akan tetapi juga kegiatan perasaan dan
imaginasi. Realiti merupakan sesuatu yang dapat merangsang atau
menyentuh kesedaran manusia, sama ada yang berada di dalam atau di luar
dirinya. Manakala gagasan, perasaan dan gambaran khayalanyang muncul
atas kesedaran penulisnyaakan dapat mewujudkan pengalaman baharu.
Akan tetapi, realiti pula merupakan sesuatu yang berada di luar diri
seseorang, contohnya sesuatu peristiwa yang berlaku di hadapan mata
ataupun perkara yang dialami oleh dirinya sendiri.

c) Pengalaman Seni
Melalui peristiwa sastera, pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan
perasaan pengkarya. Namun demikian, tidak mencukupi jika seseorang
pembaca itu memahami dan merasai isi hati pengkarya semata-mata.
Pembaca harus sedar akan nilai-nilai lain yang terkandung di dalam karya
sastera itu, iaitu nilai-nilai yang berhubungan dengan cara pengkarya
menyampaikan pengalaman biasanya. Nilai karya sastera bukan hanya
terletak pada perkara yang disampaikan., tetapi juga pada cara dan bentuk
penyampaian.

d) Karya Seni
Terdapat tiga perkara yang dapat membezakan karya sastera dengan karya
bukan sastera iaitu bersifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang
khusus. Fiksyen bermaksud karya sastera yang dihasilkan melalui imaginasi
pengkarya berdasarkan pengalaman dan atau tindak balasnya terhadap alam
realiti. Manakala nilai-nilai estetik pula membolehkan pengkarya
mengungkapkan isi hati dengan sejelas-jelasnya dan mendalam. Sastera
sebagai karya seni perlulah mempunyai ciri-ciri seperti keutuhan,
kesimbangan, keselarasan dan penekanan. Hasil karya sastera tidak hanya
mementingkan bentuk ungkapan yang indah malah untuk mendapatkan hasil
karya sastera yang bermutu turut menitikberatkan bentuk, isi, ekspresi dan
bahasa. Semua unsur inj tidak dapat berdiri sendirian sebaliknya merupakan
4

satu kesatuan yang tidak sewajarnya dipisahkan. Sebagai hasil karya dan
kegiatan seni yang berhubungan dengan ekspresi dan penciptaan, ciri-ciri
sastera yang selanjutnya dapat disenaraikan seperti berikut:
i. Sastera ialah seni dan bukan ilmu semata-mata.
ii. Sastera ialah satu komunikasi.
iii. Sastera mempunyai keteraturan.
iv. Sastera ialah alat hiburan.
v. Sastera ialah karya yang berintegrasi.
vi. Sastera merupakan ekspresi pengkarya.

3.0 Bentuk Karya Kesusasteraan

Kesusasteraan Melayu yang ada di Malaysia khususnya dan di Nusantara
umumnya, dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kesusasteraan Melayu
Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden.


Rajah 1 : Kesusasteraan Melayu
(Sumber : Nota kuliah)

3.1 Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu Tradisional atau disebut dikenali juga sebagai
Kesusasteraan Melayu Klasik dapat dibahagikan kepada dua hasil iaitu
Kesusasteraan Melayu Tradisional Lisan dan Kesusasteraan Melayu Tradisional
Tulisan.

Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu
Tradisional
Kesusasteraan Melayu
Moden
5


Rajah 2 : Hasil Kesusasteraan Melayu

Manakala daripada segi bentuknya iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional
yang dapat dibahagikan juga kepada dua bahagian iaitu Prosa Melayu Tradisional
dan Puisi Melayu Tradisional.

Rajah 3 : Bentuk Kesusasteraan Melayu Tradisional

3.2 Kesusasteraan Melayu Moden

Kesusasteraan Melayu Moden mencakupi karya-karya kesusasteraan Melayu yang
terdiri daripada pelbagai genre seperti yang berikut:
a. Cerpen
b. Drama
c. Novel
d. Sajak

Kesusasteraan Melayu
Tradisional

Prosa Puisi
Kesusasteraan Melayu
Tradisional

Lisan Tulisan
6


Rajah 4 : Genre Kesusasteraan Melayu Moden

Manakala daripada segi bentuknya pula, Kesusasteraan Melayu Moden sama
dengan Kesusasteran Melayu Tradisional yang juga dapat dibahagikan kepada dua,
iaitu Prosa Melayu Moden dan Puisi Melayu Moden.








Rajah 5 : Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden

4.0 Jenis Karya Kesusasteraan

Karya sastera sebagai hasil seni mempunyai tiga ciri utama iaitu bersifat imaginasi,
adanya nilai-nilai seni dan kreativiti serta nilai estetik dari segi penggunaan bahasa.
Namun demikian, secara praktiknya antara satu jenis karya sastera dengan karya
sastera yang lain masih berbeza-beza tentang ketiga-tiga ciri tersebut.
Kesusasteraan Melayu dari segi kjenis dapat digolongkan kepada tiga kategori
utama, iaitu kesusasteraan Melayu tradisional, kesusasteraan Melayu klasik dan
kesusasteraan Melayu moden.
Kesusateraan Melayu Moden
Drama

Novel

Sajak
Cerpen

Kesusasteraan Melayu Moden
Prosa Puisi
7

4.1 Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional
4.1.1 Prosa Tradisional

Rajah 6 : Jenis-jenis Prosa Tradisional
a) Sastera Rakyat (Lisan)
Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan
iaitu dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh
masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu
generasi secara lisan.
Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat
tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan
sistem sosial yang terikat dengan semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat
yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar.
Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu. Ia
hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan.
Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya. Juga
tidak diketahui bilakah ia dicipta. Sebagai sastera yang tersebar secara lisan sastera
banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian. Tokok-tambah
dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi
setempat.
Naratif
Naratif lisan
Mitos
Legenda
Cerita Rakyat
Naratif
tulisan
Sastera sejarah
Sastera hikayat
Sastera panji
Sastera
kepahlawanan/Epik
8

Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak
penyebaran secara lisan. Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan,
yakni ditulis. Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima
perubahan kepada bentuk bertulis.
Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi
lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun
telah menjadi bahan tertulis.
Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih mengekalkan ciri-ciri
kelisannannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kita boleh
membaca cerita-cerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan
media cetak.
Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang utama iaitu:
1. Mitos
2. Legenda
3. Cerita rakyat
* Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita
binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan.

b) Sastera Istana (Tulisan)
Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah
menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu perubahan
besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan kepada
tulisan. Satu perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan
menulis lebih berpihak kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak
istana. Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan
itu lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya
kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada
untuk memenuhi kehendak golongan istana.

Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:
1. Sastera sejarah
2. Sastera hikayat
9

3. Sastera sastera panji
4. Sastera kepahlawanan / epik
5. Sastera agama

4.1.2 Puisi Tradisional

Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan
berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa
berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan
sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika.
Bentuk, pemikiran dan fungsi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat
seperti keadaan tradidionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan
yang berkembang dalam kesenian rakyat. Sesetengah bentuk puisi tradisional
seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis.

Puisi Tradisional
Naratif Bukan Naratif
Syair i. Pantun
ii. Gurindam
iii. Endoi
iv. Rejang
v. Dikir/Zikir
vi. Rubai
vii. Nazam
viii. Masnawi
ix. Ghazal
x. Berzanji
xi. Qitah
xii. Seloka
xiii. Teromba
xiv. Talibun
xv. Peribahasa berangkap
xvi. Mentera

Rajah 7 : Jenis-jenis Puisi Tradisional




10

Jenis-jenis Puisi Tradisional
Antara jenis-jenis Puisi Tradisional seperti di bawah:
a. Bentuk naratif
i. Syair
Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang
Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada
istilah Arab shir yang bererti puisi dan shar yang bererti penyair, pengarang
atau penyajak. Istilah ini berkembang dalam pelbagai bahasa Nusantara
seperti sae, saiyo, sair, singir dan syair. Dalam puisi Melayu tradisional,
bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah
Fansuri (Syair Burung Punggak, Syair Perahu) sekitar abad ke-16 dengan
tujuan mengajarkan agama Islam.

Ciri-ciri Syair.
Syair mempunyai beberapa 10nsur, antaranya:
a) Empat baris serangkap.
b) Jumlah perkataan dalam setiap baris tiga hingga lima patah perkataan.
Jumlah suku kata bagi setiap baris lapan hingga dua belas suku kata.
c) Tergolong dalam jenis puisi kata.
d) Skema rima hujungnya sama iaitu aa;aa.
e) Keempat-empat baris dalam satu rangkap adalah kesatuan idea namun
rangkap berkenaan tidak dapat berdiri sendiri.
f) Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai dengan jeda.
g) Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu
kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.
h) Isi syair umumnya merupakan cerita atau pemerian yang panjang sama
ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan
sebagainya.

b. Bentuk bukan naratif
i. Pantun
Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk
menyampaikan pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah
dan sebagainya. Mengikut kajian, asal perkataan pantun mungkin
11

berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton,
pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya
merujuk kepada sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun
dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasusila
dalam kesusasteraan Melayu. Istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai
dengan makna umpama, seperti, sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada
perbandingan atau kiasan. Contohnya, tuan umpama kilat cermin, di balik
gunung unsur juga.

Ciri-ciri Pantun
Pantun mempunyai beberapa 11nsur, antaranya:
a) Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan
idea.
b) Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan, misalnya
dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dua belas kerat. Namun
pantun yang popular dan terus berkembang ialah pantun dua kerat dan empat
kerat.
c) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah
perkataan.
d) Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku
kata.
e) Skema rima di tengah atau di hujung baris adalah berjajar berselangan,
iaitu ab;ab. Ada juga skema ringan yang sama iaitu aa;aa.
f) Stuktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang (sebagai kiasan)
dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran alam dan
maksud ialah gambaran sifat dan sikap manusia.
g) Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap.
h) Penggunaan 11nsure11 yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan
masyarakat setempat.
i) Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit
pembayang dengan unit maksud.


12

ii. Gurindam
Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh
Raja Ali Haji melalui Gurindam Dua Belas yang dikarang pada tahun 1846.
Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan
yang tidak terikat. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap
mengandungi tiga hingga empat patah perkataan dengan skema rima a;a.
Manakala bentuk yang tidak terikat mengandungi jumlah baris, jumlah
perkataan dan jumlah suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak
tetap. Bahasa gurindam biasanya bernas dan serius. Isinya pula
mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan
cinta. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan
keseluruhan idea.

Ciri-ciri Gurindam
Gurindam mempunyai beberapa 12nsur, antaranya:
a) Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris dan
jumlah suku kata dalam setiap baris adalah tidak tetap.
b) Jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditentukan.
c) Lazimnya terdiri daripada dua baris serangkap.
d) Skema rima hujung adalah sama, iaitu a;a.
e) Ada kalanya wujud unsure asonansi dan aliterasi dalam perkataan yang
digunakan.
f) Ada kalanya tersisip bentuk puisi tradisional yang lain seperti pantun atau
syair.
g) Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris
pertama) dan jawab atau anak kalimat (baris kedua).
h) Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi
pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.

Jenis-jenis Gurindam
Gurindam dapat dijeniskan berdasarkan bentuknya. Terdapat dua jenis
gurindam, iaitu gurindam berbentuk bebas (tidak terikat) dan gurindam
berbentuk terikat.

13

iii. Seloka
Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa
Melayu, seloka beerti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka
merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka
dipercayai datang 13nsure13 Melayu bersama-sama perkembangan agama
Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku
terawal yang ditulis dalam bentuk seloka.
Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama,
seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi 13nsure jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.
Walaupun seloka merupakan puisi bercorak senda gurau namun isinya
mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada
pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni
empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu,
seloka juga ditulis dalam bentuk bebas, iaitu setiap barisnya menjadi isi
seloka berkenaan.

Ciri-ciri Seloka
Seloka mempunyai beberapa 13nsur, antaranya:
a) Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang
bebas.
b) Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak
kalimat).
c) Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.
d) Mengandungi 13nsure jenaka atau gurau senda.
e) Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.

4.1.2 Kesusasteraan Melayu Moden

Menurut Annas Hj. Ahmad di dalam buku Siti Hajar Abdul Aziz (2011), hasil karya
sastera selepas 1800 Masihi digolongkan dalam sastera moden. Pembahagian dari
segi masa ini semata-mata bertujuan untuk menyenangkan kita untuk memahami
bentuk dan 13nsure perbezaan dalam sastera Melayu. Pembahagian masa ialah
cara yng paling mudah untuk membezakan aliran dalam sastera. Faktor lain yang
14

memisahkan antara sastera Melayu moden dengan sastera Melayu klasik ialah cara
sesuatu masyarakat itu berfikir.


Rajah 8 : Jenis-jenis Kesusateraan Moden

Antara jenis-jenis kesusasteraan Melayu moden iaitu:
a. Sajak
sajak didefinisikan sebagai karangan bertulis yang berangkap. Sajak sering
kali ditakrifkan dengan berdasarkan bentuknya sama seperti genre puisi yang
lain. Sajak padat dengan imaginasi mental, pemilihan kata yang tepat dan
metafora. Sajak merupakan karangan berbentuk bebas dan tidak terikat
dengan kepanjangan suku kata atau rima tertentu. Sebagai salah satu genre
karya kesusasteraan, sajak mementingkan aspek pemilihan kata kerana ia
bukan sahaja untuk dibaca dan dihayati malah dideklamasikan kepada
aundiens.

b. Biografi
Biografi adalah kisah atau riwayat kehidupan seseorang tokoh yang ditulis
oleh orang lain. Biografi ditulis dengan pelbagai tujuan. Salah satunya untuk
memberikan informasi kepada pembaca tentang latar belakang kehidupan
seorang tokoh dari sejak kecil hingga mencapai kejayaan dalam
kehidupannya. Jika tokoh itu sendiri yang menulisnya disebut otobiografi.
Biografi termasuk prosa naratif ekspositoris atau prosa factual yang
mengungkapkan fakta-fakta nyata atau pengalaman peribadi,.
Kesusaste
raan
Melayu
Moden
Sajak
Biografi
Esei/Kriti
kan
Novel
Drama
Cerpen
15


c. Esei/Kritikan
Salah satu ciri kritikan sastera terawal di Malaysia ialah pujian dan
Sanjungan manakala dalam zaman moden, ciri kritikan telah dialihkan
arahnya kepada teguran dan saranan. Bagi memahami kritikan sastera
merupakan hasil pentafsiran pembaca (pengkritik) terhadap karya sastera
tertentu yang dihayatinya dengan teliti dan rapi. Pengkritik bertanggungjawab
menghuraikan pengalaman pembacanya sesudah menghayati dan
memahami sesuatu karya sastera. Tulisan kritikan sastera menampilkan
pengalaman dan pengetahuan pengkritik yang berusaha secara objektik
menghuraikan, mentafsir dan memperjelaskan nilai teks atau karya sastera.
Pengkritik yang baik dan berwibawa, dalam usaha meletakkan nilai sesuatu
karya itu, seharusnya mengetahui poetika pengarang. Apatah lagi, sastera
dan kritikan sastera itu saling memerlukan dan saling melengkapi dalam
upaya meningkatkan dan memartabatkan kesusasteran bangsa. Di Malaysia,
terdapat enam ciri kritikan sastera iaitu sanjungan, terguran, saranan,
pendekatan, penganalisisan, dan penilaian.

d. Novel
Novel ialah prosa rekaan yang panjang di mana dalamnya termuat
sebahagian daripda sebuah kehidupan. Menurut siti Hajar Abd Aziz (2011),
istilah novel berasal daripada bahasa Itali, iaitu novella yang bermaksud satu
benda kecil yang baharu. Kemudian kata tersebut menjadi istilah sebuah
karya sastera dalam bentuk prosa. Novel lebih panjang isinya daripada
cerpen. Konflik yang dikisahkannya pula, adalah lebih banyak berbanding
cerpen. Bilangan watak lebih ramai dan berkembang sampai mengalami
perubahan nasib. Penggambaran latar lebih teliti bersamaan dengan
perjalanan waktu terjadi perubahan-perubahan hingga konflik dapat
diselesaikan.Novel mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada serpihan
hidup manusia pada sesuatu tempat dan masa tertentu.


e. Drama
16

Bentuk drama tradisional yang paling tua di Tanah Melayu ialah wayang kulit.
Seni persembahan ini sebenarnya bukan kepunyaan Tanah Melayu. Ada
empat jenis wayang kulit, iaitu:
i. Wayang Kulit - Berdasarkan Hikayat Seri Rama yang disadurkan daripada
epik Ramayana. persembahannya menggunakan patung yang diukir dan alat
muzik. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu Patani.
ii. Wayang Melayu - Diambil daripada episod tentang Pandawa Lima di
dalam epik Mahabharata dan sastera Panji. Persembahannya menggunakan
patung-patung ukiran Jawa dan alat muzik. Bahasa yang digunakan ialah
bahasa melayu pengaruh Jawa atau bahasa Jawa.
iii. Wayang Gedek - Banyak persamaan dengan wayang kulit di Thailand
tetapi telah diubah suai. teks yang digunakan ialah Hikayat Seri rama yang
disadurkan daripada epik Ramayana. Persembahannya menggunakan
patung yang diukir dan alat muzik. bahasa yang digunakan ialah bahasa
Melayu yang dipengaruhi oleh Bahasa Tahi.
iv. Wayang Purwa - Membawa cerita seperti Wayang Melayu tetapi tidak ada
cerita panji. Persembahannya menggunkan patung dan alat muzik. Bahasa
yang digunakan ialah bahasa jawa atau bahasa Melayu yang dipengaruhi
bahasa Jawa.
Bentuk drama tradisional yang kedua ialah drama bangsawan. Seni
bangsawan berasal dari India dan dibawa masuk ke Pulau Pinang.
Persembahan ini diambil alih oleh seorang usahawan di dalam kalangan Jawi
Pekan yang bernama Muhammad Pusi. Kepopularan Pusi Indera Bangsawan
of Penang telah menumbuhkan banyak kumpulan lain. Harus diingat bahawa
persembahan bangsawan tidak menggunakan sebarang skrip. Seni
bangsawan mula menggunakan cerita yang berpijak di bumi nyata apabila
kumpulan Dardanella dan Bolero dari Indonesia datang ke Tanah Melayu.
Kumpulan dari Indonesia itu telah memperkenalka ndrama sandiwara di
Tanah Melayu.

f. Cerpen
Cerpen merupakan gabungan dua patah perkataan, iaitu cerita dan pendek.
Cerpen Melayu berkembang apabila kegiatan persuratkhabaran Melayu
mencapai zaman kegemilangannya sekitar tahun 1930-an. Cerpen bukan
17

sahaja menjadi alat yang mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan
fikiran pengarang Melayu, malah sebagai hasil sastera yang memberikan
gambaran tentang sesuatu zaman, sama ada peristiwa yang berhubung
masalah sosial, politik,, ekonomi dan sebagainya.
Cerpen biasanya mengemukakan satu kejadian atau peristiwa yang
menjadi fokus utama atau pusat penceritaan. Peristiwa itu dikembangkan
dalam jarak masa yang terhad. Ada kalanya, terdapat cerita lain yang
diceritakan tetapi fungsinya adalah untuk mengunggulkan peristiwa penting
yang hendak dikemukakan. Cerpen membawa satu tema sahaja dan satu
atau dua persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu dan mendalam kepada
pembaca. Manakala dari segi perwatakan, cerpen memusatkan
perkembangan watak kepada beberapa orang tertentu sahaja. Dari segi plot
pula, terdapat satu plot sahaja dalam cerpen dan plot ini dikembangkan
dengan rapi, teliti dan tidak rumit. Pencetusan perasaan dan penyemarakan
emosi dalam cerpen menerbitkan ketegangan dan akan mengheret pembaca
untuk merasai pengalaman yang digambarkan di dalam cerpen.

5.0 Fungsi Karya Kesusasteraan

Menurut Hashim Awang (1985) di dalam nota kuliah yang diberikan oleh penyarah,
fungsi kesusasteraan terbahagi kepada dua. Fungsi yang pertama iaitu fungsi
kesusasteraan kepada pembaca atau khalayak. Manakala fungsi yang kedua ialah
fungsi kesusasteraan kepada pengarang. Terdapat dua fungsi kesusasteraan
kepada pembaca iaitu fungsi dari aspek pendidikan dan fungsi dari aspek hiburan.

5.1 Fungsi Kesusasteraan kepada pembaca dari Aspek Pendidikan

a) Sumber pengetahuan
Pembaca dapat mengetahui beberapa maklumat yang dapat menjadi
pengetahuan atau ilmu. Maklumat atau ilmu adalah bergantung pada genre
kesusasteraan yang dibaca. Daripada sastera hikayat dapat diketahui struktur
dan sistem masyarakat bawahan pada zaman dahulu. Saster sejarah seperti
Hikayat Hang Tuah misalnya, dapat diketahui jatuh bangun sesebuah kerajaan.
18

Ahli-ahli Sejarah Malaysia banyak memperoleh maklumat tentang Kerajaan
Melayu Melaka yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.

b) Membuat tafsiran
Tidak semua pembaca memahami maksud karya yang dibaca atau perkara-
perkara yang diketahui secara umum sahaja. Melalui tafsiran-tafsiran yang
disampaikan dalam karya lewat peristiwa atau watak cipta, dapat membantu
sesetengan pembaca. Misalnya melalui novel Di Ar Ti karya Rahmat Haron dapat
diketahui tentang teknik dan pelaksanaan pembedahan terhadap manusia.
Memang diketahui terhadapnya aktiviti pembedahan ke atas pesakit, namun
masyarakat umum tidak mengetahui teknik dan prosedur pembedahan.
Maklumat membuat tafsiran terhadap maksud sesebuah karya pada lazimnya
yang dibantu oleh pengkritik.

c) Menghidup daya imaginasi pembaca
Karya-karya prosa seperti cerpen, novel atau drama memaparkan konflik-konflik
yang dihadapi oleh watak. Daripada konflik ini akan mencetuskan pelbagai
peristiwa. Ekspresi pengarang dapat menggambar konflik, peristiwa dan reaksi
watak-watak yang terlibat dapat dijadikan bahan imaginasi oleh para pembaca.
Hal ini kerana membaca karya sastera bukan sekadar menimba maklumat
sahaja malahan pembaca turut berkongsi perasaan dengan watak-watak yang
terlibat. Oleh itu, apabila berlaku pengkongsian perasaan akan secara tidak
langsung berlaku imaginasi pembaca terhadap nasib watak. Pembaca mungkin
akan dapat membayangkan peristiwa yang bakal dihadapi oleh watak seterusnya
atau kesudahan nasib yang menimpa watak tersebut.

d) Menghidupkan semangat pembaca
Kajian oleh Perbadanan Perpustakaan Negara Malaysia mendapati minat
pembaca rakyat Malaysia masih rendah. Antara sebab seseorang tidak minat
membaca ialah faktor bahan bacaan itu sendiri. Lazimnya, karaya-karya
kesusasteraan yang diolah dalam pelbagai gaya dan ekspresi yang telah
menyebabkan ia seronok dibaca. Hal ini terbukti pada novel-novel popular
misalnya yang mencatatkan bilangan pembaca yang tinggi, berbanding buku-
buku kajian atau buku ilmiah.
19


e) Bahan pengajaran dan pembelajaran
Bagi guru yang kreatif, karya kesusasteraan dapat berfungsi sebagai bahan
rangsangan atau bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini
kerana karya kesusasteraan merakam pelbagai peristiwa yang berkaitan dengan
pelbagai disiplin ilmu. Misalnya, sajak atau novel yang merakam peristiwa yang
berkaitan dengan pelbagai disiplin ilmu. Misalnya, sajak atau novel yang dapat
merakamkan peristiwa kemerdekaan tanah air dapat digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah. Pelajar boleh menganalisis tema
dan pemikiran, mencungkil nilai atau peristiwa yang dapat diteladani. Apa yang
penting, guru hendaklah memilih agar karya berkenaan sesuai dengan tajuk
pengajarannya.

f) Mengisi masa lapang
Masyarakat Jepun membaca novel, komik dan akhbar dalam tren atau sewaktu
menunggu. hal ini juga dilakukan oleh rakyat Malaysia terutama waktu rehat kerja
atau waktu menunggu.

5.2 Fungsi kesusasteraan kepada pengarang atau penulis

a) Kepuasan
Memberi kepuasan kerana dapat menghasilkan sesebuah karya, lebih-lebih lagi
jika karya itu dianggap bermutu, mendapat pengiktirafan atau menjadi bahan
kajian atau rujukan.

b) Mencapai tujuan pengarang
Memenuhi tujuan pengarang yang ingin membaiki keadaan masyarakat,
merakam peristiwa benar, dan menyampaikan misi atau ideologi. Novel satira,
Shit, karya SN Shahnon Ahmad merupakan rakaman kisah benar yang
disampaikan secara satira. Manakala, novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
karya Keris Mas pula menyampaikan visi untuk memajukan perekonomian orang
Melayu. Hasil-hasil karya kesusasteraan sebelum merdeka adalah bertujuan
membangkitkan semangat nasionalisme rakyat menentang penjajahan.

20

c) Sumbangan sosial
Karya yang dihasilkan berfungsi sebagai sumbangan sosial pengarang kepada
masyarakat, bangsa dan negara. Setiap individu mempunyai sumbangan
masing-masing. bagitu juga bagi pengarang. Mereka berusaha mencipta dan
menghasilkan karya-karya bermutu sebagai bahan bacaan, hiburan dan
renungan kepada para pembaca. Karya kesusasteraan juga boleh dijadikan
asasmengkaji pembentukan tamadun wujudnya penjanaan pemikiran tinggi.

d) Sumber pendapatan
Sesetengah pengarang, khususnya di Barat, menjadikan bidang penulisan
sebagai pekerjaan untuk mencari rezeki. Pengarang J.K. Rowling misalnya
menjadi jutawan setelah menghasilkan siri novel Herry Potter. Di Malaysia,
terdapat segelintir pengarang seperti Norshisham Mustaffa, Hashim Latif, Ghazali
Ngah Azia, atau J.M. Aziz yang menjadikan bidang penulisan sebagai sumber
pandapatan. Rejab F.I menggunakan wang royalti karya untuk membina rumah.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu dapatlah dibahagikan kepada dua tahap
penting, iaitu kesusasteraan Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden.
Kesusasteraan Melayu tradisional adalah terdiri daripada genre pantun, syair,
gurindam, seloka, nazam dan sebagainya. Kesemua genre ini merujuk kepada
genre puisi, iaitu merujuk kepada karangan berangkap. Selain itu, genre prosa dan
puisi moden yang terdiri daripada genre novel, cerpen, sajak dan sebagainya. Karya
sastera banyak mengandungi unsur estetika dan ia amatlah sesuai diajar kepada
semua pelajar dalam sistem pendidikan di negara ini. Ia boleh menimbulkan rasa
kebersamaan bahasa dan kebudayaan. Oleh itu, kita sebagai bakal guru perlualah
menjiwai dan mendalami ilmu pengetahuan mengenai sastera ini kerana ia
melambagkan budaya kita dari nenek moyang dulu.





21

Bahan Rujukan

Bentuk Kesusateraan Melayu Moden.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/bentuk-kesusasteraan-melayu-
moden_05.html


Contoh soalan dan sukatan pelajaran kesusasteraan STPM.
http://www.almunshi.com/sastera6.pdf


Othman Puteh. Ciri-ciri kritikan.
http://citrasasteramelayustpm.blogspot.com/2009/05/ciri-ciri-kritikan.html


Nota Kuliah


Siti Hajar Abd Aziz. (2011). Bahasa Melayu I. Kuala Lumpur : Penerbit Oxford Fajar
Sdn. Bhd


Siti Hajar Abd Aziz. (2011). Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur : Penerbit Oxford Fajar
Sdn. Bhd

You might also like