o Penggunaan rujukan di dalam teks mestilah mengikut sistem pengarang-tarikh.
Contohnya Abdul Latif (2003) atau (Abdul Latif 2003; Mohd Yusof 2009). o Setiap rujukan yang dirujuk di dalam teks mestilah dinyatakan di dalam senarai rujukan dan menjadi tanggungjawab penulis untuk memastikan ketepatan maklumat rujukan. o Rujukan yang dipetik dari laman web perlu dinyatakan tarikh ianya dirujuk. o Senarai rujukan hendaklah disusun menurut susunan abjad serta menggunakan gaya APA; American Psychology Association.
Contoh beberapa rujukan:
Rujukan makalah dari jurnal- Pengarang, initial, tahun terbit, tajuk, nama jurnal (berhuruf condong), bilangan jilid, isu dan halaman
Mohd Safar Hasim. 2003. Circulation of Malaysian newspapers: A decade of mixed fortune. Journal Komunikasi. 19(1): 145-160.
Hamzah, N., Mohamed, A. & Hussain, A. 2004. A new approach to locate the voltage sag source using real current component. Journal of Electric Power System Research 72: 113-123.
Rujukan buku- Pengarang, initial, tahun terbit, tajuk (berhuruf condong), tempat diterbitkan dan penerbit
Abdull Rahman Mahmood, J affary Awang & Zakaria Stapa. 2009. Survival Politik Muslim. Bangi: Institut Islam Hadhari.
Rujukan bab dalam buku- Pengarang, initial, tahun terbit, tajuk bab, nama penyunting, tajuk buku (berhuruf condong), halaman bab, tempat diterbitkan dan penerbit
Abdul Latif Samian. 1995. Pendekatan Permasalahan dalam Sains dan Teknologi. Dlm. Mohd Yusof Hj. Othman (ed.). Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Jilid 4, hlm. 132-154. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rujukan kertas kerja- Pengarang, initial, tahun terbit, tajuk, nama seminar/persidangan, penganjur, tempat dan tarikh
Mohd Yusof Hj. Othman. 2006. Isu-isu yang Menghalang Kelancaran Pelaksanaan Islam Hadhari. Kertas kerja Konvensyen Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan. Anjuran Kerajaan Malaysia dan J abatan Kemajuan Islam Malaysia. Kuala Lumpur, 23-24 J un.
Rujukan hadith- pengarang, tahun terbit, tajuk, tempat diterbitkan, penerbit
al-Tabrani, Sulayman Ibn Ahmad. 1311H/1894. Al-Mu c jam al-Saghir. Delhi: al-Matba c ah al-Ansari.
Rujukan elektronik- pengarang, initial, tahun terbit, tajuk, nama jurnal/buku, nombor jilid, nombor keluaran, alamat sesawang dan tarikh capaian
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization(UNESCO). 2009. Investing in cultural diversity and intercultural dialogue: UNESCO world report. http://unesdoc.unesco.org/ulis/cgi- bin/ulis.pl?catno=185202&gp=1&mode=e&lin=1[25 Februari 2010].