Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KOLEJ SAINS KESIHATAN

BERSEKUTU KUCHING


MACH 3212
SKABIES
KLINIK KESIHATAN KABONG

NAMA: JEFYSON BANGKING ANAK LANGKAU
(BPP2011-8125)
AMBILAN: JULAI 2011



PENGHARGAAN
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan atas limpah berkat yang telah
diberikan oleh-Nya sepanjang pembikinan tugasan ini.
Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami
kerana memberi sokongan yang tak terhingga serta dorongan untuk kami berdua menyiapkan tugasan
ini tepat pada masa yang telah ditetapkan.
Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Borhan di atas
kesudian beliau memberi tunjuk ajar dan juga dorongan yang tidak terhingga dari mula sehingga akhir.
Akhir sekali, kami berdua ingin memberi ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung sepanjang tugasan ini dilaksanakan.













(i)
PENGENALAN



Skabies merupakan salah satu penyakit yang mampu menyerang semua orang di seluruh dunia
ini, tanpa mengira usia dan juga jantina seseorang itu. Penyakit skabies ini juga disebarkan melalui direct
contact di antara pesakit dan juga bukan pesakit. Kebanyakan pesakit sentiasa menyalahkan haiwan
ternakan ataupun haiwan peliharaan mereka bersalah terhadap penyebaran agen penyebab skabies.
Bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahawa hama yang berasal pada haiwan seperti kucing
ataupun anjing gagal untuk membiak secara sempurna(failure to thrive) di bahagian tubuh manusia.
Penyakit skabies amatlah ditakuti kerana ia begitu mudah berjangkit, iaitu semudah berjabat
dengan seseorang yang dijangkiti penyakit ini. Apabila ini berlaku, jangkitan sekunder mula berlaku di
mana lelehan dari tangan yang terkena skabies tadi mula masuk ke bahagian sistemik badan.
Bagaimanapun, perkara ini dapat dielak dengan mempunyai pengetahuan luas dalam penyakit-penyakit
berjangkit terutama penyakit ini,iaitu penyakit skabies.






1

PATOFISIOLOGI
Simptom penyakit ini adalah disebabkan reaksi alahan tubuh hos iaitu manusia kepada protein
yang ada pada hama betina yang merupakan agen penyebab penyakit skabies. Protein hama ini wujud
pada najisnya, dan najis ini akan masuk ke bahagian bawah kulit. Reaksi alahan yang berlaku adalah dari
jenis lambat (cell-mediated) dan juga cepat (antibody mediated). Ia juga melibatkan lgE. Simptom reaksi
alahan iaitu kegatalan akan muncul dan wujud untuk beberapa hari sehingga beberapa minggu,
bergantung kepada betapa teruknya jangkitan tersebut atau berapa lama hama tersebut melekat pada
hos. Lesi baru akan wujud untuk beberapa hari selepas hama tadi mati manakala lesi nodular daripada
skabies berterusan untuk berminggu selepas hama itu mati.














2

SIMPTOM-SIMPTOM
Simptom-simptom bagi penyakit ini adalah kegatalan yang teruk pada waktu malam, ada ruam,
terutamanya di celah-celah jari dan juga abrasi kulit abikat dari menggaru tempat yang gatal tersebut.
Bagi kanak-kanak, bahagian kepala,leher,bahu,tapak tangan dan tapak kaki akan terlibat.Untuk remaja
dan juga dewasa, bahagian tangan, pergelangan tangan, bahagian genital dan juga abdomen akan
mengalami skabies. Kebanyakan simptom ini amat menganggu kehidupan seseorang yang mengalami
skabies ini, di antaranya adalah keyakinan diri yang rendah. Keyakinan diri yang rendah dapat dilihat
dari segi pergaulan seharian beliau. Hal ini adalah berpunca daripada stigma masyarakat bahawa
penghidap skabies ini mempunyai tabiat dan cara hidup yang kotor. Selain itu,penyakit ini juga amat
mudah menjangkiti seseorang yang sihat melalui direct contact menyebabkan masyarakat memandang
geli terhadap pesakit skabies.











3
INVESTIGASI
Investigasi bagi penyakit skabies ini adalah dengan dengan melakukan pemeriksaan kulit, di
mana bahagian yang terkena skabies akan diambil menggunakan kaedah scrapping. Biopsi kulit juga
boleh dilakukan untuk memastikan pendiagnosaan penyakit mampu dilakukan dengan lebih tepat.


















4
RAWATAN
Skabies mempunyai rawatannya yang tersendiri, sama seperti penyakit-penyakit berjangkit yang
lain. Untuk setiap penyakit berjangkit, adalah amat penting bagi mencegah penyakit ini daripada terus
merebak. Rawatannya adalah dengan merawat seluruh ahli keluarga yang tinggal bersama ataupun
pasangan seks pesakit kerana potensi untuk penyakit ini menular dan faktor penyebab infeksi sekunder
akan terjadi adalah tinggi. Pemberian emulsi Benzil Benzoat(Benzyl Benzoate) begitu bagus untuk kes
penyakit ini, kerana ia berupaya untuk menyembuhkan penyakit skabies. Untuk negara-negara maju yang
lain seperti Amerika Syarikat, permethrin 5 %, crotamition dan juga sulfur in petrolatum digunakan.
Penggunaan Lindane adalah amat jarang kerana kesan sampingannya adalah tremor, sawan, ketoksikan
sistem saraf tunjang, kepeningan kepala, fibrilasi ventricular, nausea, muntah, diarrhea,kerosakan buah
pinggang dan banyak lagi akan terjadi; bergantung kepada tahap ketoleran seseorang terhadap ubat
Lindane tersebut. Akhir sekali, infeksi piogen sekunder haruslah dirawat terlebih dahulu sebelum ubat
anti skabies diberikan.









5
PERANAN PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN
DALAM KES PENYAKIT SKABIES
Pembantu pegawai perubatan yang telah dilantik dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia(KKM) hendaklah bergerak aktif dalam menangani kes penyakit skabies ini.
Pembantu Pegawai Perubatan hendaklah memberi khidmat rawatan kepada pesakit. Rawatan
yang diberi haruslah betul bagi mengelakkan penyakit yang dialami semakin teruk ataupun tidak sembuh
sama sekali. Bagi kes skabies, rawatan menggunakan emulsi Benzil Benzoat( Benzyl Benzoate ) haruslah
diberi dua kali sehari dalam tempoh masa seminggu. Ini kerana pemberian rawatan sedemikian akan
mampu merawat penyakit skabies dengan efektif dan berkesan.
Seterusnya, Pembantu Pegawai Perubatan juga haruslah memberi khidmat nasihat dan
kaunseling; bukan kepada pesakit sahaja, bahkan kepada keluarga pesakit sekali. Antara nasihat yang
relevan adalah suruh pesakit untuk datang menerima rawatan susulan selepas seminggu rawtan yang
pertama diberikan untuk melihat keberkesanan rawatan yang diberikan. Selain itu, pesakit juga
digalakkan untuk mengambil diet vitamin C serta protein untuk mencantikkan kulit akibat penyakit ini
dan juga untuk mempercepatkan proses penyembuhan abrasi ataupun luka yang terhasil.
Pembantu Pegawai Perubatan juga boleh datang ke rumah pesakit untuk melihat kebersihan
rumah pesakit, tetapi ini hanya boleh dilakukan dengan izin pesakit. Sekiranya izin telah diperolehi,
minta pesakit untuk menjemur tilam dan membersihkan kawasan sekitar tempat tidur kerana penyakit
skabies juga berpunca daripada kawasan tempat tidur yang kotor.

6
RUMUSAN


Penyakit skabies haruslah dicegah daripada merebak sama sekali. Kejayaan dalam mencegah
penyakit skabies dapat memberi harapan kepada salah satu wawasan di dalam wawasan 2020 negara
Malaysia, di mana sebelum 2020 ataupun pada tahun 2020, negara Malaysia akan bebas daripada
penyakit, termasuklah penyakit berjangkit seperti skabies.
Skabies merupakan salah satu penyakit yang mampu menyerang semua orang di seluruh dunia
ini, tanpa mengira usia dan juga jantina seseorang itu. Penyakit skabies ini juga disebarkan melalui direct
contact di antara pesakit dan juga bukan pesakit.
Protein hama ini wujud pada najisnya, dan najis ini akan masuk ke bahagian bawah kulit. Reaksi
alahan yang berlaku adalah dari jenis lambat (cell-mediated) dan juga cepat (antibody mediated). Ia juga
melibatkan lgE. Simptom reaksi alahan iaitu kegatalan akan muncul dan wujud untuk beberapa hari
sehingga beberapa minggu, bergantung kepada betapa teruknya jangkitan tersebut atau berapa lama
hama tersebut melekat pada hos. Lesi baru akan wujud untuk beberapa hari selepas hama tadi mati
manakala lesi nodular daripada skabies berterusan untuk berminggu selepas hama itu mati.
Bagi kanak-kanak, bahagian kepala,leher,bahu,tapak tangan dan tapak kaki akan terlibat.Untuk
remaja dan juga dewasa, bahagian tangan, pergelangan tangan, bahagian genital dan juga abdomen akan
mengalami skabies.
Investigasi bagi penyakit skabies ini adalah dengan dengan melakukan pemeriksaan kulit, di
mana bahagian yang terkena skabies akan diambil menggunakan kaedah scrapping. Biopsi kulit juga
boleh dilakukan untuk memastikan pendiagnosaan penyakit mampu dilakukan dengan lebih tepat.
7
Skabies mempunyai rawatannya yang tersendiri, sama seperti penyakit-penyakit berjangkit yang
lain. Pemberian emulsi Benzil Benzoat(Benzyl Benzoate) begitu bagus untuk kes penyakit ini, kerana ia
berupaya untuk menyembuhkan penyakit skabies.
Pembantu Pegawai Perubatan hendaklah memberi khidmat rawatan kepada pesakit. Seterusnya,
Pembantu Pegawai Perubatan juga haruslah memberi khidmat nasihat dan kaunseling; bukan kepada
pesakit sahaja, bahkan kepada keluarga pesakit sekali. Pembantu Pegawai Perubatan juga boleh datang ke
rumah pesakit untuk melihat kebersihan rumah pesakit, tetapi ini hanya boleh dilakukan dengan izin
pesakit.















8

Lampiran 1

Jari pesakit skabies



Hama betina Sarcoptes Scabei




Lampiran 2



Electron micrograph menunjukkan hama skabies

Agen penyebab skabies( Sarcoptes scabei)




RUJUKAN
www.mayoclinic.com
www.wikipedia.com
www.google.com



















Isi Kandungan Muka surat
PENGHARGAAN (i)
PENGENALAN 1
PATOFISOLOGI 2
SIMPTOM-SIMPTOM 3
INVESTIGASI 4
RAWATAN 5
PERANAN PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN
DALAM KES PENYAKIT SKABIES
6
RUMUSAN 7-8
LAMPIRAN
RUJUKAN

You might also like