Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TEMA 6 :

CABARAN MASA
DEPAN

PENDIDIKAN

AHLI KUMPULAN
~THARIQ
~SHAHRUL
~TAUFIQ
~FIRDAUS
~SAIFUDDIN
~SYAHMI

MAKSUD
Pendidikan merupakan salah satu aspek yang
terpenting dalam sesebuah Negara. Pendidikan
dilihat mampu mengubah negara kepada tahap
yang lebih baik dari segi peni ngkatan ekonomi,
budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan
pendidikan kehidupan manusia boleh berubah
dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan
asas penting kepada setiap individu. Pelbagai
usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh
pihak kerajaan dalam sesebuah Negara bagi
memastikan semua rakyatnya menerima
pendidikan.

Justeru itu, apakah yang dimaksudkan dengan
pendidikan? Perkataan pendidikan mempunyai
tafsiran yang pelbagai dan sentiasa berubah
mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya.
SEBELUM PENJAJAHAN
1.TULISAN 3.TOKOH

2.BUKU

SEMASA PENJAJAHAN
SEKOLAH CIRI-CIRI TUJUAN
Sekolah
Melayu
1. Di uruskan oleh pihak kerajaan
2. Pendidikan adalah setakat
peringkat rendah iaitu setakat
darjah Enam sahaja.
3. Tiada kemudahan yang lengkap
disediakan.
4. Terletak di kawasan kampung
(luar bandar).
5. Untuk lanjut pelajaran ke
menengah perlu mengikuti Latihan
Perguruan.
6. Yang telah berjaya akan
dimasukkan kedalam Darjah Khas
Melayu (Special Malay Class) di
sekolah Inggeris.
Mengekalkan cara hidup
tradisional Melayu.
Orang Melayu tidak berpeluang
memegang jawatan tinggi dan
hanya sebagai pelayan pejabat
sahaja.
Menjadikan anak Melayu petani
dan nelayan yang lebih baik
sedikit dari ibu bapa mereka.


Sekolah
Cina
1. Dikelolakan oleh masyarakat cina
tempatan
2. Pada asalnya tidak teratur dan
belum selaras.
3. Sukatan pelajaran di ambil dari
negara China.
4. Buku teks dan guru telah diimport
dari China
5. Terdapat sekolah rendah,
menengah dan menengah atas.
Untuk mengurangkan
pemberontakan dikalangan
kaum Cina terhadap
pemerintahan British.
Tumpuan pendidikan
adalah untuk memupuk
kesetiaan kepada Negara dan
Maharaja China.
1920, Sekolah Cina di
daftar dibawah Enakmen
Pendaftaran Sekolah-sekolah
untuk elak enakmen komunis
masuk.
Sekolah
Tamil
1. Terdapat diladang-ladang dan
dikendalikan oleh pihak ladang
dan mubaligh Kristian.
2. Bahasa Tamil sebagai bahasa
pengantar
3. Sukatan pelajaran dan buku teks
di import dari India
Pendidikan Tamil untuk
mengekalkan anak-anak
menjadi buruh diladang itu.
Enakmen Buruh 1912,
telah mewajibkan pemilik
ladang menyediakan sekolah
bagi jika ada 10 anak pekerja
4. Terdapat sekolah peringkat
rendah sahaja.
yang layak bersekolah

Sekolah
Inggeris
1. Dapat perhatian dan bantuan
kewangan dari British
2. Diasaskan oleh kerajaan atau
mubaligh Kristian
3. Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar
4. Terbuka kepada semua kaum
namun jumlah kaum Melayu, Cina
dan India tidak seimbang.
5. Ada pelajaran peringkat rendah
dan menengah
Memberi pendidikan
formal kepada anak pegawai-
pegawai British
Guna sekolah untuk
menyebarkan agama Kristian.
Bagi memenuhi keperluan
pentadbiran British (kerani) bila
terbuka untuk kaum lain.



SEKOLAH


SELEPAS PENJAJAHAN
Bil
Jenis
Jenis
Sekolah
Sistem Persekolahan / Ciri-Ciri Sekolah
1
Sekolah
Kebangsaan
- Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
- Terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah
Kebangsaan.
- Tidak ada had kaum mahupun tahap pendidikan pelajar
- Bilangannya banyak di seluruh negara.
2
Sekolah
Kluster
- Sekolah yang telah dikenalpasti cemerlang dari segi aspek
pengurusan sekolah mahupun tahap sahsiah dan akademik
pelajar.
- Tujuan sekolah ini diwujudkan adalah sebagai motivasi kepada
sekolah dan sekolah luar dari kluster untuk terus membangun
dan berusaha menjadi sekolah cemerlang.
3
Sekolah
Jenis
Kebangsaan
- Menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa
pengantar disekolah.
- Namun begitu ia hanya wujud bagi sekolah peringkat rendah
sahaja.
- Walaubagaimanapun had kaum tidak ditetapkan. Kaum Melayu
juga bebas jika memilih untuk belajar di sekolah jenis
kebangsaan ini. Begitu juga kaum Cina ke sekolah Tamil dan
sebaliknya.
4
Sekolah
Wawasan
- Beberapa sekolah awam, berkongsi kemudahan yang sama
dalam satu kawasan Sekolah Wawasan
- Menggalakkan interaksi yang rapat antara kaum
- Namun begitu dapat bantahan kaum India dan Cina kerana
mereka berpendapat penggunaan bahasa ibunda masing-masing
akan menjadi terhad.
5
Sekolah
Agama
Islam
- Pilihan alternatif bagi ibu bapa atau pelajar yang ingin
mendalami ilmu agama islam dengan lebih banyak dan
terperinci.
- Antara sekolah agama wujud ketika ini adalah sekolah pondok.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah
Menengah Agama (SMA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK) dan Maahad Tahfiz.
6
Sekolah
mubaligh
- Sekolah ini diwujudkan oleh mubaligh Kristian contoh Persatuan
Gereja Anglican Sarawak.
- 407 buah sekolah mubaligh bantuan kerajaan di seluruh
malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
- Contoh sekolah di Sabah adalah SMK St. Mary Sandakan.
7
Sekolah
Bestari
- Menerapkan penggunaan komputer dan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P)
- Projek perintis dilakukan selama 3 tahun. Contoh sekolah bestari
adalah SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Pahang
- Kerajaan menitik beratkan penggunaan IT di sekolah dan antara
bantuan yang diberikan adalah persediaan makmal IT, Bilik
Server, database server dan lain-lain.
8
Sekolah
Teknik Dan
Vokasional
- Sekolah peringkat menengah yang memberi peluang kepada
pelajar yang meminati bidang sains dan teknologi dan
mempersiapkan pelajar bagi memenuhi tenaga kerja dalam
bidang industri.
- Sekolah teknik menumpukan pada bidang kejuruteraan.
- Sekolah vokasional menumpukan pelajar kepada bidang
kemahiran seperti kemahiran pertukangan dan pengendalian
mesin.
- Program di tawarkan menjadikan pelajar potensi menjadi separa
professional atau professional dalam bidang teknikal dan
kejuruteraan.
9
Sekolah
Berasrama
Penuh
(SBP)
- sekolah menengah perdana yang ditawarkan kepada pelajar
yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR.
- Terdapat 54 buah sekolah semenjak 1894.
- Antara yang terkenal adalah MCKK, Sekolah Seri Puteri,
Sekolah Tun Fatimah, Sekolah STAR dan SMS Sultan Mohamad
Jiwa.


CABARAN MASA AKAN
DATANG
a. Membina Budaya Ilmu
Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu
dengan perkembangan semasa, seperti:
Teknologi dan perkomputeran para pendidik seharusnya mengorak langkah
dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai
pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada
penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan
menjadi mekanisme urusan harian.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif pelajar-pelajar mestilah
dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-
pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi
menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes Para
pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan
domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan
kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of
learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum
sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa
berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat.
Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:
@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)
@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)
@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)
@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)
Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak nilai-nilai murni
menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting
dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan
dan keharmonian negara.
Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri melahirkan generasi
untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara.
Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang
menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsif
kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam
sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik,
teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

a. Membentuk Masyarakat Madani
Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan
pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan
akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh
mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha
mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi
maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan
ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat
madani merupa wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia.
Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau
tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani.
Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi
perhatian:
o Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan
antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan
masyarakat
o Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial,
ekonomi, alam sekitar dan teknologi
o Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan
mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu
o Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladaniUsaha mewujudkan
masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang
berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan
diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik,
berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi ,
berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.
PENUTUP

Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi
indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan
tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan
rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik
adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf
baru, abad ke-21.

You might also like