Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

10

KANDUNGAN

1.0 Penghargaan ... MS 2
2.0 Pengenalan ..... MS 2
3.0 Kesihatan diri . MS 3
4.0 Kesihatan keluarga............................. MS 5
5.0 Gaya hidup sihat......... MS 6
6.0 Senaman dan rekreasi......... MS 8
7.0 Ceramah: Pencemaran........ MS12
8.0 Slaid-slaid ............................................................................................. MS 22
9.0 Bibliografi ............................................................................................. MS 23









11

Topik: Pencemaran
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada guru besar, tiga penolong kanan,
guru-guru dan murid-murid sekalian. Saya berasa amat gembiran dapat dijemput memberi
ceramah kepada murid-murid. Topik ceramah saya pada pagi ini adalah mengenai pencemaran di
persekitaran kita.
Pencemaran terbahagi kepada dua jenis iaitu pencemaran yang disebabkan oleh faktor
semulajadi dan pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia. Pencemaran-pencemaran
yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya
setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi
dan sebagainya. Manakala pencemaran-pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah
pencemaran yang dilakukan oleh manusia adalah seperti pencemaran udara, air, kimia, radiasi
dan bunyi.
Para hadirin, silakan melihat slaid yang pertama. Kita akan berbincang tetang
pencemaran udara dahulu. Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecai
atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan
kehidupan atau bahan-bahan lain.
Punca pencemaran udara ialah daripada asap aktiviti perindustrian dan pembangunan.
Manakala sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas
rumah hijau yang boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain itu, kenderaan
motor juga adalah salah satu penyumbang utama kepada pencemaran udara. Punca pencemaran
yang lain ialah daripada debu yang berpunca daripada kilang papan dan kawasan pembinaan.
Punca pencemaran udara yang seterusnya ialah daripada pembakaran sampah secara terbuka.
Tidak terkecuali juga asap yang dikeluarkan apabila seseorang menghisap rokok juga boleh
menyebabkan pencemaran udara.
Kesan pencemaran udara boleh memberi impak yang sangat buruk terhadap manusia,
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ia boleh menyebabkan gangguan terhadap system pernafasan
manusia. Udara dan bahan cemar yang terperangkap di dalamnya akan memasuki hidung atau
mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Bahan-bahan cemar di udara juga
mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda lain.
12

Seterusny, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Pencemaran
udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini
daripada sinaran terus matahari. Apa yang paling membahayakan ialah, pencemaran udara juga
boleh menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi dan seterusnya boleh menyebabkan hujan
asid yang boleh membahayakan alam sekitar.
Langkah untuk mengatasi pencemaran udara ialah dengan penguatkuasaan oleh
Kementerian Sains dan Alam Sekitar dengan kerjasama dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk
menguatkuasakan undang-undang. JAS perlu sentiasa mengadakan lawatan penguatkuasaan ke
kilang-kilang. Jabatan Alam Sekitar juga telah melaksanakan operasi asap hitam terhadap
pengguna-pengguna kenderaan di jalanraya. JAS juga dari masa ke semasa mengadakan
rondaan darat dan udara untuk menyiasat dan mengesan aktiviti pecemaran udara. Pengawasan
kualiti udara secara berterusan selama 24 jam bagi mengesan sebarang perubahan kepada
kandungan kimia udara ambient yang boleh membahayakan kesihatan manusia juga dilakukan
oleh Jabatan Alam Sekitar terhadap kilang-kilang di Malaysia. Bukan itu sahaja, JAS
menganjurkan beberapa siri program kempen kesedaran berkaitan lapisan ozon kepada orang
awam dan sektor industri, menjalankan kajian kerjasama dengan pihak berkaitan bagi mengawal
pencemaran udara. Selain itu, dengan penggunaa teknologi moden, penapis udara telah dicipta
dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian untuk
mengurangkan pencemaran udara. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil
daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit
sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan
pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin
dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.
Hadirin yang budiman, kita akan menyentuh tentang pencemaran air. pencemaran air
bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran
air bukan hanya berlaku di sungai sahaja, tetapi juga di lautdan pantai. Pencemaran ini berlaku
sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai
bentuk seperti gas, cecair dan pepejal.
13

Punca pencemaran air terjadi apabil sumber air dicemari oleh pathogen, parasit, bacteria
dan virus. Ini akan menyebabkan pelbagai penyakit bawaan air seperti taun dan kegatalan kulit.
Selain daripada itu, aktiviti perkilangan seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan
tasik juga boleh menyebabkan pencemaran. Pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan
harian ke dalam sungai dan parit juga boleh menyebabkan pencemaran air. Bukan itu sahaja,
penerokaan hutan yang berleluasa tanpa kawalan juga boleh menyebabkan hakisan tanah dan
seterusnyamenyebabkan pencemaran sungai. Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan
pelantar minyak juga menyebabkan pencemaran air seperti yang berlaku di laut. Baja dan racun
perosak kimia yang digunakan oleh petani yang dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak
sungai juga boleh menyebabkan pencemaran air.
Kesan pencemaran air ini ialah ia akan menyebabkan masalah kesihatan seperti kegatalan
kulit dan penyakit taun sekiranya manusia terdedah kepada air yang tercemar. Bahan-bahan
toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan
meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung,ikan dan hidupan lain.
Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik juga akan mempengaruhi
kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran
nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada
bayi kecil dan barah kepada orang dewasa. Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada
banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan
oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke sungai.
Hadirin sekalian, penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi
mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air. Air yang panas selepas digunakan
untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula kelaut. Ini
menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan
di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat
secara mendadak. Seterusnya, pencemaran air juga
menyebabkan keindahan pantai dan laut terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah
sarap tidak indah untuk dipandang.
Langkah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan penggunaan teknologi moden untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa
14

teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan
adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama,majalah lama, kertas, kain, bahan
plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentudapat mengurangkan pencemaran yang
disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri
pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh,
sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertania
seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana.
Selain itu, kempen kesedaran perlu dilakukan bagi memberi lebih banyak pengetahuan
kepada orang ramai atas kepentingan air dan tidak mencemarkan air. Contohnya, kempen
kesedaran dan iklan di televisyen mahupun radio mampu memberi kesedaran kepada masyarakat.
Pihak berkuasa jugs tidak harus lepas tangan dan seharusnya mengetatkan penguasaan undang-
undang bagi menjamin supaya tidak lagi berlaku pencemaran air.
Pencemaran kimia merupakan suatu bentuk pencemaran baru yang memberian caman
kepada manusia dan persekitaran. Pencemaran kimia ini terjadi akibat daripada penggunaan
bahan kimia yang meluas di dalam program pertanian, pembangunan industry dan penggunaan
racun perosak. Antara penyebab pencemaran kimia ialah daripada racun makhluk perosak, raksa,
arsenik dan florida.
Punca pencemaran kimia terjadi disebabkan oleh udara yang tercemar akan menurunka
hujan yang mengandung bahan pencemar dan seterusnya mengakibatkan tanah tercemar juga.
Air yang mengandung bahan pencemar akan mengubah susunan kimia
tanah sehingga mengganggu hidupan yang hidup di dalam atau di permukaan tanah.Pencemaran
kimia juga boleh berlaku apabila racun makhluk perosak yang digunakan oleh para petani
untuk mengawal serangan makhluk perosak mengandungi bahan kimi. Jika ia tidak digunakan
secara betul, maka bahan kimia ini akan mencemarkan sumber air bawahtanah, sungai,
tumbuhan dan makanan. Punca pencemaran yang seterusnya ialah daripada raksa. Raksa adalah
sejenis logam toksik yang berbentuk seperti cecair atau gas. Ia wujuddi air, tanah, udara dan
makanan dalam jumlah yang amat kecil. Manakala arsenik danflorida adalah adalah bahan kimia
yang wujud di dalam sumber air bawah tanah. Jika manusia terdedah kepada bahan kimia ini
walaupun dalam jumlah yang sedikit, ia mampu memudaratkan kesihatan manusia.
15

Kesan pencemaran kimia ialah ia mampu membunuh haiwan di bawah tanah ataupun
apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke
dalam tanah dan membunuh haiwan-haiwan tersebut. Selain daripada itu,spencemaran toksid
yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan
dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengankelumpuhan dan ada yang
menemui maut. Contoh kesan daripada keracunan raksa ialahkejadian yang berlaku di Teluk
Minamata, Jepun, dimana burung-burung yang sedangterbang di udara tiba-tiba menjunam dari
angkasa. Kucing pula berjalan terhoyong-hayangdengan mulut yang berbuih, kemudian berlari
tidak tentu arah lalu mati. Jika manusiat erdedah kepada racun ini, ia boleh merosakkan
keupayaan mereka untuk belajar, berfikir dan sebagainya. Raksa juga boleh mendatangkan
kemudaratan kepada janin bayi. Manakala kesan pencemaran arsenik pula ialah ia boleh
menyebabkan penyakit hati, ginjal, barah kulit, gangrene dan paru-paru kepada manusia.
Manakala pencemaran florida pula boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada tulang rangka
manusia seperti tulang belakangdan sendi.
Langkah untuk mengatasi pencemaran kimia ini adalah dengan menggunakan bahan
kimia yang mesra alam. Contohnya ialah baja organik. Ia tidak akan meninggalkan kesan
sampingan seperti mana yang dilakukan oleh baja kimia dan baja buatan. Bahan organic yang
terdapat dalam baja tersebut akan dapat memulihkan struktur tanah.Penggunaan racun serangga
yang mesra alam dan tidak mengandungi klorofluorokarbon juga dapat mengatasi masalah
pencemaran kimia. Ia akan dapat membantu mengurangkan tahap pencemaran kimia akibat
daripada penggunaan bahan kimia yang mengandungi CFC.Selain itu, penggunaan penyembur
rambut yang tidak mengandungi bahan CFC juga bolehmembantu untuk mengatasi maslah
pencemaran kimia akibat daripada bahan ini. Apa yang penting ialah kita perlulah
menggunakan kebijaksaan kita untuk memilih dan membeli barangan yang tidak meggunakan
bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar kita.
Pencemaran Radiasi. Radiasi merupakan suatu bentuk pencemaran yang boleh
mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan kepada mereka yang terdedah kepadanya.
Pengertian radiasi adalah radiasi pengion, iaitu suatu radiasi dalam bentuk gelombang
elektromagnetik dan partikel bermuatan yang apabila tenaganya menembusi bahan atau jaringan
16

biologi (tubuh manusia) dapat menyebabkan terjadinya proses ionisasi pada bahan atau jaringan
tersebut.
Punca pencemaran radiasi ialah daripada sisa radioaktif daripada tenaga nuklear.Sebagai
contoh kemalangan radiasi yang berlaku di Rusia menyebabkan banyak kemusnahandan
kecacatan kepada alam dan manusia. Bukan itu sahaja, gelombang electromagnet daripada
ketuhar gelombang mikro dan radio juga boleh menghasilkan radiasi sekiranya manusia
terdedah terlalu lama terhadap barang-barang tersebut. Bukan itu sahaja, radiasi yangdihasilkan
oleh telefon bimbit juga boleh membahayakan kesihatan. Cara biasa telefon bimbitdigunakan
(yang menghendaki pengguna meletakkannya rapat ke telinga) mendedahkan
otak seorang itu kepada radiasi gelombang mikro yang boleh merosakkan DNA, menjejaskan
fungsi sel dan aktiviti asas otak.
Kesan daripada pencemaran radiasi kepada manusia ialah, ia boleh menyebabkan
kecelaruan tingkah laku, kecacatan otak, barah, kecacatan anggota badan, masalah psikologidan
masalah kesihatan yang lain. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan lelaki danwanita yang
lebih tua menjadi mandul dan boleh menyebabkan kematian. Pembuangan sisatoksik dan sisa
nuklear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Ia juga boleh merosakkan tanah dan
kualitinya. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran
yang ditanam tidak boleh dimakan kerana ia beracun. Selain daripada itu, menurut World Health
Organization (WHO), sekiranya manusia terdedah kepada gelombang elektromagnet pada
kadar antara 1MHz hingga 10GHz ia akan menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia.
Langkah untuk mengatasi pencemaran radiasi ialah dengan mengetat kanundang-undang
yang menghadkan penggunaan radiasi oleh kilang-kilang dan perindustrian. Pendidikan
tentang bahaya pendedahan radiasi kepada manusia juga perlu didedahkan kepada masyarakat
supaya mereka boleh mengambil langkah yang betulsekiranya berlaku kemalangan radiasi.
Selain itu, Kementerian Komunikasi danMultimedia negara kita ini juga perlu mengeluarkan
maklumat terperinci tentang kadar radiasi yang dipancarkan oleh beberapa jenis telefon bimbit
yang ada dipasarkan di Negara ini. Dengan maklumat itu, kita boleh tahu apakah telefon bimbit
yang kita miliki sekarangini masih berada di bawah paras bahaya yang dinyatakan oleh FCC itu
atau sebaliknya.
17

Pencemaran Bunyi. Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak
disukai kerana memberi ketidak selesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, ia didefinisikan
sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secaramendadak
dari masa ke semasa. Pencemaran bunyi berlaku apabila kebisingan melebihi 80dB mengganggu
keselesaan
Punca pencemaran bunyi ini ialah daripada bunyi kenderaan bermotor. Sering kita
mendengar bunyi kenderaan yang kuat dan bising di jalan raya. Hal ini belaku kerana
keghairahan manusia untuk mengubah bunyi kenderaan mereka daripada senyapkepada bunyi
yang lebih bising kerana mengikut trend. Bukan itu sahaja, bunyi bisingdaripada industri-industri
juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Bunyi- bunyi ini datangnya daripada
penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya. Kuari juga merupakan salah satu daripada
ejen pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggaha batu ke lori
boleh menyakitkan pendengaran. Pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti
dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan d
an bunyi kipas ekzos dikilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan
paras bunyi yangtinggi.
Kesan pencemaran bunyi terhadap dunia padamasa kini termasuklah mengganggu
persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi
menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia
serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan terpaksa berhijrah ke habitat
baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan memberi masalah
kepada manusia juga. Pencemaran bunyi juga boleh menyebabkan kerosakan pada telinga
manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranyatelinga menerima bunyi yang kuat
iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosaka tulang
kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Antara kesan lain kepada
manusia ialah ia akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot,
meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti
sakit kepala, pening,loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan,
dan juga memberikesan kepada tingkahlaku. Jika seseorang terdedah secara berterusan di
18

persekitaran bunyiyang melebihi 80 dB, manusia akan mengalami sakit kepala, gangguan emosi
dan yang paling teruk boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pekak.
Langkah untuk mengatas pencemaran bunyi ialah dengan penguatkuasaan oleh pihak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menangani masalah kebisingan ekzoskenderaan yang
smakin banyak berlaku. Penguatkuasaan yang ketat perlu dilakukan untuk memberitahu kepada
orang ramai bahaya perbuatan mereka merupakan suatu kesalahan.Bukan itu sahaja, peraturan
baru juga harus digubal untuk memastikan syarikat pembuat kenderaan bermotor menghasilkan
kenderaan yang kurang bunyi supaya tidak berlaku pencemaran bunyi yang boleh memudaratkan
kesihatan. Kaedah baru juga perlu dikaji dandiselidiki untuk menghasilkan kaedah yang lebih
sesuai dan efisyen untuk digunakan oleh syarikat yang menjalankan perniagaan pemecahan
batu di kuari-kuari. Secara tidak langsung, kaedah baru itu akan membantu mengurangkan tahap
pencemaran bunyi.
Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk
mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran. Kita sebagai manusia juga
harus berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan. Pembangunan
tidak dapat dielak dan memang diperlukan bagi setiap negarauntuk terus maju dan membangun
seiring dengan peredaran masa. Tapi harus diingat, tidak semua pembangunan memberi faedah
yang baik kepada kita malah ada sesetengahnya yangmemberi kesan buruk melebihi kebaikan
yang sepatutnya.Pengkajian dan penilaian yang terperinci perlu dibuat seiring dengan sesebuah
pembangunan dengan mengambil kira tahap pencemaran yang boleh berlaku terhadap alam
sekitar. Penglibatan Jabatan Alam Sekitar dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanyaakan
tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan
alam sekitar. Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan
terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas padamasa sekarang. Manusia tidak lagi
boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alamsekitar menjadi benar-benar kritikal, dan
barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh
diselamatkan lagi. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat
yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan
datang. Sekian, terima kasih.

19

8.0 Slaid-slaid
Pencemaran
faktor
manusia
faktor
semulajadi

Pencemaran
Udara
Pencemaran
Air
Pencemaran
Kimia
Pencemaran
Radiasi
Pencemaran
Bunyi


Pencemaran Udara
Punca
Kesan
Langkah untuk mengatasi

Pencemaran Air
Punca
Kesan
Langkah untuk mengatasi



Pencemaran Radiasi
Punca
Kesan
Langkah untuk mengatasi


20

Pencemaran Bunyi
Punca
Kesan
Langkah untuk mengatasi

Gambar Pencemaran


Punca Pencemaran Udara
aktiviti perindustrian dan pembangunan
gas rumah hijau
kenderaan motor
debu dari kilang papan dan kawasan
pembinaan
pembakaran sampah secara terbuka
seseorang menghisap rokok

Kesan Pencemaran Udara
gangguan terhadap system
pernafasan manusia
mengotorkan permukaan bahan
penyusutan lapisan ozon bumi
hujan asid


Langkah-langkag Mengatasi
Pencemaran Udara
penguatkuasaan oleh Kementerian
Sains dan Alam Sekitar
rondaan darat dan udara
Pengawasan kualiti udara
program kempen kesedaran
penapis udara

You might also like