Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Sumbangan utama tamadun Mesir Purba


kepada ketamadunan manusia adalah dalam
seni bina iaitu piramid .
Pembinaan piramid bermula daripada ilham
Imhotep iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan
penasihat penting kepada Firaun Djoser.
Firaun Djoser telah memperkenalkan teknik
pembinaan bangunan dengan menggunakan
batu bata .
Beliau juga merupakan pengamal ilmu
perubatan dan pengarang buku sains dan
sastera .
Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti
masyarakat Mesir Purba dalam bidang
pembinaan.
Pencapaian Mesir Purba terselah dalam
pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialah
kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas.
Pencapaian tersebut hasil kepandaian orang
Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok
papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil.
Pencipta kertas telah memudahkan penyimpan
dan meninggalkan kebergantungan pada
kepingan batu bata untuk menyimpan segala
khazanah bangsa.
Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia
kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis
dan terpahat dalam system tulisannya , iaitu
hieroglif.

Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada
tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan
penuh seni pada makam dan batu.
Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan system
pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan.
Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang
rendah .
Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan
diletakkan dibawah pentadbiran kerajaan.
Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk
melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis
yang sempurna dan terlatih.
Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah
melahirkan pengamal perubatan.
Mereka mendapat status yang tinggi dalam masyarakat
Mesir Purba.
Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses
memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan
orang Mesir Purba.
Tahap kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia,
perubatan, dan pembedahan.
Keagungan tamadun Mesir Purba bergantung pada
pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjadi nadi
kepada tamadun Mesir Purba .
Perkembangan ilmu matematik seperti algebra,
geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya
dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai
Nil yang berlaku sekali dalam setahun.
Pemerintahan Mesir Purba telah berjaya mencipta
sistem pengairan.
Semasa pemerintahan Firaun Sennusret III , beliau telah
membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123
kilometer .
Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik
membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan
system kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam
setahun.

You might also like