Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN PENYENGGARAAN BENGKEL

Pada 23 September yang lepas, saya telah masuk ke bengkel Kemahiran Hidup
Sekolah Kebangsaan Sri Permaisuri Cheras sewaktu menjalakan PBS Fasa 4. Objektif lawatan
ini adalah untuk memdedahkan kepada pelatih kepada persekitaran sekolah dan
penyelenggaraan bengkel / makmal Kemahiran Hidup. Sebelum itu, saya ingin menjelaskan
definisi tentang penyenggaraan. Penyenggaraan boleh ditakrifkan sebagai melakukan aktiviti
menjaga atau menservis sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih, perabot atau
bangunan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.
Proses penyenggaraan bengkel boleh dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu jenis-jenis
senggaraan dan langkah-langkah kawalan senggaraan. Definisi bagi penyelenggaraan pula
ialah menjalankan kerja-kerja merancang dan mengurus aktiviti penyenggaraan.
Saya sempat untuk meminta penjelasan daripada guru Kemahiran Hidup sekolah
tersebut tentang jenis-jenis senggaraan yang boleh dilakukan. Antara jenis senggaraan yang
dijelaskan oleh guru tersebut ialah senggaraan kawalan. Senggaraan ini merupakan yang
paling berkesan kerana senggaraan ini dilakukan sebelum peralatan, mesin dan bangunan
menjadi rosak. Ia dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa mengikut jadual
senggaraan yang telah ditetapkan. Senggaraan ini lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja
senggaraan yang berterusan tetapi untuk jangka masa panjang, cara ini menguntungkan
kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan. Senggaraan kawalan merangkumi :-
Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan
Pemeriksaan logi dan alatan mengikut jadual untuk mengelakkan kerosakkan daripada
berlaku
Membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa sempurna
Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan seperti
mengecat peralatan dan bangunan
Jenis senggaraan yang lain pula ialah senggaraan pembetulan dan senggaraan ramalan.
Saya tidak berkesempatan untuk melihat proses penyenggaraan dilakukan tetapi guru
KH tersebut menerangkan kepada saya proses-proses yang akan dilakukan sebelum mereka
membuat penyelenggaraan. Pertama sekali, memberi arahan kerja. Mandur akan
memaklumkan tentang kerosakan yang berlaku dan ketua bahagian senggaraan akan
mengeluarkan arahan kepada kakitangan bahagian untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Selepas kerja selesai, kakitangan akan merekodkan maklumat seperti kerja yang
dilakukan, masa yang diambil, kos alat ganti yang digunakan, bilangan pekerja yang diperlukan
dan sebagainya.
Langkah kedua pula ialah menyediakan jadual kerja yang disediakan oleh Penasihat
Kawalan Bahagian Senggaraan dengan bantuan mandur. Pihak ini bertanggungjawab
mengganggarkan jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis kerja senggaraan
yang diperlukan. Tujuannya ialah memudahkan bahagian senggaraan mengagih-agihkan
kakitangan sekiranya kerosakan berlaku serentak. Seterusnya ialah membuat kos senggaraan
diikuti dengan belanjawan. Belanjawan dibuat setahun sekali. Jumlah wang yang diperuntukkan
ke bahagian senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam masa
setahun. Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas dalam jumlah
peruntukan tahunan. Langkah yang terakhir sebleum membuat penyenggaraan ialah merekod
alatan yang mana rekod ini mengandungi semua data alatan seperti nombor siri, pembekal, kos
membeli dan sebagainya.
Saya berterima kasih kepada guru KH SK Sri Permaisuri kerana memberi saya peluang
untuk masuk ke bengkel KH dan juga sudi meluangkan masa untuk memberikan penerangan
tentang penyelenggaraan bengkel. Saya mengambil pengalaman ini sebagai salah satu
pengetahuan untuk diguna pakai pada masa hadapan.

You might also like