Soalan (Panitia BM)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

LATIHAN SOALAN KEFAHAMAN (1)

Soalan 1 hingga Soalan 5.


Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hutan monsun tropika tumbuh di kawasan yang mempunyai musim kering yang nyata. Jenis hutan ini
terdapat di kawasan Jawa Timur, Myanmar, dan Laos. Kawasan ini mempunyai hujan tahunan yang
kurang daripada 1800 mm. Kawasan ini juga mempunyai suhu antara 21C hingga 26C.
Jenis hutan yang terdapat di negara kita ialah hutan Khatulistiwa. Pokok-pokok yang tumbuh di hutan
jenis inin biasanya rapat-rapat, tebal, dan merimbun. Berlainan pula dengan hutan monsun tropika.
Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan hutan jenis ini agak jarang. Pada musim kemarau pula, daun-
daun pokok ini menguning dan gugur. Ketika itu dikenali sebagai hutan luruh monsun tropika. Ketinggian
pokok-pokoknya tidak melebihi 40 meter, iaitu lebih rendah daripada pokok-pokok di negara kita.
Seperti hutan khatulistiwa, hutan monsun tropika mempunyai jenis pokok yang keras dan berharga.
Antaranya termasuklah pokok jati dan penaga. Myanmar, Laos dan Jawa Timur merupakan pengeluar
utama kayu jati yang penting di rantau ini. Hal ini membuka banyak peluang pekerjaan kepada
penduduknya.
Tumbuhan menjalar juga terdapat di hutan monsun tropika. Di bahagian bawah hutan ini juga
ditumbuhi semak samun yang tebal. Tumbuhan yang menjalar hidup subur kerana mendapat pancaran
cahaya matahari yang cukup.
Sesungguhnya hutan monsun tropika menjadikan Myanmar dan Laos pengeksport utama kayu balak
yang penting di dunia. Kayu-kayu balak yang dieksport adalah dalam bentuk balak, kayu gergaji, kayu
lapis, dan papan. Hasil kayu balak ini digunakan untuk membina rumah, kapal, perabot, dan sebagainya.
Memandangkan betapa pentingnya hutan monsun Tropika kepada negara-negara terbabit, maka
langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara hutan haruslah diambil. Antaranya adalah
mewartakan kawasan tersebut sebagai hutan simpan atau Taman Negara. Kerajaan juga hendakalah
menubuhkan renjer hutan untuk mengawal pembalakan haram, kebakaran hutan, dan
menguatkuasakan undang-undang. Selain itu kerajaan juga hendaklah menetapkan syarat wajib, iaitu
menebang pokok balak apabila pokok tersebut mempunyai ukur lilit 45-50 meter.

1 Malaysia dan Selatan Thailand memiliki hutan jenis
A. A monsun sederhana
B. B monsun tropika
C. C monsun khatulistiwa
D. D hutan luruh

2 Antara yang berikut merupakan sifat-sifat tumbuhan hutan yang terdapat di
Malaysia, kecuali

A. tumbuh rapat-rapat
B. ketinggian pokok kurang dari 40 meter
C. tumbuh merimbun
D. banyak pokok kayu yang keras.
3 Apakah kelebihan hutan-hutan yang terdapat di Asia Tenggara?
A. Pokoknya tumbuh rapat-rapat
B. Daunnya akan menguning dan luruh pada musim kemarau
C. Banyak pokok yang keras dan berharga
D. Mudah ditebang.
4 Mengapakah tumbuhan menjalar yang terdapat di hutan monsun tropika mendapat
pancaran cahaya matahari yang cukup?
A. Kerana pokoknya tumbuh jarang-jarang
B. Kerana cuaca di kawasan tersebut kering sepanjang tahun
C. Kerana daun-daun akan luruh pada musim kemarau
D. Kerana pokok-pokok besar di kawasan tersebut selalu ditebang.
5 Pilih pernyataan yang benar.
A. Hujan tahunan di Laos melebihi 2000 mm
B. Daun-daun pokok di hutan monsun tropika akan luruh pada musim hujan
C. Kawasan hutan monsun tropika kurang dipenuhi semak-samun
D. Eksport kayu balak merupakan sumber ekonomi yang utama bagi Myanmar

Soalan 6 hingga Soalan 10
Baca laporan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
Pada cuti penggal sekolah yang lalu, Kelab Bahasa Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Sultan Alam Shah, di Shah Alam. Lawatan ini disertai
oleh 30 orang murid dan diiringi oleh 5 orang guru pengiring. Lawatan itu bertujuan untuk melihat
pelbagai khazanah sejarah negeri Selangor.
Kompleks muzium ini diberi nama bersempena nama Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni
Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Alhaj.
Muzium ini menempatkan tujuh buah bilik pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kesultanan , Balai
Kebudayaan , Balai Warisan Ilmu Kejadian, Balai Ekonomi, Balai Sukan dan Balai Pengangkutan. Setiap
bilik mempamerkan Khazanah Negeri. Sebagai contoh, Balai Kesultanan menerangkan sejarah dan
riwayat hidup Sultan Selangor secara terperinci. Balai Kebudayaan pula menunjukkan adat resam,
budaya dan cara hidup rakyat Selangor.
Lebih 5000 koleksi dipamerkan di Muzium ini. Antara khazanah yang menarik ialah patung-patung yang
menunjukkan adat perkahwinan orang Melayu. Kami juga turut diberi penerangan oleh Cikgu Zamzuri
tentang khazanah-khazanah tersebut.
Lawatan ini sungguh bermakna kepada kami. Kami didedahkan dengan pelbagai ilmu tentang sejarah
sultan dan juga sejarah negeri Selangor. Harapan kami lawatan ini dapat membantu kami di sekolah
selain daripada memberi ilmu pengetahuan yang baru.

Laporan disediakan oleh , 12 Mac 2011
Zarina fazlan

( ZARINA BINTI FAZLAY )
Setiausaha Kelab Bahasa
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelek,

6 Apakah tujuan lawatan tersebut ?
A. Untuk melihat perkembangan negeri Selangor
B. Untuk melihat khazanah dan sejarah negeri Selangor
C. Untuk melihat 5000 bahan koleksi yang dipamerkan
D. Untuk melihat budaya dan cara hidup rakyat Selangor

7 Balai Pengangkutan di Muzium Sultan Alam Shah mungkin mempamerkan..
A. perkembangan sistem pengangkutan di Selangor
B. dokumen sejarah berkaitan negeri Selangor
C. kedudukan perindustrian negeri Selangor
D. keindahan semula jadi di Selangor

8 Anda telah berjaya menghasilkan sejenis vaksin untuk membunuh Virus Nipah . Sejarah penemuan
anda ini mungkin dipamerkan di.
A. Balai Ekonomi
B. Balai Sejarah
C. Balai Kebudayaan
D. Balai Warisan Ilmu Kejadian

9 Berikut adalah benar kecuali
A. lebih 5000 bahan koleksi di muzium ini
B. riwayat hidup Sultan Selangor turut dipamerkan
C. muzium ini diberi nama sempena nama seorang sultan Selangor
D. cara hidup rakyat negeri Selangor dipamerkan di Balai Warisan Ilmu Kejadian

10 Apakah faedah yang diperolehi oleh ahli rombongan tersebut ?
A. Pengetahuan tentang sejarah negeri Selangor
B. Dapat melawat Muzium Sultan Alam Shah
C. Boleh berjumpa pelawat-pelawat lain
D. Dapat melihat patung-patung

Soalan 11hingga Soalan 15
Baca pengumuman di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.
PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU 2011
Sempena Minggu Bahasa Melayu yang akan bermula pada 21 Februari2011, Panitia Bahasa Melayu akan
mengadakan satu peraduan mengarang mengikut tahun.
Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4, 5, dan 6 Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang
Putra. Sesiapa berminat diminta menghubungi Pengerusi Peraduan Mengarang, Puan Hjh.Rashidah binti
Suboh.



Syarat-syarat Peraduan:
1. Tajuk : a) Bahasa Jiwa Bangsa
b) Cintai Bahasa Kita
2. Karangan hendaklah ditaip.
3. Panjang karangan bagi Tahun 4 tidak kurang daripada 100 patah perkataan, Tahun 5
tidak kurang daripada 200 patah perkataan, dan Tahun 6 tidak kurang daripada 300
patah perkataan.
4. Tulis nama penuh dan tahun di sudut atas sebelah kanan kertas anda.
5. Karangan yang telah siap hendaklah dihantar melalui email sktpsputra@gmail.my
masing-masing kepada Pengerusi Peraduan Mengarang sebelum
04 Februari 2011 jam 11.00 pagi.

Hadiah: Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Hadiah pertama RM20.00 RM25.00 RM30.00
Hadiah Kedua RM15.00 RM20.00 RM25.00
Hadiah Ketiga RM10.00 RM15.00 RM20.00
Selain itu 10 hadiah sagu hati bernilai RM5.00 setiap seorang akan disediakan bagi peraduan ini.
Nama-nama pemenang akan diumumkan pada Hari Kemuncak Minggu Bahasa Melayu iaitu pada hari
Jumaat 25 Februari 2011. Hadiah-hadiah akan disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohammad
Nasir bin Meskam.
Sekian, untuk makluman.

Yang menjalankan tugas,

(ZAITON BIN OSMAN)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra.
11 Peraduan ini terbuka kepada ......
A. sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya
B. pelajar yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun
C. pelajar yang berumur 7 tahun hingga 9 tahun
D. pelajar-pelajar tahap satu

12 Pada hari apakah Minggu Bahasa Melayu ini bermula?
A. Jumaat
B. Khamis
C. Selasa
D. Isnin

13 Berapa panjang karangan yang mesti ditulis oleh peserta tahun 5?
A. Lebih daripada 200 patah perkataan
B. Kurang daripada 200 patah perkataan
C. Tidak kurang daripada 300 patah perkataan
D. Tidak kurang daripada 100 patah perkataan

14 Karangan yang telah siap hendaklah dihantar kepada .......
A. Puan Zaiton binti Osman
B. Guru kelas masing-masing
C. Pengerusi Panitia Bahasa Melayu
D. Tuan Haji Mohammad Nasir bin Miskam

15 Berapakah jumlah hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur?
A. RM45.00 sahaja
B. RM75.00 sahaja
C. RM180.00 sahaja
D. RM230.00 sahaja




Soalan 16 hingga soalan 20
Baca puisi di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Guruku
Harapanmu suatu perjuangan
Harapanmu suatu pengorbanan
Guruku
Kejayaan yang kauidamkan
Keringatmu dan impianmu
Terserlah menjadi kenyataan
Itulah janjiku kepadamu
Guruku
Azammu suci dan tulus
Membakar diri menerangi kami
Di matamu kami adalah sama
Tiada yang pintar atau dungu
Kasihmu tiada memilih
Membimbing kami ke sana
Ke puncak menara ilmu.

16 Apakah jenis puisi ini ?
A. Sajak
B. Syair
C. Pantun
D. Gurindam

17 Apakah tajuk yang sesuai bagi puisi ini ?
A. Keikhlasan guru
B. Jasa Guru
C. Pengorbanannya
D. Tugas Seorang Guru


18 Membakar diri menerangi kami bermaksud.
A. selalu berjuang untuk keselamatan negara
B. selalu menepati janji kepada pelajarnya
C. berusaha agar pelajarnya berjaya
D. berusaha mencapai cita-citanya

19 Puncak menara ilmu merujuk kepada
A. sekolah berasrama penuh
B. Pusat Sumber
C. Perpustakaan Awam
D. Universiti

20 Apakah yang tidak benar tentang puisi ini ?
A. Guru pemuisi seorang yang bertanggungjawab
B. Guru pemuisi sedang melanjutkan pelajaran di universiti
C. Guru pemuisi seorang yang tekun dan tabah
D. Guru pemuisi mahu semua pelajarnya berjaya

Soalan 21 hingga Soalan 25
Baca ucapan di bawah ini dengan teliti . Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis , yang berbahagia Tuan Guru Besar, guru-guru, ibu bapa, dan
pelajar sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada
pihak penganjur kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah sempena dengan kempen anti
jenayah pagi ini.
Hadirin sekelian,
Secara ringkasnya, jenayah ialah perbuatan yang salah dan bertentangan dengan undang-undang negara
serta nilai-nilai moral masyarakat. Contohnya ialah mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain lagi.
Biasanya perbuatan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang rendah nilai moralnya, tamak haloba, tidak
bertimbang rasa, kurang siuman dan sebagainya.
Di negara kita sekarang, kejadian jenayah semakin kerap berlaku. Hampir setiap hari ada saja kejadian
jenayah jenayah yang disiarkan dalam akhbar-akhbar setempat. Jika keadaan ini dibiarkan ketenteraman
dan keselamatan orang ramai terancam. Oleh itu, setiap anggota masyarakat seharusnya menyedari
akan tanggungjawab bersama membanteraskan jenayah. Setiap anggota masyarakat tidak harus
menyerahkan tugas membanteras jenayah bulat-bulat kepada pihak polis. Sebenarnya , tanpa kerjasama
orang ramai , tugas polis menjadi kurang berkesan.
Hadirin sekalian,
Banyak langkah atau cara yang dapat diambil umtuk mengurangkan kadar jenayah. Satu daripadanya
ialah mengelak daripada terlibat alam kegiatan jenayah . Hal ini dapat kita lakukan jika kita bergaul
dengan orang-orang yang tinggi moralnya. Selain itu , kita perlu juga melengkapkan diri dengan didikan
agama untuk membentuk keimanan yang teguh supaya dapat menjadi benteng untuk menyekat diri kita
daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.
Langkah seterusnya ialah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis . Hal ini wajib kita lakukan
jika kita benar-benar cinta akan keamanan. Sebagai anggota masyarakat, kita sepatutnya menjadi mata
dan telinga pihak polis. Sebarang kegiatan jenayah dan perbuatan yang mencurigakan hendaklah
dilaporkan segera kepada pihak polis.
Pelajar pun dapat membantu mengurangkan kejadian jenayah. Caranya ialah menyampaikan maklumat
tentang langkah-langkah mencegah janayah kepada anggota keluarga dan anggota masyarakat
setempat. Misalnya, anda boleh mengingatkan keluarga tentang perlunya menyimpan wang dan harta
benda di tempat yang selamat.
Hadirin sekalian,
Akhir kata saya menyeru para hadirin agar kita bersama mencegah dan membanteras kejadian jenayah.
Sekian terima kasih.

21 Pada pendapat anda, siapakah yang mungkin sekali memberi ucapan ini?
A. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
B. Pegawai Kaunseling
C. Pegawai pendidikan
D. Pegawai polis
22 Bukti bahawa kejadian jenayah semakin kerap berlaku dalam ucapan ini berdasarkan pada
A. kerapnya kejadian jenayah disiarkan di akhbar-akhbar setempat.
B. banyaknya kejadian jenayah yang sedang disiasat oleh polis.
C. pengalaman dan pemerhatian dari hari ke hari.
D. banyaknya aduan oleh mangsa yang terlibat dalam kejadian jenayah.



23 Mengapakah setiap anggota masyarakat harus bersama-sama membanteras jenayah?
A. kerana tugas membanteras jenayah adalah kewajipan setiap anggota masyarakat.
B. kerana pihak polis gagal menjalankan tugasnya seperti yang diharapkan .
C. kerana penjenayah takut akan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dengan polis.
D. kerana kejayaan membanteras jenayah mudah tercapai melalui kerjasama masyarakat.
24 Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaikata mata dan telinga pihak polis?
A. membantu pihak polis .
B. orang kanan pihak polis.
C. penyiasat sambilan pihak polis.
D. pengawal sukarela pihak polis.
25 Apakah yang dapat disimpulkan daripada ucapan di atas ?
A. setiap orang mesti bersama memikul tanggungjawab membanteras jenayah.
B. kegiatan jenayah tidak harus dibiarkan berleluasa untuk menjamin ketenteraman.
C. pihak polis tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam usaha membanteras jenayah.
D. tanggungjawab membanteras jenayah hanyalah tanggungjawab pihak polis.

Soalan 26 hingga 30
Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Petani waja,
Tidak bermaya
setengah abad kau menjadi peneroka
membangun tanah pusaka tercinta
menumpahkan keringat
demi keluarga, bangsa dan negara.
Petani waja,
setengah abad berlalu
keringan mu
kegagahan mu dimamah usia
kulit mu kasar berkedut hangus.
urat-urat mu berpintal-pintal
setelah setengah abad berjuang
bersama kerbau tua bermandi lumpur
di bawah panahan sang mentari
namun ganjaran mu tidak setara
separuh cuma bahagian mu
setelah ditolak rezeki tikus dan bebeurung
lintah darat yang tidak mengenal mangsa.
Oh ! Petani waja
Hati mu, wajah mu tidak pernah ceria
hati mu resah
esok anak mu akan ke sekolah
pasti tidak bermaya untuk melangkah
tanpa wang belanja, tanpa segala
derita mu pasti bertambah lagi
hanya doa dan harapan
menanti sinar yang tak kunjung dating.

26 Sudah berapa lama petani itu bekerja di sawah?
A. lima tahun
B. lima belas tahun
C. sepuluh tahun
D. lima puluh tahun
27 Berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan pendapatan petani tidak memuaskan KECUALI
A. dimakan tikus dan burung.
B. tidak menggunakan teknologi baru
C. bergantung dengan orang tengah
D. kerana sebahagian hasilnya dimakan lintah

28 Bagaimanakah hasil yang diperolehi oleh petani itu?
A. hanya cukup untuk keperluan dirinya sendiri
B. tidak setimpal dengan usaha yang dikeluarkan
C. melebihi keperluan keluarganya
D. separuh sahaja yang digunakan

29 Rangkaikata lintah darat bermaksud
A. pemborong atau peniaga yang mengambil untung berlebihan
B. pemborong peniaga yang membeli hasil-hasil petani
C. pemborong peniaga yang memberikan modal
D. lintah yang hidup di darat
30 Pada pandangan anda , apakah mesej utama yang hendak disampaikan dalam sajak di atas?
A. petani ialah golongan yang sememangnya miskin .
B. jasa petani pada bangsa dan negara jamgan dilupakan
C. masa depan petani yang gelap kerana mereka sudah setengah abad bertani.
D. petani perlukan pembelaan untuk meningkatkan pengeluaran dan pemasaran agar mereka
dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca berita di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya.
KUALA LUMPUR, 25 Mei - Pakar Botani dari Britain, G.G Watson yang pernah bertugas di Malaya dalam
tahun 1930-an pasti tidak menyangka sama sekali bahawa rumahnya kini akan dijadikan Pusat
Pendidikan Alam Semula Jadi Negara.
Rumah yang terletak di tepi hutan dara seluas 1020 hektar dalam kawasan Institut Penyelidikan dan
Perhutanan Malaysia(FRIM). Rumah itu mempunyai empat bilik dan telah dibina pada tahun 1928.
Tujuan pengubahsuaian rumah tersebut ialah untuk mengekalkan kehijauan serta menanamkan rasa
kecintaan di kalangan masyarakat terhadap hutan di negara ini. Kerja-kerja pengubahsuaian rumah
itutelah dilakukan dengan kerjasama tiga pihak iaitu pihak Shell sebagai penaja, pihak FRIM dan
Persatuan Pencinta Alam (MNS) sebagai penyelenggaraan
Rumah tersebut akan menjadi sumber rujukan dan penyelidikan kepada semua golongan, termasuk
pelajar dan orang ramai. Rumah itu kini telah dilengkapkan dengan 41 buah katil, beberapa buah
komputer,buku-buku rujukan dan alat pandang dengar.
Rumah tersebut diharapkan dapat menjadi pusat pendidikan alam semula jadi dan tempat menyimpan
dan membekalkan segala maklumat mengenai hutan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya.

31 Apakah yang terbayang oleh pemilik rumah tersebut?
A. rumahnya akan terbiar begitu sahaja
B. rumahnya akan dijadikan rumah kediaman pegawai
C. rumahnya akan dijadikan pusat penyelidikan dan pengumpulan kayu balak
D. rumahnya akan menjadi Pusat Penyelidikan Alam Semula Jadi.
32 Hutan dara dalam petikan berita di atas membawa maksud
A. hutan yang dipelihara
B. hutan yang hijau dan subur
C. hutan yang belum diteroka
D. hutan yang sudah matang usianya
33 Semua pihak teribat dalam kerja-kerja pengubahsuaian rumah tersebut KECUALI
A. pihak shell
B. pihak Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia
C. Pihak Persatuan Pencinta Alam
D. Pihak Jabatan Perhutanan Malaysia
34 Apakah tujuan asal pembinaan rumah tersebut?
A. tempat kediaman G.G Watson dan keluarganya
B. kediaman pegawai-pegawai perhutanan
C. Pejabat Perhutanan Malaysia
D. Pejabat Institut Penyelidikan dan Perhutanan Negara
35 Pada pendapat kamu , apakah yang akan terjadi sekiranya semua hutan di negara kita digondolkan?
A. iklim akan bertukar
B. cuaca tidak menentu]
C. negara akan menjadi kaya
D. negara akan hilang khazanah yang amat bernilai.

Soalan 36 hingga 40.
Baca syair di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Jalur gemilang bendera bertuah,
Rakyat Malaysia berasa megah,
Hidup bahagia tanpa resah,
Kerana kita merdeka sudah.

Jalur Gemilang lambing bersatu,
Merah, kuning, putih dan biru,
Bulan bintang menghiasi penjuru,
Empat belas negeri menjadi padu.

Di bangunan Parlimen tempat berkibaran,
Lambang demokrasi dan kemerdekaan,
Penuh daulat serta kebebasan,
Seiring dengan semangat perpaduan.

Putih dan merah suci berani,
Menyeru rakyat membangunkan negeri,
Menentang musuh yang penuh dengki,
Mempertahankan Negara setiap inci.

Pelbagai bangsa berlainan bahasa,
Jalur Gemilang menyatukan semua,
Teguh, bersatu, dan bekerjasama,
Tanda sepakat aman sentosa.

Jalur Gemilang kebanggaan kita,
Terkenal sudah ke seluruh dunia,
Hidup rakyatnya sejahtera senantiasa,
Sama-sama Berusaha memajukan Negara.

36.Bintang yang menghiasi penjuru Jalur Gemilang melambangkan

A. Dua belas negeri.
B. Tiga belas negeri.
C. Empat belas negeri
D. Lima belas negeri


37 Berdasarkan syair di atas, di manakah Jalur Gemilang sering dikibarkan?
A. di bangunan Parlimen
B. di gerai makan
C. di hentian bas
D. di padang bola.

38. Warna apakah yang melambangkan keberanian?
A. Kuning
B. merah
C. biru
D. putih

39. Mengapakah rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan bekerjasama?
A. supaya dipandang tinggi oleh masyarakat luar.
B. supaya dipuji oleh pemimpin Negara.
C. supaya tidak ditindas oleh bangsa lain.
D. supaya hidup aman dan sentosa
40. Apakah tajuk yang mungkin sekali sesuai untuk syair di atas?
A. Cintailah Negara Malaysia
B. Jalur Empat Belas
C. Benderaku Malaysia
D. Majulah Negaraku

Soalan 41 hingga 45
Baca laporan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Laporan Khemah Kerja Kejiranan Sekolah Taman Pantai Sepang Putra.
Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra telah mengadakan Khemah Kerja
Kejiranan di Kampung Bagan Lalang. Khemah kerja selama dua hari itu disertai oleh 30 orang murid.
Khemah kerja itu dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negeri Selangor dengan kerjasama Kementerian
Belia dan Sukan.
Tujuan utama khemah kerja ini diadakan adalah untuk menanam sikap bekerjasama,sifat
kepemimpinan, dan memupuk semangat setia kawan disamping melahirkan individu yang
bertanggungjawab.
Sepanjang khemah kerja tersebut, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk ceramah,
bengkel penghayatan diri, dan menghargai keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan.
Aktiviti yang paling menarik ialah penjelajahan di sekitar hutan rekreasi dan perbincangan dalam
kelompok. Acara kemuncaknya pula diadakan pada malam terakhir Khemah Kerja Kejiranan. Pada
malam tersebut, semua peserta berpeluang menunjukkan persembahan masing-masing.
Pada 29 Mei 2011, majlis penutupan Khemah Kerja Kejiranan berlangsung dengan jayanya. Setiap
peserta yang menyertai khemah itu diberikan sijil penyertaan dan piala. Ternyatalah khemah kerja ini
banyak memberikan faedah kepada peserta. Secara tidak langsung, aktiviti seperti ini dapat melahirkan
generasi yang cergas dan berpandangan jauh.

Disediakan oleh, 2 JUN 2011
T.t
(ANGSOR BIN KARIMON)
Setiausaha Khemah Kerja Kejiranan

41 Siapakah penganjur utama Khemah Kerja Kejiranan?
A. murid Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra.
B. setiausaha Khemah Kerja Kejiranan.
C. Jabatan Perpaduan Negeri Selangor.
D. Penduduk Kampung Bagan Lalang.
42. Bilakah aktiviti Khemah Kerja Kejiranan ini diadakan?
A. 27 Mei 2011
B. 28 Mei 2011
C. 29 Mei 2011
D. 02 Jun 2011
43 Yang berikut ialah tujuan khemah kerja ini diadakan kecuali..
A. memupuk semangat setia kawan
B. melahirkan individu yang bertanggungjawab
C. menanam sifat kepemimpinan
D. memahami peranan rakyat Malaysia.
44. Rangkaian kata-kata berpandangan jauh bermaksud
A. Mempunyai kebolehan menjangka sesuatu yang akan datang.
B. Berkeupayaan untuk memandang
C. Mempunyai pengetahuan yang luas
D. Memberikan perhatian pada perkembangan jangka panjang.


45 Yang manakah bukan faedah menyertai Khemah Kerja Kejiranan?
A. memutuskan tali silaturahim.
B. dapat menikmati keindahan alam semula jadi.
C. melahirkan generasi yang cerdas dan cergas.
D. membina keyakinan diri.

Soalan 46 hingga Soalan 50
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kayu rengas ialah sejenis kayu yang keras dan sederhana berat. Dari segi nama botani, rengas ada
banyak spesies. Perkataan rengas merujuk kepada pokok-pokok lain yang mengandungi getah beracun.
Pokok rengas mempunyai taburan yang banyak di dalam hutan tetapi kayu balak rengas tidak banyak
terdapat di dalam hutan. Hal ini kerana banyak pokok kecil telah dicantas oleh manusia yang ingin
memusnahkan pokok beracun ini.
Kayu rengas adalah antara yang terkenal sekali sebagai kayu balak yang beracun di Asia Tenggara. Getah
rengas yang terkena pada kulit boleh mengakibatkan lecur yang sangat teruk. Manakala asap yang
terhasil daripada pembakaran mana-mana bahagian pokok ini juga boleh mengakibatkan melecur yang
teruk dan masalah pernafasan yang serius. Selain itu, orang yang berteduh di bawah pokok rengas
semasa hujan lebat juga mungkin akan menghadapi masalah kulit.
Getah rengas mengandungi asid dan mungkin juga beberapa sebatian kimia yang lain. Sekiranya getah
ini terkena pada salah satu anggota tubuh, getah ini akan menyebabkan masalah pada kulit, sistem
pernafasan, dan bahagian tisu badan yang lain. Racun pokok rengas boleh memberi kesan yang buruk
kepada hampir setiap orang yang terdedah kepadanya.
Walaupun pokok rengas ialah sejenis pokok yang beracun, namun pokok ini juga digelar pokok
multiguna. Kayu rengas sangat cantik dan berwarna merah berjalur-jalur. Kayu ini juga digunakan untuk
membuat perabot yang berkualiti tinggi. Selain itu, kayu rengas juga sesuai untuk tujuan kegunaan kasar
dan tahan lasak seperti membuat tiang rumah, jambatan, perahu, dan lain-lain. Getah rengas yang
dikumpul boleh digunakan untuk membuat arnish dan laker. Biji rengas yang dipanggang juga sedap
dimakan manakala daun pokok rengas yang muda dibuat ulam. Pendek kata, pokok rengas mempunyai
pelbagai kegunaannya.
46. Mengapakah banyak pokok kecil rengas telah dicantas?
A. Kerana ingin memusnahkan pokok yang beracun ini.
B. Kerana pokok ini tumbuh meliar.
C. Kerana pokok ini sangat berbahaya
D. Kerana pokok ini tiada kegunaannya
47. Apakah akibatnya jika terkena getah rengas pada kulit?
A. Kulit akan menjadi lebih keras
B. Kulit akan melecur dengan teruk
C. Kulit tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari
D. Kulit akan mengelupas.
48. Pernyataan berikut adalah benar berdasarkan petikan, kecuali..
A. A kayu rengas sangat cantik dan berwarna merah berjalur-jalur.
B. kayu rengas juga boleh dibuat perabot yang berkualiti tinggi.
C. pokok rengas mempunyai dua kegunaan sahaja.
D. getah rengas yang dikumpul boleh dibuat arnish dan laker .
49. Apakah kegunaan getah rengas yang dikumpul?
A. Untuk membuat tiang rumah dan jambatan
B. Untuk membuat varnis dan laker
C. Untuk membuat varnis dan landai kereta api
D. Untuk membuat perahu dan laker.
50. Perkataan multiguna dalam petikan bermaksud
A. pelbagai guna
B. diguna ramai
C. pelbagai jenis
D. pelbagai cara

Soalan 51 hingga Soalan 55.
Baca dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Abang : Wah, lekanya kamu membaca! Ada apa-apa berita yang menarik?
Johari : Sebenarnya saya sedang membaca berita tentang kejohanan golf yang akan berlangsung tidak
lama lagi. Saya berasa bangga kerana Malaysia dipilih sebagai penganjur kejohanan golf yang
bertaraf antarabangsa.
Abang : Jika Johari ingin tahu, dahulu golf merupakan sukan untuk golongan atasan saja.Kini golf
menjadi permainan kegemaran semua lapisan masyarakat. Oleh sebab itu, tidak menghairankan
mengapa banyak padang golf dibina di negara kita sekarang.
Johari : Setahu saya, padang golf dibina di kawasan tadahan hujan, kawasan bukit, dan kawasan yang
berhampiran dengan empangan. Sebagai akibatnya, berlakulah hakisan tanah dan pencemaran
alam. Kesan yang paling buruk ialah tanah ini akan terhakis dan dihanyutkan ke kawasan
takungan air atau laut. Hal ini akan menyebabkan hidupan laut dan terumbu karang mati.
Abang : Betul tu, Johari. Kawasan hutan ini akan dibersihkan untuk membina padang golf. Selain itu,
baja kimia dan racun rumput turut digunakan untuk mengelakkan rumput tumbuh.
Johari : Jadi, apakah langkah yang patut dilakukan oleh pihak pemaju padang golf untuk mengelakkan
berlakunya hakisan tanah?
Abang : Pada pendapat abang, langkah yang patut dilakukan ialah pembinaan golf itu mestilah
bersifat mesra alam.
Johari : Mesra alam? Maksud abang?
Abang : Mesra alam ialah mengekalkan bentuk muka bumi. Contohnya, di kawasan padang golf itu
hendaklah ditanami pokok supaya hakisan tanah dapat dielakkan.

51. Apakah yang menyebabkan Johari berasa bangga?

A. Dia dapat bermain golf dengan abangnya.
B. Malaysia dipilih sebagai penganjur kejohanan golf.
C. Kejohanan golf akan berlangsung tidak lama lagi.
D. Banyak padang golf dibina di Malaysia.

52. Perbezaan antara sukan golf dahulu dengan sukan golf sekarang ialah ..
A. Permainan ini tidak hanya terhad kepada golongan tertentu saja.
B. Permainan golf dimainkan di atas padang yang cantik.
C. Permainan golf kian mendapat tempat di kalangan masyarakat dunia.
D. Permainan golf tidak memerlukan belanja yang besar.
53. Yang berikut ialah kawasan-kawasan yang dibersihkan untuk membina padang golf, kecuali ..
A. Kawasan tadahan hujan
B. Kawasan takungan air.
C. Kawasan yang berhampiran dengan empangan.
D. Kawasan bukit.


54. Yang manakah bukan kesan pembinaan padang golf?
A. pokok-pokok ditebang dan kawasan hutan dibersihkan
B. tanah di kawasan bukit akan terhakis lalu dihanyutkan ke laut
C. hidupan laut dan terumbu karang semakin berkurang
D. berlaku pencemaran alam sekitar
55. Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada perbualan antara Johari dengan abangnya?
A. Kejohanan golf di negeri ini hendaklah dihadkan.
B. Hak pembinaan padang golf perlu diberikan kepada pemaju yang tertentu saja.
C. Orang ramai harus mementingkan keindahan alam sekitar daripada kepuasan diri sendiri.
D. Pembinaan padang golf hendaklah mengutamakan keseimbangan alam.

Soalan 56 hingga Soalan 60.
Baca petikan dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Amir Faiz : Selamat pagi, cikgu. Apa khabar?
Cikgu Atif : Selamat pagi. Khabar baik.
Amir Faiz : Saya Amir Faiz, ketua pengarang Buletin Antara Kita .
Saya ditugaskan menemu ramah cikgu bagi dimuatkan dalam keluaran akan datang
bersempena pelantikan cikgu.
Cikgu Atif : Boleh. Eh, duduklah dulu! Tak manis jika awak asyik berdiri sahaja.
Amir Faiz : Bolehkah cikgu menceritakan pengalaman cikgu dalam kerjaya mulia ini?
Cikgu Atif : Cikgu mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Kem Kabota, Tawau, Sabah selama lima
tahun. Pada tahun 1980, cikgu ditukarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ke
Sekolah Kebangsaan KemTerendak. Sebelum ditukarkan di sekolah ini, cikgu telah
berkhidmat selama tujuh tahun di Sekolah kebangsaan Taman Bunga Raya sebagai Guru
Penolong Kanan Kurikulum.
Amir Faiz : Boleh saya tahu latar belakang pendidikan cikgu?
Cikgu Atif : Cikgu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Choh dan
menyambung pelajaran di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban. Kemudian cikgu
mendapat pendidikan ikhtisas di Maktab Perguruan Sultan Idris.
Amir Faiz : Bagaimanakah pendapat cikgu semasa kali pertama bertugas di sekolah ini?
Cikgu Atif : Cikgu berbangga dengan sekolah ini kerana telah berada di puncak dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum. Nilai-nilai murni yang telah disemai oleh bekas guru besar
lama telah begitu mantap dalam diri para pelajar.
Amir Faiz : Apakah harapan cikgu kepada sekolah ini?
Cikgu Atif : Cikgu amat berharap agar aspirasi guru di sekolah ini utuk menjadikan sekolah kita
sebagai Sekolah Harapan Negara pada tahun ini akan menjadi kenyataan.
Amir Faiz : Terima kasih atas kerjasama dan kesudian cikgu menjawab soalan saya.
Cikgu Atif : Sama-sama.

56. Pada tahun berapakah Cikgu Atif mula berkhidmat?
A. 1970
B. 1975
C. 1980
D. 1885
57. Di manakah beliau mendapat pendidikan perguruan?
A. Sekolah Kebangsaan Sungai Choh .
B. Sekolah Kebangsaan Kem Kabota
C. Sekolah Datuk Abdul Razak
D. Maktab Perguruan Sultan Idris
58. Berikut adalah antara sifat yang ada pada Cikgu Atif kecuali ..
A. peramah
B. mementingkan diri
C. bersopan-santun
D. bekerjasama

59. Antara berikut ialah kejayaan yang telah ditinggalkan oleh bekas Guru Besar kecuali

A. mempunyai kantin yang indah.
B. mempunyai murid yang berdisiplin.
C. kejayaan yang cemerlang dalam UPSR.
D. mencapai kegemilangan dalam kokurikulum.
60. Kata aspirasi di dalam petikan membawa maksud
A. idaman
B. cita-cita
C. harapan
D. angan-angan
Soalan 61 hingga 65
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Kolam boleh dikatakan terdapat di mana sahaja. Di kebun-kebun bunga, di hutan lipur dan di ladang.
Ada juga kolam yang terletak di atas bukit-bukau dan gunung-ganang. Kolam ini terbahagi kepada dua
jenis iaitu kolam semulajadi dan kolam hasil buatan.
Kolam asli terbentuk apabila tempat-tempat berongga pada muka bumi dipenuhi air hujan. Untuk
menampung air, tempat-tempat berongga ini mestilah mempuyai lapisan tanah liat atau batu di
bawahnya yang menahan air daripada meresap ke dalam tanah.
Kebanyakan kolam adalah dibuat oleh manusia. Pada masa lampau, hampir semua kampung dan ladang
mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kolam. Kolam itu digunakan oleh kuda dan lembu untuk
meminum air. Di samping itu, kolam ini juga digunakan untuk pengairan.
Musim panas adalah masa yang paling sibuk di kolam. Cuacanya panas dan harinya panjang. Tumbuh-
tumbuhan tumbuh dengan cepat, berbunga dan berbenih. Tumbuhan-tumbuhan ini menyediakan
makanan yang segar untuk banyak herbivor.
Berbeza dengan keadan ini, pada musim sejuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan kolam menghadapi
banyak kesulitan. Walaupun permukaan air menjadi beku, namun jauh di bawah permukaan kolamnya,
suhunya jarang sekali jatuh lebih rendah daripada 4 C. Ini menyebabkan masih terdapat haiwan
haiwan yang boleh hidup nun jauh di dasar sungai atau kolam tersebut.
61. Bagaimanakah kolam asli terbentuk?
A. Di kawasan yang mudah diresapi air
B. Lubang-lubang yang digali dengan dilapisi tanah liat
C. Apabila hujan memenuhi tempat-tempat berongga pada muka bumi
D. Kolam ini akan terbentuk di atas bukit-bukau dan gunung-ganang.
62. Mengapakah kolam digali di kebanyakan ladang?
A. Sebagai pusat bekalan air kawasan ladang
B. Sebagai tempat haiwan herbivor mendapat makanan
C. Sebagai tempat yang paling sibuk pada musim panas
D. Sebagai tempat tumbuh-tumbuhan berbunga dan berbenih
63. Kata rongga dalam petikan tersebut membawa maksud
A. lubang
B. padat
C. tumpat
D. padu
64. Semua yang berikut adalah benar kecuali .
A. Di atas bukit dan gunung juga terdapat kolam.
B. Kolam adalah sumber utama haiwan ternakan.
C. Walaupun sejuk, air di kolam tidak beku sepenuhnya.
D. Tumbuh-tumbuhan dapat hidup subur semasa musim sejuk.
65.Pada pendapat anda, mengapakah kolam begitu penting kepada hidupan?
A. Kolam adalah sumber bermula rantaian makanan
B. Kolam mencantikkan pemandangan dan boleh menenangkan fikiran
C. kolam boleh membeku ketika musim sejuk
D. Tumbuh-tumbuhan mengharapkan kolam untuk membiak


Solan 66 hingga 70
Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar pada hari ini hangat didiperkatakan. Hal ini
membimbangkan pelbagai pihak kerana kemerosotan disiplinlah yang memungkinkan meningkatnya
pelbagai masalah social. Sehubungan dengan itu, timbul persoalan tentang faktor-faktor berlakunya
kemerosotan disiplin tersebut.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca berlakunya masalah ini. Antaranya termasuklah sikap
pelajar itu sendiri. Pelajar-pelajar yang sering mengalami kegagalan akan menghadapi tekanan perasaan.
Hal ini menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk mengikut peraturan-peraturan sekolah. Yang
lebih buruk lagi, mereka sanggup menjadi batu api untuk mempengaruhi kawan-kawan lain mengikut
mereka.
Budaya kehidupan yang mementingkan kebendaan sering menyebabkan ibu bapa melupakan
tanggungjawab mereka untuk membentuk disiplin anak-anak. Mereka langsung tidak mengambil berat
terhadap pelajaran anak-anak kerana sibuk mencari harta kekayaan. Sikap mereka yang bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing itu memungkinkan anak-anak terbiar lalu bertindak
liar.
Media elektronik turut menjadi punca merosotnya disiplin pelajar. Hal ini berlaku kerana media
elektronik lebih banyak menyiarkan rancangan yang berinsur hiburan dan ganas hingga menpengaruhi
pemikiran pelajar.
Masalah kemerosotan disiplin pelajar perlu diatasi segera kerana jika sudah terantuk baru tengadah,
maka tentulah tidak bererti lagi. Dalam hal ini, ibu bapa, guru-guru, dan pelbagai pihak harus bersikap
bagai aur dengan tebing untuk mengetahui masalah pelajar. Hal ini penting kerana pelajar hari ini bakal
pemimpin yang akan menerajui pemerintahan dan mencorakkan masa depan negara.

66 Apakah perkara utama yang diperkatakan dalam rencana ini?
A. Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar
B. Media elektronik banyak menyiarkan rancangan yang berunsur hiburan dan ganas
C. Ibu bapa bersikap seperti enau dalam belukar
D. Jika sudah teratuk baru tengadah, maka tentulah tidak bererti lagi

67 Berdasarkan petikan, semua yang berikut merupakan punca merosotnya disiplin dalam kalangan
pelajar, kecuali..
A. kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak
B. kegagalan pelajar mengatasi masalah
C. pengaruh media elektronik
D. pengabaian tanggungjawab oleh guru
68 Kata menerajui sesuai digantikan dengan kata-kata yang berikut, kecuali
A. memimpin
B. menggerakkan
C. mengepalai
D. mengendalikan
69 Mengapakah semua pihak harus bertanggungjawab mengatasi masalah kemerosotan disiplin pelajar?
A. Kerana masalah yang dihadapi oleh pelajar terlalu rumit
B. Kerana masalah yang dialami oleh pelajar berpunca daripada pelbagai pihak
C. Kerana pelajar adalah asset negara yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan
D. Kerana masalah pelajar membabitkan semua pihak.



70 Pada pendapat anda, rancangan yang bagaimana yang sesuai disiarkan oleh pihak media elektronik
untuk tontonan pelajar?
A. Yang dapat memenuhi selera pelajar
B. Yang berunsur pengetahuan dan pendidikan
C. Yang sesuai dengan peredaran zaman
D. Yang berkaitan dengan pelajaran

Soalan 71 hingga Soalan 75
Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
KUALA LUMPUR, 25 April - Kursus Penataran Bahasa perlu diadakan dari semasa ke semasa kerana
memberi banyak manfaat dalam meningkatkan penggunaan Bahasa Kebangsaan di sektor swasta
mahupun kerajaan.
Kursus anjuran Institut Insurans Malaysia (MII) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu banyak
membantu kakitangan kerajaan dan swasta dalam menyediakan laporan tahunan dan urusan rasmi lain.
Peserta kursus itu, Norida Ali, 25 berkata, dengan mengikuti kursus berkenaan kesalahan ejaan dan
kelemahan ayat dapat diperbaiki. Ayat dalam penulisan laporan tahunan akan menjadi lebih mantap dan
kesalahan penggunaan bahasa Melayu dapat dielakkan. Beliau adalah salah seorang peserta Kursus
Penataran Bahasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Penulisan Laporan Tahunan selama dua hari
di sini.
Kursus itu dilaksanakan berdasarkan arahan Bank Negara yang mewajibkan penggunaan dwibahasa
dalam urusan perkhidmatan kewangan pada tahun 2002 nanti. Kursus itu penting memandangkan
penggunaan model pembelajaran yang mudah dan senang difahami.
Adnan Sulaiman, 33 menyifatkan kursus itu menarik kerana dapat memperluas pengetahuan tatabahasa
dan penulisan dalam Bahasa Kebangsaan. Sebelum ini, bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan
laporan tahunan dan agak sukar sedikit untuk menulisnya kembali dalam bahasa Melayu. Kursus itu juga
dapat memperbetul kesalahan ejaan dan tatabahasa, di samping dalam pertuturan seharian.

71 Apakah tajuk yang sesuai bagi petikan ini?
A. Kursus Dewan Bahasa dan Pustaka
B. Kursus Laporan Tahunan
C. Kursus Penataran Bahasa
D. Kursus Penataran Bahasa 2002.

72 Apakah penekanan yang diutamakan dalam kursus ini?
A. Format menulis laporan tahunan dengan betul
B. Memaklumkan arahan-arahan Bank Negara
C. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu oleh kakitangan kerajaan dan swasta.
D. Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam menyediakan laporan tahunan.
73 Pada pendapat anda, siapakah yang sewajarnya menyertai kursus ini?
A. Semua kakitangan kerajaan
B. Semua guru Bahasa Melayu
C. Setiausaha di sebuah syarikat swasta dan kerajaan
D. Semua murid sekolah rendah dan menengah.
74 Mengapakah kursus itu diadakan?
A. Untuk memperluas penggunaan Bahasa Melayu
B. Untuk membiasakan peserta menulis laporan tahunan
C. Untuk memperkenalkan model pembelajaran yang mudah difahami
D. Untuk membantu peserta menulis laporan tahunan dengan menggunakan Bahasa Melayu
75 Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu
kecuali
A. banyak membeli buku latihan Bahasa Melayu
B. mengikuti kursus-kursus Bahasa Melayu yang diadakan
C. banyak membaca buku tentang Bahasa Melayu
D. membuat kamus mini bagi tatabahasa Bahasa Melayu.










Soalan 76 hingga 80.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan -soalan yang berikutnya.

Kita hidup dalam zaman global. Kita semua dihubungkan dengan rangkaian telekomunikasi.Rangkaian ini
adalah ibarat jalan raya atau lebuh raya .Rangkaian ini membolehkan manusia menghubungi satu sama
lain , tidak kira di mana , dengan pantas. Jarak dan sempadan negara tidak lagi penting dalam zaman
global ini.
Rangkaian mewujudkan pelbagai keadaan yang menarik . Sebagai contoh seorang pelajar tidak perlu ke
sekolah untuk belajar Sains . Dia boleh belajar dari rumah menerusi kaedah pembelajaran jarak jauh.
Dengan kombinasi gambar , imej bergerak , bunyi dan perkataan , multimedia merangsang segala deria
kita secara serentak .Dengan demikian, teknologi maklumat akan dapat memaksimakan keupayaan
seseorang dalam pembelajaran.
Seorang peminat bola sepak tidak perlu pergi ke Berazil untuk menyaksikan sesuatu perlawanan. Dia
boleh menontonnya secara langsung menerusi televisyen. Seorang ahli perniagaan tidak perlu keluar
pada pagi Ahad untuk membeli akhbar . Dia boleh membacanya dari komputer atau skrin televisyen.
Sebuah kedai buku tidak lagi bergantung kepada pelanggan dari kalangan penduduk berhampiran, tetapi
boleh memasarkan bukunya ke seluruh dunia melalui Internet .
Dalam waktu yang terdekat ini , multimedia interaktif akan disampaikan ke rumah-rumah di seluruh
dunia . Bayangkan betapa besarnya pasaran global yang baru ini. Bayangkan betapa banyaknya peluang
perniagaan untuk syarikat-syarikat yang membekallan perkakasan , perisian atau kandungan !
Bayangkan betapa banyak faedah yang boleh dinikmati oleh pengguna !
Sebuah industri baru dan menarik akan muncul . Dunia berada di ambang apa yang dinamakan Era
Maklumat atau Revolusi Maklumat. Sesungguhnya ia benar-benar akan merupakan satu revolusi kerana
manusia akan memberi dan mendapat maklumat dan pengetahuan dengan cara yang tidak pernah kita
fikirkan sebelum ini.
Mutu kehidupan akan bertambah baik .Kita boleh menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga .
Mereka boleh memulakan pejabat di rumah atau pejabat bergerak .Mereka tidak lagi perlu berada di
pejabat untuk menulis laporan atau membuat persembahan jualan .Kita akan mempunyai lebih kawalan
atas pergerakan dan jadual harian kita.

76. Rencana berkenaan membincangkan
A. penggunaan teknologi maklumat
B. perkhidmatan telekomunikasi.
C. mutu teknologi maklumat.
D. perniagaan maklumat.
77. Bahan-bahan multimedia dapat memenuhi keperluam pembelajaran kerana
A. mudah diperoleh dalam pasaran
B. lebih mudah digunakan
C. tidak perlu guru.
D. dapat merangsang serentak segala deria kita.
78 Perkara berikut adalah benar mengenai teknologi maklumat kecuali
A. komputer akan menjadi satu keperluan.
B. tahap pemikiran akan bertambah.
C. membuka banyak peluang perniagaan
D. pembelajaran menjadi semakin rumit.
79 Apakah maksud rangkaikata Pasaran Global dalam petikan tersebut.
A. satu revolusi
B. pasaran dunia
C. pasaran penduduk negara
D. pasaran untuk pengguna berkomputer sahaja.
80. Era Maklumat atau Revolusi Maklumat, menjanjikan pelbagai peluang perniagaan.Bagaimanakah
kita boleh merebut peluang perniagaan tersebut ?
A. Membeli komputer
B. Membeli perkakasan atau perisian
C. Memasarkan maklumat perniagaan
D. Mengiklankan barangan jualan kita.

ISWADI MUSTAFA
Panitia BM
SK SUNGAI RUAL.

You might also like