Literasi Maklumat

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

1

LITERASI MAKLUMAT
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Di situlah
terkumpulnya bahan rujukan yang boleh memberi pelbagai maklumat kepada muriddan
juga guru.

Kini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai pilihan yang lebih luas
dalam pencarian maklumat. Selain bahan-bahan bercetak, sesebuah PSS juga
sepatutnya telah mempunyai kemudahan terkini seperti kemudahan mengakses
maklumat melalui komputer (Internet).

Untuk memakmurkan PSS, kemudahan serta koleksi bahan yang terdapat di PSS
tersebut perlu dipromosikan sepenuhnya kepada murid dan juga guru. Selain itu, murid-
murid juga perlu diberi pendedahan dan pengetahuan secukupnya tentang cara-cara
memanfaatkan PSS serta kemahiran mencari maklumat.

Rasional :
1. Terdapat ramai murid di sekolah rendah mempunyai kurang Kemahiran
Maklumat yang patut mereka kuasai sebagai alat untuk membantu mereka
supaya belajar dengan lebih berkesan. Oleh itu para murid perlu diajar
kemahiran tersebut secara integrasi di dalam semua mata pelajaran. Dalam
konteks ini Pusat Sumber memainkan peranan penting memandangkan semua
sumber yang ada boleh digunakan sebagai bahan rujukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

2. Kemahiran mencari maklumat menjadi semakin penting selaras dengan
kehendak kurikulum kini yang lebih menekankan kepada pengajaran berasaskan
sumber.
2


Definisi :
Apa itu maklumat?





Apa itu Kemahiran Maklumat?





Kemahiran pengedalian maklumat merangkumi :
a) Kemahiran Perpustakaan
b) Kemahiran Belajar
c) Kemahiran Berkomunikasi
d) Kemahiran Hidup
e) Kemahiran Teknologi


Maklumat ditafsirkan sebagai proses menjadikan seseorang itu bermaklumat. Ia
adalah proses penambahan pengalaman melalui pengalaman orang lain, bahan
cetak, filem, peta, gambar, video dan sumber manusia.
Kemahiran Maklumat ialah kemahiran yang diperlukan untuk penggunaan
maklumat secara berkesan. Untuk tujuan tersebut kita perlukan kemahiran
membaca, mendengar, melihat, memerhati dan memperolehi maklumat. Kita
perlu tahu kemahiran memilih, menilai, menganalisis dan menyampaikan
maklumat secara cekap dan berkesan.
3

Langkah-langkah Kemahiran Maklumat :
a) Menentukan
b) Mencari
c) Menggunakan
d) Mencatat
e) Melapor
f) Menilai

Ringkasan Enam Langkah Untuk Pelajar
a) Menentukan :
Apakah yang perlu saya ketahui?

Apakah yang sudah saya tahu?

Apakah yang akan saya buat dengan maklumat yang didapati?

b) Mencari :
Di manakah saya boleh mencari / mendapat maklumat?

Apakah alat yang perlu digunakan?



c) Mengguna :
Apakah maklumat yang perlu saya ketahui?

d) Mencatat :
Apakah maklumat yang perlu saya catatkan?
4


e) Melapor :
Apakah bentuk penyampaian yang sesuai?

f) Menilai :
Adakah saya puas hati dengan proses kerja yang saya jalankan?

Adakah saya puas hati dengan hasil kerja saya?
















5




PROGRAM JEJAK MAKLUMAT

Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan Treasure
Hunt atau Explore Race. Pertandingan ini berasaskan pembacaan yang mencabar
minda dan kreativiti setiap pelajar bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu
yang terdapat dalam bahan bacaan.

Pertandingan ini turut menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta termasuk
semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.

Program ini merupakan pelaksanaan aktiviti untuk pelajar sekolah rendah dan
menengah iaitu merupakan satu latihan ke arah menjadikan membaca sebagai satu
budaya dan menggalakkan penggunaan perpustakaan (Pusat Sumber Sekolah)
sebagai sumber rujukan utama.

Pelaksanaan Pertandingan
1. Setiap kumpulan mendapat arahan berteraskan ilmu pengetahuan memerlukan
mereka mengembara dari satu perhentian (check point) ke satu perhentian untuk
mendapat klu utama dan klu segmen.
2. Klu utama perlu dikumpulkan dan klu segmen perlu diselesaikan di setiap
perhentian.
6

3. Pelbagai halangan akan diwujudkan sepanjang pengembaraan bagi membina
daya tahan dan meningkatkan pemikiran kreatif untuk melepasi halangan
tersebut.
4. Kumpulan pertama yang dapat menyelesaikan klu utama adalah johan
pertandingan.
5. Bagi memenangi pertandingan ini, memerlukan pembacaan, persediaan,
ketahanan dan strategi yang terancang.
6. Terdapat lima perhentian yang perlu dilalui oleh peserta secara individu dan
berkumpulan.

Perhentian Pertama : Segmen Ketahanan Fizikal

Memerlukan peserta secara individu menembpuh halangan-halangan
secara fizikal yang telah ditetapkan.


Perhentian Kedua : Segmen Isu Semasa

Memerlukan peserta secara individu mempunyai pengetahuan isu-isu
semasa dalam negara dan luar negara.

Perhentian Ketiga : Segmen Pemikiran Kreatif

Memerlukan peserta secara individu menyelesaikan masalah dalam
bentuk puzzle.


Perhentian Keempat : Segmen Uji Minda
7


Memerlukan peserta secara berkumpulan menyelesaikan Teka Silangkata
(Cross Word Puzzle) yang telah ditetapkan.

Perhentian Kelima : Segmen Pembacaan

Merupakan segmen utama pertandingan ini di mana para peserta secara
berkumpulan menyelesaikan masalah kesemua klu utama yang telah
dikumpul yang melibatkan bahan-bahan di PSS.

You might also like