Bahan Kraf

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

2. 4.1.

1 Mengandungi Unsur Keindahan Ertinya keindahan bukan hanya terletak pada


objek seni tersebut semata-mata. Sebaliknya ia mampu menimbulkan rasa yang
menyenangkan atau gembira serta kepuasan kepada pencipta dan penikmat objek itu, kerana
ia sesuai kepada panca indera atau deria rasa. 4.1.2 Mengandungi unsur moral/akhlak
Seni Islam adalah seni yang berkait rapat dengan nilai-nilai akhlak atau pun moral. Ia
hendaklah diciptakan untuk tujuan yang baik serta bebas dari nilai-nilai yang negatif
sebagaimana yang digariskan di dalam ajaran Islam. Seni Islam juga adalah sebuah karya
hasil cetusan penghayatan seniman terhadap ajaran Islam tentang nilai-nilai akhlak
3. 4.1.3 Mempunyai ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuan Keunikan seni Islam ialah ia
kaya dengan ciri-ciri kepelbagaiannya. Ertinya, ia bukanlah seni yang mewakili sesebuah
bangsa, budaya atau negara. Ini terjadi kerana Islam sebagai agama yang universal,
walaupun dianuti oleh berbagai-bagai kaum dan bangsa dari berbagai-bagai negara, mereka
diikat dengan satu tali yang disebut tauhid. Perbezaan latar belakang dan budaya umat Islam
ini justru membawa kepada perkara-perkara yang positif dalam kegiatan seni kerana ia
mampu memperkaya dan mempelbagaikan khazanah dunia Seni Islam. Ciri-ciri
kepelbagaian dalam kesatuan ini juga dapat dilihat dalam bentuk perancangan bandar-bandar
Islam, di mana selain wujud bangunan-bangunan pelbagai fungsi, wujud juga institusi-
institusi keagamaan. Eleman-eleman ini mempunyai hubungan yang tersendiri dengan tauhid.
4.1.4 Mempunyai hubungan antara agama, etika dan estetika Seni Islam adalah sem yang
mempunyai hubungan erat dengan agama, estetika dan etika. Islam dengan niali-nilai
etikanya menjadi asas kepada pembinaan hasil karya seni sehingga ukuran keindahan bukan
dilihat dari sudut luaran atau bentuk material seni tersebut diolah. Ia perlu mengambil kira
nilai-nilai agama dan etika untuk melayakkan karya tersebut diiktiraf sebagai karya seni.
4. 4.1.5Mengelak dari wujud unsur-unsur paganisme, animisme dan lain-lain. Contoh ukiran
patung, arca dan tugu. 4.1.6Mengelakkan diri dari menggambarkan hakikat kebenaran
agama- gambaran Allah, Rasul, malaikat, syurga, neraka, hari kiamat dan lain-lain. Untuk
membezakan dengan agama Kristian, Hindu dan Buddha. 4.1.7Mengutamakan alam natural
sebagai objek utama tidak termasuk manusia dan haiwan (hidupan bernyawa).
5. Ciri-ciri Penghayatan Tauhid Dalam Kesenian Islam : A. Abstraksi dan kemujaradan:
Corak Infiniti (tanpa sempadan) dalam kesenian Islam bercorak abstrak dan mujarad; Islam
menolak gambaran figure @ alam semula jadi secara tepat. Seniman Islam haruslah menolak
yg berbentuk flora @ fauna @ bangunan @ manusia secara tepat. Jadi ia mestilah
bertentangan dengan objek asal. B. Struktur Modular: Gabungan modul-modul dan disusun
menjadi bahagian yg lebih besar. Ia menjadi satu ukuran kemuncak dan kesempurnaan yg
membolehkan ditanggapi sebagai unit ekspresif dan memuaskan diri sendiri.
6. Gambaran flora yg tak menampakkan asli/asal
7. Cth dedaunan, bintang2
8. Cth abstrak/ pengulangan yg sama/ikatan satu sama lain/yg besar tidak menenggelamkan
yg kecil bahkan ingin mengetahui selanjutnya.
9. Contoh Modular
10. C. Gabungan berturutan/ kombinasi berterusan: Corak saujana bunyi, penglihatan dan
pergerakan menunjukkan gabungan berturutan bagi model asas dan pengulangannya. Oleh itu
gabungan tambahan terbentuk dan ia membawa status dan identiti yang bebas. Yang besar
tidak melemahkan/menenggelamkan yang kecil dan seterusnya menjadi kompleks. D.
Perulangan: Iaitu pengulangan motif, modul struktual serta kombinasi berturutan yang sama.
Pengulangan tersebut dimujaradkan (diperhalusi) agar ia tidak mudah dibandingkan dengan
yang lain.- Motifnya-berulang-ulang ialah gambaran muslim dituntut melaksanakan ajaran
ketaatan secara berulang-ulang kali contoh solat 5 waktu dan wuduk.
11. Cth kerumitan / padat / penuh / gabungan berurutan / kombinasi berterusan.
12. E. Dinamisme: Iaitu satu corak yg melalui lingkungan masa. Contoh corak yang seni
halus @ infiniti tidak dapat difahami dengan semberono sahaja @ jangka masa yang pendek,
tetapi perlu diamati dan dijiwai agar ia tidak tersalah tafsir maksud ceritanya. Contoh lukisan
gambar-gambar miniatur. Motifnya- Islam itu tidak dapat difahami dengan belajar /tahu
sejuzuk sahaja dari bahagian- bahagian Islam. Tetapi mesti belajar keseluruhan Islam itu
sendiri. F. Intriksi / kerumitan: Iaitu menekankan keupayaan sesuatu corak atau hasil seni
untuk menarik perhatian dan tumpuan penonton secara tidak langsung terhadap sesuatu
struktur yang dipersembahkan( halus dan ditail). Motifnya- Islam ambil berat yang kecil-kecil
hinggalah sebesar-besar perkara.
13. Cth catan miniatur- jalan cerita yg panjang.
14. Contoh : Kerumitan dan Padat
15. G. Padat: Karya seni Islam mempunyai bentuk-bentuk yang padat dan penuh sehingga
tiada ruang kosong pun @ cacat. Motifnya Masa dan kelapangan setiap Muslim hendaklah
dipenuhi dengan ibadat kpd Allah s.w.t. dengan apa jenis sekali pun. H. Beranyam: Karya
seni sedemikian seperti berombak, beranyam akibat dari naik turun bentuknya.. Motifnya-
Islam menitik beratkan sifat-sifat seperti sabar dan tawadu, suka duka dan sebagainya dalam
hidup setiap Muslim. Keseluruhannya- karya seni Islam didasari oleh konsep tauhid, iaitu
tiada permulaan dan tiada pengakhirannya- utk menerangkan doktrin tauhid dlm karya seni
Islam
16. Cth padat
17. Masjid al-Fatih, Istanbul Turki
18. Senibina kuburan Islam
19. Seni tenun carpet
20. Cth kehalusan bentuk-bentuk yang sama
21. 5.1 MENGINGAT KEBESARAN ALLAH Bagi seorang Muslim, seni berfungsi
untuk mengingatkannya akan kebesaran Allah. Semakin dalam penghayatannya terhadap
keindahan kejadian makhluk di dunia ini, semakin dekat dirinya kepada Pencipta. Atau
dengan kata lain, semakin peka/halus jiwa seseorang melihat serta menilai sesuatu yang
indah, semakin tampak dan mendalam keyakinannya terhadap kebesaran Allah swt.
Penampilan corak-corak atau hasil-hasil seni Islam sesungguhnya berlandaskan peringatan
kepada keesaan Allah (Tuhan Yang Satu), bukan untuk menandingi kehebatan ciptaan Allah.
Disinilah seni berfungsi untuk mempertebalkan lagi keimanan seseorang serta memberikan
keinsafan bahawa memang tidak ada suatu makhluk pun di dunia ini dapat mengatasi
kekuasaan Allah (SWT).
22. Seni Islam dapat membantu ke arah memahami doktrin Islam yang dilontarkan oleh
pendidikan agama secara formal. Ertinya pemahaman serta penghayatan Islam yang
dipelajari secara formal akan menjadi lebih mantap melalui seni. Pendidikan doktrin Islam
melalui pendidikan agama secara formal kebanyakannya lebih bersifat teoritis. Agar
pemahaman serta penghayatan Islam benar-benar dapat dijiwai, maka seni dapat memainkan
peranan sebagai pengukuh kepada teori. Misalnya, untuk memantapkan pembelajaran ilmu
tauhid yang membicarakan tentang Allah Maha Berkuasa dan Maha Pencipta, pendidikan
seni dapat dimanfaatkan dengan membawa para pelajar menikmati pemandangan alam serta
merenung sejenak tentang tanda- tanda keagungan-Nya. Kemudian para pelajar diminta
untuk menuangkan hasil penghayatannya tersebut ke atas kanvas. Tentunya karya yang
dihasilkan nanti akan berbeza tetapi yang pasti ia mempunyai nilai tersendiri dan
menggambarkan kemantapan keyakinan seseorang.
23. Perasaan estetika ini selalu mendorong manusia mencari atau memilih sesuatu yang
menyenangkan dalam tindakan mereka sehari-hari, baik dari segi berpakaian, berhias diri,
rumah dan sebagainya. Oleh kerana perasaan ini tidak boleh dinafikan kewujudannya, maka
ia patut dikembang suburkan mengikut acuan Islam melalui pendidikan yang betul agar
tujuan pembangunan manusia secara bersepadu tercapai. Pendidikan seni mestilah berperanan
sebagai pendidikan minda kreatif dalam pelbagai bidang ilmu dengan tidak memandang
ringan terhadap konsep keindahan dilihat dari pelbagai sudut agar tujuan pembangunan
manusia secara bersepadu (rohani dan jasmani) tercapai. Sesungguhnya Seni dapat
meningkatkan apresiasi manusia tentang semua nilai baik, mumi dan diredhai Alla SWT
Melalui pendidikan seni yang benar dan terarah akan lahir seniman-seniman yang berjiwa
luhur yang menjadikan bidang profesi mereka sebagai medan ibadah, sehingga setiap karya
yang dihasilkan mempunyai wawasan Islam yang jelas. Naluri kecintaan terhadap
keindahan ini jika dibiarkan tanpa bimbingan serta panduan yang sejalan dengan kehendak
Is-lam, akan mengakibatkan sem berkembang menjadi liar kerana ia diolah dan dihasilkan
oleh manusia yang berjiwa kosong yang menjadikan nafsu sebagai alat pertimbangannya
dalam segal a hal.
24. Semakin tinggi nilai seni yang dihasilkan oleh umat Islam, semakin tinggi pula tamadun
yang dicapainya kerana karya seni adalah dokumentasi pengalaman dan pengamatan seorang
seniman terhadap budaya, masyarakat dan persekitarannya. Sebagai contoh, sejarah telah
membuktikan bahawa tamadun sesuatu bangsa dapat dikesan melalui lakaran-Iakaran ringkas
di atas permukaan tembok di gua Altarnira, Spanyol atau di Lascaux, di Perancis bertarikh
kira-kira 15,000 - 10,000 s.m. Lakaran-Iakaran tersebut menggambarkan subjek-subjek
binatang seperti sapi, kuda dan sebagainya (Jason 1979: 23-24). Penemuan ini jelas
memberikan petunjuk tentang bagaimana dan apa jenis makanan serta binatang yang diburn
oleh mereka untuk memenuhi keperluan hidup pada masa itu.
25. Begitu juga halnya dengan bangsa Mesir yang mempunyai keagungan tamadun seni
bina yang dapat diukur melalui peninggalan bangunan Piramid. Kehebatan Islam pula
dalam bidang Astronomi dapat dilihat di dalarn Kitab Suwar al-Kawakib al-Thabita oleh
Abdul al-Rahman aI- Sufi (l 009), di mana beliau telah melukis konstelasi bintang di
cakrawala dengan menggunakan figura manusia wanita. Kedudukan bintang diibaratkan
sebagai tanda sendi di batang tubuh manusia, menyarankan kepada kita bahawa setinggi
mana pun bintang, bila dikaji kita akan dapat manfaatnya, sama seperti mengkaji tubuh
manusia untuk mengikut aliran darah agar dapat dikesan sumber penyakit, cara ia merebak
dan kaedah mengubatinya (Zakaria Ali 1996: 9). Contoh-contoh di atas adalah suatu
peninggalan seni yang telah menggambarkan pencapaian tamadun sesuatu bangsa.
Sesetengah karya seni ada pula yang berbicara dan memaparkan tentang keharmonian
kehidupan keluarga dan masyarakat, kegiatan ekonomi, gerak emosi yang berkaitan dengan
pengalaman keagarnaan, keindahan alarn semulajadi yang memerlukan pemeliharaan,
permainan rakyat dan sebagainya. Ini semua dapat dilihat menerusi tema atau motif yang
diketengahkan. Ada pula karya yang secara tidak langsung mengandungi unsur-un sur
kritikan yang dapat menyedarkan masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih
sempurna baik sebagai harnba Allah, anggota keluarga mahupun masyarakat. Dalarn hal ini
kesenian dapat berfungsi untuk menggerakkan serta meningkatkan taraf kehidupan setiap
masyarakat dari segi rohani, akliahdanjasmani yang selanjutnyamenentukan tahap tamadun
yang dimiliki.
26. Setiap benda yang dihasilkan/dicipta ada kegunaan dalam kehidupan muslim dan dihias
dengan indah . Contoh sejadah bukan sahaja digunakan sebagai alas tempat sembahyang
tetapi dihias dengan cantik. Begitu juga dengan rumah, kenderaan, alat- alatan.
27. Seni Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya dengan seni
barat atau timur. Setiap motif dalam seni Islam mempunyai mesej yang hendak
disampaikan. Seni Islam mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan manusia.

Pengenalan
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal
bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata
(waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa,
kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani
dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni
adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak
dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar
untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni
sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja
yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.
Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah
disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau
bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral. Seni juga
boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni
untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa
tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat
pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh
masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.
Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran,
misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu
berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat
menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya
iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam
Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang
dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah
semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru
itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan
dan memberi kepuasan melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat
bahagian utama :
Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan sebagainya.
Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan
sebagainya.
Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan
sebagainya.
Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Konsep Seni Menurut Perspektif Islam
Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam
dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni
Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam
di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur
yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt
yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."
Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas
segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai
makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu
ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia
sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah
letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan
haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.
Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek
akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu
proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat,
memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan
An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan
akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah.
Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan
ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri.
Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam
1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-
nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang
menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.
2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika,
kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.
3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada
keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah
yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.
4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan
SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang
membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.
5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia
dan juga makhluk.
Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk
masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan.
Antaranya:
(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut
boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan
masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah
swt tersebut.
(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan
umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan
beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.
(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak
diperlukan oleh manusia.
(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :
Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas
terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.
Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan
yang batil (salah).
Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain.
Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa
batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.
Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu
dan lain-lain.
Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan
yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama
mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-
Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah
Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.
Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti
tarian terkini (kontemporari).
Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.
(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

Matlamat Kesenian
Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan.
Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia.
Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan
sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan
seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk
membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam
dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab.
Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan
pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf
(kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia
kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan
Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara
alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan
keunikan penciptaanNya.
Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa
manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan
keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah
untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan
satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat
menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan
sahaja emosi.

Bidang-bidang Kesenian Islam
a) Tulisan Khat
Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya
dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah
yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah
mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada
subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-
kata bijak pandai (hukama').
Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua
bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah
daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan
sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah
dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama
dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

Kepentingan Seni Khat
1. Ia mempunyai kaitan denganpeningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia merupakan
hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.
2. Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan
menulis ayat-ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk memudahkan lagi
mereka mempelajari dan menghafalnya.
3. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa
penulisnya.
4. Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : "
Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki".
5. Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan
merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Jenis-jenis Seni Khat
Tamudun Islam kaa dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya
mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini.
Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.
Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada
pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran
timbul.
Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-
Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.
Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku
berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan
Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia
banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan
surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.
Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan
suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.
Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas
emasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan
surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah
sebagai hiasan.
Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit
penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya.
Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta
ditambah dengan tanda-tanda syakal.

b) Penulisan (Sastera)
Manakala seni penulisan ula dikaitkan dengan seni kesusatetraan. Seni kesusasteraan
sememangnya mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan ianya terjadi
kerana kesusateraan Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang mana kesusasteraan al-
Quran dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan dari segi isinya. Di sini dapat dilihat
bahawa hasil atau sumbangan kesusateraan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah telah
menyebabkan ramai kaum musyrikin yang telah memeluk agama Islam hanya apabila mendengar al-
Quran. Contohnya al-Walid l-Mughirah yang merupakan penyair yang terkenal pada zaman Jahiliyyah
dan pengkritik yang paling tajam terhadap Rasulallah s.a.w, Umar al-Khattab serta Labid, Rabiah dan
Jubair bin Mat'am.
AlQuran telah berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan Arab dari segu
keindahan bahasa kesusteraan dan yang lebih menakjubkan lagi ianya bukan sahaja menggetarkan
jiwa mereka yang memahami bahasa arab malah melintasi batas periadi, bahasa, keturunan,
kebudayaan, geografi, pangkat dan sebagainya. Kesusteraan Islam mula disebarkan oleh Rasulallah
s.a.w dan terus berkemabang pada zaman khalifah-khalifah al-Rashidin, Umaiyah dan Abbasiyyah.
Selain al-Quran, karya kesusteraan Islam juga meliputi Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainya.

c) Lukisan dan Arca ( Ukiran)
Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan
untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran eni halus inijuga
terdapat pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-
lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam
yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas,
perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi
perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman
dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang
tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawag, lampu dan
bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.
Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada
helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk
araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna
yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita.
Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda
bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

d) Seni binaan.
Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina
bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia.
Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag
merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini
maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui
tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan
masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.
Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan iala seni bina masjid. Ini adalah
kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai cri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita
perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang
pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama
menjadi lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang
didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat
tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan
sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid ekemudiannya
dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif berdasarkan
latarbelakang budaya persekitaran umat Islam.
Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana
unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai
kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dankebendaan tidak dipinggirkan. Konsep
penting dalamseni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai
serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan erhiasan bukanlah menjadi
matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan inovasi mat, artis, seniman dan arkitek Muslim,
ia menjadi suatu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan
eka bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina masjid di bandar silam
Islam digambarkan dengan terdapat 241 buah masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula
terdapat 88 buah masjid jamek (masjid uatama) dan 19 masjid kecil
Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilhat khususnya dari
asek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang erkumpul, tang dan pilar utama, anjug dan
serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain
lagi. Perkaraperkara i merupakan karektiristik sebi bin a masjid yang memperlihatkan keuhikannya
yang tersendiri berbanding dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak
mengetengahkan bentuk-bentuk blat yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang
mencerminan kelembutan dan kehalusan seolah-lah ia tidak berkesedahan.
Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunan-bangunan kediaman,
kedai, jambatan, saluranair, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni
bina mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t serta
menitikberatkan kepada reka bentuk islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid seperti istana-
istana, taj Mahal, kota-kota seperti kta Baghdad malah di Malaysia sendiri seerti bangunan Sultan
Abdul Samad, bangunan kerertapi tanah melayu, bangunan daya bumi dan pintu gerbang darul ehsan.

e) Seni Muzik ( Suara, lagu dan Bunyi)
Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta menenangkan
telnga ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam selagi tidak dicampuri lirij-lirik koto, cabul dan
yang dapat mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan muzik yang tida membangkitkan nafsu
bahkan disunatkan hiburan itu seperti pada hari raya, perkhawinan, aqiqah dan waktu lahirnya
seorang bayi. Daripada Aisyah r.a bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat
lelaki Ansar, maka nabi bertanya : "Hai Aisyah ! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan?
Sebab rang-orang ansar gemar sekali terhadap hiburan".
Tidak terdapat perkataan arab yang boleh diertikadengan istilah Inggeris "muzik" yang
menyeluruh. Ensiklopedia Pelajar Oxford mentadbirkan muzik sebagai bunyi yang disusun pada pola
yang sedap didengar atau yang boleh melahirkan perasaan.

Realitinya, Alam Melayu pada suatu ketika dahulu merangkumi kawasan yang merentasi
seluruh Asia Tenggara hinggalah ke sempadan benua Australia, dan kawasan-kawasan yang
ditakrifkan sebagai Alam Melayu secara mudah dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu
Induk Alam Melayu yang merangkumi Malaysia, Borneo, Indonesia, Fillipina, Selatan Thai
serta Kemboja, Alam Melayu Nusantara yang merangkumi Easter(Lautan Pasifik)hingga
Lautan Hindi, dari Formosa hingga ke New Zealand dan juga Alam Melayu Diaspora yang
merangkumi pinggiran Afrika Selatan. Sri Lanka, Timur Tengah, Australia Barat dan juga
Britain. CITATION Abd12 \l 1033 (Abd. Latiff, Ahmad Zaki ; Hamzah, Azam ; Mad Aros,
Azhar;, 2012)

Secara asasnya, masyarakat di alam Melayu sebelum kedatagan Islam rata-ratanya
menganuti kepercayaan anamisme, iaitu kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau
segala sesuatu itu mempunyai semangat atau roh yang berupaya serta berkuasa dalam
mengatur hal-hal kehidupan manusia dimana roh-roh ini pada anggapan mereka mempunyai
ciri dan sifat ketuhanan. Dengan kata lain, mereka menyembah segala roh-roh ini yang
mereka percayai mempunyai kuasa ghaib. Menurut Ismail Hamid, 1985, biarpun sudah
terdedah degan pembagunan sesudah munculnya gerakan-gerakan modenisasi, sehingga kini
masih ada lagi segelintir individu yang berbangsa Melayu menganuti kepercayaan animisme
sebagaimana contoh individu yang mempercayai perkara khurafat lagi tahyul.

Kesenian secara asasnya merupakan sebahagian dari fitrah kejadian manusia yang suka
kepada perkara yang cantik dan indah. Disamping itu, apabila berbicara mengenai kesenian,
tidak sekadar elemen kecantikan mahupun keindahan semata-mata, malah lebih itu, kesenian
juga berperanan dalam memudahkan manusia mempelajari sesuatu (Ismail Hamid, 1985) .
Sebagai contoh, apabila berbicara mengenai seni mempertahankan diri sepertimana silat,
Taekwon-do dan sebagainya, tidaklah bermakna mempelajarinya hanya bagi tujuan
kecantikan serta keindahan bunganya semata-mata, malah lebih dari itu, kesenian juga
berperanan dalam memudahkan manusia memahami konsep serta teknik-teknik yang sedang
dipelajari dalam seni pertahanan diri ituagar dapat dihadam dengan mudah oleh penuntutnya.

Disebabkan seni timbul hasil daripada fitrah manusia yang suka akan keindahan maka
dengan itu, keindahan menjadi ciri utama kesenian dari perspektif Islam.Ciri-ciri keindahan
ini dapat dirasai melalui penghayatan..Konsep keindahan bererti rasa yang menggembirakan,
menyenangkan, memuaskan,dan dihargai tanpa melangkah batas-batas syariat Islam.



ASPEK KESUSASTERAAN

Dalam masyarakat Islam lampau pula, sepertimana di zaman awal peyebaran Islam di
zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat, unsur kesenian juga digunapakai dalam aspek
kehidupan mereka. Sebagai contoh, generasi mereka RadhiAllahuanhum
Ajmaeen menggunakan menggunakan syair dalam membangitkan semangat dalam usaha
menebar dakwah Islamiyyah, sebagaimana hadith dibawah yang menyatakan keperluan
kepada syair dalam menghadapi peperangan (Peperangan Khandaq AKA Perang Ahzab
dimana hadithnya berbunyi:


Dari Anas radliallahu 'anhu; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berangkat di suatu pagi yang
dingin sedang kaum muhajirin dan anshar sedang menggali Khandaq (parit), lantas Nabi
melantunkan sebuah bait syair; "Ya Allah, sesungguhnya kebaikan sejati adalah kebaikan
akhirat, maka ampunilah kaum anshar dan muhajir." Serta merta para shahabat menyahut
dengan bait syair; "Kita adalah yang berbai'at kepada Muhammad untuk jihad sepanjang
hayat."(Shahih Bukhari: no. 6661, Kitab Hukum-Hukum, Bab: Bagaimana Imam
membaiat orang-orang.)

Walaupun begitu, disana terdapat beberapa rincian mengenai syair yang dibolehkan
dalam Islam, sepertimana menurut kenyataan Mustafa Daud, 1991, Disana terdapatnya jenis-
jenis syair yang tidak disukai malah ditegah oleh Rasulullah supaya umatnya tidak
melakukan hal itu seperti syair yang mempunyai ciri pertentangan dengan nilai akidah,
akhlak serta syariat Islam. Hal ini sepertimana yang digambarkan dalam hadith berikut:


Dari Ibnu Abbas, ia berkata, "Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat,
" (Qs. Al Syu'araa' [26]: 224) lalu ayat itu dihapus dan dikecualikan." Kemudian ia
berkata, "Kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan
banyak menyebut Allah'. " (Qs. Asy-Syu'araa' [26]: 227) Hadith Riwayat Abu Dawud
no.5016, Kitab Adab, Bab: Syair . Dihasankan Isnadnya oleh Al-Albani.

Seperti halnya di alam Melayu, nilai-nilai kesusasteraan ini banyak melahirkan prosa
puisi yang menerangkan tentang kebesaran Allah disamping menyanjung Rasulullah s.a.w
yang pada zaman pra-Islamnya, qasidah-qasidah ini dimainkan dengan diiringi alat
muzik. CITATION Aim97 \l 1033 (Aimini Amir Abdullah, 1997) Contoh yang dapat dilihat
adalah sebagaimana wujudnya kitab-kitab yang memuatkan qasidah-qhasidah serta burdah-
burdah yang kebanyakkannya menyanjung Rasulullah secara berlebih-lebihan sebagaimana
kitab yang dikarang oleh Sayyid Jafar Al-Barzanji.

Selain dari itu, kisah para nabi,dan pahlawan Islam juga banyak disebarkan sejurus
permulaan penyebaran dakwah Islam di alam Melayu. Istilah Hikayat mula digunapakai
bagi merujuk kepada karya porsa yang baru dibawa oleh Islam yang kebanyakan darinya
terkandung kisah Nabi-Nabi terdahulu.(Mustafa Daud, 1991) Contohnya seperti Hikayat
Nabi Yusuf, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Ishak, Hikayat Nabi Daud dan sebagainya.
Hikayat-hikayat ini pada ibunda bagi memudahkannya dibaca di majlis-majlis keraian seperti
Maulidur Rasul dan sebagainya.CITATION Mus91 \l 1033 (Mustafa Daud, 1991).
Sebelum kedatangan Islam, rata-rata masyarakat di Alam Melayu menggunakan tulisannya
yang tersendiri, dikenali sebagai Palava dan disebabkan oleh kegiatan penyebaran Islam
dilakukan dimana bahasa yang menjadi bahasa utama yang digunapakai bagi memperoleh
ilmu-ilmu Islam adalah dalam bahasa Arab,maka disebabkan itu jugalah, munculnya tulisan
jawi dimana abjad-abjadnya menyamai abjad dalam bahasa Arab. CITATION Abd91 \l 1033
(Abdullah Ishak, 1991)

Disamping itu, nilai kesusateraan Arab serta Islam dapat dilihat dengan tersebar luasnya
seni kaligrafi atau lebih dikenali sebagai seni tulisan Khat.Keindahan seni khat dapat dilihat
pada banyak tempat-tempat yang menjadi tumpuan setelah diabadikan dengan nilai-nilai
estetika seni yang bermutu tinggi, sebagaimana dapat dilihat menerusi bangunan, seramik,
kaca, ukiran kayu ukiran logam dan sebagainya.CITATION Mus91 \l 1033 (Mustafa Daud,
1991)



SENI AUDIO
Seni Audio juga memainkan peranan penting dalam usaha penyebaran Islam.Seperti
yang sedia maklum, lagu nasyid keislaman telah menjadi suatu budaya dalam masyarkat
dunia sekalipun. Pada dasarnya, hal-hal sebagaimana nasyeed ini bukanlah datang daripada
Rasulullah, hinggakan Al-Hafiz Ibn Kathir, dalam menafsirkan perkataan Lahwul-Hadith
(perkataan yang tidak berguna) dalam Surah Luqman ayat ke-6 bagi merujuk kepada
manusia yang mengajak kepada kesesatan dari jalan yang benar sebagai:
Orang-orang yang berpaling(dari petunjuk hidayah) untuk mendengar flutes dan nyanyian
serta diiringi oleh alat muzik, sebagaimana Ibn Mas `ud mengulas tentang Ayah:

(Dan di antara manusia ada yang mempergunakan Lahu Al-Hadith(perkataan yang tidak
berguna) untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah), maka beliau (Ibn Masud)
berkata,: "Ini ( Lahwul Hadith) dinyatakan oleh Allah untuk merujuk kepada nyanyian''.
Bagaimanapun, masih menjadi khilaf(perselisihan) dalam kalangan ulama-ulama
kontemporari masa kini dalam menentukan hukum sebenar nasyid yang sudah semestinya
mengandungi unsur alat muzik serta nyanyian. Bagaimanapun, kebiasaannya alat-alat muzik
seperti kompang, rebana dan lain-lain menjadi pilihan, memandangkan alat-alat muzik jenis
ini telahpun dimainkan sejak dari zaman Rasulullah lagi.
Adapun dengan itu, dalam aspek kesenian, natijahnya, disana sudah semestinya terdapat
elemen-elemen keagamaan khususnya agama Islam yang terdapat disamping tersemai dan
sudah sinonim dengan istilah nasyid, iaitulah mesej yang mengajak kepada kebaikan,dakwah,
dan ada kalanya terdapat element-element keinsafan seperti peingatan kepada hari Akhirat
dan sebagainya, disamping dijadikan sebagai medium untuk berhibur dengan kadar yang
berpatutan serta tidak juga melalaikan.
Aspek lain yang dapat dilihat termasuklah aktiviti membaca al-Quran secara berlagu
dengan suara yang merdu atau lebih dikenali sebagai Taranum dengan tujuan memupuk
minat orang-ramai agar sering mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Berdakwah
melalui pidato juga merupakan salah satu cabang seni suara yang digunakan dalam
mengembangkan Islam. Seni berpidato amat penting dalam uslub(cara-cara) dakwah agar
orang yang didakwahi tertarik dengan seruan dakwah serta mengelakkan mereka daripada lari
menjauhkan diri apabila adab-adab berpidato tidak dijaga. Hal ini sebagaimana firman Allah
dalam surah An-Nah(16) ayat ke-125 yang bermaksud:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui
orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ayat lain yang medasari perintah berdebat secara teratur dan berseni dapat juga dilihat
menerusi ayat ke-46 surah Al-Ankabuut (surah ke-29) yang berbunyi:
Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling
baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah
beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan
kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah
diri.



SENIBINA

Menurut perspektif Islam, seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang
berpaksikan kepada nilai-nilai akidah,syariat dan akhlak yang mana dapat membimbing
manusia ke arah tauhid dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T.Dengan kata lain,agama
dapat melahirkan seni manakala seni pula mestilah mempunyai etika yang mengikuti garis
panduan agama.Ciri-ciri kesenian Islam dapat dilihat hasil daripada peninggalan seni binanya
di seluruh dunia terutamanya kesenian dalam pembinaan masjid,istana,bangunan pentadbiran
atau makam.

Masjid-masjid awal yang dibina di Tanah Melayu kebanyakkannya dipengaruhi oleh
unsur-unsur seni bina kuil,candi,kebudayaan setempat dan penjajah Salah satu contoh ialah di
Banten yang di pengaruhi seni bina penjajah Belanda. Hal ini mungkin sekali disebabkan
pengaruh agama Hindu-Buddha yang menjadi pegangan majoriti masyarakat Melayu pada
keika itu masih tersemai di fikiran mereka, disamping propaganda yang cuba diterapkan oleh
penjajah dahulu kala sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Secara realitinya, senibina
keIslaman dapat dinilai menerusi pemerhatian dimana senibina yang berasakan Islam lebih
cenderung membuat bentuk gubahan bangunannya tersendiri seperti bentuk kubah atau
menara tempat azan dilaungkan.
Masjid pada awalnya mempunyai pengaruh tradisi tempatan,iaitu atapnya bercirikan
senibina Bali yang disebut sebagai Meru, sebelum mengalami perubahan stukturnya yang
kemudiannya bercirikan pengaruh-pengaruh dari Asia Barat sepertimana binaan
kubah. CITATION Abd91 \l 1033 (Abdullah Ishak, 1991). Menurut Aimini Amir Abdullah,
1997, selari dengan peredaran zaman dan juga kepentingan, masjid kemudiannnya diperluas
disamping dihiasi dengan pelbagai unsur-unsur dekoratif-ornamentif yang berpandukan
kepada kesesuaian latar belakang budaya masyarakat setempat
.
Contoh lain yang dapat dilihat dalam menyatakan kekuatan pengaruh Islam yang
meresapi tamadun Alam Melayu pada ketika itu adalah berdasarkan dapat dilihat pada
makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya yang menggambarkan kepada
kita akan pengaruh Islam yang telah mula diamalkan pada ketika itu misalnya batu nisan,
perhiasan mahupun masjidnya memaparkan tulisan khat yang ditulis serta diukir berpandukan
ayat-ayat suci Alquran. CITATION Abd91 \l 1033 (Abdullah Ishak, 1991)




BIBILOGRAFI




Abd. Latiff, Ahmad Zaki ; Hamzah, Azam ; Mad Aros, Azhar;. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Abdullah Ishak. (1991). Islam di India, Nusantara dan China. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

Aimini Amir Abdullah. (1997). Konsep Seni Dalam Islam. In Ahmad Fauzi Murad, & Ahmad Tarmizi
Talib,Tamadun Islam (p. 136). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hamid Ismail. (1985). Peradaban Melayu Dan Islam. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Mustafa Daud. (1991). Tamadun Islam. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Tafsir Ibn Kathir(English Translation), Abu Said , (2006-2009) http://assunnah.info/ , Holy
Quran Explorer version 2.0, , Tafsir Luqman (31) Ayat ke-6


Ditulis oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri, Pelajar Semester 1 Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) Komunikasi Massa (Kewartawanan) ketika melakukan assignment yang diberikan oleh
pensyarah pada bulan Disember 2012, Subjek CTU 551 (Tamadun Islam dan Tamadun Asia)
(TITAS).

2. HBAE3103:Kraf Tradisional Isi Kandungan HalamanPenghargaan iPengenalan 11. Seni Batik
2-3 1.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu 3-4 1.2 Analisis Mengenai Contoh
Batik Lukis MelayuYang Berkonsepkan Islam 52. Seni Ukiran 6 2.1 Garapan Idea Motif dan
Corak Dalam Ukiran Melayu 6-7 2.2 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang
Berkonsepkan Islam 7-83. Seni Tenunan Songket 9 3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam
Tenunan Songket Melayu 9-10 3.2 Analisis Mengenai Contoh Tenunan SongketMelayu Yang
Berkonsepkan Islam 10-114. Seni Anyaman Melayu 11 4.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam
Anyaman Melayu 11-12 4.2 Analisis Mengenai Contoh Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan
Islam 12-13Kesimpulan 13Rujukan ii-iii Marshizawati Binti Rasip 761020135460002 Semester
Januari 2012
3. HBAE3103:Kraf Tradisional Penghargaan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi
kekuatan dan hidayahkepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk Kraf Tradisional
HBAE3103 pada kaliini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang
begitu memahami sertamemberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan
terhadap tugasan danpembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa
juga kepada seluruhwarga OUM semester Januari 2012 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang
telah memberikankerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan. Saya
juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarahyang di
hormati, Pn Maria Mohammad. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada sayadan
rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan E-Tutor,Encik
Muhamad Ali Bin Zakaria,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum LMS.Tanpa
penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yangbaik
datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih. i
Marshizawati Binti Rasip 761020135460002 Semester Januari 2012
4. HBAE3103:Kraf TradisionalPengenalanMungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam
kehidupan ini seperti kraf tangan dan kraftradisional yang merupakan salah satu bidang dalam
matapelajaran dunia seni visual. Seni kraf,menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu
perusahaan hasil kerja atau hasil seni yangmemerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya
kemahiran menggunakan tangan yangmempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Kraf tangan juga
adalah dikategorikan sebagai seni rupadalam masyarakat Melayu kerana ia merupakan ciptaan
yang mengandungi unsur-unsur seni yangdihasilkan oleh orang Melayu melalui batik, ukiran,
anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni binadan lain-lain. Di Malaysia, kraf sudah menjadi
karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yangtersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya
dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilanganmasyarakat di Malaysia. Namun begitu,
kraf juga sudah menjadi sebati dalam diri rakyat Malaysiabukan sahaja di kalangan Melayu
malah pelbagai kaum lagi seperti, Cina, India, Kadazan, Bidayuhdan sebagainya. Semuanya
memiliki kelebihan tersendiri dengan hasil kraf tangan yang dihasilkanyang begitu indah dan
menarik. Contohnya kaum Bidayuh di Sarawak menghasilkan pelbagaiperhiasan rumah yang
diperbuat daripada buluh, akar dan rotan. Dalam seni kraf tangan, apa jua hasilseni yang dicipta
bagi keperluan manusia akan digubah indah dengan memasukkan unsur-unsur senidengan
memberi bentuk yang cantik dan menarik hati. Rekaan kraf tangan itu memerlukan
kemahirandan kecekapan yang tinggi dalam menggunakan bahan-bahan asas dengan teratur
mulai dari prosesyang awal sehinggalah sesuatu hasil seni kraf tangan itu tercipta. Proses
penciptaan seni kraf tanganitu juga memerlukan daya estetika yang tinggi demi untuk
menghasilkan reka bentuk yang indah danmenarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah
seperti motif flora yang lebih kepada tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif
fauna yang dipilih pula adalah berkisar kepadaserangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput,
ayam dan lain-lain. Bagi kraf yang dihasilkan olehorang Melayu yang beragama Islam,
kebanyakan motif atau corak yang dipilih lebih berunsurkantumbuh-tumbuhan, geometri dan
arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang dilarangagama.Unsur-unsur figura seperti
manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan sebagainyaadalah tidak digalakkan dalam
seni kraf Tradisional Islam. Ini berlaku kerana motif benda bernyawayang dihasilkan dalam kraf
seperti batik dan sebagainya dikhuatiri mewujudkan unsur yang tidakdiingini seperti pemujaan
dan sebagainya. Di dalam tugasan pada kali ini empat seni kraf yang akandikupas bagaimana
proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh makna kepada 1Marshizawati
Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
5. HBAE3103:Kraf Tradisionalhasil seni yang berkonsepkan Islam dilakukan. Seni kraf yang
dipilih ialah batik, ukiran, tenunansongket, dan anyaman. Diharap apa yang dirungkaikan ini
nanti dapat memenuhi kehendak tugasanpada kali ini. 1. Seni Batik MelayuBatik adalah seni
kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik dikatakan berasal daripada KepulauanJawa sejak
abad ke 12 lagi. Ia telah dikembangkan ke Tanah Melayu terutamanya di kawasanKelantan dan
Terengganu berkemungkinan daripada kedatangan orang Jawa ke sini. Batik merupakansatu
proses yang memerlukan terapan lilin pada kain putih yang telah diregang pada kayu
pemidang.Setelah lakaran dibuat lilin panas akan dimasukkan ke dalam canting dan proses
terapan bermula.Setelah itu sapuan pelbagai warna yang indah akan dilakukan oleh pembuat
batik yang mahir.Seterusnya beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam
dengan sodium silikituntuk mematikan warna dan air dilalukan kepada kain untuk menghilangkan
sodium silikit tersebut.Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk menanggalkan lilin. Akhir
sekali, kain di cuci dandibilas di dalam air bersih sebelun ia dikeringkan. Sesungguhnya,
walaupun proses membuat batikagak lama dan rumit, tetapi harga yang ditawarkan kepada
pembeli sememangnya amat berpatutandengan hasil kerja pembuat-pembuat batik. Di Malaysia,
terdapat beberapa jenis batik yangdihasilkan di sini. Antaranya ialah; a. Batik BlokTeknik
pembuatan ini adalah terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang digunakan
diperbuatdaripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan sesuai bagi mengecap
kain yangdikenali sebagi batik blok atau cop.. Kain yang digunakan terdiri daripada kain kapas,
kain sutera danorganza yang kini menjadi satu jenama fesyen dan digemari rakyat Malaysia
bahkan luar negara.Selain daripada pakaian, batik blok juga boleh dijadikan sebagai hiasan
rumah yang menarik. b. Batik CantingBatik canting juga digelar sebagai batik lukis. Ia
memerlukan kemahiran proses yang tinggi untukmenghasilkan motif dan corak yang tertentu di
atas sehelai kain putih yang diregang padamenggunakan pemidang. Ini kerana, pembuat batik
memerlukan lilin cair untuk diterapkan di atas 2Marshizawati Binti Rasip
761020135460002Semester Januari 2012
6. HBAE3103:Kraf Tradisionallakaran pada kain dengan menggunakan satu canting khas.
Proses mencanting memerlukan ketelitiandan kesabaran kepada pembuatnya. Kemudian, ia
diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Rekacorak dan warna yang indah bukan sahaja
menjadi tarikan dari segi fesyen pakaian malahan turutdijadikan sebagai alat perhiasan dan
kelengkapan rumah serta cenderamata. Kain yang digunakanuntuk batik canting terdiri daripada
kain sutera, organza, rayon, voile dan kain kapas. c. Batik SkrinBatik skrin adalah batik stensil
atau batik sutera saring yang mana ia menggunakan teknik lakarancorak dan terapan warna
dibuat di atas skrin yang dhasilkan dari poliester dan diregang di ataspemidang. Motif dilukis di
atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Selalunya, beberapa kepingpemidang dengan reka
corak yang berlainan disediakan. Ini disebabkan satu pemidang bolehdisapukan satu warna
sahaja. Skrin akan dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan prosespenwarnaan dan
ia dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik. 1.1 Garapan
Idea Motif dan Corak Dalam Batik MelayuDalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat
reka corak adalah kemahiran yang tinggi perluada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang
itu menggarap motif yang kreatif dan indah laluditerjemahkan kepada sehelai kain polos yang
berwarna putih. Proses penggarapan motif selalunyaadalah berasakan sumber alam sekeliling
seperti motif flora, arabes geometri, fauna, benda buatanmanusia, atau motif isen. Jika di negeri
pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenaldengan penghasilan batik yang
halus dan ekslusif, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskanhidupan alam seperti
tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan lautseperti motif isen yang
terdiri daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain lagi. Merekamenjadikan objek sekeliling
sebagai motif yang digubah indah dan mempunyai nilai estetika yangtinggi. Orang-orang lama
selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekeliling mereka itumempunyai keistimewaan
dan menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat didalam batik yang
dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak yang menarik dalambatik. Begitu
juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya yang banyak di dapati dikawasan
itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik. Namun begitu,tidak
semua motif yang digunakan oleh pengusaha batik di negara kita. Ini kerana para pengusaha
3Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
7. HBAE3103:Kraf Tradisionalbatik di sini adalah kebanyakannya Melayu yang beragama Islam,
maka motif-motif yang dipilihadalah tidak bercanggah dengan agama dan lebih berkonsepkan
Islamik. Dalam Islam juga sendirimenggalakkan kesenian kepada manusia sejagat dalam
menunjukkan penghargaan dan rasa syukurkepada Tuhan yang esa. AlGhazali pernah
mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan satupenghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi
menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibaratpengaduan rasa dan ucap syukur akan
keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia. BudayaMelayu itu sendiri, lebih
mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan kebaikan dalammenghasilkan seni
berlandaskan kepada seni yang dituntut oleh Islam. Jika di Indonesia ataukepulauan Jawa,
mereka menghasilkan batik tanpa mengira motif subjek. Ini kerana pengaruh agamaseperti
Hindu telah meresapi budaya di sana. Jadi terhasillah motif fauna seperti kuda, harimau,
ular,naga dan sebagainya, malahan motif figura seperti manusia juga dipersembahkan sebagai
karya senibatik yang digemari di sana. Ini adalah bercanggah dengan konsep seni Islam yang
kita amalkan yangmana unsur benda hidup seperti haiwan dan figura manusia tidak digalakkan
kerana dikhuatirimenjadi unsur pemujaan dan diagung-agungkan oleh sesetengah pihak. Dalam
Islam itu sendirimelalui para ulama Islam, tiga mazhab Islam iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah,
Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal, menyatakan bahawa membuat gambar
atau mengukirpatung berunsurkan manusia atau haiwan adalah dilarang sama sekali kerana
menurut hadithRasulullah, ia dikira mencabar kuasa Allah Taala. Apatah lagi jika sesuatu
gambar itu dihasilkanuntuk tujuan penyembahan agama lain ia mewujudkan kemaksiatan dan
menyekutukan Allah SWT.Namun begitu, dalam Mazhab Imam Al Maliki pula, para ulama
menyatakan bahawa melukis objekini dibenarkan walaupun makruh. Pada pendapat penulis
adalah lebih baik kita mengelakkan darimelakukan sesuatu yang bercanggah agama kerana itu
akan mendatang keburukan daripada kebaikan.Berbalik kepada motif yang dihasilkan dalam
budaya Melayu bercirikan Islam, motif flora seringmenjadi pilihan seperti dalam batik ela motif
bunga, kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secaratunggal atau bertabur disusun indah
seolah-olah pembuat batik ingin menterjemahkan perasaannyayang mengagumi ciptaan Tuhan
dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Unsur geometrijuga menjadi pilihan yang
menarik dan mempunyai keistimewaan sendiri dan sering dijadikan kakikain atau gigi. Kadang-
kadang, garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperticengkerang, siput, kisi-
kisi dan lain-lain lagi. Gambar pada rajah 1 adalah salah satu contoh batikcanting yang dibeli
oleh penulis daripada seorang teman di Terengganu. 4Marshizawati Binti Rasip
761020135460002Semester Januari 2012
8. HBAE3103:Kraf Tradisional1.2 Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis Yang Berkonsepkan
Kesenian Islam Rajah 1 Kain batik canting atau batik lukis keluaran Batik Eksklusif
TerengganuMotif batik yang dihasilkan adalah bercorak Arabes iaitu gabungan antara motif flora
dan geometri.Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan corak paku-
pakis,akar kayu danbentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga ke atas kain. Penulis
berpendapat, susunanmotif ini menterjemahkan imaginasi pembuat batik melalui motif-motif
yang dipilih untukmenggambarkan bahawa betapa indahnya objek ciptaan Allah. Pembuat batik
mungkin melihatobjek-objek tersebut di sekitar rumah mereka. Contohnya bungaan dan
dedaunan,akar serta corakpaku-pakis. Warna-warna harmoni digunakan adalah merah muda
serta kuning dan jingga sertaberlatarkan warna hitam yang menarik mata memandang. Dari
konsep sains pula, tumbuhan memberibanyak faedah kepada manusia dengan menghasilkan
oksigen untuk keperluan pernafasan setiapmakluk yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat
mengindahkan rumah kediaman atau baik untukpenglihatan manusia dan memberi ketenangan
pada jiwa manusia. Keseniaan seperti inilah yangdituntut dalam Islam. 5Marshizawati Binti Rasip
761020135460002Semester Januari 2012
9. HBAE3103:Kraf Tradisional 2. Seni Ukiran MelayuUkiran kayu tradisional juga adalah satu
hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan.Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga
rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam,rumah kediaman, kepala sampan,
perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian sepertibingkai jam, bingkai cermin,
bingkai gambar, katil dan sebagainya. Namun di Malaysia, ukiran bukansahaja dihasilkan oleh
orang Melayu malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakatOrang Asli. Teknik
ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkinagak berbeza.
Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alatmengukir seperti
pisau wali, carving tool(Khairuddin Talib: 2011). Terdapat empat jenis ukiraniaitu, ukiran layang,
ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di TanahMelayu banyak terdapat
dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seniukiran Melayu tradisi
telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayusudah memberi
perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan
rumahkediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam
memperkembangdan menghidupkan suasana seni ukiran. yang kini menjadi peninggalan yang
amat berharga.Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa AlQuran
sebagai peganganmenjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran
di Malaysia jugaantara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula
jadi yang kaya dengankayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata,
dan hiasan.2.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Ukiran MelayuTerdapat pelbagai motif yang
dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora,motif fauna, Arabes, motif
angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafiyang menggunakan huruf
Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling merekaseperti bunga
teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang,matahari,
bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran.
Kebanyakannyamelambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam.
Dikebanyakan rumahMelayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang
pintu rumah, tingkap, bingkaicermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid
atau surau juga sering kita dapati 6Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari
2012
10. HBAE3103:Kraf Tradisionalayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta
ukiran motif pelbagai diukir padamimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh
ukiran yang telah diambil untuk kitaanalisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan
pengaruh apakah yang memberi maknakepada hasil ukiran tersebut.2.2 Analisis Mengenai
Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Contoh Ukiran 1 Foto ini diambil
daripada: http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241eaUkiran di atas dinamakan sebagai
ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes yangmenggabungkan unsur flora dan
geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ.Corak disusun dengan indah
dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkanbahawa pengukir cuba
melihat dunia ciptaan Allah yang luas ini dan menterjemahkannya dengan caratersendiri. Di sini
juga kita boleh menafsirkan bahawa pengukir sebenarnya menghayati kebesaranIlahi dan
mengagumi bahawa setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai fungsi tersendiri.
Konseppenting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan
perasaan tenang,aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa.
Pengagungan dan perhiasanbukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam. (Norashikin
Mohd Bani, 2002). Dalam seniukiran Islam, pengukir perlulah mengikut syariat agama seperti
tidak menghasilkan ukiran berbentukhaiwan dan manusia atau makhluk bernyawa. Ini adalah
untuk mengelakkan perkara yang tidakdiingini terjadi seperti unsur-unsur, penyembahan,
pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan 7Marshizawati Binti Rasip
761020135460002Semester Januari 2012
11. HBAE3103:Kraf Tradisionalmanusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah
bergabung dengan motif-motif kaligrafi danarabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang
melampau dan dilarang dalam Islam. Selain itu, seniukiran tradisional Melayu yang bercirikan
Islam seharusnya dipelajari kerana mengandungi nilai-nilaiestetika yang mencerminkan
kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin MhdBani,2002) Contoh Ukiran 2 Foto
diambil daripada blog: http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang- terbiar-
old-and.htmlDi atas adalah foto ukiran jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di
Perakbermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni
khat adalahkeitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid,
surau, sekolahagama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari
Negara-negara TimurTengah.Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan yang
mendekatkan dirimanusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu
terjalin dengankeindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat
menambat hati danperasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Budaya Melayu
sendiri juga mengajar anak-anak agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemaikan jiwa
dengan iman melaluipenghayatan kepada agama Islam. 8Marshizawati Binti Rasip
761020135460002Semester Januari 2012
12. HBAE3103:Kraf Tradisional 3. Seni Tenunan Songket MelayuTenunan juga adalah salah
satu kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di kalangankaum Melayu. Songket
merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejakdahulu lagi. Kemahiran
dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunanyang indah dan
menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlahmelalui
pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang
ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunantempatan
terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada
zamandahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan
seseorang. Sebagaicontoh songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan
benang emas dipakai olehkerabat raja dan golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun
dengan menggunakan benangkapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-
majlis tertentu. 3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket MelayuMotif dalam
tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung, BungaGorek,
Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu motif
daripadahaiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga
menjadisumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah
geometri,bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research
Design Access(Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni
Reka, UniversitiTeknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain
songket memaparkanciri-ciri unik identiti orang Melayu. Beliau juga menyatakan penenun-
penenun tradisional biasanyatinggal di persekitaran suasana kampung yang dikelilingi oleh
bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami
musim tengkujuh. Mereka sangat kreatifdan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya
imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan motifsongket adalah nama-nama daripada pokok,
bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayuyang menjadi kesukaan raja-raja seperti
seri kaya, wajik dan tepung talam(Dr. Norwani Md Nawawi:Utusan Online). Sesungguhya tidak
pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telahmemahami dan menghayati seni
yang dihasilkan oleh mereka terhasil dari deria kreativiti serta bakatsemulajadi yang
dianugerahkan oleh Tuhan. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang 9Marshizawati
Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
13. HBAE3103:Kraf Tradisionaldiilhamkan melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan
Tuhan merupakan satu hasil kreatifyang akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai. Setiap
karya yang dihasilkan mempunyai nilaiestetika yang tinggi dan memikat hati sesipa sahaja yang
memandang. Setiap hasil tenunan itukebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam, yang
mana secara tersiratnya, melalui motif-motif tersebut, penenun ingin menyampaikan perasaan
mereka mengenai rasa kesyukuran dankekaguman dengan setiap apa yang diciptakan Allah di
dunia ini. Dan setiap apa yang diciptakanolehNya itu tidak pernah sia-sia. Itulah kehebatan kraf
tradisional Melayu yang bercirikan Islam yangmenemukan keindahan bukan sahaja pada karya
yang dihasilkan malahan keindahan dan kasihsayang antara seorang hamba kepada
penciptaNya. Di bawah adalah salah satu contoh hasil tenunansongket yang akan di analisis
mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dengan budayaMelayu itu sendiri.3.2
Analisis Mengenai Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Contoh
Tenunan Songket yang diambil dari blog: http://seni-art.blogspot.com/2010/01/seni-tenun-
songket-melayu-pekanbaru.htmlTenunan songket pada gambar tersebut merupakan kain
samping songket yang menggunakan motifarabes yang menggabungkan unsur flora dan
geometri. Motif arabes sangat popular dalam kesenianIslam kerana ia lahir dalam satu budaya
dan tamadun yang masyarakat awalnya mahir dalampelbagai ilmu matematik, logik, astronomi,
kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumbernilai-nilai estetika. Padanan motif
geometri dan bunga tersebut sangat indah disusun. Sebenarnyapemilihan bentuk-bentuk
geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepadalarangan
menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau motifhaiwan.
Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri dan hiasan
10Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
14. HBAE3103:Kraf Tradisionalbermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan
yang harmoni dan bernilai tinggi.Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada
pandangan mata malah ia penuh denganmakna tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna
pakai dalam keseniaan Islam kerana selainbentuk, idea merupakan aspek penting yg perlu
dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motifarabes. Idea yang melahirkan pernyataan
kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan danusaha mereka menggali daripada al Quran
dan Hadith. (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum) 4. Seni Anyaman MelayuAnyaman adalah satu
jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Terdapatanyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak
dihasilkan khususnyapenduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum
Melayu seperti, anyaman kelarai,anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam
merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar,buluh dan beberapa jenis tumbuhan
yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melaluianyaman demi untuk
mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakuldan
mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan
tidakmempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam daunan, tali rotan, untuk
menghasilkan barangkeperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman
sudah dikomersilkan denganpenghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas duit,
bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekastembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti
anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untukmengisi masa lapang dan bukan
sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagiterhad kepada bentuk
tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan
bahan,seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.4.1 Garapan Idea Motif dan Corak
dalam Anyaman Melayu.Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam
sekitar. Motif anyaman yang seringdigunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan
dan abstrak. Namun begitu, corak yangdihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun
haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orangzaman dahulu sahaja. Contohnya kelarai
Mak Mek, Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai Jari Kedidi, Kelarai 11Marshizawati Binti Rasip
761020135460002Semester Januari 2012
15. HBAE3103:Kraf TradisionalTapak Anjing, kelarai Mata Ketitir adalah sebahagian nama-nama
manusia dalam anyaman. Anyaman Kelaraiini cukup indah dan menarik dipandang mata. Kelarai
daripada tumbuhan pula terdiri daripada Kelarai TampukManggis, Kelarai Bunga Cengkih,
Kelarai Bunga Cina dan lain-lain. Begitu hebat orang zaman dahulu yangberpandukan alam
sekeliling untuk dijadikan sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak
yangmempunyai makna tersendiri . Lihat Rajah 2. Rajah 2: Dipetik dari Blog;
http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html4.2 Analisis Mengenai Seni Anyaman
Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Foto dipetik dari Blog Work of Art: http://intan-
hmd.blogspot.com/Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih
adalah berunsurkantumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini
banyak digunakan olehseniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap
mudah dan indah. Idea anyaman 12Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester
Januari 2012
16. HBAE3103:Kraf Tradisionalini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di
sekitar rumah mereka dan bentuk-bentukgeometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi
sumber inspirasi dalam penghasilan motif yangakhirnya di kenali dengan pelbagai nama rekaan
mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antarabudaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini
kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskanciptaan Allah yang Esa. Penghasil
anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik denganmengagungkan kebesaran Tuhan dan
mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama.KesimpulanSebagaimana kita
ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukandaya cipta dan
kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagaijenis dan
bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yangerat
antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea
bagisetiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan
corakdari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan
sebagainya. Namunbegitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk
manusia dilarang dan tidakdigalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan
beberapa mazhab yang terdapat dalamIslam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk
figura dan haiwan boleh mewujudkan satuelemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan
perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikiramencabar kuasa Yang Maha Mencipta.
Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dangeometri mempunyai makna yang
tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendahdiri hamba kepada
Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai dayapenglihatan dan
pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitarkehidupan
mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagaibentuk
corak yang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa
yangdifikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh
seni ini,bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi
menyerapkan unsur-unsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan
motif-motif yang dipilih. 3774 patah perkataan 13Marshizawati Binti Rasip
761020135460002Semester Januari 2012
17. HBAE3103:Kraf TradisionalRujukanKhairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf
Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn
Bhd.Anyamanhttp://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.htmlBatikhttp://www.kraftan
gan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95Contoh Ukiran Kayu
Melayuhttp://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241eaContoh
Kelaraihttp://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.htmlHukum Melukis Gambar Menurut
Pandangan Islamhttp://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-
melukis-gambar-menurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69Hukum Melukis Objek
dan Binatanghttp://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.htmlMotif Songket
Bercirikan Orang
Melayuhttp://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&se
c=keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hiveSarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable
and functional works of art.http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-
handicrafts.htmlSeni Lama Melayuhttp://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-
yang-terbiar-old-and.html iiMarshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
18. HBAE3103:Kraf TradisionalTenunan
Songkethttp://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.htmlUkiran Kayu
Tradisionalhttp://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html iiiMarshizawati
Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

You might also like